Tuesday, January 18, 2011

RANCANG KEMATIAN KITA

:.: Bismillah :.:

'Semoga dia ditempatkan di syurga'

   Berikut merupakan kata2 dari seorang ayah kepada Walid, pegawai MARA Timur Tengah mengenai kematian seorang sahabat tahun 3 Perubatan Almarhumah Nurul Iman Abdul Halim.

   Arwah yang dipercayai meninggal dunia disebabkan oleh keracunan gas karbon monoksida didalam bilik air dirumahnya pagi semalam.

   Rata2 warga PERUBATAN Iskandariah terkejut dengan peristiwa yang berlaku. Dikatakan arwah tidak mempunyai apa2 penyakit sebelum ini. Tetapi apakan daya Allah SWT lebih menyayanginya dan membawanya untuk menemuiNya terlebih dahulu hanya disebabkan oleh pemanas air yang menggunakan sistem gas untuk berfungsi.

PEMANAS YANG DIGUNAKAN
   Benarlah kata2 Allah SWT

    "Dan setiap ummat mempunyai ajal, apabila tiba ajalnya, maka tidak dapat ditundakan ataupun disegerakan walau sesaatpun" (al-'Aaraf:34)

  Bila Allah SWT telah menetapkan waktu untuk sifulan menemui ajalnya pada hari itu, tarikh itu, masa itu maka tidak akan diawalkan dan tidak akan ditangguhkan. Itulah janji2 Allah SWT.

   Kita tidak tahu bila kita akan menemui ajal kita, mungkin sahaja ana yang sedang menaip selepas ini tidak akan kalian temui lagi. Mungkin sahaja kalian yang sedang membaca post ini tidak akan ana berjumpa lagi. Kita tidak tahu.

  Cuma apa yang lebih penting adalah bagaimana perancangan kita untuk kematian kita. Apakah amalan kita yang ingin dibawa apabila nyawa ditarik kelak.

  Adakah ingin kalian menunjuk dan bermegah dengan maksiat yang dilakukan. Atau ingin kita tunjuk kepada Allah SWT segala amalan kebaikan. Jadi perlulah setiap seorang dari kita merancang kematian kita. 

  Bukannya merancang kain apa yang perlu digunakan untuk kapan, kayu jenis apa untuk ke kuburan dan sebagainya. Tetapi merancang apa yang ingin dipersembahkan. Samada pahala atau dosa, amalan kita, itu sahaja.

  Kita yang masih diberikan nafas kehidupan ini, rugilah kita jika tidak menjadikan kematian sebagai satu peringatan. Sesungguhnya orang yang paling bijak adalah orang yang ingat kepada kematian.

  Amatlah rugi jika kematian yang berlaku tidak dijadikan satu peringatan dengan kembalinya kita kepada lembah kejahilan dan bergelumang dengan dosa dan kesalahan.

  Ayuhlah sahabat2 sekalian, jika pernah kita melakukan dosa2 sebelum ini, kembali bertaubat kepada Allah SWT. Meningkatkan amalan dan menjadi generasi harapan.

   Jangan sia2kan kehidupan yang masih diberi Allah SWT pada tika ini. Isikanlah dengan amalan kebaikan. Tempuhi segala ujian dengan kesabaran dan keredhaan. Jangan jadikan kelemahan hati satu alasan. Teruskan usaha untuk mencari cinta Allah SWT. Jangan kita berputus asa.

  Tidakkah kita kagum dengan keredhaan seorang bapa. Yang apabila ditanya mengenai anaknya, cuma yang diharap agar anaknya dimasukkan kedalam syurga. InsyaAllah sama2 kita doakan. Jenazah arwah insyaAllah akan dikebumikan di kawasan perkuburan Melayu di Kaherah. Juga pada malam ini insyaAllah akan diadakan solat jenazah ghaib di asrama MARA Iskandariah.

Sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Arwah. Semoga arwah dicucuri rahmat oleh Allah SWT.

Wallahualam.

*berita lanjut disini

No comments: