Featured Post

COLOURs

Setelah sekian lama, blog ini dibiarkan bersawang. Alhamdulillah kalini diberi peluang dan kerajinan dalam menitipkan satu pengalaman. Pen...

Showing posts with label CERITA PENDEK. Show all posts
Showing posts with label CERITA PENDEK. Show all posts

Monday, August 27, 2012

-- TUTUP --



"Sekarang cuba antum tutup mata dan cuba lihat keindahan alam yang terbentang luas dihadapan antum sekarang ini"

   Ammar yang tertanya-tanya memandang kearah mas'ulnya, begitu juga Hakeem dan Azizi yang berada disebelahnya. Mas'ul mereka membalas pandangan dan menukilkan senyuman manis lalu menyambung kata-kata.

"Ok, jom teruskan, tutup mata antum pandang kedepan dan ana akan menceritakan segala apa yang terbentang dihadapan mata kita sekarang ini."

  Mereka menutup mata lalu cuba membayangkan keindahan alam seperti yang diminta mas'ul. Selama lebih kurang 10 hingga 15 minit mereka berada dalam kegelapan dan mendengar semua yang diceritakan oleh naqib mereka.

  Tidak ada apa yang dapat dilihat melainkan bayangan kegelapan dan hanya dapat membayangkan apa yang diceritakan dalam kotak minda yang terhad pada penglihatannya. Setelah itu mata mereka dibuka. Lalu ditanya.

"Seronokkah antum meihat pemandangan sebentar tadi?" Mas'ul bertanya.

   Tentulah dengan mata yang tertutup dan hanya warna kehitaman yang dapat dilihat tidak ada keseronokan dalam melihat lukisan alam ini. Warna-warna indah itu hanya dapat dibayangkan oleh otak yang mempunyai memori-memori yang terbatas melainkan dengan bantuan penglihatan.

  Mereka dapat membayangkan burung-burung berterbangan tetapi tidak dapat mengetahui burung apakah yang berterbangan, apakah warnanya, bagaimana mereka terbang dan berapa ekor yang berada diangkasa. Apa yang diceritakan seperti alunan helaian-helaian pelepah pokok tamar tidak dapat dilihat akan keindahan alunannya dan ketenangan melihatnya. Semua itu terbatas.

  Dalam keadaan mata yang dibutakan,  hilang kenikmatan dalam merasai keagungan alam ciptaan tuhan yang Maha Agung. Lautan biru, kehijauan daunan dan warna warni bungaan hanya menjadi projeksi dalam bayangan.

"Macam mana seorang buta boleh hidup begini, juga dalam tempoh waktu yang lama" soalan yang terpacul keluar dari Hakeem. Mas'ul hanya tersenyum, dia pasti anak-anak buahnya tahu apa yang ingin disampaikan olehnya lalu ia bertanya. "Ammar, apa yang kamu dapat dari apa yang kita lakukan sebentar tadi?"

  Ammar memandang kearah Hakeem dan Azizi kemudian berpaling kepada mas'ul dan menarik nafas panjang. "Ana rasa kita patut menjadi hamba yang bersyukur" balasnya pendek. "Ada lagi?" mas'ul bertanya. Ammar hanya mengelengkan kepala.

"Kata-kata Ammar itu benar, kita lihat balik apa yang telah kita lalui pada liqo' yang lepas. Kita telah membincangkan ayat ke 23 surah Al-Mulk, dimana Allah berkata; maksudnya" Katakanlah( wahai Muhammad) "Allah yang telah menciptakan kamu(dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati(untuk kamu bersyukur,tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur."

"Segala ciptaan yang telah Allah lakukan adalah merupakan sebuah tanda, tanda hidayah kepada manusia yang hatinya bersih, jelas dan tahu kemana arah tujunya. Allah menciptakan burung untuk ditadabbur akan ciptaannya itu, untuk kita berfikir siapakah yang telah mengangkat burung itu untuk terbang di ruang udara melainkan Allah SWT yang Maha Esa. Itu tujuan penglihatan kita diciptakan, tadabbur alam ini kerana ia adalah source  kepada hidayah Allah SWT."

   Mas'ul bangun dan menghadap kearah anak-anak buahnya. 3 pasang mata memandang kearahnya. Semua diam, menanti kalam-kalam taujih dari mas'ul mereka.

"Malang sungguh hari ini manusia tidak menggunakan nikmat yang diberikan ini untuk mencari petunjuk Allah, tetapi menggunakannya kejalan yang salah. Contoh praktikal yang boleh kita ambil adalah melihat wanita yang tidak menutup aurat. Perkara yang sangat mudah untuk dilakukan samada di alam maya mahupun dialam sebenar. Jadi bagaimana kita ini, hendak menghindarkan dari melakukan perkara seperti ini?"

"Bersyukurlah kita, kerana mata ini tidak dibutakan lagi, masih lagi mampu melihat lautan yang berada dihadapan kita sekarang ini, lihat disana, masih lagi mampu untuk kita lihat langit biru dan awan-awan diangkasa. Jadikan ia asbab hidayah kepada mereka dan renungi alam ini. Tidak ada yang menciptakan semua ini melainkan Allah SWT."

"Akhirnya, jangan jadikan mata kita ini mata yang penuh dengan difitnah, jadikan mata ini penerang kepada hati yang gelap. Biarpun kita ini ditakdirkan buta, biarlah buta mata tetapi jangan buta hati."

"Dah sekarang jom balik, ana belanja makan shawerma firakh" Mas'ul menamatkan pertemuan mereka pada hari itu. Biarlah perjumpaan itu hanya dalam masa yang singkat tetapi suntikan tarbiyah itu melekat kedalam hati untuk diamalkan dikemudian hari. Lalu mereka bergerak pulang dengan harapan mereka memperoleh sesuatu pada hari itu.








Tuesday, April 3, 2012

--RAHSIA HIDAYAHMU--

RAHSIA 1




Dalam hati
Tersimpun seribu satu rahsia
Tidak diketahui manusia
Melainkan Yang Maha Esa.



...


2004, Kuala Lumpur.

   Matahari senja memancarkan cahaya merahnya, waktu siang bakal digantikan dengan malam. Azan magrib berkumandang di setiap pelusuk bandar metropolitan. Pada ketika ini syaitan lari bertempikan, takut dibakar dek suara panggilan hikmat.

'Allaaaaaaaahu Akbar, Allaaaaaaahuakbar.'

  Waktu inilah waktu kemuncak dijalanraya, pabila manusia berkejaran pulang kerumah setelah selesai seharian bersama urusan dunia. Jalanraya penuh dengan warna, lampu-lampu kereta dihidupkan bagi menerangi jalan yang suram. Alangkah baiknya jika cahaya hidayah mampu dihidupkan semudah itu, bagi menerangi hati-hati manusia yang gelap dalam kesesatan.

   Matahari menghilangkan diri, tiba masa bulan mengambang lagi, malam masih muda. Aktiviti manusia tidak terhenti setakat itu sahaja. kelihatan orang-orang tua mula memenuhkan masjid-masjid, manakala orang-orang muda pula mula memenuhkan shopping complex , keadaan yang biasa di bandar. Pasangan-pasangan kekasih berpegangan tangan, berjalan dengan tujuan memenuhkan tuntutan nafsu. Keadaan biasa zaman ini.

...

Telefon berdering.

   " Hello, siapa ni ? " Umar menghulurkan tangan dan menjawab panggilan tersebut. " Oh, Aishah, macam mana malam ni. Awak boleh keluar tak, ibu dengan ayah saya keluar, saya rasa takde masalah. " Umar duduk di atas kerusi bulat disebelah meja telefon sambil memintal-mintal tali telefon dengan jarinya. " Oh ok, kita jumpa di sana. Ok, sayang awak jugak ". Umar meletakkan ganggang telefon dengan senyuman bahagia terukir di wajahnya.

   Ganggang telefon diangkat semula, jari telunjuk Umar bergerak dari satu nombor ke nombor yang lainnya. Dia menunggu beberapa saat sebelum seseorang menjawab panggilannya. " Assalamualaikum. Ibu ada kat mana? " Suara Umar dibuat-buat selembut yang mungkin. " Ibu dengan ayah balik pukul berapa?, Oh tengah malam ke , ok Umar saja nak tanya. Jalan elok-elok ya bu, bye ". 

  Umar bergerak menuju kebiliknya, dibuka pula almari pakaiannya, dibelek-belek lipatan baju lalu mengambil sehelai baju kemeja bewarna merah dengan jalur-jalur kehitaman. Baju tersebut dibawa untuk di gosok dengan seterika. Usai melakukan pekerjaannya, lalu disarung baju tersebut dan dipakaikan pula minyak wangi berjenama BOSS. Rambut disikat kemas menambahkan lagi ketampanannya.

   Malam ini bakal menjadi seperti malam-malam sebelumnya. Umar bijak mengambil kesempatan atas kesibukan ibu bapanya bekerja untuk keluar bersama kekasih hatinya. Umar cukup bijak dalam memberi tipu helah kepada kedua orang tuanya. Setiap kali dia mempunyai peluang pasti akan digunakan sebaiknya untuk melepaskan rasa rindu pada Aishah.

...

   Pintu bilik dikuak perlahan, Aishah bertatih perlahan menuju ke pintu depan. Derapan kakinya dihentak perlahan agar tidak didengari ibunya. Anak-anak tangga dituruni dengan hati-hati. Sebaik sampai di pintu hadapan yang terletak di hujung ruang tamu, Aishah menghulurkan tangannya untuk membuka tombol pintu. Tiba-tiba satu suara didengarinya dan Aishah tahu suara itu bukan petanda yang baik baginya.

   " Aishah nak pergi mana malam-malam ni? " Soal ibunya. Aishah lantas berpaling dengan muka yang masam. " Alah bu, nak keluar kejap jumpa kawan, kejap lagi Aishah balikla " rungut Aishah dihadapan ibunya. " Nak jumpa kawan buat apa? Ni mesti takde kerja lain ni, melepak dekat shopping complex lah ni " ibunya meniggikan suara. " Alah mak ni, Aishah bukan buat apa-apa pun, duduk rumah pun bosan, baik keluar. Sikit-sikit nak marah, dahla Aishah pergi dulu ".

   Pintu kayu di ruang tamu dihempas tanda tidak puas hati seorang remaja yang sedang bergelora jiwanya dalam dunianya sendiri. Ibunya hanya mampu mengalirkan air mata melihatkan perangai anak perempuannya itu. Ibunya terduduk di sofa hijau yang berada di sebuah ruangan disitu. Mengenangkan nasibnya sebagai seorang ibu tunggal, tidak ada tempat mengadu selain dari tuhan yang satu.

   Aishah berjalan berseorangan menuju ketempat yang dijanjikannya bersama Umar. Terdetik rasa bersalah dalam hatinya kerana meninggikan suaranya. Tapi apakan daya, egonya mengatasi perasaan yang terdetik pada ketika itu. " Ah, bukan salah pun nak keluar, ibu ni tak faham ke perasaan aku " monolognya sendirian.

   Umar tiba awal di pasaraya tersebut dan menunggu Aishah datang. Secawan kopi yang dibelinya tadi dihirup perlahan. Dari belakang Aishah mencuit bahu Umar dan tersenyum. " Aih, dah sampai rupanya, kenapa awak lambat ni, lama saya tunggu tau. " Umar berpaling kearah Aishah. " Maaflah awak, saya ada masalah sikit tadi dengan mak saya, dia tak benarkan saya keluar pula tadi, bad mood saya jadinya " Aishah mengeluarkan suara manjanya.

   "Aish awak ni, nasib baik suara lembut. Cair hati saya, jadi saya maafkan awak datang lewat, tapi awak kena belanja makan. " Umar berseloroh. " Ala, apa awak ni, sepatutnya lelaki la yang kena belanja makan, kenapa saya pula yang kena. " Aishah menarik mukanya. " Ok-ok saya gurau je, dah, jom jalan-jalan. " Umar memegang tangan Aishah ibarat suami isteri, memimpinnya menuju kedalam shopping complex tersebut.

   Sepasang mata memerhatikan mereka sejak dari tadi. Lirikan tersenut mengikitu mereka hingga hilang dari pandangan dalam lautan manusia.


Umar
  Saat dan detik bersamamu
Terasa indah dalam hidupku
Dikau pengubat hatiku
Yang kucar kerana masalahku

Aishah
Pimpinlah tanganku
Agar aku tidak lari darimu
Sesungguhnya kau yang satu
dalam jiwaku.



...





   Malam kian pekat, awan-awan dilangit bergerak melintasi bulan mengambang di pertengahan bulan ini. Aishah menaiki teksi untuk ke rumah memandangkan sudah lewat malam. Bahaya malam menanti jika dia hanya berjalan kaki, terutama di sebuah bandar yang mana siang dan malamnya hidup dengan manusia yang tidak kenal erti penat dalam menikmati kenikmatan dunia.

   Tambang dibayar lalu Aishah melangkah keluar dari teksi menuju ke pintu pagar rumahnya. Keadaannya sama sewaktu dia keluar tadi. Anak kunci dikeluarkan dari beg duit berjenama AVONSS yang dihadiahkan Umar semasa pertemuan mereka pada beberapa hari yang lepas. Pintu pagar dibuka dan dikunci semula. Kawasan kejiranan Kg Pasir senyap sunyi yang sekali sekala diiringi dengan bunyi unggas yang berteduh di pohon-pohon tinggi disitu.

    Pintu utama rumah dibuka perlahan, Aishah tidak mahu ibunya bangun dan membebel pada waktu-waktu sebegini. Matanya melihat sekeliling ruang tamu dalam rumahnya, di sebuah sofa yang terletak dihujung ruang tamu, ibunya kelihatan terbaring, mungkin ketiduran agaknya. Sekali lagi Aishah berjalan dengan penuh hati-hati. Dia mahu membiarkan ibunya tidur disitu tanpa perlu untuk menganggunya.

   Aishah menaiki anak tangga terus ke dalam bilik dan menghamparkan drinya diatas katil. Siling putih diatasnya dipandang kosong. Lalu terlelaplah mata seorang gadis bandar yang tenggelam dengan nikmat keduniaan. Moga harinya bertambah baik di masa hadapan.


...

   Di hadapannya tercegat 2 orang tuanya, Umar hanya mampu menundukkan pandangan dek takutkan kemarahan kedua ibu bapanya. " Kemana kamu pergi sampai tengah-tengah malam buta ni baru nak balik " tengking ibunya. Ayahnya hanya berdiam diri di atas kerusi sambil menyilangkan kedua tangannya antara satu sama lain. " Berapa kali dah kamu buat camni, o patutlah setiap kali ibu dengan ayah keluar lewat malam je kamu kol, ibu dah perasan dah mesti ada apa-apa ni " marah ibunya lagi.

   Umar memandang wajah ibunya yang merah kepanasan, lalu dia segera menundukkan kembali kepalanya. " Aish, macam mana boleh kantoi pula ni, biasa lepas je " gumam Umar sendirian. Terasa lama dirinya dimarahi Umar cuba mengumpul kekuatan dalam diri. Dia cuba untuk bersuara supaya dia dapat segera ke bilik tidurnya dan berehat sepuas-puasnya. Kepenatan berjalan bersama Aishah masih tidak hilang dan kini terpaksa mendengar leteran ibunya pula. " Ibu Umar minta maaf, Umar janji yang ini terakhir sekali, Umar tak buat dah lepas ni " Umar meminta maaf kepada ibunya, memek mukanya diubah untuk meraih simpati ibunya.

   " Ibu marah sebab ibu sayang pada kamu, tapi kamu tak hargai kasih sayang ibu malah sanggup menipu, ibu nak tengok yang ini adalah yang terakhir, jika macam-macam lagi yang kamu lakukan, siaplah " ibunya mula merendahkan suara. Disuruh Umar untuk kebilik dan berehat. Umar yang berdiri tegak sejak kepulangannya tadi melangkah dengan laju. Dalam hatinya lega kerana tamat sudah bebelan ibunya.

  " Tengoklah abang, anak kita tu, entah apa dosa yang kita dah lakukan sampai jadi macam tu, nasib baik Pak Samad nampak dia berjalan-jalan tadi. Kalau tak sampai ke kiamat pun kita tak tahu perkara ni " Ibu Umar meluahkan rasa kecewa kepada suaminya. Ayah Umar hanya mampu berdiam diri dan memandang kosong dihadapannya. Tapi yang pasti dalam hatinya tersimpan seribu satu kegusaran memikirkan anak tunggalnya itu.


 

Ketika jiwa ku bergelora cinta
Badai laut menghempas pula
Akan ku harung demi cinta
Tidak ku kisah ujian dunia


...

  
   Sinar mentari memancar di pagi hari. Cahaya halus memasuki kedalam ruangan kamar seorang puteri yang masih lena dibuai mimpi. Burung-burung mula keluar mencari rezeki. Tidak kurang juga manusia yang berpusu-pusu keluar mencari sesuap nasi. Jam loceng berbentuk epal merah berbunyi dari atas laci yang terletak di sebelah katil seorang puteri. Lalu bangunlah dia dalam keadaan bermalasan. Matanya dikesat menggunakan kedua belah tangannya. Mulutnya menguap ditutup dengan tangannya. Aishah bangun menuju ke bilik air yang terletak diluar biliknya.

   Tuala yang disangkut pada dinding berpaku digapainya. Kepalanya menoleh kearah ruang tamu. " Eh kenapa mak tak pergi kerja lagi, bukan selalunya awal-awal pagi lagi dah keluar ke " Aishah melangkah ke ruang tamu. Hatinya bergedup laju, tatkala dia melihat wajah ibunya membiru, dipanggil ibunya, digegar tubuhnya tetapi tiada sahutan yang kedengaran. Air mata jernih mula mengalir dari matanya, mengalir perlahan menuruni wajah gebunya. " Ibu! ibu, bangun bu, Aishah minta maaf bu, Aishah minta maaf  " rasa bersalah mula menyelinap kedalam hati. Imbasan-imbasan memori hari semalam mula menyelinap dalam ingatannya. Tidak sempat seorang anak untuk meminta maaf kepada ibunya. Kerana dia telah pergi buat selamanya.

   Aishah kaku tidak tahu apa yang patut dilakukan, dia hanya mampu mengalirkan air mata sambil memangku ibunya di sisi. ' Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna '. "Akulah anak yang paling tidak guna, akulah anak yang paling tidak berguna " Aishah mengulang-ulang kata-katanya apabila dia dikejutkan dengan deringan telefon. Aishah melepaskan pegangannya dan berjalan perlahan kearah telefon rumah. " Hello, Cik Habsah ke ni? saya ni Encik Lan " suara di hujung panggilan kedengaran. Aishah dengan suara yang tersekat-sekat menjawab " maaf encik, ibu saya dah meninggal dunia, " telefon diletakkan sejurus dia menjawab.

   Encik Lan yang berada di pejabat terkejut apabila mendengar berita tersebut lalu dia bergegas ke rumah Aishah, dibawanya bersama pembantu pejabat yang bertugas pada ketika itu. Sesampai sahaja dirumah Encik Lan memanggil Aishah untuk membuka pintu. Aishah kenal Encik Lan, mereka pernah berjumpa sekali pada satu waktu dahulu. " Kamu tidak kol  ambulan ke? dah jom bawa mak kamu ke hospital segera " Aishah yang tidak tahu apa yang perlu dilakukan hanya mendengar kata-katanya. Dia mengekori Encik Lan dengan perlahan dari belakang.



Wahai kekasih
Ku tidak tahu kepada siapa patut ku mengadu
Ku dambakan seseorang
Supaya hilang segala kegusaran





...

 
   " Umar! bangun Umar, dah pagi dah ni, datang kedepan cepat, ada benda ibu dengan ayah nak bincang ni " pintu bilik Umar diketuk dengan agak kuat, cukup-cukup untuk membuatkannya terbangun. Umar tersentak lalu mengesat matanya. Badannya menggeliat menimbulkan perasaan senang dan berlalu dari katil menuju ke tandas untuk membersihkan diri. Dihadapan cermin didalam tandas dia memandang wajahnya dan tertanya-tanya apa yang dimahukan ibunya.

   Pintu bilik dibuka, kaki kanannya melangkah keluar terlebih dahulu menuju ke ruang tamu rumahnya. Keadaan rumah bersih dan kemas, ibunya sendiri rajin mengemas walaupun dibebani kerja-kerja seharian bersama suaminya. Sofa lembut bewarna hijau daun disusun teratur mengelilingi sebuah meja kecil berbentuk empat segi. Sebuah pasu bunga hiasan diletakkan diatas meja tersebut. Ibu dan ayahnya sedang duduk dan membincangkan sesuatu. Umar bergerak kearah mereka.

   " Ibu dengan ayah tak keluar lagi ke, ada apa nak bincang dengan Umar? " Umar memulakan perbualan sambil mengambil tempatnya di salah satu sofa yang berada disitu. Tangannya dihulur untuk mengambil secawan kopi yang telah sedia ada diatas meja kecil dihadapannya. Disisip kopi yang panas itu bagi mengembalikan kesegaran setelah puas tidur semalaman. Dipandang pula kedua orang tuanya selepas itu.

   " Umar, ibu dengan ayah dah buat keputusan, ibu dengan ayah akan hantar Umar ke sekolah berasrama penuh. "  " Dulu masa awal tahun Umar berkeras untuk kesana, rupa-rupanya bukan nak buat apa, nak dating je " Ibunya menambah. Umar terkejut dengan suruhan ibunya " Alah bu, janganlah. Umar tak suka sekolah asrama. Umar nak duduk  rumah je " balas Umar. " Ibu tak kisah jika Umar berperangai baik, jaga tingkah laku, tapi sejak peristiwa semalam, susah dah ibu nak percaya, lagipun ibu dah bincang dengan seorang kawan ibu di Kementerian Pelajaran, Umar masih boleh menggunakan result PMR haritu. Sekarang ni baru pertengahan tahun, jadi pelajaran tak jauh ketinggalan lagi. " kata-kata ibunya menusuk kedalam hatinya. Kalau diikutkan hatinya mahu sahaja dia memberontak, tapi dia masih waras dan menghormati kedua orang tuanya.

   Mahu atau tidak Umar terpaksa mendengar suruhan ibunya. Dia tidak diberi pilihan yang lain. Hanya satu pilihan dan hanya satu jalan sahaja yang diberikan oleh orang tuanya. Berat hatinya. Umar belalu setelah diminta ibunya untuk dia bersedia ke sekolah baru dalam 2 atau 3 hari lagi. Kakinya melangkah berat menuju kamar tidurnya. Satu keluhan berat dilepaskan apabila dia membuangkan dirinya keatas katil. Matanya dipejam dan akalnya terus berfikir perkara yang sama. " Aku taknak pergi !!! "


Duhai kekasih hati
Tatkala aku menerima tamparan
Kau tiada disisi
Bagaimana ingin ku buat keputusan?






...

 
   Umar bermalasan di dalam bilik, badannya dialih kanan dan kiri di atas katil kayu berukiran tumbuh-tumbuhan yang menjalar. Perasaannya tidak tenang sejak kejadian di pagi hari. Pelbagai perkara yang timbul dalam fikiran terutama mengenai hubungannya dengan Aishah. Bagaimana mereka mahu berhubung selepas ini. Pasti hati akan terseksa, tidur tidak akan lena, mandi tidak akan basah.

   Lamunannya dimatikan apabila telefon rumahnya berdering. Tidak ada sesiapa yang bergerak untuk menjawabnya. Telefon berdering untuk jangka masa yang lama. Akhirnya Umar mengalah, dia bergerak kearah telefon tersebut dan menjawabnya. Kedengaran suara halus di hujung talian. " Aishah ni " bisiknya.

   "Hello, Umar ke ni " suara yang muncul untuk mendapatkan kepastian. Kedengaran sebak dihujung talian, Umar hanya mendengar tidak berkata. " Umar saya berharap sangat agar awak ada disisi saya sekarang ini, untuk memadamkan kesedihan saya pada ketika ini. Saya harap boleh berjumpa awak malam ini. " permintaan seorang gadis kepada sang teruna, mendamba kasih seorang jejaka.

   Umar serba salah, dia takut jika perkara ini diketahui ibu dan ayahnya jika dia keluar bersama Aishah. Otaknya ligat berfikir, pening kepalanya memikirkan helah untuk keluar pada malam ini. Jawapan apa yang patut diberikan kepada Aishah. " Ok, malam ni kita jumpa tapi kita jumpa di tempat lain. Kita jumpa disini disini dan disini. Boleh? " Umar bertanya. Aishah hanya bersetuju tanpa berfikir apa-apa. Dalam fikirannya hanya mahu menemui Umar kekasih hatinya.

   Umar mengeluh panjang setelah ganggang telefon diletak. Bagaimana untuk dia melepaskan diri dari diketahui kedua orang tuanya? Seperti biasa juga ibu bapanya keluar pada waktu malam dan akan pulang di waktu pagi. Umar merancang untuk berjumpa dan balik dengan segera setelah urusannya dengan Aishah selesai. Dia berlalu dari ruang tamu dan menuju ke dalam biliknya. Badannya disandar pada kepala katil, bantal peluk dipegang kemas dan fikirannya menerawang entah kemana. Keletihannya menyebabkan kelopak matanya berat, lalu dia tertidur dengan bantal yang dipegang tidak dilepaskan.


Kupejam mata
Mengharapkan adanya cahaya
Lalu kubuka
Tidak ku temui apa-apa



...

 
   Aishah menanti dengan penuh sabar, walaupun seminit dirasakan ibarat sehari tetapi dia tetap setia menanti. Dia sudah tidak ada sesiapa didunia ini melainkan Umar yang dikasihi. Secawan cappucino  yang di pesannya hanay dipandang tanpa perasaan. Tidak diminum walau sedikitpun, menjadi sejuk mengikuti masa yang berlalu. Di satu sudut, Umar datang dengan langkah perlahan menuju kearah Aishah. Senyuman terukir dibibirnya menggambarkan kegembiraan dihatinya. Umar menarik kerusi dan duduk dihadapan Aishah dan hanya tersenyum kelat.

   " Awak nak minum apa-apa? saya boleh tolong pesankan. " Aishah membuka bicara. Umar menolak dengan baik. " Takpela, saya nak jumpa awak pun sekejap sahaja, saya tak boleh lama disini, awak kata ada sesuatu nak ceritakan pada saya, ceritalah. Saya datang pun ingin memberitahu awak sesuatu. " ujar Umar. Dia tidak sabar untuk menghabiskan perbualannya. Di khuatiri ada jiran-jirannya yang memberitahu kedua orang tuanya tentang perkara ini.

   " Awak, saya dah tidak ada sesiapa didunia ni, tinggal awak sahaja untuk saya. Ibu saya baru sahaja meninggal dunia. " air mata yang menitis dilap menggunakan kain ditangannya. Umar tersentak dengan berita tersebut. Tiba-tiba dia menjadi serba salah kerana apa yang bakal dikatakannya hanya akan menjadi pemberat kepada ujian yang dihadapi Aishah. Tidak ada kalam yang keluar dari mulut Umar, dia hanya sekadar memerhatikan air mata jernih yang tumpah dari sepasang mata seorang gadis yang kesedihan.

   " Aishah, saya minta maaf banyak-banyak, saya ucapkan takziah terhadap kematian ibu awak dan saya mahu awak tahu bahawa saya akan berpindah ke asrama selepas ini." Umar mengesat tangisan Aishah dengan tangannya. " Maafkan jika perkara ini menyakitkan, tetapi saya rasa kita patut putuskan hubungan kita. Cukuplah setakat ini sahaja buat kita. Jika takdir telah ditetapkan tuhan, maka kita akan berjumpa, jika tidak, saya tidak mampu berbuat apa-apa " Umar menambah.

   Aishah bagaikan tidak percaya, air matanya mengalir lebih laju. Dipandangnya wajah sang kekasih yang menundukkan pandangan darinya. Aishah bangun lalu pergi meninggalkan Umar keseorangan di meja itu. Langsung tidak ditolehnya kebelakang, perjalanan hanya idteruskan kedepan, dengan tangisan yang tidak henti bagaikan hujan. Aishah kini pasrah dalam kehidupan.


Untuk apa tuhan turunkan ujian
Jika hanya sekadar permainan
Tidak sia-sia takdir yang ditentukan
Di tangan sendiri membuat pilihan

Masih adakah harapan
Dalam membuat perubahan
Oh tuhan
berikan aku jalan.






bersambung...


*adaptasi dari kisah rekaan dan campur aduk dengan kisah benaran, nantikan sekuelnya(bajet macam ada orang baca) ^__^


   

Monday, January 16, 2012

-HATIKU MILIK SIAPA-

   'Lama pula hujan hari ini, kesejukanlah kita nampaknya' suasana sunyi bilik kecil itu dipecahkan dengan suara Emad yang memerhatikan titisan hujan yang mengalir perlahan pada cermin tingkap yang terletak dihadapannya. Sahabatnya Iman mengeluh panjang sambil meletakkan kepalanya diatas bantal. Keluhan yang berat itu dapat didengari membayangkan betapa beratnya perasaan Iman pada ketika itu. Emad memandang sayu kearah sahabatnya itu.'Allah tidak meletakkan sesuatu ujian tanpa hikmah sahabatku, yakinlah dengan ketentuanNya'.

   Emad tidak mahu menambah kata-katanya, dia hanya membiarkan Iman melayari lautan perasaannya pada ketika ini. Iman bangun lantas menuju ke pintu bilik. 'Eh nak pergi mana tu Man?' Emad memandang dan bertanya. Iman memperlahankan langkahnya. ' Nak berwudhu' sekejap', balasnya lalu meneruskan perjalanan ke bilik air. Pintu bilik air ditutup dan kedengaran pili air dibuka. Air musim sejuk mengalir di pipi seorang hamba yang  kesedihan, air mata mengalir bersama dengan titisan air wudhu melalui alur-alur pipi yang kesejukan.

  Iman membuka pintu dan keluar, Emad berada dihadapannya dan ditatap matanya. Emad yang berdiri statik menghulurkan sehelai kain tuala berwarna kuning kepadanya. 'Syukran akhi, ana ok je' sebuah senyuman hambar terukir di bibir Iman. Emad tahu bahawa senyuman itu hanya untuk menyedapkan hatinya. Tuala yang dipegang tadi diletakkan semula ketempatnya sambil memerhatikan Iman berlalu. 'Ya Allah, kau kuatkan hati hambaMu yang lemah ini'. Doanya dalam hati.

...

   Iman masuk kedalam biliknya, tanpa membuka lampu utama dia menuju kearah mejanya dan menghidupkan lampu mejanya. Suasana bilik yang hanya disirami cahaya dari lampu meja suram dan kelam. Satu suasana perhambaan cuba dihidupkan Iman. Sejadah bewarna biru dari Malaysia diambil dari tempat pergantungannya lalu dibentang menghadap kearah kiblat. Iman mengambil kopiahnya diatas meja dan berdiri tegak diatas sejadah yang dibentangnya sebentar tadi. Tangannya diangkat. 'Allahuakbar' . Takbiratul ihram dimulakan diiringi bacaan surah fatihah yang dibacakan dengan merdu dan syahdu. Setiap ayat yang dibaca dihayati satu persatu. Kekuatan dicari melalui kalam-kalam Illahi.

   Usai menunaikan solat sunat, Iman duduk berzikir sambil bermuhasabah diri... 'Mungkin bukan dia untukku. Bahkan banyak kurang dari lebihnya aku berbanding dia. Salah aku juga kerana memulakannya, salah aku juga kerana tidak berani bersuara. Lemahnya aku ini, yang tiada prinsip pada diri. Ya Allah. aku tidak mengetahui sedangkan Kau Maha Mengetahui. Mungkin keputusan ini adalah terbaik bagiku atas sebab kekhilafanku sendiri. Kuatkanlah hatiku Ya Allah. Sesungguhnya Kaulah pemilik mutlak hatiku ini. Kau jua yang berhak memberikannya kepada yang Engkau kehendaki.' Terasa lemah diri Iman tatkala duduk dan meminta kepada Yang Esa, sungguh dia terasa kerdil ketika itu. Air mata jernih  terbit dari kelopak matanya.

...

   2 tahun sudah berlalu sejak peristiwa itu, kekecewaan diatas salahnya diubati Allah dengan banyak perkara sejak dari itu. Sahabat dunia akhiratnya, Emad banyak memberi nasihat dan semangat kepadanya. Bagi Iman dialah ahli keluarganya, ibunya, bapanya, malah naqibnya pada ketika dia memerlukan bantuan. Sahabat sebaik ini sukar dicari. Hanya ucapan syukur yang tidak putus-putus kepada Allah diberikan kerana Dia telah mengurniakannya sahabat sebaik ini. Pembelajarannya diteruskan seperti biasa, baki 2 tahun perlu dihabiskan sebelum dia menggenggam segulung ijazah dan berkhidmat untuk masyarakat di Malaysia nanti.

   Beberapa bulan selepas peristiwa itu Iman dan ahli rumahnya berpindah kerumah yang baru. Disini keadaannya lebih baik. Biliknya yang lebih besar membolehkannya memuatkan pelbagai perabot di dalamnya. Iman sedang sibuk mengulangkaji pelajarannya disatu sudut dalam biliknya. Mejanya dihadapkan kearah tingkap yang terbuka bagi membolehkan hawa musim bunga menghidupkan suasana biliknya. Dihadapannya pula, kelihatan sebuah taman yang dipenuhi bunga-bungaan yang bewarna-warni. Bunga tulip kuning yang diselang selikan dengan lavender bewarna ungu memenuhi hiasan tanaman bunga dihadapan rumahnya. Subhanallah Maha Suci Allah yang menimbulkan 'mood' untuk mengulangkaji pada petang ini. Telefon bimbit yang diletakkan dalam laci meja berbunyi.

   Laci meja dibuka, telefon yang diletakkan diatas timbunan kertas dicapainya.' Assalamua'laikum, abang Im ya? Kaifa haluka?' Iman mendahulukan salam dan bertanya khabar si pemanggil yang berada dihujung talian. ' Waa'laikmussalam, alhamdulillah ana bikher insyaAllah. Sibuk ke petang ni, kalau kita jumpa di kebdah fahmi dalam pukul 6 nanti boleh? Boleh pekena kibdah sekali, ada hal penting sebenarnya ana nak sampaikan.' 'Hal yang mana?, yang tu ke?' Iman dapat mengagak apa yang ingin dibincangkan. Hatinya berdebar, istilah tachycardia wajar digunakan untuk dirinya pada ketika ini. 'Ya mengenai perkara tu, ana ada usul yang ingin diusulkan kepada enta, jumpa nanti ya, assalamua'laikum. 'Waa'laikumussalam'. Telefon diletakkan diatas meja. Bukunya endocrinology ditutup, kerusinya ditolak kebelakang lantas dia bangun dan mencapai senaskah alquran yang diletakkan diatas rak bukunya. Dibukanya naskah itu lalu dibaca isi kandungannya, sedikit sebanyak dapat mententeramkan jiwanya.

...

   2 tahun yang berlalu sangat lama, proses yang berlaku juga dilakukan dengan usaha. Semenjak itu, Iman menambahkan ilmunya, menambahkan amalnya. Dia cuba untuk lebih dekat pada yang Maha Esa dengan bantuan dan pertolongan sahabat-sahabatnya, terutama Emad. 'Cuba fikir balik Man, apa sebenarnya 'purpose' kita untuk mendirikan rumah tangga, tujuan kita untuk membina bait muslim bahagia? tak lain dan tak bukan, yang peeeertama sekali adalah untuk mendapat keredhaan Allah SWT semata-mata. Cuba tengok balik niat kau, muhasabah balik kejadian yang lepas, adakah niat itu betul-betul kerana Allah'. Emad selalu memberinya nasihat seumpama ini kepadanya. Tatkala dia jatuh, Emad akan membantu untuk menaikkan dirinya semula.

   Iman keluar menaiki tram tambang murah yang disediakan khas untuk penduduk yang berpendapatan rendah disini. Jarak dari rumahnya ke kibdah fahmi hanya mengambil masa 5 minit dengan menaiki tram tersebut. Dengan hanya 25 piaster sahaja, kita mampu untuk bergerak ke semua stesen yang ada.

   'Abang Im tak sampai lagi nampaknya' monolognya sendirian. Iman sabar menunggu diluar kedai. Dia tidak mengambil masa yang lama untuk menunggu apabila kelibat abang Im yang menggunakan teksi untuk sampai kesini. Duit dihulurkan kepada pemandu teksi dan diajaknya Iman untuk masuk ke kedai tersebut. Sedikit juadah dipesan bagi mengisi perut yang sedia ada kelaparan. Pelayan datang mengambil pesanan lalu beredar dari meja mereka.

   Mereka berbual-bual kosong bertanya khabar masing-masing sebelum berbicara tentang hal yang sebenar. 'Biar abang straight to the point sahaja ya, banyak dah borak-borak ni.' Sekuntum senyuman terukir di wajah abang Im. 'Pertama sekali abang nak ingatkan balik, dalam amal kita dalam berdakwah ini, kita tidak hanya tersekat ataupun terkandas pada fardh muslim sahaja, tapi kita mempunyai tertib-tertib yang perlu dilalui oleh setiap pendakwah. Dimana bagi enta, yang seterusnya adalah fasa bait muslim.' Abang Im menyambung lagi. 'Ikhwah sudah bersusah payah dalam menolong enta dalam pencarian ini, ana rasa ini adalah rekod paling lama dimana ikhwah cuba mencari yang paling sesuai untuk enta.' 'Sekarang ni segala keputusan terletak ditangan enta, lagipun family enta dah pun benarkan. InsyaAllah proses ini akan menjadi mudah.'

   Iman memanjatkan kesyukurannya kepada Allah, benar bukan baginya dan bagi ikhwah-ikhwah yang membantu dalam pencariannya. Jika yang ini benar untuk dirinya, maka dia bermohon agar didekatkan hati antara mereka berdua. Dalam ushanya 2 tahun dalam memperbaiki diri, dalam usahanya beristikharah pada setaip hari. Mungkin ini akan menjadi jawapan kepada segala yang dilakukan selama ini. Kini dia hanya perlu menunggu hari untuk dipertemukan agar masing-masing dapat mengenali serba sedikit latar belakang dan sebgainya. Iman menanti dengan sabar sehingga tiba pada hari yang dijanjikan.

...

   Iman sedang bersiap di dalam biliknya. Baju Melayu yang dikirim keluarga dari Malaysia disarungnya. Songkok baru bewarna hitam dipakai lalu dia mencapai cermin mata berjenama Rayband yang baru sahaja dibelinya seminggu yang lalu. Emad sedang menunggu diluar biliknya dengan rasa bersyukur. Akhirnya tiba juga masa untuk sahabatnya ini. Mereka akan bertemu dengan wakil pihak akhawat di rumah Ustaz Akem yang sudah berkahwin. Perasaan Iman tidak dapat digambarkan, takut, berdebar, cemas, gembira semuanya datang dalam satu perasa.

   Sesampai di rumah Ustaz Akem, pihak ikhwah termasuk Iman sendiri diminta untuk duduk di ruang tamu yang sedikit besar dari rumahnya. Iman besama abang Im dan Emad duduk bersila sambil menunggu di ruangan tersebut. Apabila semua telah bersedia, tabir yang menghijab pandangan antara kedua-dua belah pihak dibuka. Iman tertunduk malu pada mulanya, sedikit demi sedikit wajahnya diangkat untuk melihat bakal tunang merangkap bakal isterinya. 'Angkat wajah enta dan lihatlah dia, namanya.....' Ustaz Akem menyebut sepotong nama, yang pernah menyebabkan air matanya mengalir pada 2 tahun dahulu. Nama ini jugalah yang menyebabkan air matanya mengalir pada ketika ini, bukan air mata kesedihan, tapi air mata kesyukuran yang mengalir. Kini pemilik hatinya selepas Allah telah diketahui. Disitu juga Iman bersujud syukur kepada Allah, tanda seorang hamba yang beriman.

                                                   'Zulaikha Munawwarah binti Abdul Rahman........'

                                                                    'PEMILIK HATIKU'


.........

*arghhh, alhamdulillah akhirnya dapat gak menulis dan menyiapkan sebuah cerita, berhabuk dah blog ni.
*Siapakah pemilik hati anda? Kene usaha cari ea? :)
*nama yg ditulis xde kene mengena dgn yg hidup atau yg sudah meninggal dunia, mgkin adela sikit.
 



                                                                                                                                                                   

 

Sunday, December 18, 2011

-- SOLEHAH --

Zaujah Solehah


   Marwan meletakkan kepalanya di atas bantal bewarna putih yang bersarungkan kain Pooh & friends lalu cuba memejamkan matanya. Tatkala kelopak matanya mencecah penghujungnya, dia dikejutkan dengan bunyi pintu dikuak perlahan lantas ditutup menandakan ada orang  yang masuk atau keluar dari pintu tersebut. 

   Kedengaran nafas ditarik lalu dihembus dengan kuat menunjukkan beratnya keluhan Marwan pada ketika itu. Badannya dipalingkan kekanan, matanya memandang dinding dengan perasaan yang kosong. Perasaannya pada ketika itu adalah sebuah kepastian. Kepastian jiwa yang tidak selesa dan mahukan perubahan yang lebih baik.

   Satu demi satu janji yang ingin dilakukan di kolej persediaan dahulu bermain di hadapan mata yang terpancar didinding kosong bewarna putih. Perbualan bersama seorang rakan bermain di fikiran.

" Marwan, hang 'plan' apa bila sampai kat Mesir nanti. Nak ambil Medic sahaja ka?" Azri bertanya dengan loghat utaranya.

" Aku tak tahu lagi, mana-mana ilmu yang boleh dikutip aku akan kutip. Tapi bagi aku yang penting aku nak bina biah solehah kat dalam rumah aku sendiri. " Marwan membalas.

   Sambil memandang kearah Azri Marwan berkata.

" Hang pernah baca novel-novel islamik dak?"

" Bila aku baca jadi seronok bila ahli-ahli rumah sama-sama dapat jaga solat, kalau ada yang tak bangun subuh akan ada yang mengejutkan"

" Lepastu dapat sama-sama baca al-mathurat, sama-sama tasmi' al-quran. 'Last' sekali dalam novel tu dapat zaujah solehah."

   Azri dan Marwan sama-sama tergelak bila Marwan menyebutkan zaujah solehah. 

" Ada pulak hang ni, sampai ke zaujah solehah tuh. Jauh sangat " Azri berkata setelah puas bergelak ketawa.

    Marwan tersentak dari lamunan apabila kedengaran azan Zuhur berkumandang di kawasan rumahnya. Masjid yang hanya terletak 10 meter dari rumahnya memudahkannya untuk solat berjemaah setiap kalu masuk waktu solat. Jarak yang dekat mampu menghasilkan suara azan yang kuat dan dapat didengari seisi rumah.

Tapi.

   Apa yang berlaku sekarang adalah jauh berbeza dari apa yang dia gambarkan semasa di kolej persediaan dahulu. Jika pada waktu subuh, hanya dia sahaja yang terjaga, dan apabila dia cuba untuk mengejutkan rakan-rakan bilik yang lain hanya ibarat mengalirkan air di daun keladi. 

  Usahanya untuk menghidupkan biah solehah hanyalah sia-sia. Tidak ada yang mahu menyokong usahanya. Setiap seorang dari mereka hanya sibuk dengan hal mereka sendiri. Diajak unruk membaca al-mathurat bersama ditolak dengan alasan sibuk. Diajak untuk tasmi' al-quran bersama langsung tidak dihiraukan juga atas alasan pelbagai pekerjaan yang perlu dilakukan.

   Tidak dinafikan mereka rajin untuk keluar ke kelas-kelas agama. Tetapi semua itu hanya untuk menambah  ilmu di dada tanpa ada amal yang diterjemah terutamanya amal untuk menghidupkan rumah ini. Rumahku syurgaku hanya sekadar pemanis di mulut bukan di hati. 

   Setelah laungan azan berakhir, Marwan bergerak perlahan menuju ke dalam bilik air. Tangannya mencapai suis lampu lalu dihidupkan bagi menerangi ruang itu. Dia berdiri dihapan cermin yang terletaknya disitu sinki lalu dibuka paip untuknya berwudhu'.

   Mukanya dibasuh sambil dia memandang kearah cermin. Perasaannya yang berkecamuk sebentar tadi menjadi menjadi tenang. Wajahnya yang kelihatan tegang menjadi tenang. Mungkin salah satu hikmah megambil wudhu' ini dapat menenangkan hati dan perasaan.

   Usai mengambil wudhu' Marwan keluar lantas menuju ke biliknya. Di satu sudut dibilik itu terletak sebuah meja belajar kepunyaannya. Terletak diatasnya sebuah songkok bewarna hitam yang sudah sedikit lusuh. Mungkin sudah lama dia tidak membeli songkok yang baru. Lagipun dia berada dinegara orang, sukar untuk mendapatkannya.

   Songkok itu dicapai, dan dipakai keatas kepalanya. Marwan berjalan dengan tenang menuju ke pintu utama rumah. Dihulurkan tangannya untuk memulas tombol pintu dan keluar menuju ke masjid.

   Tatkala ini Marwan telahpun membuat keputusan, untuk berpindah keluar dari rumah itu. Bukan kerana saja-saja untuk keluar tetapi dia memerlukan satu suasana atau biah yang saling membina iman. Bukan sebuah rumah yang ahlinya hanya menghiraukan diri sendiri.

   Dia perlukan suasana untuk berhijrah kearah yang lebih baik. Di rumah ini bukan tempatnya. Tetapi disebuah rumah yang dimana ahlinya sanggup bersama meng'hidup'kan rumah tersebut. Ahli yang mampu menceriakan suasana rumah tersebut, Agar apa yang disebut 'biah solehah' dapat terbentuk dan rumahku syurgaku menjadi kenyataan. 

   Ada yang telah menghulurkan tangan untuk membantunya. Apa salahnya jika dia sambut dan menerima dengan hati yang terbuka. Bukankah ini yang dimahukannya? .........   

Tuesday, December 6, 2011

-- JALAN KEHIDUPAN --

   Malam yang terang disinari dengan cahaya bulan purnama mengindahkan suasana malam yang kian kelam. Ku fokuskan dalam fikiranku untuk pulang awal ke rumah. Memandangkan suasana dan situasi yang tidak selamat disini aku meneruskan langkah dengan laju.

  Alunan ayat-ayat suci Al-Quran bermain di gegendang telingaku. Tatkala ini surah 'Abasa kuperdengarkan. Dengan mendengar ayat-ayat ini hati menjadi tenang. Aku melihat jam tanganku yang sudah menunjukkan pukul 10 malam. Irama pergerakan kaki dan tangan tidak kuhentikan, ia bermain selari dengan ayat yang diperdengarkan.

   Syari' Ma'tabat pada ketika itu sunyi dan hening dengan kenderaan yang melintasi sekali sekala memadamkan kesunyian tersebut. Kebanyakan tingkap-tingkap rumah sudah pun ditutup rapi. Mungkin sudah enak dibuai mimpi bagi para penghuni.

  Aku berjalan pantas menuju kesebuah lorong. Lorong sepanjang 100 meter yang terletak diantara 2 buah bangunan tidak bewarna. Sebaik sahaja aku sampai di perismpangan untuk memasuki lorong itu langkah aku terhenti. Ibarat sebuah batu dihempap kekaki, bagaikan daya graviti meningkat tanpa henti.

  Aku melangkah perlahan, setapak demi setapak. Dalam fikiranku apakah ini? Mataku disinari dengan limpahan cahaya kuning keemasan, yang terhasil dari lampu neon yang menjadi penerang lorong ini.

   Aku ibarat berada didunia yang lain, perjalanan yang dekat dirasakan jauh. Perjalanan yang mudah terasa berat. Tetapi hatiku aku kuatkan, memaksa kaki bergerak kehadapan. Lantas aku meneruskan perjalanan. Perjalanan yang akan membuatku berfikir dengan panjang. Perjalanan apakah itu?

  Beberapa tapak ku melangkah kehehadapan, aku toleh kekiri dan kanan. Bagai menghayati makna kehidupan, aku melihat seorang manusia yang inginkan perubahan, tangannya menggenggam sebatang rokok yang dipatahkan. Duduk ditepi persimpangan, dengan wajah tunduk tanda penyesalan. Aku memandang dengan riak wajah yang tidak tenang. 'Apa yang berlaku ini' bermain dalam fikiran. Lantas kuteruskan perjalanan.

   Jarak yang diambil tidak terlalu panjang, tiba-tiba muncul pula seseorang dihadapan. Tampak seperti ada urusan yang perlu diselesaikan. Aku melangkah kehadapannya. Aku pelik kerana dia hanya berdiri kaku tidak bersuara. Ditangannya memegang wang, mungkin sekali untuk menyara keluarga. Wajahnya berpeluh ibarat melakukan seribu satu kerja. Dalam fikiranku ' apa yang berlaku ini'?

   Sebuah fenomena yang tidak dapat aku jelaskan sedang berlaku dihadapanku. Aku terfikir apakah yang ingin ditunjukkan oleh Illahi kepadaku. Keadaan ini bukanlah satu keadaan dalam mimpi yang selalu menipu. Aku berdoa agar Allah memberi petunjuk kepadaku. Tetapi masih, aku meneruskan langkahku.

   Aku berjalan dengan laju, pelbagai perkara berlaku disekelilingku, malah aku faham sekarang apa yang ingin disampaikan kepadaku. Di lorong ini, hatiku dibuka, malah diterangi dengan sinar hidayahNya. Betapa pentingnya nilai sebuah pengorbanan di alam dunia. Pelbagai perkara yang disaksikan kepadaku. Untuk mengajar aku erti sebuah pengorbanan.

  Tanpa pengorbanan tidak aku berada disini, tanpa pengorbanan kedua ibu bapaku, tidak akan aku hidup disini. Tanpa ada pelbagai jenis pengorbanan tiada erti hidup didunia. Akhinya dengan pengorbanan itu adalah untuk mencapai redhaNya.

   Aku bersyukur akhirnya aku berada dihujung persimpangan itu. Aku berhenti dan memerhati. Aku memalingkan wajahku dan anggotaku kebelakang, untuk menilai sejauh mana pengorbanan yang telah aku lakukan. Terutama untuk agama ini. Adakah sama pengorbanan ku dengan sahabat-sahabat terdahulu. Adakah sama pengorbananku dengan Abu Bakar As Siddiq, adakah sama dengan Uthman Bin Affan. Adakah sama? Adakah sama???





*syari' = jalan

Friday, September 30, 2011

-- HITAM & PUTIH --

   Jika ditanya apakah putih itu. Seringkali warna itu dikaitkan dengan kesucian, keamanan dan pelbagai lagi. Maka pabila putih itu pasti lawannya hitam.

   Warna yang membawa unsur kegelapan, ketakutan dan sebagainya. Jikalau ditanya aku. apakah warna aku. Aku akan menjawab hitam, kerana mereka memanggilku begitu.

...


 " Weh, kenapa muka kau hitam ha? kakak kau putih je aku tengok" kata mereka dengan nada yang mengejek.

" Kau ni biar betul, entah-entah mak  kau kutip dari tong sampah mana entah. " kata-kata yang pedih. seringkali aku menahan airmataku tatkala ditohmah dengan pelbagai ejekan dari rakan-rakan.

   Tetapi memang benar kata-kata mereka, aku tidaklah secantik kakakku yang mempunyai kulit putih gebu. Pasti dapat menawan hati sesiapa sahaja yang melihatnya. Jika hendak dibandingkan dengan aku?

   "Bersabarlah nak, walau muka kamu ibarat hantu sekalipun, kamu tetap anak mak, lahir dari perut mak." inilah yang selaluku dengari apabila aku mengadu pada ibuku. Tetapi dengan kata-kata ini tidak cukup untuk menenangkan hatiku.

   Aku tidak mempunyai ramai rakan-rakan di dalam kelas. Aku selalu duduk berseorangan, disisihkan ibarat aku adalah makhluk yang bukan berasal dari planet ini. Aku sering terfikir apakah salahku. Adakah dengan ketrampilanku begini maka aku dijauhi.

...

   Beberapa bulan teah berlalu, alhamdulillah keputusan SPM ku cemerlang. Aku bisa untuk mendapatkan 10A1 dan berjaya mendapat anugerah pelajar cemerlang sekolah.

   Kini aku telah menjejakkan kaki di IPTA, aku berjaya menempatkan diri dalam bidang Perubatan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Alhamdulillah.

  Walaupun berjaya menempatkan diri disini, keadaan masih tidak berubah. Aku tidak mempunyai ramai rakan atau teman.

   Tetapi Allah itu Maha Pengasih & Penyayang. DIA telah mengurniakan aku seorang sahabat semenjak aku berada disini.

  Pernah aku bertanya kepadanya. " Sal, ko tak rasa apa-apa ke kawan dengan orang bermuka gelap macam aku ni?

 "Nak rasa apa? aku jadi sahabat kau ikhlas kerana Allah. Bukan kerana rupa kau cantik ke ape ke" jawabnya.

   Semenjak itu, kami menjadi rakan yang sangat rapat. Dia sahaja sahabat aku disini. Bukan aku tidak mahu rapat dengan orang lain. Tetapi mereka yang menjauhiku.

  Sebenarnya kakakku juga pernah belajar disini, Dia sudah berada di tahun ke-2 dalam bidangnya. Tetapi disebabkan sikap dan masalah yang sering dia lakukan. Dia dibuang universiti dan kini hanya bekerja sebagai 'cashier' di sebuah pasaraya.

   " Kau tak payah nak merendah diri sangat dengan kakak kau tu. Aku minta maaf awal-awal, cuba kau tengok, harap muka je lawa, putih gebu tapi perangai? pelajaran? hancur. " kata Sal padaku apabila aku sedang menangis di dalam bilik keseorangan.

   " Dayah, satu benda je aku nak bagitau kau. Memang betul Allah tak kurniakan kau dengan rupa yang cantik. Tetapi ada perkara lain yang Allah kurniakan pada kau. Kecerdasan akal fikiran."

  " Walaupun rupa kau begini tapi Allah Maha Adil, Dia kurniakan kau dengan kepandaian. Benda yang tidak ada pada kakak kau. Kau kena sedar benda ni " nasihat Sal padaku.

   Benar kata-kata Sal, kadang-kadang aku terlalu memikirkan tentang perkara ini sehinggakan aku terlupa. Aku juga ada kelebihannya. Tidak perlu untuk aku lemah semangat hanya disebabkan perkara ini.

   Setiap orang yang ada dimuka bumi ini ada kelebihan dan kelemahannya. Cuma apa yang penting adalah bagaimana kita mengatasi masalah tersebut. Bukan hanya menangis sepanjang masa.

...

   Kini aku berdiri dihadapan, plat yang tertulis di atasnya. 'UIAM' . Pada genggaman tanganku adalah segulung ijazah. Berdiri bersama dengan sahabat-sahabatku yang lain. Kami membentuk barisan lurus.

" Ok , kita ambil gambar sama-sama. Semua 'ready' ya. 1... 2... 3....

 Hitam putih kehidupan, kini diabadikan.



Monday, September 19, 2011

-- JANJI KITA --

   Sungguh nyaman apabila dapat kita duduk bersama-sama menikmati angin petang yang bertiup lembut melepasi celahan-celahan daunan hijau dibawah pokok yang rendang ini. Awan putih dilangit bergerak perlahan melintasi tempat ini.

   Padang luas yang dihiasi kehijauan tumbuh-tumbuhan menambahkan rasa senang dan tenang dalam hati. Kami memandang kearah wajah masing-masing dengan senyuman terukir di bibir kami.

   Tidak sesekali akan aku lupa saat-saat ini, ini merupakan antara detik-detik yang paling indah dalam hidup aku. Dapat bersama menikmati keindahan dan ketenangan alam bersama seorang yang bergelar sahabat.

  " Weh, syukran sebab kotakan janji kau, walaupun aku dah pergi tapi kau sanggup juga datang kesini. Terharu aku." Dia berkata sambil tersengih gembira.

  " Alah, kata sahabat baik takkan aku nak lupakan sahaja semua tu. Mana boleh, janji mesti ditepati, kalau tidak dikatakan munafik nanti. " Aku tersenyum kepadanya.

   Bukan senang untuk memperoleh sahabat sebaiknya. Makan dan minumku semasa kecil dahulu, terjun kedalam sungai. Bermain di sawah padi semuanya bersama. Malahan jika berpeluang aku selalu meminta izin untuk tidur dirumahnya.

  Sejak dahulu lagi dia yang memberi semangat kepada aku, tatkala aku ada masalah dialah yang membantu ku. Begitu juga sebaliknya. Kami saling bantu membantu antara satu sama lain. Kami begitu rapat ibarat aur dengan tebing.

   Aku bersandar ditepi pokok, lalu mendongak kepala kelangit, bebola mataku mengikuti pergerakan awan satu persatu. Tatkala aku khusyuk melihat kejadian tuhan. Sepasang tangan menyentuh bahuku.

  " Apa yang dimenungkan kamu sorang-sorang disini " sapa orang itu.

  " Oh mak rupanya, ni haa Anas tengah berborak dengan... " lalu kutoleh kesebelah kiriku. Aku pelik kerana aku tidak nampak kelibat Hadi di sekelilingku. Aku toleh kekiri dan kekanan, bangun dan mencari dibelakang pokok rendang itu. Tiada. Kemana hadi pergi? Bukankah tadi dia bersamaku?

 " Kamu mencari siapa pula ni Anas, ada orang ke bersama dengan kamu tadi. Mak rasa kamu berseorangan sahaja tadi" ujar mak.

  " Tadi anas baru sahaja berborak dengan Hadi, kemana pula dia pergi? " katanya.

  " Astaghfirullah, bukankah Hadi dah 'pergi' meninggalkan kita; meninggalkan dunia ini."

   Aku terdiam seketika, memandang wajah sugul emak yang kelihatn sedih. Dari raut wajahnya terpancar kerisauan. Aku bingung seketika. Sekali lagi aku mendongak kelangit, mencari jawapan di celah-celah kecelaruan yang hadir pada ketika ini.

   Ya, baru aku tersedar dari lamunanku. Memang benar hadi telah pergi, dalam usia yang muda dia pergi meninggalkan aku, meninggalkan janji yang pernah dibuat bersama pada satu masa dahulu. Memori-memori silam kembali bermain difikiranku. Disini dan ditempat ini juga kami bertemu.

 " Anas, kau nak jadi apa bila dah besar nanti? Hadi bertanyakan soalan kepadaku.


 " Aku nak ikut jejak langkah arwah abang aku. Aku nak pergi Mesir kalau ada peluang " jawabku.


 " Waaah, jauhnya kau nak pergi. Kiranya kau nak jadi dokter la ni. " 


  Esok aku akan berpindah ke Jordan, mengikuti bapaku yang mahu menyambung pelajarannya disana. Berat hatiku untuk meninggalkan sahabatku yang seorang ini. Aku risau jika aku tidak dapat berjumpa dengannya lagi.


   Aku risau jika aku tidak akan bertemu dengan sahabat sebaiknya lagi. 


 " Kenapa kau ni Anas, muka macam sambal tempoyak je. Sedih semacam je ni. " Hadi bersuara.


   Soalan yang bagiku tidak perlu ditanya lagi. Apakah dia tidak sedih dengan perpisahan ini. Boleh pula ditanyanya aku akan soalan sebegitu. Geram pula dibuatnya aku. Aku lantas menjawab.


  " Kau ni Hadi, mana taknya muka cam tempoyak, macam belacan. Kau dahla satu-satunya kawan baik aku, sahabat aku. Sedih kot nak tinggalkan kau " aku berkata.


  Mendengar aku berkata begitu Hadi tergelak. Dia ketawa tidak henti dan aku pula menahan geram dalam hati. Tetapi aku tahu,, bukan sengaja dia lakukan begitu. Mungkin ini menjadi gelak tawa kami yang terakhir bersama.


   Gelak tawa bersama dibawah pokok rendang ini. Pohon yang menjadi saksi persahabatan kami yang telah terjalin selama ini. Sebuah perssahabatan yang suci, tiada perasaan kurang senang diantara kami. Segalanya kami berkongsi disini.


   Usai bergelak ketawa, Hadi menghulurkan jari keliingkingnya. Aku memandang matanya, kelihatan sinaran matanya yang juga memandangku dengan penuh ketulusan.


  "Apa ni?" Aku bertanya.


  " Jom kita berjanji, lepas kita dah tamat belajar semua. Kita berjumpa semula ditempat ini. Pada tarikh ini 19 September nanti. boleh? " Hadi menjawab sambil bertanya akan pendapatku.


   Aku memandangnya dan menguntumkan senyuman lalu menyilang jari kelingking kepunyaannya dan juga diriku. Inilah kisahku pada 10 tahun yang lalu.


   Entah kenapa setiap kali aku memikirkan sesuatu aku akan pandang kelangit. Mungkin dengan melakukannya aku dapat menenangkan jiwa dan perasaanku. Hadi juga suka menikmati keindahan yang ada pada langit, begitu juga aku.

    Hari ini 19 September 2009. Aku berada disini, ingin mengotakan janjiku kepadanya. Aku berharap dia tahu walaupun sudah berada 'disana'.

   Terima kasih sahabatku.






*Diadaptasi dari kisah yang tak tahu ada kebenarannya ataupun tidak.
*Nama watak dipilih mengikut suka hati penulis. Kalu terkena jangan marah ea.
*Dah lamo den tak menulis. Kawan den si Hisyam ni ha sibuk je suruh update.
*Tulisan ni suka-suka sahaja eh, walauapapun janji dengan atuk, nenek, mak ,bapak, kawan-kawan, MARA dan rakyat malaysia jangan dilupo.
*PESANAN den, jangan dilupo janji kito eh.

Tuesday, August 9, 2011

EMPAT YANG TERAKHIR

12 Aougos 33 A.Z


Misi dihutan


    Suasana sunyi menyelubungi kawasan hutan sektor H-4. Kesunyian itu dipecahkan dengan nyanyian unggas malam mencipta rentak mereka yang tersendiri.

  Skuad 7 dari regimen risik Askar Islam Sedunia(A.I.S) ditugaskan untuk merisik kawasan musuh yang terletak hampir 1000 meter dari kawasan yang sedang mereka duduki.

   Malam yang sejuk dihangatkan dengan unggun api yang dikelilingi kelibat manusia memegang senjata. Masing-masing duduk bertinggung menghadap punca pemati kepada kesejukan di malam hari.

   Kapten Anis Al-Jundi yang mengetuai kumpulan tersebut berdiri menghadap kearah barat laut, bersedia untuk menunaikan solat malam dan meminta petunjuk dari tuhan. Allah Yang Maha Esa.

"Senjata bagi seorang mu'min adalah doa" usai menunaikan solat dia terus berkata.

"Sehebat manapun alatan kamu, senapang kamu, pistol kamu. Tanpa bantuan dari Allah semua adalah sia-sia"katanya lagi.

"Berdoalah kita kepada Allah agar perjalanan misi ini dijalankan dengan baik. Ikhlaskan niat kerana Allah, untuk membantu bangsa dan agama. Untuk melenyapkan taghut yang ada di dunia," Sarjan Hassan Ali bersuara.

   Koperal Qassam Al-Jihadi dan Koperal Hisyam Al-Maududi setuju dengan kata-kata mereka berdua lantas menaggukkan kepala.

   Terlintas dikepala Koperal Hisyam Al-Maududi apabila dia mendapat berita serangan tentera zionis keatas kampungnya. Dia mengepal penumuk dan mengetap gigi tanda geram kepada mereka.

   Peperangan antara Askar Islam Sedunia(A.I.S) dan Zionis Alliance(Z.A) telah berlanjutan selama 2 bulan dan 13 hari.

   Tentera ZA yang menyerang Barkan sebagai sebuah kawasan umat Islam telah menaikkan kemarahan pemimpin-pemimpin negara Islam lalu ditubuhkan pakatan AIS ini.

   Sikap mereka tidak boleh diterima lagi. Mereka menganggap bangsa selain dari mereka adalah binatang, yang boleh dibunuh sesuka hati. Malah wanita dan kanak-kanak perempuan dirogol dan dibunuh dengan kejam sekali.

   Tiada toleransi yang dapat diberikan lagi. Sikapnya yang melampau telah mencetuskan perang dunia ke-4 ini. 11 Mayu 33 A.W adalah tarikh yang patut diingati.

.....

   Operasi pada malam itu bermula. Tugas mereka berempat adalah untuk menyelinap ke sektor H-3b yang menempatkan alatan persenjataan bagi ZA.

   Tugas mereka adalah mengambil 'blue print' Anti Islamist Super Weapon Retrogade Direction-AISWaRD. Kemudian mereka perlu meletupkan pusat simpanan tersebut dan kembalikan 'blue print' tersebut  ke pejabat pusat.

"Ya Allah tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah; dan engkaulah yang menjadikan dukacita itu
menjadi mudah jika Engkau mengkehendakinya"
 
   Doa dibaca sebelum memulakan operasi, penerangan secara jelas dilakukan oleh Kapten Anis Al-Jundi. Tepat jam 0200 mereka akan bergerak ke sana. Senjata dibawa dipegang kemas. Lalu bergeraklah mereka ke tampat dituju.

"Tuan ada 3 orang pengawal dihadapan, masing-masing siap dengan Steyr mereka." bisik salah seorang dari mereka.

   Kapten Anis Al-Jundi memerhati disebalik semak samun tebal yang membantu mereka menyembunyikan diri.Matanya meliar kekiri dan kekanan sambil memerhati keadaan sekeliling.

"Nampaknya memang hanya 3 orang sahaja yang berkawal pada malam ini. Kamu semua berhati-hati." pesan Sarjan Hassan Ali.

"Baiklah, Hassan, Qassam dan Hisyam pergi dan tawan mereka bertiga. Bawa mereka kesini. Saya akan 'cover' kamu bertiga. Bergerak sekarang!!" Kapten Anis Al-Jundi memberi arahan sambil memperkemas pegangan senjatanya.

   Mereka bertiga bergerak perlahan melintasi celah-celah semak, bergerak kehadapan sedikit demi sedikit. Terdengar bisikan di mulut Koperal Hisyam Al-Maududi "Tawakkaltu a'lallah" kata-kata penguat semangat baginya.

   Pokok-pokok bidang dijadikan tempat berselindung, mengambil masa sambil memerhati masa yang sesuai untuk 'menyergah' 3 pengawal yang berada dihadapan.
 
   Isyarat tangan diberikan Sarjan Hassan Ali. Mereka menyusup laju kebelakang pengawal tersebut dan masing-masing menggunaan kain chloroform  untuk memengsankan pengawal tersebut.

   Lantas mereka menarik pengawal bertiga kedalam semak sebelum kehadiran mereka disedari.

"Cis, rupa-rupanya ramai lagi mereka ni, sudah tinggalkan mereka ini." Koperal Qassam Al-Jundi berkata sambil meninggalkan pengawal yang ditangkap mereka.

   Adegan tembak-menembak bermula. Tentera AZ yang memakai baju biru muda memulakan tembakan. Sarjan Hassan Ali dan lainnya lari mencari perlindungan sebelum membalas tembakan.

   Kapten Anis Al-Jundi yang memerhati sejak tadi membalas tembakan bagi melindungi anak buahnya.

"Hassan tembak mereka yang di sebelah pintu besar itu."Teriak Kapten Anis.

   Muncung senapangnya dihalakan tepat kearah pintu besar, kelihatan 2 orang tentera ZA berselindung disebalik tong minyak kosong yang berada disitu.

"Pang!!Pang!!" bunyi senapang bersimpang siur pada malam itu.

   Satu tembakan mengenai tepat dikepala musuh lalu bertaburan isinya ditanah. Sub-machinegun yang dipegang dihalakan lagi kearah musuh yang lagi satu lalu ditembaknya.

   Dihadapan mereka masih ada beberapa lagi musuh yang perlu ditewaskan. Misi mereka juga terpaksa ditangguh seketika untuk melawan mereka.

"Hassan!! Hisyam!!, kamu berdua masuk kedalam, cari 'blue print' tersebut. Kami akan 'handle' disini" teriak Kapten Anis.

   Mereka mengangguk tanda faham.

"Hisyam mari!!" Sarjan Hassan Ali memberi  arahan.

   Mereka bergerak dengan pantas menyusup kedalam bangunan tersebut sambil membalas tembakan. Kapten Anis dan Koperal Qassam ditinggalkan dibelakang bagi mengawal pergerakan musuh dari luar.


..........



   Sarjan Hassan Ali dan Koperal Hisyam Al-Maududi menyusup laju bagaikan ninja. Mereka jalan beriringan antara satu sama lain sambil berselindung disebalik tong minyak dan dinding yang ada.

   Mereka bergerak melintasi kawasan lapang menuju ke arah belakang bangunan itu. Pimtu belakang dikuak. Tedengar bunyi pergeseran yang dihasilkan engsel pada pintu tersebut.

   Sarjan Hassan Ali melunjurkan kepalanya kedalam untuk melihat jika ada keliat musuh dikawasan sekitar. Beberapa saat kemudian dia mengarahkan Koperal Hisyam Al-Maududi untuk masuk.

   Bangunan itu sederhana besar dan mempunyai beberapa buah stor simpanan senjata. Tetapi bukan itu yang dicarinya. Apa yang dicari adalah 'blue print' untuk AISWaRD.

   AISWaRd merupakan senjata nuklear laser yang pertama dihasilkan dalam dunia. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan, sinonim dengan namanya yang ingin menghapuskan agama Islam dari dunia.

"Sarjan, saya rasa pelik. Kenapa keadaan didalam bangunan ini senyap sunyi?" "Bagaikan ada perangkap didalamnya" Koperal Hisyam bersuara perlahan.

"Saya tidak tahu, tetapi hati-hati. Mungkin ada betulnya kata-kata awak. Mungkin ada perangkap didalam ini"balasnya.

   Sehelai kertas sebesar A3 dikeluarkan Sarjan Hassan Ali lalu diletakkan diatas lantai. Terlukis di atas kertas tersebut pelan bangunan sederhana besar 2 tingkat ini.

   Dia memerhatikan dan melihat semula beberapa tempat yang dijangka menjadi tempat simpanan 'blue print' tersebut. Hanya dua tempat sahaja dan lainnya adalah stor simpanan. Hal ini bakal memudahkan kerja mereka.

"Hisyam awak cuba cari dikawasan ini disebelah barat bangunan manakala saya akan bergerak kearah timur"Sarjan Hassan Ali mengangkat jari telunjuknya kearah barat.

   Koperal Hisyam Al-Maududi mengangguk. Lalu mereka bergerak meninggalkan satu sama lain.

   Koperl Hisyam menuju kearah sebuah bilik. Dilengkapi dengan alatan komputer  yang canggih. "Memang padan dengan teknologi mereka"monolognya dalam hati.

   Di sekitar bilik tersebut terdapat beberapa buah almari. Lantas dia menggeledah isinya lalu dia terjumpa sebuah kertas. Tertulis dihadapannya 'blue print for AISWaRD'. "Begitu mudah" fikirnya.

   Setelah mendapatkannya dia memasang bom jangka C4 dalam bilik tersebut. Dia bergerak laju kearah timur untuk bertemu semula dengan Sarjan Hassan Ali.

   Perkara tidak diduga berlaku, didepan matany sekarang ini. Sekujur badan terlentang diatas lantai. Kelihatan darah mengalir dari kepalanya dan terdapat kesan libasan pada badannya.

"Sarjan!! apa sudah terjadi? " Koperal Hisyam Al-Maududi memangku Sarjan Hassan Ali.

"Koperal, lari"katanya perlahan.

   Koperal Hisyam mengendahkan kata-katanya dan mengangkat Sarjan Hassan Ali keatas badannya lalu bergerak laju mencari jalan keluar.

"You think you can get awat so easily yaw" satu suara berbahasa Ingguris kedengaran.

   Koperal Hisyam Al-Maududi memerhati keadaan sekeliling. Tidak ada sesiapa yang kelihatan. Dia yakin dan percaya ada suara yang berkata-kata kepadanya sebentar tadi.

   Tiba-tiba bagaikan ada satu tumbukan padu hinggap pada perutnya. Dia jatuh terlentang dan Sarjan Hassan Ali tercampak tidak jauh darinya. Dia mengerang kesakitan. Matanya  meliar mencari punca tumbukan itu. Tetapi apa yang ada dihadapannya cuma dinding kosong dan beberapa buah kotak yang tersusun disitu.


..........


   Koperal Hisyam Al-Maududi beristighfar beberapa kali sambil memegang perutnya yang kesakitan akibat ditumbuk oleh 'sesuatu' yang tidak dapat dilihatnya.

   Keadaan seakan terdiam seketika. Koperal Hisyam Al -Maududi mengambil nafas panjang dan cuba menenangkan fikirannya. Denyutan jantungnya yang tadi bergerak pantas kini menjadi perlahan.

   Nafas dihembuskan dan tangan kanannya dinaikkan untuk melindungi kepalanya apabila dia terdengar satu bunyi 'tendangan' dilepaskan.

   Nasibnya baik apabila dia sempat mengangkat tangannya pada masanya. Jika tidak pasti berdarah kepalanya terkena 'tendangan' tadi.

"Hahahahaha, you're good, really good" terdengar seseorang sedang tergelak.

"Hey!! who are you" teriak Koperal Hisyam Al-Maududi.

  Tetapi yang kedengaran hanyalah suara orang tergelak dengan penuh bongkak, riak takabbur, ujub dan sebagainya.

  "Nampaknya teknologi mereka sudah sampai ketahap ini, mereka mampu menjadi halimunan"monolognya bersendirian.

   Satu keadaan yang tidak memihak kepada Koperal Hisyam Al-Maududi apabila dia terpaksa melawan musuh tanpa dapat menggunakan deria penglihatannya.

   Dia memejamkan mata, membuka langkah pemula sambil membaca sesuatu dibibirnya. Kelihatannya dia bersedia untuk melawan musuh ghaibnya dengan hanya menggunakan deria pendengaran yang ada.

 
   Sekali lagi ayat ini dibaca. Pendengarannya ditajamkan. Segalanya diserahkan kepada tuhan. Allah SWT yang Maha Esa. Dialah pembuka kepada jalan-jalan yang susah. Memberi petunjuk kepada hamba yang yakin kepadaNya.

   "Kanan" bisiknya. Dia merasakan dia berupaya menahan sebuah tendangan yang dilepaskan dari sebelah kanan. Perlawanan dimulakan.

   Koperal Hisyam Al-Maududi menahan serangan demi serangan dengan mata tertutup. Dia mengelak kekiri dan kekanan dan jika ada peluang dia cuna membalasnya dengan tumbukan.

   Kebanyakan serang balas yang dilakukan tidak mengena pada sasarannya. Apakan daya, dia ibarat melawan musuh yang tiada dihadapannya.

   Sambil mengelak satu jurus tumbukan padu dilepaskan, urat tangannya menegang. Salur darahnya mengecut lalu menghasilkan satu kuasa tumbukan yang mengenai tepat pada musuh ghaibnya.

   Dengan izin Allah, akhirnya terurailah persoalan difikirannya. Musuhnya tidak lain tidak bukan merupakan salah seorang tentera AZ sendiri.

   Hijab didepan mata terbuka. Musuhnya hilang kemampuan untuk menghilankan dirinya. Koperal Hisyam Al-Maududi tidak melepaskan peluang.

   Dengan ungkapan basmalah dia melepaskan tumbukan demi tumbukan tepat di muka musuhnya. Kelihatan dia tidak mampu lagi untuk  bergerak lantas Koperal Hisyam Al-Maududi  meninggalkannya.

   Sarjan Hassan Ali didukungnya dan berkejaran ke pintu keluar. Dia bergegas keluar dari bangunan tersebut dan apabila telah dia mencapai jarak 100 meter dari situ lalu dia memicit butang peledak C4.

   Bangunan itu meletup, api kemerahan menjulang tinggi kelangit. Asap hitam berterbangan menghiasi ruang udara disekitar bangunan itu.

   Koperal Hisyam Al-Maududi berjaya menyelesaikan misinya. Mereka bertemu semula dengan Kapten Anis Al-Jundi dan Koeral Qassam Al-Jihadi.

   Setelah mendapat arahan mereka berundur semula dan kembali ke pangkalan setelah 1 hari melalui perjalanan dalam hutan. Sarjan Hassan Ali berjaya diselamatkan. Misi berjaya.

   Tetapi jalan masih panjang. Perang ini belum berakhir. Musuh utama masih tidak dapat dikalahkan. Selagi wujud taghut didunia ini AIS tidak akan berhenti berperang.

   Nantikan sambungannya akan datang.


*Perbendaharaan kata
   AIS-Askar Islam Sedunia/World Islamic Army
  ZA-Zionis Alliance
  AZ  -After Zenith/Selepas Kemuncaknya
  AISWaRD-Anti-Islam Super Weapon Retrogade Direction

Saturday, August 6, 2011

ERTI KEJAYAAN PART 2

   Setelah 2 tahun lebih, dengan usaha yang lebih kurang. Aku masih ingat sebelum masuk ke dewan peperiksaan untuk menghadapi PMR, aku lihat sahabat-sahabat yang lain sibuk membelek-belek buku. Sedangkan aku hanya duduk 'relax' tanpa membuka apa-apa buku malah sempat keluar sekolah untuk membeli nasi lemak.

   Usaha aku pada masa ini. Bagi aku tidaklah sehebat rakan-rakanku yang lain. TIdak dinfikan sebelum itu aku pernah mengikuti kelas-kelas tambahan yang diadakan oleh pihak sekolah. Aku turut mengikuti kelas tusyen diluar. Itu sahaja bagiku.

   Bagi seorang pelajar, bersekolah di sekolah harian biasa. Peperiksaan seperti ini mungkin tidak dianggap sebuah peperiksaan yang penting.

Akhirnya, keputusan PMR dikeluarkan pada akhir disember. Jika masih aku ingat pada 26 disember. Aku berbasikal kesekolah. Masih lagi berseorangan tanpa kedua ibu bapaku. Entah mengapa, mungkin aku segan untuk membawa mereka dan mereka juga menganggap aku seorang sahaja sudah cukup untuk mengambil keptusanku. Jujur aku katakan aku agak kecewa kerana ini.

   Aku ke kelas, cikgu Zurina yang pada ketika itu merupakan guru kelas aku berada dihadapan untuk memberi sijil keputusan. Dengan hanya berpakaian baju-t, seluar slack dan bersandal aku menunggu sebelum namaku dipanggil.

  Dan juga seperti biasa aku tidak mengharap yang tinggi. Kerana aku tahu aku pelajar biasa jika dibandingkan dengan sahabat-sahabatku yang lain. Percubaan sebelum itu ajku hanya memperoleh 2 A sahaja. Tetapi Maha Suci ALlah. Subhanallah. Akhirnya namaku disebut.

"Indra tahniah"kata cikgu Zurina

   Tangannya menghulurkan kertas separuh A4 yang tercatat namaku diatasnya. Aku melihat keputusan bagi setiap subjek. Mataku bergerak dari atas kebawah bagai tidak percaya. Kesemuanya A. Alhamdulillah. Tetapi seklai lagi apakah reaksi aku pada masa itu? Apakah erti kejayaan ini?

   Aku 'buat-buat' gembira dihadapan rakanku. Seakan berpura-pura gembira. Kerana bagi aku pada masa itu. 'Oh biarlah, kisah apa kan', kalau dah dapat camni kena gembiralah kan?'monologku bersendirian sambil tersenyum kepada sahabat-sahabatku yang lain.

   Pada tahun itu cuma 3 orang sahaja yang berjaya mendapat 'straight A'. Aku merupakan lelaki tunggal. Selebihnya lagi adalah perempuan. Setakat ini aku masih tidak sedar apakah erti kejayaan itu sebenarnya.




..........



SPM?

  Aku rasa tidak perlu kuceritakan. Cukuplah sekadarku katakan. Keputusanku diperingkat SPM ini juga cukup baik untuk membolehkan aku berada ditempat aku berada sekarang. Takdir Allah yang telah ditentukan, mungkin disini aku mengetahui erti kejayaan.

.........

Aku terlupa, bukan terlupa malah tidak mengetahuinya. Allah SWT telah berfirman dalam surah An Nasr

" Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan(1) dan engkau melihat manusia berbondong-bondong masuk agama Allah(2) maka bertasbihlah memuji tuhanmu dan mohonlah kemapunan kepadaNya. Sungguh Dia Maha penerima taubat(3) "

Betapa jahilnya dahulu, adakah kejayaan aku itu diiringi dengan pujian kepada Allah dan keampunan kepadaNya. Betapa cantiknya Allah yang telah menyusun kehidupanku ini. Kejayaan demi kejayaan tetapi aku berbuat 'bodoh' sahaja. Tidak memuji jauh sekali beristighfar. Astaghfirullah.

Adakah kejayaan ini untuk diri sendiri?

Adakah kejayaan ini untuk mencari kekayaan duniawi?

Adakah kejayaan hanya terikat sekadar ini?

Tidak!!!

Malah kejayaan itu untuk diri dan ummat.

Malah kejayaan itu untuk agama kamu sendiri.

Malah kejayaan itu boleh dilihat dari perspektif yg lebih besar dari yang aku katakan diatas.

Jangan putus asa jangan putus semangat.

Kerana sesungguhnya Allah bersama kamu.

Friday, June 24, 2011

KALAU KAU MARAH PERGI PAKU DINDING TU!!!

Al kisah.. Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pemuda ini terlalu mengikut nafsu amarahnya terutamanya ketika bersama sahabat-sahabatnya. Dia langsung tidak memikir untuk menjaga perasaan sahabat-sahabatnya.

Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. “Untuk apakah paku-paku ini ayah?” tanya pemuda tersebut. “Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu” jawab ayahnya.

Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.

Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata “Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu terhadap seseorang ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kadang kala anakku, kau merasakan sikapmu itu wajar dengan kemarahan yang sedang kau tanggung terhadap insan disekelilingmu, tetapi tanpa kau sedar kau telah meninggalkan luka yang sangat dalam dihati mereka yang mungkin terlalu menyayangimu.

Dan ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.

Anakku, sesungguhnya sahabat yang kita ada sekarang adalah titipan dari Allah. Tidak semua insan yang kita lihat dan kenal akan menjadi sahabat kita kecuali dia sememangnya telah dipilih Allah untuk menjadi pendamping disisi mu sebagai seorang yang bergelar sahabat.

Anakku, Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu bahagia dan menggalakkan mu ke arah kejayaan. Mereka sentiasa akan bersama denganmu mengisi hari-hari indah tanpa dicalari luka yang dipendam. Gurau sendamu dengan mereka akan menjadi suatu kenangan yang tiada boleh kau beli dimana-mana...

Anakku, Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka serta sentiasa membuka hatinya kepada kita. Jangan kau calari hati mereka dengan marahmu yang tiada kesudahan. Jangan pula kau balas kasih mereka dengan sikap amarahmu yang tidak dapat di kawal walau kesilapan mereka hanya sekelumit sahaja. Anggaplah setiap tindakkan mereka itu adalah usaha mereka dalam menjadikan dirimu insan yang berjaya, juga insan yang tahu menghargai erti sebuah persahabatan sejati.

Ingatlah Anakku, Sahabat sejati adalah insan yang selalu menyedarkan kita tentang kelemahan yang kita ada. Agar setelah mengetahui setiap kelemahan kita itu akan membuatkan kita bangkit menjadikan ia satu keistimewaan.

“Sahabat sekalian Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan Kesan Berlubang di Dinding Hati Anda
Dicopy paste dari sini

Sunday, June 19, 2011

MATA HATIKU-PART 2

" Assalamua'laikum mak, apa khabar. Iman nak baagitahu ni, Iman dah dapat kerja dekat sini. Alhamdulillah dapat kerja di kedai jual baju" khabar Iman kepada Ibunya.

"Alhamdulillah nak, kerja disitu elok-elok. Kerja rajin-rajin. Man jadda wajadda man kasala fashala." pesan emaknya.

"Baiklah mak, terima kasih kerana mengingatkan" balasnya.

   Seminggu berlalu sejak Iman diberi pekerjaan sebagai jurujual di sebuah kedai baju yang terletak ditengah-tengah ibu kota. Tugasnya tidak begitu berat, cuma perlu melayani pelanggan dan kadangkala menyusun dan mengangkat sedikit sebanyak barangan yang ada.

   Sepanjang dibandar Iman menetap bersama sahabat lamanya Ikram. Mereka telah bersekolah bersama sejak kecil dan juga merupakan teman sepermainan semasa kecil dahulu. Mereka meyewa sebuah apartmen 2 bilik bersama-sama.

   Usai menjadi hamba dunia pada waktu petang, Iman pulang dan bersiap untuk menyahut seruan Illahi. Meyahut panggilan azan yang berkumandang dicelah-celah lorong pembesar suara. Suasana menjadi tenang pada petang itu. Angin bertiup perlahan, diiringi dengan tarian daunan hijau kekiri dan kekanan. Menjadi penyejuk mata yang memandang. Alangkah indahnya nikmat tuhan.



   'Katakanlah kepada laki-laki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat' An-Nur, ayat 30.

   Kalam-kalam ini terngiang-ngiang di benak kepalanya disaat dia melangkah keluar dari masjid selepas selesai menunaikan solat isya'. Teringat akannya disekolah dahulu ustaznya pernah mengatakan perkara yang sama.

   Allah SWT menyuruh lelaki yang beriman diatas muka bumi ini agar menahan matanya, dari melakukan kemaksiatan. Kerana dari matalah turunnya kehati. Lalu satu maksiat yang dilakukan menghasilkan satu titik hitam dalam hati. Semakin banyak maka semakin gelaplah hati itu.

   Tetapi sejak datang kesini, sukar untuk dia menundukkan pandangannya. Kehidupan dibandar ini amat jauh bezanya dengan kampung halamannya. Apa yang disaksikannya setiap hari adalah wanita-wanita yang tidak menutup aurat dengan sempurna.

   Ada diantara mereka memakai tudung tapi masih didedahkan perhiasannya. Tidak mungkin dikira dengan jari wanita-wanita yang memakai baju ketat dan sebagainya. Akhirnya semua ini hanya mengundang dosa dan menggelapkan hatinya. Lantas apabila terlihat semua itu, dia tunduk memejamkan mata.

   Dia cuba untuk  mengingat kembali ayat yang diturunkan Allah dalam Surah An-Nur. Dia kembali beristighfar dalam hatinya. Dia menjadi ta'ajub kerana Allah telah memberi peringatan kepada mereka. Tetapi kenapa mereka solah-olah merendah-rendahkan peringatan itu malah telah mencabarNya.

   Dia teringat firman Allah:

'Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya(auratnya).......' An-Nur ayat 31.

   Jadi adakah beriman, wanita-wanita  ini. Allah sendiri telah menyampaikan bahawa hanya wanita beriman sahaja yang akan menjaga perhiasannya. Maka kemana pergikah yang lainnya. Adakah mereka pernah terfikir benda ini. Berimankah mereka. Jika beriman sudah tentu mereka akan patuh akan suruhan Allah ini.

   Argh, memikirkan benda ini hanya menyakitkan kepalanya. Hanya kepada Allah dia berserah. Agar dicampakkan hidayah kedalam hati mereka. Dia tidak mahu saudara seagama. saudara sebangsa dengannya, akhirnya menjadi kayu api neraka. Disebabkan murkanya Allah kepada mereka.

   Perlahan Iman melangkah kerumahnya. Malam itu terasa henimg. Sesekali terdengar bunyi kenderaan melintasi kawasan apartmennya lantas memadamkan kesunyian yang menguasai tempat itu. Fikirnya untuk melelapkan mata sejurus sampai di rumah. Keletihannya melakukan pelbagai pekerjaan disiang hari membuatkannya terasa penat.

   Sampai dirumah dia meyalin pakaiannya. Lalu membaringkan diri diatas katil dan lena dibuai mimpi beberapa minit selepas itu.

Thursday, June 16, 2011

MATA HATIKU-PART 1

"Mak, ayah doakan Iman ya. Doakan yang terbaik untuk Iman disana nanti. Semoga dengan penghijrahan Iman dapat membantu keluarga kita sedikit sebanyak" ujar Iman sambil menyalami kedua orang tuanya.

"InsyaAllah mak doakan Iman sentiasa berada dibawah perlindungan rahmat Allah SWT. Jangan sesekali lupa akan Dia, tak kira dimana kamu berada" emaknya berkata sambil air mata mengalir di celahan wajahnya.

    Selesai bersalaman Iman mengorak langkah kearah kereta sewa bewarna hitam berjalur kuning yang sedang menunggunya tidak jauh dari situ. Pemergiannya diiringi dengan airmata kedua orang tuanya. Yang hanya mengharapkan yang terbaik darinya. 

   Tok Imam Surau datang dari arah kereta sewa tersebut sambil diiringi beberapa orang kampung yang ingin menemuinya. Mereka bersalaman dan berpelukan dan ada yang berkaca matanya. Ingin dijatuhkan titisan air mata itu tetapi tetap gagah ditahannya.

"Lepas kamu pergi ni, tiada lagilah yang dapat menggantikan saya untuk jadi Imam." gurau Tok Imam.

   Tetapi gurauan itu ada benarnya. Iman seorang yang dikenali di kampung ini. Tidak ada seorang pun pemuda yang mempunyai sikap sepertinya, yang baik budi pekertinya, baik akhlaknya dan seorang tahfiz sepertinya.

   Selesai berbual dia meminta izin untuk pergi. Sudah lama kereta sewa itu menunggunya. Sudah berpeluh kepanasan pakcik yang membawa kereta tersebut. Berat kaki untuk melangkah masuk kedalam kereta. Kaki tidak mahu tetapi hati mendesak ya.

   Lalu kereta itu meluncur laju meninggalkan mereka dibelakang. Kelibat kereta dinaiki hilang sedikit demi sedikit pabila dipandang dari rumahnya. Di dalam kereta, Iman merenung jauh menantikan nasib yang bakal ditempuhinya. Menantikan qada' qadar Allah yang telah ditetapkan untuknya. Kisah hidupnya kini bermula.