Dan ingatlah dengan mengingati Allah hatikan menjadi tenang.
Featured Post
COLOURs
Setelah sekian lama, blog ini dibiarkan bersawang. Alhamdulillah kalini diberi peluang dan kerajinan dalam menitipkan satu pengalaman. Pen...
Showing posts with label TAZKIRAH. Show all posts
Showing posts with label TAZKIRAH. Show all posts
Monday, March 12, 2012
Thursday, March 8, 2012
-- SEMALAM --
- assalamualaikum w.b.t
saya bukan siapa2 utk post d group ini..dan apa y saya harapkan drpd post ni hanyalah doa drpd sahabat2 sekalian,y saya yakin, pekat mana pun sejarah jahiliyyah dlm hidup kita semua, pasti masih ada iman tersisa..saya yakin..
xtergambar perasaan saya dalam perjalanan pulang dr sekolah melihat sahabat2 y saya sayang, jujur saya katakan, saya sayang kalian, dan sedikit pun tidak terlintas d hati saya utk mbuka keaiban kalian..menitis air mata saya mebayangkan wajah2 kalian dlm doa saya, sepanjang solat saya..saya mendongak, mengharapkan agar doa ini sampai kepadaNya..saya benar2 berharap!
maafkan saya, maafkan saya, maafkan saya, buat sahabat y berada d posisi 'itu' bersama teman masing2..sayalah org y perlu d persalahkan, sbb x mjaga kalian, x mendoakan kalian, x membayangkan wajah2 kalian dlm doa2 sya sebelum ini..sehinga kalian merasa perlu kepada 'teman2' yg lain..
saya tahu, kalian mengharapkan kekuatan utk tidak berada di atas jalan yg telah kalian pilih satu waktu dahulu..saya tahu, kalian bertarung dgn diri kalian, dan saya tahu kalian rasa lemah apatahlagi bila dipandang serong oleh sahabat2 y lain, apabila d sindir2 dgn kata2 yg tajam, saya tahu kalian sakit, kalian sedih..
Ya Allah, sumber SEGALA kekuatan, pemilik kekuatan..limpahkanlah kekuatan kepada sahabat2ku yang aku sayangi keranaMu..hanya Engkau y melimpahkn bahagia, hanya Engkau y mendengar segala rahsia, hanya Engkau y meminjamkan hidayah dan nikmat Iman ini kepada aku mahupun mereka..kuatkan mereka Ya Allah..
buat sahabat2 y lain, biarlah post ini meningatkan saya dan anda y lain utk sentiasa mendoakan mereka..kita selalu tegur mereka, sindir2 mereka, dan tanpa kita sedar kita selalu berkata2 tntg mereka dlm pbualan harian kita, tanpa kita sedar..TAPI KITA LUPA UNTUK MYANGKAN WAJAH2 MEREKA DALAM DOA KITA..KITA LUPA PADA MEREKA!! KITA BIARKAN MEREKA BERTARUNG SENDIRIAN! KITA BIARKAN MEREKA KESEORANGAN!..doakanlah mereka..setiap kali terserempak dn mereka, terpandang wajah mereka, terperasan kelibat mereka, panjatkan doa kpdNya agar KITA DAN MEREKA di beri kekuatan utk mengejar cinta dan redha Yang Memiliki Cinta dan Memberi Cinta!
maafkan saya..
* Kalam seorang sahabat, di FB semalam. Allah~~~
- terkesan sebenarnya dgn kata-kata sahabat kita semalam,
bayangkan kita di padang mahsyar,
dimana manusia hanya memikirkan dirinya,
hanya memikirkan amalannya,
berharap agar tidak jatuh ke jurang neraka.
Dengan api yang panas membara,(ce hidupkan lilin, pastu letakkan jari kat api, bole tahan ke?)
menjulang memanggil manusia,
yang tidak taat pada Tuhan yang Esa,
Manusia mengeluh kemana tujuannya.
Bila tiba masa diadili,
Dengan pahala yg x mencukupi,
Lalu berteriak disekelilingnya,
Mencari manusia yang tidak pernah menyentuh hatinya.
Kau dahulu tidak pernah menegurku,
Aku berbuat yang haram kau diamkan sahaja,
Kau kata, selemah2 iman adalah dengan membenci,
padahal kau mempunyai kuasa dan kalam dalam diri.
Lalu pergilah pahala
Pergilah amalan yang sedia ada
Bila tidak mengcukupi lalu diberi pula dosanya
Lalu berat timbangan kiri kita.
Bayangkan sahabat semua,
Disana manusia hanya pentingkan diri
Tidak ada sahabat baik atau saudara
Kau untuk kau, dan aku untuk aku.
Dalam perjalanan melangkah ke syurga
Pimpinlah tangan kita bersama
Supaya tidak ada yg terjerumus kelubang neraka
Di dunia inilah permulaannya.
~~Abu Mukhlis, 8/3/2012
~~Mafkan saya kerana tidak melakukan perkara yang sama, kerana saya juga insan biasa, penuh dengan kelemahan.
Sunday, March 4, 2012
-- MELANGKAH KE SYURGA --
Tidak akan kulangkah kakiku
Berseorangan tanpa kamu
Meniti titian dunia
Dalam menuju ke syurga
...
Dalam titian menuju kesyurga apa sangatlah yang telah aku lakukan. Syurga merupakan tempat persinggahan yang terakhir bagi orang-orang yang beriman. Kadang-kadang apabila ditanya, siapa yang mahu masuk ke syurga pasti ramai yang mengiakannya.
Begitu juga apabila ditanya siapa yang mahu masuk neraka, pasti ramai yang akan menolaknya. 'Siapa nak masuk neraka doh' 'Memang nak kena seksa la kalau siapa cakap dia nak masuk'. Ini antara kata-kata yang kita boleh bayangkan jika ditanya.
Maksudnya ramai sebenarnya yang ingin ke syurga dan ramai juga tahu seksaan-seksaan di neraka jadi mereka menolaknya.
Tapi apa sebenarnya yang aku lakukan untuk ke syurga? Dengan persekitaran yang kuat mencabar keimanan. Mesir merupakan negara Islam yang majoriti penduduknya Islam, tetapi pengamalannya? Kadang-kadang keluar sahaja dari pintu rumah terpampang maksiat didepan mata. Dengan perempuan arab yang memakai baju ketatnya walaupun bertudung. Memakai skirt pendek dan berlegging walaupun bertudung.
Dan macam-macam lagi ujian yang Allah sediakan untuk orang-orang yang beriman.
Jadi apa sebenarnya yang boleh menjamin aku untuk kesyurgaNya? Cukupkah amalanku, sempurnakah solatku. Bila difikirkan dengan solat 5 waktu di masjid, berpuasa sunat, berzikir pagi dan petang, membaca Al Quran yang kadang-kadang terlupa untuk membuka mushafnya walau satu muka surat sehari. Adakah perkara ini benar-benar menjamin aku kesyurgaNya.
Benar manusia itu selalu lalai, terlalu sibuk melakukan urusan lain sehinggakan terlupa untuk mengabdikan diri kepada Allah.
Kita lihat kata-kata yang diucapkan Abu Bakar As Siddiq. Kata-katanya yang lebih kurang sebegini ' walaupun sebelah kakiku telah memijak syurga tapi aku tidak pasti samada mampu untuk aku membawa yang sebelahnya dengan amalanku yang sedia ada ini '
Abu Bakar yang berjaya mengislamkan 6 dari 10 sahabat yang dijamin masuk syurga, seorang yang dikatakan timbangan amalannya lebih berat dari timbangan amalan penduduk dunia. Tetapi beliau masih belum yakin yang beliau akan kesyurgaNya. Mengapa aku tidak mempunyai perasaan seperti itu.
Atas dasar itu, aku cuba untuk mengubah diri, dan senantiasa mengislah diri untuk menjadi lebih baik. Walaupun hakikatnya aku ni jauh lagi untuk dikatakan baik. Ya Allah tolonglah aku, tabahkan hatiku dalam menjalani ujianmu. Berilah kesedaran, kefahaman, hidayah kepada rakan-rakan yang juga ter lalai dengan nikmat keduniaan yang sementara.
Kadang-kadang rasa geram melihat sahabat-sahabat yang sibuk ber'couple' sedangkan mereka tahu ianya haram. Kadang-kadang rasa geram memikirkan kenapa perempuan-perempuan ni pakai pakaian macam tidak cukup kain sedangkan berlambak di pasaran. Akhirnya perasaan geram hanya tinggal geram.
Takut sangat untuk menegur mereka atas dasar persahabatan. Jika benar mereka sahabat sepatutnya aku ambil langkah untuk menegur mereka dengan cara yang berhikmah. Duduk berdiam diri tidak akan mengubah mereka, sepatutnya aku sendiri berusaha dan menyerahkan segalanya kepada Allah. Kita tidak mampu beri hidayah tetapi kita mampu untuk berusaha menjadi asbab kepada hidayah. Akhirnya hati juga perlu ikhlas.
Kita ingin melangkah kesyurga, tetapi membiarkan sahabat-sahabat lain terbiar sahaja. Akhirnya diakhirat nanti mereka nanti yang akan menarik kita ke jurang neraka. Naudzubillahi min zalik.
Bersamalah kita menuju kesyurga.
Saturday, February 25, 2012
-- KITA BELUM BERSEDIA --
Sumber : Satu Umat
"Jangan kita rasa berbangga bilamana mutabaah amal kita penuh, apa yang kita lakukan sekarang ini hanya cebisan dari apa yang dilakukan oleh para sahabat, tabi' dan tabien, apa yang kita lakukan hanya boleh dikira sebagai asas sahaja berbanding dengan apa yang dilakukan mereka"
Kata-kata Ustaz Suhaib ketika kami menziarahi beliau dirumahnya.
Cuba kita fikir dan dalami kata-kata tersebut, dan kita kaji pula bagaimana terbezanya kita dengan para sahabat. Diatas ana membawakan kisah seorang pejuang yang hebat pada zamannya. Seorang pejuang yang berjiwa besar, mempunyai cita-cita dan matlamat yang tinggi. Berpandangan jauh dan mempunyai ciri-ciri pemuda yang sukar dicari pada zaman ini.
Nah, cuba kita bandingkan beliau dengan diri kita. Terutama bagi mereka yang bergelar pemimpin. Amat jauh sekali, ibarat langit dan bumi. Kita yang sentiasa bermalasan dalam melakukan amal ibadah kepada Allah, sentiasa lupa apa yang disuruh tetapi selalu buat apa yang dilarang. Itulah yang terjadi pada kebanyakan dari kita tidak terkecuali diri ana sendiri.
Kita ambil contoh perbandingan solatnya dan solat kita. Jika ditanya tentang solat kita yang fardhu, hanya 5 waktu, sejak dari baligh hingga sekarang. Siapa yang berani kata dia tidak pernah meninggalkan solatnya itu, maka tahniah dan ucapkanlah syukur kepada Allah kerana memberi kekuatan untuk melaksanakannya. Jap jap jap... Satu soalan lagi... berjemaah ke? Hmmm fikirkan.
Itu baru masuk solat fardhu, belum solat sunat rawatib, belum lagi solat tahajud atau qiamullail. Kadang-kadang borang mutabaah amal yang diberikan pun belum tentu penuh dan perfect, cuba kita kira berapa kali kita berjemaah 5 waktu dimasjid selama seminggu. Pasti banyak lompong disana sini.
Hakikatnya kita jauh, masih lagi jauh. Susah sebenarnya untuk mengatakan kita ini sudah benar-benar mempunyai kadar keimanan yang kuat. Seperti yang dikatakan, jika mutabaah amal penuhpun, tidak perlu untuk dibanggakan. Malah perlu untuk kita menambah lagi amalan kita dalam usaha mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Sebagai pemimpin kita perlu menggerakkan akal fikiran, berfikir dengan hati. Layakkah aku sebagai pemimpin, layakkah digelar sebagai pemimpin apabila suruhan Allah yang perlu diutamakan tidak dijalankan. Layakkah kita menjadi pemimpin apabila solat fardhu kadang-kadang tertinggal? Ini baru perkara asas... Ya baru sahaja perkara asas.
"Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan perkara yang tidak kamu kerjakan"
As Saff : 2
Seringkali kita mengingatkan orang untuk lakukan itu dan ini, tapi kita sendiri terlupa atau lalai dalam melakukannya. Muhasabah kembali. Muhasabah kembali. Malam ini sebelum tidur cuba fikirkan perkara ini.
Bersediakah kita untuk perkara seperti ini? Saudara kita di Syria... Apa yang mampu kita lakukan untuk membantu mereka? Beli tiket ke Syria dan berperang bersama mereka? Ana rasa ramai yang tidak sanggup buat begitu. Jadi?
| Setiap seorang dari kita adalah seketul batu. |
Untuk membina benteng dan kekuatan bagi sebuah kubu yang kuat dan teguh, jika ditembak tidak jatuh. Maka proses pembuatan sebiji batu bata memerlukan penelitian dan kesabaran. Bahan-bahan yang dipilih hendaklah yang terbaik, acuannya, saiznya, hendaklah betul mengikuti spesifikasi yang dikehendaki. Batu bata yang diproses itu hendaklah kukuh dari sebarang tekanan. Tidak cair dibasahi hujan, tidak terbang ditiup taufan. Maka dengan penelitian yang dilakukan, dapatlah kita hasilkan sebiji batu bata yang berkualiti dari segi ketahanan dan kelasakannya.
Maka begitu jugalah diri kita, bina asas dalam diri kita. Bina kekuatan jasmani dan rohani. Semai dan kukuhkan asas-asas Islam dalam diri. Agar nanti kita akan dikelompokkan dalam mereka yang sudah mampu mempertahankan agama. Jika terasa kekurangan dalam solat, maka perbaikilah, jika kurang dari aspek amalan sunat, maka pertingkatkanlah maka begitulah seterusnya.
Ya Allah, jujur ana katakan, ana rasa ana belum lagi mampu menjadi sebuah batu yang berkualiti. Ciri-ciri yang diperlukan amatlah kurang, ana juga manusia biasa yang cuba mengubah diri. Ana juga sedang bermujahadah dalam meninggalkan jahiliyah dalam diri. Bagaimana pula dengan antum? Adakah hanya mahu berdiam diri? Mari kita sama-sama mengubah diri, meninggalkan perkara yang melalaikan diri. Key point nya adalah cuba dan usaha. InsyaAllah dengan usaha kita itu Allah akan pandang jika kita ikhlas kerananya.
Sahabat-sahabat sekalian, masa yang kita ada tidak lama. Masihkah kita mahu menunggu sehingga ajal tiba? Mungkin esok tau luse malah mungkin saat ini Allah menarik nyawa kita? Adakah perlu untuk kita menunggu saat itu untuk berubah? :'(
" Demi masa (1) Sungguh manusia itu dalam kerugian,(2) Kecuali orang-orang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.(3) "
Al Asr : 1-3
Wednesday, February 15, 2012
-- KERANA ALLAH AKU CINTAKAN DIA --
Bismillah.
Sebelum baca jom istigfar 10x dulu jika ada dosa2 yang kita baru lakukan.
Astahgfirullah
Astagfirullah
Astaghfirullah
Astaghfirullah
Astaghfirullah
Astaghfirullah
Astaghfirullah
Astaghfirullah
Astaghfirullah
Astaghfirullah.....
Akhukum fillah. Pernah antum dengar perkataan ini? Bagi yang biasa mengikuti program2 usrah tidak kira di sekolah atau di universiti dan lain2, pasti akan selalu mendengarnya. Sebuah ayat indah yang selalu digunakan tatkala kita berkenalan antara satu sama lain.
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
'Sesunggunya setiap mu'min itu bersaudara, kerana itu damaianlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat.' -al Hujurat:10
Setiap antara kita sesama Islam adalah bersaudara, tak dapat tidak kita perlu untuk 'kisah' mengenai mereka dan saling berenal-kenalan. Maka taaruf adalah permulaan. Selalunya perkataan yang indah ini kita guna ketika bertaaruf terutama bagi mereka yang mempunyai pengalaman mengikuti usrah.
Ada apa dengan perkataan ini?
Ana pernah dengari dari seorang guru mengaji ana disini, Sheikh Muhammad Hamed. Dia pernah memberitahu bahawa perkataan tersebut mempunyai beberapa peringkat dan darjat. Dan yang paling tinggi adalah 'akhukum fillah'. ' Saya cintakan awak kerana Allah.(Sebenar2nya kerana Allah).
Terdapat juga akhukum lillah dan sebagainya tetapi fillah adalah yang paling tinggi darjatnya.
Jadi apa masalahnya?
Kita sering mengucapkannya ketika berkenalan dan sebagainya tapi adakah ita memahami sebenar2 cinta kerana Allah itu. Ana rasa ramai diantara kita termasuk diri ana sendiri, kadang hanya mengucapkan sekadar dimulut. Kadang2 kita merasa hebat sebab dapat memulakan sesi perkenalan dengan berbahasa arab dan sebagainya.
Adakah dalam hati kita benar2 timbul perasaan cinta terhadap sahabat kita yang baru sahaja dikenali? Akhirnya ketiadaan rasa cinta yang sebenar terhadap saudara kita hanya akan membawa kita kearah perasaan seperti iri hati, perasaan aku lebih hebat pada dia, dengki dan sebagainya.
Sepertimana kita cintakan isteri yang dikasihi, dimana kita sanggup terima kekurangannya dan membantunya dalam menyelesaikan permasalahan tanpa ada rasa gundah dalam hati maka seperti itu jugalah kita dengan sahabat2 kita.
Rasailah, masukkan perasaan cinta kita yang sebenar2nya terhadap sahabat kita. Akhukum fillah bukan hanya pemanis dimulut sahaja tetapi adalah sebuah perkataan yang indah yang diiringi sekali dengan rasa cinta terhadap sahabat2 kita.
Jadi kepada yang mengenali ana, ANA AKHUKUM FILLAH....
Tuesday, February 14, 2012
Monday, February 13, 2012
Sunday, February 12, 2012
-- PEJUANG NAFSU --
"Aina antum ya Salahuddin Al Ayubi?"
"Aina antum ya Mehmed Al Fateh?
"Dimanakah kamu wahai Salahuddin Al Ayubi?"
"Dimanakah kamu wahai Mehmed Al Fateh?"
Dimanakah kamu semua ketika umat memerlukan kamu? Tidakkah kamu mendengar suara mereka? Tidakkah kamu mendengar rintihan mereka?
"Banguuuuuun!!!!"
Bangunlah kamu dari tidurmu. Yang selama ini dibaluti kesenangan duniawi. Diselimuti kain-kain hawa, yang sentiasa menjauhkan kamu dari Allah SWT.
Adakah kamu mengambil cakna wahai pejuang, tidak!!! kamu tidak layak dipanggil pejuang. Pejuang apa yang hanya diselimuti nikmat keduniaan. Sedangkan pejuang sebenar dihiasi tubuhnya dengan titik peluh dan darah perjuangan.
Adakah kamu hanya melihat sahaja keadaan umat sekarang? Adakah kamu tenggelam dalam keduniaan? Adakah kamu tenggelam dalam kemaksiatan? Adakah kamu berseronok dipentas-pentas jalanan?
"Wahai Salahuddin, wahai Mehmed Al Fateh, bangunlah kamu semua dari kelenaan" " Jangan lagi kamu tertipu dengan mehnah keduniaan, bangun dan bagkit dari lenamu, bangun dan bangkit dari tidurmu. Umat memerlukan kamu... Umat memerlukan kamu.......
.........................................
"Wahai suara yang memanggil kami, maafkanlah kami, kami belum bersedia. Kami masih cintakan dunia. Keseronokannya tiada tolok bandingnya. Kenapa kau bersusah payah mahu membangunkan kami semua?"
"Wahai suara yang memanggil kami, kau berjuanglah seorang diri. Biarkan diri kami, terlalai dengan arus dunia"
"Wahai suara yang memanggil kami, pergilah kau, pergilah kau dari sini.
........................................
Bismillahi walhamdulillah.
Akhirnya ringan tangan untuk menulis entri pada kali ini. Adakah antum baca entri ini dari atas? Pada pandangan antum siapakah yang dimaksudkan dengan Salahuddin dan Mehmed diatas? Sebelum itu ana ingin bertanya adakah kita mengenali nama-nama ini? Sila bertanya kepada yang arif akan mereka berdua ini?
Pejuang
Bukankah mereka itu pejuang Islam? yang pernah memberi jasa yang sangat besar kepada umat Islam? Jawapannya adalah betul dan merekalah pejuang yang sebenar-benarnya. Bagaimana pula dengan diri kita?
Berapa ramai yang rasa diri kita boleh digelar sebagai pejuang, secara spesifiknya berapa ramai yang mengaku mereka pejuang Islam? Yang benar-benar akan memberikan keseluruhan jiwa dan raga apabila masanya sampai.
Ana akan bertanya antum satu soalan yang sangat mudah dijawab. Hal ini akan membuatkan antum terfikir, 'pejuang' kah antum ini. Soalannya...
'Bagaimanakah solat subuh antum pada hari ini?'
Solat subuh
Apa kena mengena solat subuh dengan pejuang? Bukankah jauh bezanya itu? Baiklah bagi mereka yang berkata begini kita lihat kata-kata ini.
"Umat Islam pada zaman ini tidak akan menang selagimana solat subuh dimasjid tidak sama(jumlahnya) dengan solat jumaat"
-Moshe Dayan-
Siapa pula Moshe Dayan ini? Adakah antum kenal? Ana sendiri pun mempunyai maklumat yang kurang tentangnya tetapi bolehlah jika dia ini kita katakan seorang pendeta yahudi ataupun seorang tokoh yahudi.
Dia melihat kekuatan umat Islam dapat dinilai dengan mata kasar melalui solat subuh. Dan persoalannya disini adalah mengapa solat subuh? Mengapa tidak zuhur, asar dan lain-lain? Ana dapat merasakan antum juga tahu jawapannya.
Hal ini adalah kerana solat subuh merupakan indicator bagi iman kita. Samada kita mampu untuk menolak dan melawan hawa nafsu untuk merealisasikan suruhan Allah SWT diwaktu pagi.
Bagi para pemuda, yang dikatakan mempunyai kekuatan, semangat dan beberapa kelebihan yang tidak ada pada golongan berumur mahupun kanak-kanak. Adakah mereka mampu menolak tempat tidur mereka dan menunaikan kewajipan mereka?
Sesungguhnya kekuatan dan perpaduan umat Islam dapat diterjemah dengan kemampuan kita untuk bangun mengerjakan solat subuh berjemaah. Dan perkara inilah yang ditakuti oleh musuh-musuh Islam lantas menyediakan pelbagai medium yang melalaikan umat Islam.
Solat subuh itu dari pandangan ana ada beberapa jenis.
1) Mereka yang bangun sebelum azan berkumandang.
2) Mereka yang bangun ketika azan dilaungkan.
3)Mereka yang bangun hanya setelah iqamat dilaungkan.
Bagi mereka yang terdiri dari gologan 1 dan 2 ana merasakan sangat baik bagi mereka. Tetapi yang nombor 3? Ana dapat merasakan hilangnya syu'ur(rasa) dalam mendapatkan ganjaran solat subuh berjemaah dan kurangnya syu'ur untuk mendapat redha Allah.
Medium yang melalaikan
Banyak. Sangatlah banyak. Tidak terkira banyaknya.
Medium-medium yang disediakan inilah yang menyebabkan runtuhnya akhlak, lemahnya iman. Dan apabila lemahnya iman maka susahlah untuk kita menunaikan kewajipan. Oleh kerana itu jarang kita melihat pemuda untuk berada di masjid untuk menunaikan solat subuh.
Adakah perlu ana list kan ? Ana rasa tidak perlu , tepuk dada tanya iman. Itupun jika masih ada yang berbekas dalam hati kita yang kotor ini. Astaghfirullah.
Jadi?
Kita lihat saudara-saudara kita diluar sana, di Mesir, Palestin, Syria, Kashmir, Selatan Thai. Semuanya berjuang menggunakan titik peluh dan darah untuk mengembalikan hak Allah diatas muka bumi.
Sedangkan kita sekarang ini, hanya perlu berjuang untuk melawan hawa nafsu keduniaan. Susah sangat ke? Ana akan kata memang susah, tetapi kita sendiri perlu berubah. Silap haribulan jika Malaysia sendiri diserang musuh-musuh Islam lari lintang pukang kerana tiada kekuatan iman.
Saudara yang dikasihi Allah SWT.
Kita berjuang tanpa menumpahkan darah, mungkin hanya mengeluarkan peluh dan melawan nafsu yang bermaharajalela dalam hati. Jika susah mulakan perubahan sedikit demi sedikit, apakata kita bermujahadah untuk dari lena kita, untuk menggerakkan kaki melangkah kemasjid setiap kali azan subuh berkumandang. Amacam?
Bolehkan? InsyaAllah sama-sama kita cuba.
![]() |
| Layak ke nak digelar pejuang? |
Ini baru lah pejuang kan?
Friday, November 25, 2011
-- TAHU TAK --
Assalamua'laikum dan salam sejahtera dan ada juga yang bertanya ada ke salam 1 Malaysia.
Itu saya tidak tahu. Yang saya ingin tahu adakah anda tahu. Jika tidak tahu tidak mengapa kerana kita boleh
belajar. Yang penting kemahuan itu ada.
Apa sebenarnya yang nak dikongsi ni?
Anda semua tahu ini?
Sunday, August 14, 2011
MEREKA BEGITU KITA BEGINI
Kisah 1
Ana dahulu, ditempatkan disebuah sekolah yang boleh ana kata lebih sekular dari sekular. Sekolah ana itu, sekolah untuk orang-orang kaya. Kalau perempuan, mereka memakai pinafore, seperti yang ada di Jepun. Jika memakai tudung pun, di'wajib'kan ketika waktu mata pelajaran pendidikan Islam.
Ketika ana mula-mula sampai disini(mesir), ana tidak tahu apa-apa. Ana tidak ada basic agama. Kalau nombor dalam arab yang ana tahu pun wahid(satu), kalau dua, tiga ana tak tahu. Begitulah diri ana pada masa lalu.
Pintu hati ana diketuk hidayah Allah SWT pada akhir tahun 1. Ketika ini ana baru sedar akan kepentingan tarbiyah itu sendiri. Akhirnya tarbiyah ini telah mengubah hidup ana 180 darjah. Bagi ana tarbiyah ini adalah tempat untuk mendidik jiwa, aqal dan jasad itu sendiri. Alhamdulillah.
Kisah 2
Ana dulu, suka menglalaikan diri dengan perkara-perkara yang lagha. Dalam setahun ana tidak tahu apa yang ana telah lakukan. Solat subuh, dan solat-solat yang lain selalu ana abaikan.
Dalam masa setahun, pelbagai perkara yang telah ana lakukan. Ana rasa tiada langsung terbit perkataan Islam atau perkataan usrah, tarbiyah dan dakwah.
Cuma bila tibanya satu masa, bila ana rasa dalam diri ini ada rasa kekosongan. Allah telah menjentik hati ana. Untuk memikirkan balik apa yang telah ana lakukan sepanjang masa ini.
Hati ana rasa tidak selesa, bagaikan sebuah gelas kosong yang menanti untuk diisi. Pada ketika itu juga ana muhasabah semula diri ana
Kemudian, pada satu masa, ana terjumpa Ustaz ***, ana berbual-bual dengannya. Ana luahkan segala isi hati ana padanya, Ana luahkan kesedihan hati ana padanya. dan pada ketika itulah Ustaz *** menghulurkan tangannya, membantu ana mengeluarkan diri ini dari kepompong jahiliyah.
Sekarang ini, ana rasa amat gembira. Hati ana terisi, ana bersama duduk dibawah Ustaz *** dalam usrahnya. Disini ana dibentuk, disini ruh ana terisi.
Pernah pada satu hari ana diberi borang mutabaah amal selama seminggu. Kadang-kadang rasa malu sangat-sangat. Sebab bila tengok balik, subuh yang hanya mampu berjemaah 2 atau 3 kali sahaja seminggu.
Kadang-kadang kalau nak baca quran pun malu-malu. Kalau main futsal, nak baca pun kena nyorok-nyorok.
Tetapi disini lain, suasana atau biah solehahnya, membuatkan ana lebih bersemangat. Tiada perasaan malu. Bila melihat ikhwah-ikhwah lain bersama-sama membaca quran, ana rasa seperti tidak perlu malu untuk bersama-sama melakukannya.
Akhirnya ana nampak dimana kepentingannya untuk kita berada dalam suasana yang sentiasa membuatkan diri kita untuk membangun dan lebih kedepan. Alhamdulillah bersama ikhwah semua ana dapat lakukan.
![]() |
| Gelas kosong diisi air akhirnya akan terisi. |
Kisah-kisah yang menghimpunkan pengalaman masing-masing sebelum berjumpa dengan madrasah yang dikenali dengan nama tarbiyah.
Ada ikhwah yang menceritakan kisahnya sehingga mengeluarkan air mata. Ana sangat tersentuh dengannnya kerana dari apa yang ana nampak. Mereka sangat menghargai tarbiyah itu. Mereka sangat menghargai hidayatullah itu.
Disitu juga ana cuba untuk cermin semula diri ana, muhasabah dan refleksi diri. Sebagai seorang yang telah mengikuti tarbiyah ini dalam 2-3 tahun. Wujudkah sebuah penghargaan terhadap peluang yang diberikan Allah itu.
Ana terkedu dengan kisah mereka kerana dalam diri ana sendiri kadang-kadang wujud perasaan tidak bersyukur untuk berada dalam biah ini. Tidak bersyukur diletakkan dalam suasana begini. Dalam hati rasa biasa dan ana anggap ini seperti rutin harian biasa. Astaghfitullaha'azim. Banyak lagi perkara yang perlu diperbaiki.
Jika diberi sebuah hadiah yang bernilai pasti kita akan menjaganya bersungguh-sungguh. Begitulah juga tarbiyah dan hidayah Allah. Apabila kita dapat akannya, hargailah dan jagalah ia.
Bukan senang untuk dipilih Allah untuk berada dalam jalan ini.
Begitu banyak hati-hati kosong diluar sana yang sedang mencari.
Hati kita yang sudah terisi, perlulah terus diisi dan jangan berhenti disini
Kesani pula masyarakat yang memerlukan antum diluar sana nanti.
"Sesungguhnya engkau tidak mampu memberi hidayah kepada orang yang engkau sukai, akan tetapi Allah yang memberi hidayah kepada sesiapa yang Ia kehendaki dan Dia lebih mengetahui orang-orang yang mendapat hidayah itu"(Al-Qasas : ayat 56)
Kita tidak akan sangka yang orang dahulunya seperti #%#@$^$ akan berubah menjadi sebaliknya. Bukan kita yang memegang dan mengubah hati manusia. Tetapi Allah. Tugas kita? Bantulah mereka yang memerlukannya.
Friday, July 22, 2011
ISLAMIC BOX
Assalamua'laikum
hanya sekadar picisan di musim peperiksaan.
*Pengajaran yg boleh kita nampak
1. Sabda Nabi SAW, "sampaikan dariku walau satu ayat"hadis riwayat Tarmizi. Mengajak kita untuk sentiasa
menyampaikan Islam seperti yang kita lihat pada video yang pertama. Hatta perkataan Islam itu sekalipun.
2.Jangan ditinggalkan Islam itu sebagai penyuluh hidup kita. Bila berada dalam keadaan gelap gelita tanpa
lampu suluh nak nampak apa kan?
3. Akhirnya Islam itu adalah penyelesaian kepada masalah. Rujuklah Al-quran dan sunnah, ijtima para ulama.
Dapatkan sumber yang sahih insyaAllah Islam ada jalan penyelesaiannya.
4. Hubungan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram, hukum asalnya adalah HARAM. Faham tak?
HARAM. Kecuali beberapa keadaan yang mengharuskan. Jangan salah guna konsep ukhuwah untuk
rapatkan diri dengan perempuan. Kalau nak berukhuwah sangat silakan. Tapi dengan sesama jantina.
Wallahualam. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.
Thursday, June 23, 2011
SUKA
I really love this quotation. It shows me to not judge others. Why?
"KAMU ADALAH PENDAKWAH BUKAN PENGHUKUM"
Terdapat seorang hamba ini, dia beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga sehasta lagi untuk dia melangkah kedalamnya. Tetapi dia beramal dengan amalan ahli neraka akhirnya maka keneraka lah jawabnya.
Terdapat juga seorang hamba yang beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga sehasta lagi untuk dia jatuh kedalamnya. Tetapi dia beramal dengan amalan ahli syurga pada akhirnya dan kesyurga lah tempatnya.
Perlu untuk diingati bahawa, tidak semua orang yang berbuat maksiat akhirnya Allah SWT campakkan dia kedalam neraka.
Mungkin kita yang selalu berbuat kebaikan, tapi akhirnya bukan syurga yang diberi tapi neraka.
Berdoalah untuk mendapat redha Allah dalam setiap amalan kita. Allah itu Maha Adil. Jika ikhlas kita dalam setiap perbuatan kebaikan, insyaAllah syurga bagi kita.
Wallahualam.
Tuesday, June 21, 2011
BAGAIMANA DENGAN KITA?
Abu Bakar r.a, pabila dia mengucap kalimah syahadah terus menyebarkan kefahamannya.
Sehingga 5 orang dari sepuluh orang sahabat yang dijanji syurga, diislamkannya.
Umar Al-Khattab seteru utama Islam sebelum keislamannya
Tetapi setelah mengucap, para sahabat mampu untuk bersembahyang di Ka'abah bersamanya.
Nua'im Bin Mas'ud yang memeluk Islam ketika perang Ahzab
tanpa sebarang ilmu, tetapi dengan iman berjaya mengkucar kacirkan pihak musuh diwaktunya
Tetapi kita?
"Takpelah, aku ilmu tak banyak lagi. Tak layak nak bagi tazkirah kat depan"
"Ish aku seganlah, aku bukannya dari sekolah agama pun"
dan seribu satu alasan lagi.
Tapi mereka?
Hanya dengan kalimah syahadah
hanya dengan beberapa potong ayat quran.
Tanpa mushhaf yang penuh disusun rapi.
Tapi tidak menunggu ilmu penuh didada
Untuk kehadapan meyampaikan Islam yang difahami.
Jadilah kita rijal seperti mereka
"Rasulullah SAW bersabda 'sampaikan dariku walau satu ayat'
Tidak Baginda berkata perlu dihabiskan Riyadussolihin dan sebagainya.
Sampaikan apa yang kita tahu.
Jadilah kita rijal seperti mereka.
Tetapi jangan sekali lupa pada tarbiah kita.
Thursday, April 21, 2011
3PERKARA
Manusia dilalaikan oleh 3 perkara Ibnu Mas’ud R.A berkata: “Betapa banyak manusia yang dihukum secara berangsur-angsur melalui kesenangan yang diberikan kepadanya; Berapa bany
ak manusia yang mendapat cobaan melalui pujian orang lain kepadanya;
Betapa banyak manusia yang terpedaya karena kelemahannya disembunyikan oleh Allah
Tuesday, April 5, 2011
SEBAB MATA LELAKI SUKA MELIHAT WANITA...SATU PERINGATAN
Malam pasangannya siang,
Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas,
Dan lelaki pasangannya perempuan.
Kerana perempuan adalah
pasangan kepada lelaki,
maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita
itu dapat memikat hati lelaki.
Bila berkata tentang terpikat,
maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,
ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.
Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman.
Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah
Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.
Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol.
Simbol apa, semua orang tahu.
Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika
tidak dikawal dengan iman.
Maka mata lelaki ini selalu menjalar
apabila terlihat seorang perempuan.
Setiap bentuk badan seorang
perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki
dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.
Apabila seorang lelaki terlihat seorang
perempuan, maka perkara pertama yang akan
dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan.
Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh
seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.
Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.
Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka
mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat
bentuk lehernya,
maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.
Maka mata lelaki itu akan turun lagi
melihat bentuk payu daranya,
maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk
payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.
Setelah itu mata lelaki akan
turun lagi melihat
bentuk ramping pinggangnya,
maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak
bentuk pinggangnya,
maka mata lelaki itu akan melihat pula akan
bentuk punggungnya,
maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya
agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan
lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya,
maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain
yang agak ketat sehingga terlihat bentuk
pehanya walau sedikit,
maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan
bentuk kakinya pula,
maka janganlah wanita itu berseluar, kerana
terus-terang pihak lelaki bercakap, walau
muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh,
jika beliau memakai seluar,walau nampak besar
sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara
sepontan, entah tak tahu Kenapa?
Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak
akan bentuk kakinya,
maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya,
maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki
itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan
melabuhkan kain, atau memakai stokinyg warnanya
jangan sesekali berwarna kulit perempuan,
maka mata lelaki ini akan kembali ke atas,
akan melihat pula bentuk tangan wanita itu,
maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan
tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.
Maka wahai lelaki,
janganlah pula kamu melihat mukanya,
kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika
kamu wahai lelaki, ingin meminangnya.
Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang
cantik akan menimbulkan fitnah,
maka berpurdahlah kamu,
jika itu lebih baik untuk kamu.
Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis
penyakit,iaitu mata
lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika
ia terlihat warna yang menyerlah atau terang
jika ianya berada pada perempuan.
Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan
memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat.
Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.
Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu
apakah dia mata lelaki itu, dan perlu
diingatkan, jika semua aurat telah ditutup,
jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah
pula kita menjaga kehormatan diri masing2,
jangan keluar seorang2,keluarlah dengan
mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar
tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula
janganlah menjalar langsung kepada muslimah,
walau muslimah itu telah menutup aurat,
insyaAllah selamat dunia akhirat.
Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu
dan jagalah kemaluanmu".
Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya,
sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung
masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum
lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak
mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia
dilarangi oleh Allah SWT.
Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.
Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri.
Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga.
Sesuatu yang berharga dan bernilai perlu dijaga dengan baik.
Semakin dibuka semakin kurang nilai harganya..
Bajailah ia dengan iman dan takwa semoga membuahkan hasil yang sungguh bernilai.
قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ (٣٠)
30. Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan.
(Surah An Nur : Ayat 30)
وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الإرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاءِ وَلا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ (٣١)
31. Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya.
(Surah An Nur : Ayat 31)
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لأزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا (٥٩)
59. Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan Yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara Yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan Yang baik-baik) maka Dengan itu mereka tidak diganggu. dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Surah AL Ahzab : Ayat 59)
يَا بَنِي آدَمَ قَدْ أَنْزَلْنَا عَلَيْكُمْ لِبَاسًا يُوَارِي سَوْآتِكُمْ وَرِيشًا وَلِبَاسُ التَّقْوَى ذَلِكَ خَيْرٌ ذَلِكَ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ لَعَلَّهُمْ يَذَّكَّرُونَ (٢٦)
26. Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian Yang berupa taqwa itulah Yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).
(Surah AL A'raaf : Ayat 26)
Akhir kalam,Wahai wanita Muslimah jagailah pakaian mu dan akhlak mu supaya mudah Muslimin menjaga mata dan nafsunya.
Wallahua'lam.
Sunday, February 20, 2011
DUA LIMA YANAYIR UNTUK PARA SHUHADA
:.: Bismillah :.:
Monday, January 24, 2011
SIAPA KITA DENGAN SAHABAT
Sabda Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada sahabat Ibnu Umar,
yang bermaksud:
“Seorang Muslim bersaudara dengan Muslim yang lain. Ia tidak menganiayanya,
tidak pula menyerahkannya (kepada musuhnya).
Barangsiapa yang memenuhi keperluan saudaranya,
maka Allah akan memenuhi pula keperluannya.
Siapa yang melapangkan suatu kesulitan seorang Muslim,
Allah akan melapangkan baginya satu kesulitan pula dari
kesulitan-kesulitan yang dihadapi di hari kemudian.”
Wednesday, January 19, 2011
BERAPA EK SEMUA NI???
:.: Bismillah :.:
Disebutkan dalam sebuah kisah, seorang lelaki yang dalam lingkungan usia 60-an yang sudah tidak bekerja lagi seringkali mengadu kesakitan pada bahagian kiri dadanya. Tidak pernah berlaku sebelum ini, namun sejak 2-3 bulan kebelakangan ini, penyakit tersebut kian menjadi-jadi. Atas pujuk rayu serta nasihat isteri dan anak-anak maka lelaki tersebut pergi mendapatkan pemeriksaan lanjut tentang sakitnya itu.
Setelah berbincang dengan ahli-ahli keluarga maka lelaki tersebut bersetuju untuk menjalani pembedahan. Maha Suci Allah, pembedahan tersebut berjaya. Semua orang bergembira dan meraikan kejayaan tersebut. Namun, bila melihat akan kos pembedahan dan rawatan, lelaki tersebut menangis… Terlalu hiba hinggakan sukar untuk berkata-kata.
“Encik, jangan terlalu sedih. Kalau encik perlukan bantuan kewangan, kami boleh uruskan procedure untuk dapatkan diskaun malahan encik boleh memohon sumbangan daripada tabung yang hospital kami sediakan bagi membiayai sedikit sebanyak kos ini, jika encik layak”, kata doktor yang datang menghulurkan jumlah keseluruhan yang perlu dibayar.
Selang beberapa ketika, lelaki itu menjawab “Saya menangis bukan kerana melihat angka yang besar ni doktor, tapi apa yang membuatkan saya hiba, apa yang menyebabkan saya menangis adalah bila saya teringatkan bahawa Allah tidak pernah menghulurkan sebarang bil untuk bayaran selama saya hidup. Dia tidak pernah meminta bayaran untuk mata saya ini. Belum pernah untuk tangan saya, mulut dan kaki saya. Allah juga belum pernah menarik mana-mana nikmat pancaindera saya sehingga sekarang. Jika kerana jantung yang baru sahaja sakit beberapa bulan lalu ini memerlukan saya membayar sejumlah besar wang kepada manusia, maka tidak dapat saya bayangkan betapa banyaknya hutang dan bayaran untuk saya langsaikan dengan Allah jika dia meminta untuk membayar semua organ, anggota dan nikmat selama 60 tahun ini! “
Suasana menjadi kelu seketika. “Sesungguhnya Dia Maha Pemurah dan Maha Penyayang!” kata doktor tersebut sambil berjalan keluar daripada wad…
Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)





