Tuesday, January 29, 2013

-- JOM SERTAI RAKAN ISMA --

ISMA MESIR melangkah lebih jauh lagi dalam membuka aktivismenya kepada mahasiswa di Mesir.

Jom tonton video ini.


Sunday, January 20, 2013

-- TAK MUDAH MENANAM --



untuk melahirkan atau menumbuhkan sebatang pokok yang kukuh bukan mudah.

Kadang-kadang kita akan punya benih yang sangat elok, yang elok yang sederhana elok dan seterusnya. Dalam pada masa yang sama kita tidak mahu bazirkan semuanya.

Maka proses bermula dengan tapak semaian yang perlu dipilih sebaiknya. Benih ditanam, disiram dan diberi baja yang berkualiti agar kesemua benih itu dapat menumbuhkan tunas yang sama-sama baik.

Apabila tumbuh tunas maka perlu pula dijaga dari serangan serangga-serangga perosak. Perlu pula untuk disiram dengan racun serangga dan jika keadaan mendesak perlu pula tunas itu dipindahkan dari tercabut dek angin kencang dan sebagainya.

Maka proses berkala ini memakan masa yang lama, dan ia perlukan penelitian, kesungguhan, semangat dan pengorbanan masa dan tenaga yang tinggi bagi menumbuhkan sebatang pokok yang benar-benar kukuh dan kuat.

Apabila telah melalui proses-proses tersebut, maka dengan izin Allah menjadilah tanaman kita itu sebaiknya. Dimana hasilnya dapat dinikmati pula oleh orang-orang yang berada di sekelilingnya. Pokok yang memberi manfaat kepada orang lain.

Maka apakah hubungan sebatang pokok ini dengan pembinaan seorang manusia yang punya hati dan perasaan?









*tak mudah membina manusia

Friday, January 18, 2013

-- GUA --

Ku buka mata tika hati menginginkannya

Tidur terlalu lama dalam sebuah gua tiada hujungnya

Ku pandang atas dan kulihat cahaya.


Jauh tak tercapai

Aku cuba menggapai

Gagal.


Dan gagal bukan ertinya putus asa

Aku cuba dan terus mencuba

Akhirnya pasti akan berjaya. 


Cahaya

Masuk terus tembus dalam hati ini

Menyinari bahtera kehidupan dunia.


Biar akhir di akhirat sana

Pengakhiran yang bahagia

Kerna dengan cahaya pasti hadir rasa cinta.


 
Ku pohon hidayahMu Ya Allah, ampunkan dosaku selama hidupku.