Setelah sekian lama, blog ini dibiarkan bersawang. Alhamdulillah kalini diberi peluang dan kerajinan dalam menitipkan satu pengalaman. Pengalaman panjang semasa 6 tahun keberadaan di bumi Mesir. Tulisan kalini lebih kepada biografi pengalaman selama 6 tahun bersama ilustrasi dan gambar-gambar yang saya bakal simpan dengan kemas dalam entri kali ini.
Menjadi pelajar perubatan bukan mudah, terutama ini bukan jurusan pertama yang muncul dalam minda selepas tamat SPM pada tahun 2008 dahulu.
Saya pernah bercita-cita untuk menjadi jurutera. Tetapi takdir dan pilihan telah menyebabkan
saya berada di landasan ini. 6 tahun yang cukup panjang, pengalaman yang dikutip bukan sedikit. Cabaran yang diterima bukan mudah. Jatuh dan bangun dan jatuh dan bangun dan jatuh dan bangun kembali adalah lumrah.
Ini adalah sebahagian memori saya yang masih hidup hinggalah dunia ini kiamat. Ini merupakan sebahagian dari kehidupan. Kini saya berumur 24 tahun. 1/4 dari umur ini telah saya habiskan dalam melalui fasa kehidupan sebagai pelajar universiti dalam bidang Perubatan.
Nah, sudah cukup panjang dengan mukadimah. Maka mari kita mulakan perjalanan. Hati-hati dan jaga hati, kerana entri ini panjang dan penuh dengan gambar poyo yang menyilaukan pandangan. Kalau rasa seronok teruskan, jika annoy maka tinggalkan.
Main bola belakang Istad time winter dan hujan, seronok we.
Ada tazkirah sikit.
Nama tempat ni Momtazah, ada suasana Malaysia sikit.
Langit Montazah.
Ambil lesen dan beli motor di Mesir, hilang dah kena ambil dek arab. Halal la ko.
Tahun kedua di Mesir tidak selalunya cerah, rakyat Mesir ni orang kata memang suka buat revolusi, dan saya kata, revolusi ni hobi depa. 25 Januari 2011 merupakan hari keramat dimana Presiden masa tu, Hosny Mubarak di paksa turun oleh rakyat.
Maka berita pun sampai di Malaysia, akhbar-akhbar tempatan acah-acah macam keadaan kami teruk sangat, padahal biasa ja. Punya risau mak bapak time tu duk desak PM keluarkan kami dari Mesir. Siap bawak beras berguni-guni bagi satu sorang. Last-last tak guna pun, tinggal belaka kat Jeddah.Takpala, dapat balik Malaysia free.
|
Dengan Fakhrul dan Sheikh Muhammad Hamed. |
|
Masa ni dah sampai airport Nozha Alex, terbongkang semua tunggu flight. |
|
Di asrama MARA tunggu giliran sebelum ke Nozha. |
|
Jumpa kereta kebal sepanjang perjalanan ke airport. |
|
Diorang ni baru tahun 1 time ni. Baru sampai kena balik semula Malaysia. |
|
Tak dapat tido malam tu, sejuk. Arab dah la tak kasi duduk dalam. |
|
Dah lepas subuh baru si Charlie datang. |
|
Sebenarnya pakcik tentera tu tak kasi amek gamba, tapi amek gak. Teruja. |
Kami teruskan perjalanan ke Jeddah. 2 jam naik Charlie macam sardin. Kena duduk atas lantai. Pengalaman tak dapat kat tempat lain. Dalam flight takde gambar, dia memang bagi amaran keras untuk tidak mengambil gambar. Di Jeddah seminggu lebih kena duduk sana sambil tunggu flight balik Malaysia.
|
Baru sampai airport Jeddah, macam PATI pula kami. |
|
Namanya rangsum tempur, ada pelbagai makanan enak di dalamnya. |
|
Sekampit sorang beras ni. 5kg. Padahal takde kebulur sgt. |
|
Jadi disini kami ditempatkan, dalam gudang. Jadi tempat tidur seminggu. |
|
Besar gedabak sebenarnya Madinatul Hujjaj ni. |
|
Dalam masa orang lain buat perkara modal, tengok muvie, main game, main poker dalam gudang. ISMA Mesir dengan inisiatif tersendiri. Buat forum dai. |
|
Berpeluang merasa naik Garuda Air. |
|
Rasanya kitorang budak Alex last. Sebab nama tertinggal. Huuu |
|
Nasib ada Rahman L. |
|
Akhirnya sampai Malaysia. |
Kami bercuti lebih dari sebulan di Malaysia sebelum pulang ke Malaysia. Di Malaysia macam-macam lah kan. Jalan-jalan sana sini.
|
Disebabkan dapat balik percuma, Qarafi pun kahwin. |
|
Join budak2 Kelate ni pergi Hulu Yam, Sg Tua. |
|
Dekat mana tah ni, main achery. |
Dah sampai masa panggilan kami pun pulang semula ke Mesir untuk sambung pengajian.
|
Masa ni, kami berempat sahaja yang satu flight. Eh... |
|
Masa ni awal pagi di Dubai airport. Cantik pula sunrise. |
| |
Posing sikit. |
|
|
|
|
Masa tahun 2 banyak aktiviti dibuat untuk rapat ukhuwah sesama batch. |
|
Antaranya futsal |
|
Masa ni hot isu palestin kena serang. |
|
Tandatangan diberikan sebagai tanda sokongan. |
|
Kulluna Falestin kata Shuk dan Ujai. |
Masa-masa cuti di isi dengan menziarahi ikhwah ISMA di muhafazah lain bagi merapatkan ukhuwah. Kami gelar ia sebagai jaulah tarbawi. Seronok sebenarnya dapat networking dengan orang ramai. Pengetua sekolah dulu, Tuan Haji Satari Hashim selalu pesan untuk perbanyakkan networking. Dalam bahasa lain berukhuwah la.
|
Bersama ikhwah Tonto. |
|
Nampak simple, tapi sedap. Resipi ust Ishak. |
|
Bersama ikhwah Mansurah, ramai artis Fetya dalam ni. |
|
Sempat menziarahi lejen Alex yang pindah ke Mansurah, anak ust Suhail Sufian. Abang Din pegang Sayyid. |
|
Anak pertama Ust Suhail, lahir Alex, comel je. |
Mengantuk dah si Sayyid tu.
Ini semua kenangan tahun 2. Masuk tahun 3 Mesir rasa lebih happening kerana jatuhnya diktator zalim dan pada masa ini berlakunya pilihanraya yang dikatakan paling telus pernah berlaku dalam sejarah Mesir. Juga pada ketika ini, Ikhwan Muslimin melalui partinya Hurriyah wal Adalah telah mengemukakan calon iaitu Dr Morsi dan memenangi kerusi Presiden.
Sem baru ini kami mulakan dengan langkah dan nafas baru, mengambil keputusan untuk mewujudkan biah solehah di sebuah rumah dan mengimarahkan rumah tersebut dengan zikrillah. Ceh takde ah. Time ni kami pindah rumah baru, duduk bersama dengan ikhwah.
|
Rajin budak ni. |
|
Jumpa rumah baru yang akhirnya menjadi rumah gua yang dipenuhi kulat. |
|
Budak ni jadi jiran kitorang atas rumah. Selalu lepak bilik dia ganggu stadi. |
|
Bujang kalau memasak la kan. |
Masa ni memang epik, ramai-ramai kena tahan polis sebab motor tak daftar, padahal petang tu nak bayar dah. Burn duit beberapa ratus.
|
Kena tahan tapi muka hepi. |
|
Redha aje. |
|
Rasydan, Saddam, Zairy penjenayah? Haha |
Sambutan Besday agak meriah tahun ni, semua kek Shuk sponsor. Terbaik dai.
|
Besday suhayl. |
|
Kek Besday Mori. |
|
Mori malu. |
|
Kek Besday Ujai. |
|
Kek Besday Usaid. |
|
Sorang2 masuk nak sambut besday Usaid. |
|
Bajet sweet. |
Antara yang pengalaman yang dapat dikumpulkan tahun ni, jaulah ke Mansurah, jaulah maqam, Majlis perpisahan Abang zaid dan lain-lain lagi.
|
Bakal merindui pantai Alex. |
|
Lepak2 di tepi Qaitbay |
|
Ramses Station. Ada Iluminati tengah tu. Tibe. |
|
Ziarah makam Hassan Al Banna. |
|
Abg Padel dan Mujahid. |
|
Abu Mujahid memberi ucapan perpisahan. |
|
Sahabat 3 serangkai. |
|
Di airport mengcapkan salam perpisahan. |
|
Kini aku yang akan pulang. |
|
Ado Gayo pemain Football? |
|
Van ni takmo bergorak pulak. |
|
Ke Mansurah la kite. |
|
Isi perut dengan Chic fried Chicken. |
|
Dah isi perut kita pergi riadah. |
|
Usaid Al Misri. |
|
Rahman Dashuki. |
|
Talent show. |
|
El Asid. |
|
Style pula cara depa berjalan. |
|
Gambar terakhir untuk tahun ke tiga. |
Pada tahun-tahun berbaki, memori dan pengalaman disini agak berterabur kerana tidak disimpan dengan kemas. Disebabkan itu, hanya beberapa memori yang akan dipilih dan disimpulkan disini.
Rasanya masa cuti musim panas tahun 3 kami jalan-jalan dengan Ust Hanif Saleh, artis FETYA untuk jalan-jalan berziarah ke rumah ikhwah di Hayyu Asyir Madinah Nasr.
Masa ni pula takde kerja, Ikhwah lain semua balik Malaysia. Rahman D ajak bergambar di landasan tram di awal pagi buta.
|
Hantar Abang Basyir pulang ke Malaysia selepas Thaurah kedua kejatuhan Dr Morsi. Hanya beberapa kerat yang balik awal ke Mesir. |
|
Gemuknya Jay. |
|
Masa awal tahun 4 di Chest Department. Tengok CT. |
|
Tempat ni dah beberapa kali pergi, tempat mandi terbaik dekat Mesir. Di Matrouh. Air jernih macam swimming pool. |
|
Di Matrouh juga. |
|
Bersama Ust Ira sebelum bertolak ke Ra's Sidr untuk berijtima Soifi. |
|
Terbaik Ra's Sidr |
Sambutan Hari Raya AidilAdha pada tahun Dr Morsi menjadi Presiden. Sangat meriah.
|
Kami geng Cleopatra. |
|
Tropical Medicine Department. |
|
Dr Indra Putra Asrar. |
|
Pakcik ni sangat membantu dalam ambil sejarahnya. |
|
Macam inilah suasana Final Exam OSCE tahun 4. |
Dekat Alex ada satu tempat namanya Qaitbay. Gambar ini diambil dari bahagian dalam Istana yang ada disitu.
Masa tahun 4, maka terjalin satu ikatan mawaddah wa rahmah. Eceh
Sambutan raya Aidil Fitri dan AidilAdha masa tahun 6.
|
Beraya bersama Ikhwah. |
|
Beraya di tepi pantai Alex. |
|
Budak-budak Group Surgery minta buat open house. Maka terbukalah untuk group sahaja. |
|
Raya Aidil Adha pula di Kaherah. |
|
Solat di dataran Suq Sayarat(Pasar Kereta) |
|
|
|
Hari-hari terakhir di Mesir di isi dengan berbola dengan sahabat-sahabat.
|
Street soccer di belakang Istad Gamaah. |
|
Team ISMA ALEX FC masuk pertandingan internasional. |
|
Team All Black, masuk Alex King Cup, menang tempat ke 3. |
|
Akhi Huzaifah dan projek roti canainya. |
Dan akhirnya, setelah berdebar menunggu keputusan, dapat juga kami menamatkan perjalanan yang panjang ini. Mbbch holder.
|
Alhamdulillah. |
|
Group 1 fotoshut. |
|
Terima kasih memberi sokongan. |
|
Antara ikhwah yang datang dari jauh |
Lepas dapat result maka kami pi jalan-jalan. Dreampark dan Qanater. Dreampark ni ada macam Genting Highland Theme Park dan Qanater ini merupakan salah satu tempat pelancongan. Kami menelusuri Sungai Nil disitu.
|
Akmal dan Habib. |
|
Usaid dan Habib |
|
Lepas naik cawan berpusing terus semua pening. |
|
Water Splash. View at the highest point. |
|
Sunset di Sungai Nil Qanater. |
|
Geng BFG berBBQ. |
|
Naik kapal yang membosankan di DreamPark. |
|
Qanater sekali lagi. |
|
Macam kanak-kanak riang. |
|
Part paling best di Qanater. Bawa sendiri kuda keliling kampung sejam. |
|
heh, patutnya gambar ni atas sekali. |
Januari 2016 Usaid dan Shuk balik.
Buat sikit jamuan sebelum depa balik.
Hari-hari terakhir dekat Alex, kami ambil peluang ziarah mereka-mereka ini.
|
Bersama dengan Tuan rumah yang baik. |
|
Ust Abdul Rahman yang menjadi pengganti. |
|
Di Kaherah sempat menziarahi Ust Azzam Anwar dan isteri. |
|
Juga Ust Ubaidah dan isteri. |
|
Dapat ziarah Ust Ira. |
Dan inilah sedikit sebanyak coretan pengalaman yang dapat dikongsikan. Sesungguhnya banyak lagi yang mampu dikongsikan tapi tidak semua yang di rakamkan dengan kamera tetapi tetap tersemat dalam hati.
Ummu Dunya Mesir, penduduk yang berada di dalamnya, ikhwah yang mengisi pengalaman kehidupan dan sesiapa yang telah ditatap mata, disentuh hati, didengari suaranya. Terima kasih atas pengalaman 6 tahun ini.
6 Years of My Life in Egypt ends here.
My second home, will miss you alright.
No comments:
Post a Comment