Tuesday, January 25, 2011

'A MEMORY WITHOUT SOUND'

And so we talked all nite bout the rest of our live,
What we gonna be...when we turn 25???
I keep thinking times will never change,
Keep on thinking things will always be the same,

But...

When we leave diz year,
We wont be coming back,
No more hanging out...coz we are on a different track,
And if u've something dat u need to say,
U better say it right now...coz u don't have another day

Coz we're moving on and we can't slow down,
Diz memory playing film without sound,
And I keep on thinking datz it is not goodbye,
keep on thinking diz is a time to fly,
And this how its feel.

As we go on,
We remember,
All the times we,
Had together,

And as our lives change,
come whatever,
we will still be
FRENZ FOREVER.

Monday, January 24, 2011

SIAPA KITA DENGAN SAHABAT

Sabda Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada sahabat Ibnu Umar, 
yang bermaksud: 
“Seorang Muslim bersaudara dengan Muslim yang lain. Ia tidak menganiayanya, 
tidak pula menyerahkannya (kepada musuhnya). 
Barangsiapa yang memenuhi keperluan saudaranya, 
maka Allah akan memenuhi pula keperluannya. 
Siapa yang melapangkan suatu kesulitan seorang Muslim, 
Allah akan melapangkan baginya satu kesulitan pula dari 
kesulitan-kesulitan yang dihadapi di hari kemudian.”

REALLY SHORT UPDATE

:.: Bismillah :.:

The final semester 3 for second year exam will be starting today.

'tawakkaltu a'lallah, lahawlawalaquwata illa billah'


Wednesday, January 19, 2011

BERAPA EK SEMUA NI???


:.: Bismillah :.:
Disebutkan dalam sebuah kisah, seorang lelaki yang dalam lingkungan usia 60-an yang sudah tidak bekerja lagi seringkali mengadu kesakitan pada bahagian kiri dadanya. Tidak pernah berlaku sebelum ini, namun sejak 2-3 bulan kebelakangan ini, penyakit tersebut kian menjadi-jadi. Atas pujuk rayu serta nasihat isteri dan anak-anak maka lelaki tersebut pergi mendapatkan pemeriksaan lanjut tentang sakitnya itu.
Telah ditakdirkan dengan kehendak Ilahi, lelaki tersebut disahkan menghadapi penyakit jantung. Namun, syukur ke hadrat Tuhan kerana penyakit tersebut masih di peringkat awal dan perlu disegerakan rawatan dengan melakukan pembedahan bagi mengelakkan situasi bertambah buruk.
Setelah berbincang dengan ahli-ahli keluarga maka lelaki tersebut bersetuju untuk menjalani pembedahan. Maha Suci Allah, pembedahan tersebut berjaya. Semua orang bergembira dan meraikan kejayaan tersebut. Namun, bila melihat akan kos pembedahan dan rawatan, lelaki tersebut menangis… Terlalu hiba hinggakan sukar untuk berkata-kata.
“Encik, jangan terlalu sedih. Kalau encik perlukan bantuan kewangan, kami boleh uruskan procedure untuk dapatkan diskaun malahan encik boleh memohon sumbangan daripada tabung yang hospital kami sediakan bagi membiayai sedikit sebanyak kos ini, jika encik layak”, kata doktor yang datang menghulurkan jumlah keseluruhan yang perlu dibayar.
Selang beberapa ketika, lelaki itu menjawab “Saya menangis bukan kerana melihat angka yang besar ni doktor, tapi apa yang membuatkan saya hiba, apa yang menyebabkan saya menangis adalah bila saya teringatkan bahawa Allah tidak pernah menghulurkan sebarang bil untuk bayaran  selama saya hidup. Dia tidak pernah meminta bayaran untuk mata saya ini. Belum pernah untuk tangan saya, mulut dan kaki saya. Allah juga belum pernah menarik mana-mana nikmat pancaindera saya sehingga sekarang.  Jika kerana jantung yang baru sahaja sakit beberapa bulan lalu ini memerlukan saya membayar sejumlah besar wang kepada manusia, maka tidak dapat saya bayangkan betapa banyaknya hutang dan bayaran untuk saya langsaikan dengan Allah jika dia meminta untuk membayar semua organ, anggota dan nikmat selama 60 tahun ini! “
Suasana menjadi kelu seketika. “Sesungguhnya Dia Maha Pemurah dan Maha Penyayang!” kata doktor tersebut sambil berjalan keluar daripada wad…

Friday, January 14, 2011

MUMTAZ UNTUK UMMAH

:.: Bismillah :.:

Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT.

Di pagi jumaat yang hening dengan hujan turun diwaktu pagi ini.

Masih diberi kelapangan masa dan nikmat untuk meng'update' blog ni.

Sekarang ni tinggal 2 lagi exam untuk sem 3 ni. Final exam untuk modul2 yang kami belajar

sepanjang sem ni. Harap dipermudahkan Allah SWT. Nak buat yang terbaik pula lepas ni.

Mengenangkan ujian clinical physiology semalam. Memang sangat2 sedih.

Pertama kali rasa sedih sebegitu selepas exam.

Sehinggakan profesor sendiri tegur, ni ayat dia

'you shoul build your confident & go back and study'.

Ayat dia memang menusuk kalbu dan rasa macam ada tanda2 nak repeat je. Naudzubillah.

Ana tak mahu repeat2 ke apa. Jadi pilihan yang tinggal sekarang berusaha untuk dapatkan markah 

yang final ni. Nak taknak kena score juga untuk final.

Nak taknak kena juga MUMTAZ UNTUK UMMAH.

Nak taknak kita juga yang bertanggungjawab membina semula tamadun Islam.

Nak taknak kita juga yang kena meng'izzah'kan kembali Islam.

Hari tu masa main2 youtube ana ada terjumpa satu lagu dari kumpulan UNIQ.

Pernah dengar lagu ni masa mula2 masuk Teknik KL sebelum berpindah ke MRSM.

Selalu juga mereka alunkan lagu ni masa dekat surau sebelum mula apa2 majlis.

Jadi mai kita pakat dengaq.(Ayat farahi ni)

MARI KITA MUMTAZ UNTUK UMMAH.


Thursday, January 13, 2011

LAST MINUTE REVISION-ANATOMY

:.: Bismillah :.:

Inilah keadaannya bila dah nak exam.

Dengan kelas revisionnya.

Doa2kanlah ea.





Wednesday, January 12, 2011

YANG LEBIH UTAMA


Pernah Rasulullah S.A.W ditanya.”Ya Rasulullah, amalan-amalam apakah yang lebih utama?” 
lalu baginda SAW menjawab..”Solat tepat pada waktunya
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Monday, January 10, 2011

MUHASABAH-MATLAMAT ???


Steven R. Covey mengatakan bahawa manusia sebenarnya boleh berubah melalui perubahan kematangan dalam hidup daripada seorang yang ‘dependant’ kepada seorang yang ‘independent’, daripada cemerlang jika bersendirian kepada lebih cemerlang apabila disinergikan dalam kerja-kerja berpasukan dengan istilahnya ‘interdependent’.
Seseorang yang independent memiliki tiga sikap utama iaitu sentiasa proaktif, setiap kerja berpandukan ‘big dream’ yang telah distrategikan dan sentiasa mendahulukan kerja yang lebih utama. Inilah tiga sikap yang menjadikan seseorang boleh berjaya dalam apa juga bidang. Penemuan Covey telah mengubah masyarakat barat.
Sebenarnya saya tidak perlu membawa pendapat barat ini untuk memantapkan artikel saya ini kerana Islam telah memiliki segala-galanya tetapi saya kemukakan juga sebab orang Melayu sanggup membayar yuran lebih seribu ringgit untuk mendengar idea-ideanya.
Dalam al-Quran Allah menegaskan bahawa; untuk mengubah kelemahan sesuatu kaum hendaklah dengan mengubah kelemahan dalaman mereka.
إِنَّ اللّهَ لاَ يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنْفُسِهِمْ
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu (kelemahan, kehinaan, kemiskinan) sehingga mereka mengubah (kelemahan, kehinaan, kemiskinan) yang ada dalam diri mereka.” Ar-Ra’d [13:11].
Kelemahan dalaman adalah kelemahan tasawwur terhadap asas-asas keimanan, kelemahan akhlak dan kelemahan keazaman. Kelemahan dalaman juga adalah kelemahan matlamat hidup dan pelan pelaksanaannya, kelemahan jatidiri dan kelemahan disiplin dalam kerja-kerja berpasukan. Semuanya ini adalah kelemahan dalaman diri manusia.
Umar al-Khattab meriwayatkan bahawa beliau mendengar nabi s.a.w. bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya setiap kerja bergantung dengan tujuannya, dan setiap orang akan mendapat apa yang diniatkan..”
Niat dan tujuan adalah objektif dan matlamat yang ingin diperolehi daripada kerja-kerja yang dibuat dalam hidup samaada matlamat di dunia maupun di akhirat.
Amat berbeza orang yang meletakkan matlamat mereka untuk berjaya di akhirat dengan orang yang hanya mengejar dunia. Amat berbeza orang yang bercita-cita untuk membawa Rahmat ke seluruh dunia dengan orang yang mementingkan diri sendiri. Amat berbeza orang yang memiliki manhaj yang jelas dalam melahirkan insan yang soleh dengan orang yang menyerahkan urusan pendidikan anak-anaknya kepada pihak lain yang tidak jelas arah tujunya. Amat berbeza orang yang memiliki perniagaan sendiri dan bercita-cita untuk membina emapayar kekayaan untuk ummah dengan mereka yang hanya bekerja membesarkan empayar kekayaan bangsa lain.
Apabila manusia tidak memiliki matlamat hidup yang besar mereka akan bergaduh disebabkan perkara remeh seperti kanak-kanak yang bergaduh kerana berebut barang mainan. Apabila manusia dikuasai oleh tabiat yang buruk seperti malas, menyalahkan orang lain berasaskan sangkaan tanpa bukti, takbur, tidak suka merancang, mementingkan diri, kedekut, tiada semangat juang dan sebagainya mereka tidak akan berubah ke mana-mana.
Lantas Allah mengubah manusia dengan manhaj tersendiri; sentiasa mendengar wahyu-wahyu Allah, sentiasa menyucikan dalaman mereka daripada syirik, khurafat dan sifat-sifat tercela, mempelajari hukum-hukum Allah dan ilmu kebijaksanaan.
هُوَ الَّذِي بَعَثَ فِي الْأُمِّيِّينَ رَسُولًا مِّنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِن كَانُوا مِن قَبْلُ لَفِي ضَلَالٍ مُّبِينٍ
Lihat: Al-Jumu’ah [62:2]
Inilah celupan Allah, inilah acuan Allah dalam mengubah Umar al-Khattab, Uthman Affan, Musab bin Umair dan seluruh generasi sahabat radiallahu ‘anhum. Inilah sibghatullah. Allah Azza wa Jalla telah mengubah generasi sahabat daripada identiti Arab terpencil, tidak dikenali, tidak bertamaddun, berperang sesama sendiri hanya kerana sebab paling leceh menjadi generasi unggul yang telah mengubah sejarah ketamadunan dunia.
صِبْغَةَ اللّهِ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللّهِ صِبْغَةً وَنَحْنُ لَهُ عَابِدونَ
Maksudnya: “Acuan Allah, dan siapakah yang lebih baik daripada Allah acuannya, dan kepadaNyalah kami memperhambakan diri”. Al-Baqarah [2:138]
Sebelum Steven Covey Imam al-Syahid Hassan al-Banna sudah menegaskan bahawa:
انما تنجح الفكرة إذا قوي الإيمان بها، وتوفر الإخلاص في سبيلها، وازدادت الحماسة لها، ووجد الاستعداد الذي يحمل على التضحية والعمل لتحقيقها
Sesuatu fikrah hanya akan berjaya apabila:
Kuat keimanan kepadanya, wujud keikhlasan dalam meperjuangkannya, semangat yang berkobar-kobar dan wujud persedian yang membuahkan pengorbanan dan amal untuk merealisasikannya
Keimanan yang kuat, keikhlasan, semanagat yang berkobar-kobar dan keazaman untuk bekorban adalah kekuatan dalaman yang menjadi asas kejayaan sesuatu kerja.
Keimanan yang kuat adalah keyakinan kepada fikrah, keyakinan kepada manhaj kerja, keyakinan kepada strategi yang digunakan, keyakinan kepada langkah-langkah yang disusun, keyakinan kepada individu yang memimpin, keyakinan kepada jentera kerja yang berjihad di medan dan keyakinan kepada diri sendiri yang mampu melaksanakan semua tanggungjawab dengan dedikasi.
Keyakinan kepada manhaj dan strategi adalah berasaskan ilmu dan kefahaman yang saintifik, berasaskan nas-nas al-Quran dan al-Sunnah dan kajian sejarah kebangkitan dan ketamaddunan Islam dan bangsa-bangsa. Keyakinan kepada langkah-langkah perubahan kerana telah terbukti dalam sejarah Allah Azza wa Jalla telah merubah generasi sahabat melalui nas-nas al-Quran dengan pimpinan al-Rasul.
Kejayaan dicapai hanya dengan menduplikasikan aktiviti yang telah berjaya dilakukan oleh generasi terdahulu dan memperbaiki kelemahan mereka jika ada.
Maka untuk memindahkan bangsa Melayu yang lemah, miskin, terpaksa bergantung kepada sokongan bangsa-bangsa lain, dependant adalah dengan kembali kepada acuan Allah.
Sejak penjajahan Inggeris di Tanah Melayu, sejak penubuhan Penang Free School, sejak penubuhan Maktab Perguruan Sultan Idris barat telah melaksanakan plan strategic berdasarkan ‘big dream’ mereka yang ingin menjadikan bangsa Melayu hanyalah hamba kepada strategi Yahudi. Secara umumnya umat Islam difokuskan agar menjadi umat yang lemah dan tidak mampu mengembalikan kekuatan Khalifah Islam yang telah ditamatkan di tangan Atarturk.
Apakah cita-cita besar umat Islam hari ini? Apakah cita-cita besar bangsa Melayu? Apakah cita-cita besar bangsa Melayu Malaysia?
Saya pernah bertanya kepada seorang pengurus kewangan sebuah syarikat korporat; “Apakah yang encik ingin wariskan kepada anak-anak encik?”
Beliau menjawab: “Saya cuba menyediakan pendidikan terbaik sahaja untuk anak-anak saya manakala duit, pandai-pandailah mereka cari sendiri…  kalau saya tinggalkan harta berjuta kemudian mereka bergaduh kerana merebut harta apa gunanya?”
Inilah kepercayaan majoriti ibubapa hari ini kepada sistem yang mendidik anak-anak mereka. Mereka sendiri sudah tidak yakin terhadap masa depan anak-anak mereka. Mereka tidak yakin kemampuan zuriat mereka untuk mengurus kekayaan atau mereka sebenarnya tidak ada apa-apa agenda?
Saya juga mendengar bahawa majoriti bangsa Cina telah menyediakan insurance untuk diwariskan kepada warisnya apabila dia meninggal dunia supaya anak-anak mereka boleh membina empayar ekonomi dan kesedaran ini telah wujud dan dimulakan lebih 20 tahun lalu.
Kebanyakan ahli masyarakat barat telah mewakafkan insurance nyawa mereka kepada charity dan persatuan-persatuan muballigh yang telah menggaji petugas-petugas sepenuh masa dalam usaha-usaha dakyah mereka. Sekirannya setiap bulan mereka menyumbang dana tetap untuk charity tetapi selepas mereka meninggal dunia pihak charity mendapat dana `lump sum’ seolah-oleh setiap orang daripada mereka hidup lagi 100 tahun dan menyumbang.
Apakah yang dimaksudkan pendidikan terbaik itu? Berapa ramai bangsa Melayu lulus di peringkat ijazah masih belum mendapat kerja? Sudahkah wujud badan-badan dakwah yang mempunyai ribuan tenaga kerja sepenuh masa yang disarahidup oleh dana-dana yang diwakafkan oleh umat Islam dan sebahagiannya daripada dana perlindungan takaful yang diwasiatkan?
Kenapa bangsa kita masih mundur, miskin idea, miskin fikrah, miskin jiwa, tidak berjiwa interdependent sehinggakan rasa kedekut untuk mengkayakan keturunannya sendiri? Malah tidak ada ‘big dream’ dalam perancangan hidup, tiada ‘big dream’ dalam perancangan kewangannya dan apabila mereka tiba usia bersara mereka terus menjadi mayat hidup dan menyangka amal-amal terbaik yang ingin dihabiskan hanyalah berulang alik ke masjid bagi menunaikan solat fardu . Sejak daripada umur 55 tahun sehingga umur 75 tahun usia dihabiskan dan disia-siakan tanpa agenda.
Puncanya kerana bangsa Melayu tidak mendapat celupan Allah yang sebenar sejak daripada awal-awal kemerdekaan kita. Mereka tidak mempunyai agenda besar yang diperjuangkan sebaliknya hanya dependant kepada agenda yang ditentukan kepada mereka oleh barat sejak merdeka. Apakah bangsa kita akan berubah menjadi lebih baik di masa hadapan jika impian dan sikap mereka tidak berubah?
Bangsa Melayu perlu memiliki ‘big dream’ mereka sendiri berasaskan tuntutan Allah kepada manusia, bangsa Melayu perlu merangka strategi bagi mengembalikan jatidiri Islam sebenar dengan meggunakan manhaj Allah yang telah mengubah generasi sahabat, bangsa Melayu perlu bersikap proaktif dan mempunyai disiplin kerja berorganisasi yang tinggi walaupun ilmu ijtihad mereka sehebat Umar al-Khattab. Semuanya itu hanya akan berjaya melalui perlaksanaan manhaj tarbiyyah yang tersusun mantap dan realistik.
Jika bangsa Melayu berjumlah 14 juta orang, berapa ramaikah daripada jumlah tersebut yang bebas mengatur masanya sendiri setiap detik? Atau majoriti mereka terikat dengan wawasan orang lain sejak jam 8 pagi sehingga 5 petang dan dalam tempoh tersebut mereka hanya menjayakan agenda orang lain yang tidak 100% berasaskan sibghatullah?

*dicopy & paste dari sini

MAKIN TINGGI MAKIN BERAT

Hadis : Dari Sa’d bin Abu Waqqash r.a : Aku bertanya, ‘Wahai Rasulullah, siapakah orang 
yang paling berat cubaannya (dugaannya)?’

Beliau (Nabi saw) menjawab, “Para Nabi, kemudian kalangan selanjutnya yang lebih utama 
dan selanjutnya. Seorang hamba akan diuji sesuai kadar agama (iman)nya. 
Jika keimanannya kuat maka cubaannya pun makin berat, sedangkan jika keimanannya lemah 
maka ia akan diuji sesuai kadar imannya.

Tidaklah cubaan itu akan pergi dari seorang hamba sampai ia (cubaan itu) membiarkannya 
berjalan di muka bumi, sedangkan ia (seseorang itu) tidak memiliki dosa.” 
(bermaksud : diampunkan dosa seseorang yang bersabar dengan dugaannya). 

[3265] Hadis Hasan Sahih. Riwayat Ibnu Majah

Sunday, January 9, 2011

MALU SEBENAR SEORANG MUSLIMAH


Tetamu sudah ramai di rumah, suasana riuh rendah sesekali diselitkan dengan gelak tawa sudah bertukar sepi. Ibu, ayah dan tetamu sudah bersedia di hadapan. Tiba-tiba namaku dipanggil, “Zaimah, mari ke depan nak..
Hatiku bergetar. “Ya Allah, malunya mahu ke depan..”. Hari pertama aku akan melihat secara langsung si dia, ibu dan ayahnya diiringi Kak Su, naqibahku dan suaminya. Dalam hati aku memohon, agar perasaan malu yang menebal dalam diri ini kena pada tempatnya.
Malu Seorang Wanita
Dalam sebuah hadis, Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: “Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu.” (Hadis riwayat Baihaqi)
Salah satu ciri kemuliaan wanita terletak pada sifat malu yang menebal dalam dirinya. Apa itu malu? Macam mana untuk malu? Bila masanya perlu malu?
Definisi malu menurut ulama, seperti Al Junaid menyatakan, ”Karena melihat berbagai macam karunia dan melihat keterbatasan diri sendiri, maka di antara keduanya muncul suatu keadaan yang disebut malu. Hakikatnya adalah akhlak yang mendorong untuk meninggalkan keburukan dan mencegah pengabaian dalam memenuhi hak Allah swt.” -cdari kitab Madarijus Salikin karya Ibnu Qayyim Al Jauziyah.
Malu sekarang sudah semakin mahal nilainya. Ibarat dalam urusan jual beli, barang yang sangat sukar diperolehi semakin melambung tinggi harganya. Malu dalam diri seseorang semakin sukar untuk ditemui. Manusia semakin bebas melakukan apa sahaja yang diingini dan mencalar definisi malu yang disebutkan ulama di atas, hatta melanggar sunnah Nabi saw dalam merealisasikan sifat malu.
“Nabi saw tersangat malu lebih dari malunya anak dara yang berada di sebalik tirainya.” (HR Ahmad – sahih)
Nabi bersabda lagi:
Dalam Ash Shohihain dari Abu Hurairah ra, dari Rasulullah SAW, baginda bersabda: Iman itu ada 70 cabang lebih, atau 60 cabang lebih. Yang paling utama adalah perkataan laa ilaaha illallah, dan yang paling rendah menyingkirkan gangguan dari jalan, dan rasa malu itu cabang dari iman. (HR Bukhari dan Muslim)
Juga dari Imran bin Hushain ra, dia berkata Rasulullah SAW bersabda: Rasa malu itu tidak mendatangkan kecuali kebaikan. (HR Bukhari dan Muslim)
Rasulullah SAW juga bersabda: Sesungguhnya di antara perkataan nubuwah pertama yang diketahui manusia adalah: Jika engkau tidak malu, maka berbuatlah sesukamu. (HR Bukhari)
Bermula dari serendah Iman adalah rasa malu, malu itu sentiasa mendatangkan kebaikan sehinggalah kepada perlian Rasulullah saw yang seharusnya menanamkan rasa bersalah dalam diri untuk mempertahankan sifat malu tersebut.
Disebabkan hilangnya sifat malu ini, maka semakin hari semakin banyak kita dengari timbulnya pelbagai gejala sosial melibatkan kaum wanita. Pembuangan bayi tidak akan berlaku sekiranya wanita itu malu untuk bersama seorang lelaki yang bukan mahramnya. Lari dari rumah di kalangan wanita (majoritinya) tidak mungkin timbul jika wanita itu ada rasa malu dengan Allah swt kerana menderhaka kepada kedua ibubapanya. Pendedahan aurat yang berleluasa di kalangan wanita tidak mungkin dapat dilihat sekiranya wanita itu malu ibarat malunya anak Nabi Syuaib untuk pergi berjumpa dengan Nabi Musa a.s. [Surah Al-Qasas: 22-28] yang antara petikannya:
“Salah seorang anak perempuan Nabi Syuaib as berjalan untuk menemui Nabi Musa dengan penuh rasa malu” (25: al-Qasas)
Analogi biasa yang kita dengari, antara buah yang masak ranum cantik dan berseri-seri dan buah yang telah rosak, busuk dan dimakan ulat, puncanya kerana apa? Sudah tentu kerana buah yang masak ranum cantik dan berseri-seri itu datang dari tuan yang sentiasa menjaga buah tersebut, dibalut dengan kain, disiram dengan baja yang mencukupi, ditepis dari ulat dan lalat yang ingin datang mengganggu sedangkan buah yang buruk itu dibiarkan begitu sahaja tanpa ada sebarang perlindungan. Begitulah ibaratnya sifat malu yang ada dalam diri seorang wanita, secara tidak langsung akan terangkat martabat dirinya.
Malu wanita tidak menegahnya keluar untuk menuntut ilmu agama dan berdakwah
Ini yang dikatakan malu yang kena pada tempatnya. Malu seorang wanita tidak menghalang wanita tersebut agar mumtaz untuk ummah!
Malu yang menebal dalam diri tidak sampai kepada menjadikan seseorang wanita itu terperap di dalam rumah tanpa mengetahui keadaan dunia luar dan isu semasa atau lebih buruk lagi, menjadi bodoh dengan berada di rumah sahaja.
Buktinya?
Bukti pertama datang dari Ummul Mukiminin yang pertama, Siti Khadijah r.a. Khadijah seorang peniaga yang kaya-raya. Mana mungkin Saidatina Khadijah menjadi kaya tanpa beliau keluar untuk berdagang. Tetapi dengan diiringi perasaan malu untuk menjaga setiap tindak-tanduknya.
Bukti kedua adalah Saidatina Aishah r.a. Beliau adalah satu-satunya wanita yang paling banyak meriwayatkan hadith daripada Rasulullah saw. Terkenal dengan kecerdikannya sehinggakan ¼ daripada perundangan Islam dikeluarkan oleh beliau. Menjadi sumber rujukan sahabat ketika itu dan sehingga kini. Mana mungkin Saidatina Aishah r.a menjadi wanita yang sebegitu bijak tanpa beliau keluar dari rumah untuk menuntut ilmu.
Kita lihat pula kesungguhan para wanita/sahabiah di zaman Nabi saw. Abu Sai’id al-Khudri berkata:
Seorang wanita berjumpa Rasulullah saw dan berkata “Wahai Rasulullah, orang-orang lelaki beruntung kerana selalu mendapat tazkirah darimu. Kami minta satu hari untuk kamu khususkan kepada kami bagi menyampaikan ilmu yang telah engkau ajarkan.” Lalu Nabi saw menjawab: “Berhimpun pada hari sekian-sekian.” Kami pun berhimpun pada hari yang telah ditetapkan Nabi dan Nabi saw mengajar mereka apa yang telah ajarkan pada Nabi saw.” (HR Bukhari dan Muslim – sahih)
Dalam athar ada menyebut:
“Sebaik-baik wanita adalah wanita ansar, sifat malu yang ada pada mereka tidak menghalang mereka bertanya dan mencari ilmu agama.”
Wanita dengan diiringi perasaan malu yang selayaknya tidak menghalang diri mereka untuk menjadi cemerlang dalam ilmu. Wanita juga mempunyai kewajipan yang sama seperti lelaki untuk berdakwah sepertimana disebutkan dalam firman Allah swt:
“Dan orang-orang yang beriman lelaki-lelaki dan perempuan-perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong kepada sebahagian yang lain. Mereka menyuruh berbuat baik dan mencegah dari yang mungkar, melaksanakan solat, menunaikan zakat dan taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka akan diberi rahmat oleh Allah. Sungguh Allah Maha Perkasa, Maha Bijaksana.”[At-Taubah: 71]
Beraninya Nusaibah ra berjihad menentang musuh, Rufaidah al-Aslamiyah merawat orang lelaki yang cedera dalam peperangan, Asma’ binti Abu Bakar yang menghantar makanan pada Nabi dan ayahnya dalam peristiwa hijrah, Khaulah yang menegur Khalifah Umar di khalayak ramai adalah sebahagian daripada contoh sahabiah yang keluar berjihad di jalan Allah swt. Mana mungkin semua contoh ini dapat kita dengari andai kata mereka tidak meletakkan sifat malu itu pada tempatnya!
Sebagai penutup, untuk renungan bersama:
Firman Allah S.W.T yang bermaksud,  “Katakanlah: Adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu”. (Az-Zumar: 9)
Wallahualam.

*dicopy kemudian dipastekan dari sini