"Alhamdulillah" katanya.
Tidak sabar untuk dia tunjukkan kepada ibunya surat tersebut. Ibunya yang bekerja sebagai penoreh getah di ladang milik arwah bapaknya. Ladang seluas 30 ekar itulah yang menjadi punca rezeki Irfan sekeluarga. Ibunya akan ke ladang sebelum subuh dan selalunya akan pulang sebelum zohor tiba. Semenjak ayahnya meninggal dunia, Mak Som, ibu kepada Irfan mengerahkan kudratnya untuk mencari sesuap nasi untuk anak-anaknya.Irfan pernah menyampaikan hasratnya untuk berhenti sekolah dan membantu ibunya di ladang tetapi niatnya dihalang. Ibunya tidak membenarkannnya kerana dengan ilmu sahaja manusia mampu mengubah nasib diri mereka dan keluarga. Maka kata-kata itu menjadi peransang kepada Irfan untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.
Ucapan kesyukuran ke hadrat Illahi diatas segala nikmat yang diberi kepada Irfan. Diatas kejayaan yang dikecapi olehnya selama ini. Segala qada' dan qadar Allah yang ditetapkanNya tidak pernah mengecewakannya, mallah dia bersyukur dengan semua ini. Dia tidak mahu dirinya menjadi dikalangan hamba Allah yang tdak bersyukur. Dia mahu berada dalam golongan yang sedikit sekali bersyukur itu, supaya tidak dia menjadi hamba yang memperoleh sesuatu tetapi selalu mengingkari suruhanNya. Bunyi motor kapcai kedengaran diluar. Pasti ibunya sudah pulang. Lantas dia menjenguk keluar melalui tingkap kayu yang berada dihadapan rumahnya. Apabila sudah pasti itu adalah ibunya dia lalu berlari anak menuju kearah ibunya sambil memegang surat yang baru sahaja sampai ketangannya sebentar tadi.
"Ibu, Irfan dapat tawaran untuk ke Kolej Islam" katanya sambil menyerahkan surat itu kepada ibunya.
"Alhamdulillah, tak sia-sia usaha Irfan belajar selama ini." Ibunya berkata sambil membelek-belek surat tersebut.
"Bukan bu, tidak sia-sia usaha ibu adalah ayat yang paling tepat sekali. Masakan Irfan dapat belajar kalau ibu tidak berkorban. Terima kasih ibu." ucap Irfan lantas memeluk ibunya.
"Semuanya untukmu nak, semuanya untukmu."air mata Mak Som mengalir menuruni wajahnya yang tenang itu.
Semingu lagi Irfan akan ke Kolej Islam Sultan Alam Shah, sekolah yang sudah diketahui akan reputasinya. Ramai ulama-ulama di Malaysia merupakan hasil didikan dari sekolah ini. Bukan setakat ulama tetapi sekolah ini juga telah menghasilkan ramai graduan-graduan dalam pelbagai bidang terutama perubatan dan sebagainya.
Irfan yang sejak di bangku sekolah rendah lagi amat meminati subjek-subjek yang berkaitan dengan sains. Disana nanti dia juga akan ditempatkan dikelas aliran sains yang terdiri dari subjek Biologi, fizik dan kimia.
Dia telah menyimpan cita-cita untuk menjadi doktor, bukan setakat doktor yang biasa tetapi sebagai doktor muslim yang berjaya. Segala barang keperluan disiapkan. Baju-baju yang akan dibawa disimpan kemas didalam beg biru yang telah lusuh warnanya. Sedikit bekalan makanan seperti biskut-biskut dan sebagainya turut dibawa.
Ini merupakan kali pertama Irfan berjauhan dengan Ibu dan adik-adiknya. Kadangkala dia berasa gusar untuk meninggalkan ibunya sendirian di kampung, dia risau akan adik-adiknya yang masih kecil. Siapakah yang akan menjaga mereka tatkala ibunya keluar bekerja. Siapa yang akan menggantikan tugasnya memasak untuk adik-adiknya. Dalam hati dia gembira kerana mendapat tawaran ke Kolej Islam, tetapi dia risau akan keadaan rumahnya apabila dia melangkah ke alam asrama nanti. Setahunya sekolah berasrama penuh hanya membenarkan pelajarnya pulang setiap bulan sekali sahaja. Baginya itu terlalu lama untuk dia meninggalkan rumahnya. Ibunya dapat membaca kegusaran yang bermain dalam hati anaknya itu. Ibu mana yang tidak faham dengan kelakuan anaknya sendiri. Begitu jugalah Mak Som yang tahu, hati anaknya dilanda ribut sekarang ini.
...........
No comments:
Post a Comment