*kisah cinta itu part 2
Afi merenung kipas siling yang berada dalam biliknya. Ligat kipas itu berpusing seligat fikirannya yang juga sedang berpusing laju memikirkan apa yang dikatakan keluarganya tempoh hari. Telah dia menceritakan segala-galanya kepada ibu dan bapanya. Tetapi jawapan yang diterima setakat ini amat menghampakan dirinya. Dia cuba mencari cara untuk menyakinkan kedua orang tuanya itu tetapi segala usaha tidak berhasil. Lama dia kaku diatas katil, berbaringan sambil termenung dengan jauh. Siling rata bewarna putih itu ditatap, matanya hanya melihat hanya setakat yang dapat dilihat tetapi hatinya jauh menembusi siling itu. Terbang hatinya di angkasa raya yang tiada penghuninya. Hanya batuan bulan bintang yang dapat dilihatnya. Kosong. Begitulah keadaannya tatkala ini.
kipas itu ditenung |
3 hari selepas peperiksaan akhir sem berakhir, dia mengambil keputusan untuk memberitahu kedua orang tuanya mengenai perkara yang dibincang olehnya dengan Ummi sebelum peperiksaan tempoh hari. Atas nasihat Abang Farahi, seorang senior yang telah mendirikan rumah tangga disini, dia memberanikan diri untuk menyampaikan hasrat hatinya kepada mereka. Antara berani atau tidak, dia meggunakan perkhidmatan SKYPE yang ada untuk menghubungi mereka. Teringat kata-kata Abang Farahi, perkahwinan merupakan sesuatu yang mulia. Satu perkara yang baik, adakah mereka patut menghalang apabila sudah tiba masanya? InsyaAllah jika niat kamu ikhlas kerana Allah SWT, Allah akan memudahkan hambaNya untuk melakukan kebaikan ini. Kita hanya perlu lebih berusaha, berdoa dan bertawakkal kepadanya.
Software SKYPE dibuka dan bapanya dihubungi. Selang beberapa saat telefon diangkat dan suara garau seorang lelaki kedengaran dicorong telefon tersebut. Pasti itu bapanya. Lantas Afi menceritakan segala yang berlaku kepada bapanya. Menceritakan apa yang terjadi sebelum peperiksaan tempoh hari. Memberitahu akan perasaannya terhadap Ibah dan semua sekali. Segala-galanya diceritakan, termasuk nasihat-nasihat dari Abang-abang dan ustaz-ustaz yang telah ditemui. Tidak ada satu pun yang dirahsiakan Afi daripada pengetahuan bapanya. Tetapi memang dapat dijangka yang bapanya akan membantah pada mulanya. akan tetapi, semakin lama bapanya akhirnya mengalah kepadanya.
"Bagaimana Abah?, semuanya terletak pada tangan Abah, afi cuma mengharap yang terbaik sahaja."ucap Afi.
"Ya Abah tahu, Abah juga mengharapkan yang terbaik untuk Afi. Tapi Afi kena faham, tanggungjawab kita akan bertambah apabila kita mendirikan rumah tangga nanti. Kamu pula sedang belajar sekarang ini. Tidak bolehkan kamu tunggu dahulu." bapanya membalas.
"Bukan apa Abah, hati seorang manusia itu berbolak-balik. Syaitan senantiasa akan mengintai peluang untuk masuk kedalam hati ini. Kekadang ia masuk kekadang ia keluar. Jadi Afi risau jika hati ini rosak."
"Hmm baiklah, kamu pun dah nak bercuti musim panas kan? Balik nanti kita bincang lagi tentang perkara ini. Abah ada banyak kerja lagi ni. Nanti kita cakap lagi. Assalamua'laikum." Kata bapanya mengakhiri perbualan.
......
Afi tersenyum riang,senyumannya dalam kegembiraan. Wajahnya bersinar ibarat sinarnya mentari menyinari, tatkala ia menghasilkan cahaya sejati. Memberi manfaat kepada seluruh bumi. Jika tidak Allah ciptakan matahari maka tiadalah bumi ini, jika tidak Allah ciptakan Afi, maka tidaklah dia segembira ini. Ucapan syukur diucapkannya setiap masa. Tidak dapat digambarkan perasaannya pada ketika ini. Ibarat kuntuman bunga dipagi hari,, sungguh ceria sungguh indah ditatap oleh mata setiap insani. Kata putus sudah diperolehi, kedua-dua belah keluarga telah bertemu bersua mata dan menghasilkan keputusan yang bakal menggembirakan hati setiap pasangan yang terikat hati. Mereka telah bersetuju untuk melangsungkan majlis pertunangan antara 2 merpati ini. Satu ikatan yang bakal mengikat mereka kearah perhubungan yang lebih syari'e.
ikatan itu |
Setelah kata sepakat dicapai, kedua-dua belah keluarga pihak lelaki dan juga pihak perempuan telah bersetuju untuk menyatukan kedua-dua mereka pada hari selepas esoknya. Dalam masa seminggu mereka akan ditunangkan. Segala persiapan dilakukan dengan teliti dan rapi. Barang-barang yang perlu telah disenaraikan, yang hanya tinggal adalah untuk membelinya sahaja.
"Ibah, hari ini kita akan ke kedai untuk ukur jari kamu. Pihak lelaki sudah bertanya saiz jari kamu untuk membeli cincin pertunangan. Lepas tu kita keluar cari bahan-bahan persiapan untuk pertunangan kamu nanti."kata Ummi kepada Ibah.
"Baiklah Ummi, pukul berapa kita nak pergi?"tanya Ibah
"InsyaAllah lepas Ummi siap masak makan tengahari kita keluar ke bandar."balasnya.
.....
Majlis pertunangan berjalan dengan lancar. Segala persiapan yang dibuat seminggu lalu kelihatannya sangat berbaloi. Terpancar cahaya kegembiraan pada wajah Afi dan Ibah. Kedua-duanya amat gembira dan bersyukur kerana majlis ini berjalan seperti yang dirancang. Afi tidak menyangka, inilah ketentuan Illahi bagi hambaNya. Setiap manusia telah ditetapkan qada dan qadarnya, untuknya Allah telah tetapkan beginilah perjalanan hidupnya. Boleh dikatakan Allah mempermudahkan kisah cintanya. Rezeki datang tanpa perlu diminta, hanya kita yang perlu menjadi hamba yang bersyukur kepadanya. Dia teringat apabila semuanya bermula dengan soalan Ummi kepadanya semasa mereka berbual di FB. 'Afi suka pada Ibah?' , soalan yang memulakan segala-galanya. Alhamdulillah hingga takat ini semuanya berjalan lancar.
Dengan izin Allah SWT, mereka merancang untuk melangsungkan perkahwinan pada cuti musim sejuk pada tahun hadapan. Tinggal beberapa bulan sahaja lagi sebelum tarikhnya tiba. Hubungan sesama mereka dijaga, tidak bermakna telah bertunang bermaksud mereka boleh keluar bersama-sama tanpa mahram dari pihak perempuannya. Tidak bermakna mereka bebas keluar begitu sahaja seperti pasangan diluar sana. Hijab syariat masih ada untuk membataskan hubungan sesama mereka. Hanya sekali sekala khabar ditanya. Supaya tidak terputus terus hubungan yang dibina. Biarlah hubungan ini diberkati sejak dari awal lagi. Diberkati oleh tuhan yang Maha Esa, yang tidak berbelah bahagi kasih sayangNya. Semuanya hanya untuk menjadikan kita hamba yang bersyukur kepadaNya. Diatas segala nikmat kurniaannya. Alhamdulillah.
"Waaaah Afi dengar cerita enta dah bertunang ya, tak beritahu ana pun..." usik Syam teman serumahnya.
"Alaa, ana bukan sengaja taknak beritahu. Tetapi perkara ini berlaku dengan begitu cepat sampai tak sempat nak sampaikan walau seorang pun sahabat-sahabta kita dekat alex ni." ujarnya.
"Yelah-yelah, apapun mabrouk alaikum, tahniah ana ucapkan. Bila nak kahwinnya?" tanya Syam
"InsyaAllah jika tiada aral melintang tahun depan masa cuti musim sejuk. Bab-bab kahwin ana serah dekat orang tua ana sahaja. Sebab keputusan bertunang ana yang buat, kalau kahwin ni biar diorang sahaja yang 'handle'." balas Afi.
"Alhamdulillah, baguslah. Enta pun dapat bakal bini yang bukan calang-calang orangnya. Enta sendiri pun apa kurang hebatnya. Laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baiklah katakan." kata Syam sambil tersenyum yang menampakkan 2 batang gigi arnabnya.
Sambil tersenyum Afi berkata.
"Alah enta ni, ana hanya hamba Allah yang hina. Sama sahaja dengan manusia yang lainnya. Enta pun bila nak masuk yang akhawat dari utara tu?"
"Ish enta ni, akhawat mana pula ni. Memandai sahaja. Dah pergi mandi tu. Ana pula nak masuk lepas ni." balas Syam.
"Yelah-yelah, ana masuklah ni."
.......................................................................................................
Pesanan penulis :
*ingat nak sambung lagi cerita ni, tapi nanti jadi panjang malas pula.
*ada kena mengena sikit ngan hidup tetapi kebnyakannya direka sahaja.hehe
*kalau ending x best tu maaflah ya, ketandusan idea dah.
*lastly, mabrouk kpd akh2 yang sudah dan bakal melangsungkan perkahwinan mereka. doa2kan kami ni pula ya. : p
No comments:
Post a Comment