Syam terkial-kial mencari telefon bimbitnya yang berdering. Deria pendengarannya ditajamkan bagi mencari tempat letak telefonnya. Kedengaran seperti datangnya dari bilik Nakib yang terletak dihujung sekali yang terletak diantara tandas dan dapur. Syam bergerak laju kearah bilik itu dan menjenguk kedalamnya dan ternampak telefonnya dibawah bantal Nakib. Tertera pada papan skrin telefon itu sebaris nombor yang tidak dikenali lalu dia menekan butang hijau pada telefon tersebut. Nun jauh dicorong telefon terdengar suara seorang akhawat sedang bercakap.
"Hello, Assalamua'laikum"
"Waa'laikumussalam, siapa ini?" Syam cuba bertanya.
"Saya Ibah, nak minta pertolongan mushrif." katanya
"Oh yeke, nak pergi dari mana ke mana?" tanya Syam.
"Saya sebenarnya nak bawa family saya, jalan-jalan sekitar Iskandariah untuk hari esok. Jadi nak minta pertolongan awak. Boleh ke?"
"Erm, saya agak sibuk sebenarnya sekarang ni, tapi saya rasa ahli bait saya boleh mushrifkan family awak. Dia tak sibuk rasanya. Nanti saya bagi awak nombor dia."
"Oh kalau begitu baguslah. Syukran assalamua'laikum.
Selesai menjawab salam Syam mengorak langkahnya untuk berjumpa Afi. Setahunya hari ini Afi tidak akan kemana-mana berbanding dengan dirinya yang sibuk dengan hal-hal persatuan yang tidak nampak akan penghujungnya. Sesampainya dia dibilik Afi dia mengetuk pintunya yang diperbuat daripada papan kayu yang nipis dan masuk untuk menemuinya.
"Afi ana nak minta tolong enta sikit boleh?" Syam bertanya.
"Minta tolong apa, insyaAllah ana tolong."balasnya.
"Minta tolong enta untuk jadi mushrif akhawat bersama keluarganya, katanya nak berjalan-jalan sekitar Iskandariah. Ana nak ke pejabat Persatuan hari ini dan esok. Jadi ana agak sibuk." Syam berkata.
"Kalau macam itu ana terpaksa setujulah. Boleh sahaja. Demi enta." Afi tersenyum.
"Jadi siapa yang ana akan bawa?"
"Kalau tak silap ana, Ibah"
"Oh, Ibah ke. Ok insyaAllah"
Mengetahui Ibah hati Afi jadi berbunga. Mana tidaknya, dalam diam sudah hampir setahun dia memerhatikan akhawat tersebut. Dia tidaklah begitu tertarik dengan luarannya walaupun tidak dinafikan yang Ibah mempunyai rupa paras yang elok dan boleh dikatakan sempurna dari segala aspek luarannya. Tetapi apa yang penting bagi Afi adalah agamanya. dia teringat akan kata-kata Rasulullah SAW dimana jika kita hendak memilih wanita pilihlah kerana agamanya. InsyaAllah terjamin kebahagiaan dunia dan akhirat. Dan itulah istimewanya Ibah pada pandangan Afi. Ibah yang merupakan seorang tahfizah, menghafal 30 juzuk Al-quran sudah cukup bagi Afi untuk menilainya. InsyaAllah esok dia akan bertemu bukan sahaja dengan Ibah malah dengan kedua ibu bapanya dan inilah masa untuk memikat hati mereka. Afi yang membaca buku menyambung semula aktivitinya dan sekuntum senyuman hadir di bibirnya.
.....
Usai menunaikan solat subuh Afi melangkah keluar dari Masjid Ibrahim yang terletak kira-kira 100 meter dari rumahnya. Masjid yang terkenal di Iskandariah ini menjadi tumpuan para jemaah terutama pada bulan ramadhan pada setiap tahun. Perasaan tenang menyelubungi jiwa Afi, mungkin ini yang dinamakan rahmat Allah SWT yang dikurniakan pada hambanya yang taat dalam menjalankan perintahnya. Keadaan sekeliling yang sunyi diselangi dengan bunyian dan desiran ombak menambahkan ketenangan dijiwa. Afi berjalan dan mengambil lorong pertama yang menuju kerumahnya yang terletak ditingkat satu diatas kedai buah Nasser. Dia harus segera bersiap kerana dia perlu menajdi mushrif pada pagi ini. Ibah memberitahunya yang mereka akan mula keluar pada pukul 8 pagi selesai sahaja mereka bersarapan. Jadi Afi perlu bersegera kerana pelbagai perkara perlu diselesaikan sebelum dia menjemput mereka.
Tepat jam 7.45 pagi Afi bergerak dari Syatbi kearah Kubri Gamaah. Dengan lafaz mulia Bismillah dia meneruskan perjalanan dengan menaiki tram yang mengambil masa kira-kira 5 minit untuk sampai kesana. Di stesen tram Syatbi Afi memerhatikan gerak-geri dan tingkah laku arab yang pelbagai macam dan ragam. Pada waktu sebegini biasanya penduduk kawasan ini sibuk untuk ke tempat kerja masing-masing. Ada juga diantara mereka yang ingin menghantar anak mereka ke sekolah yang berada di sekitar kawasan tersebut. Selang beberapa minit, tram 3 gerabak bewarna biru lusuh kelihatan dari jauh. Semakin dekat dengan stesen tram itu diperlahankan lalu berhenti bagi mengambil dan menurunkan penumpang. Setelah berhenti Afi cuba menyaingi arab yang berpusu-pusu untuk menaiki tram tersebut.
Tram bergerak perlahan dan semakin lama ditambah kelajuannyua. Afi melemparkan pandangannya keluar bagi melihat suasana pagi di Iskandariah. Langit cerah kebiruan dihiasi dengan sekelompok awan kumulus yang bergerak perlahan mengikut rentak angin dari timur ke barat. Burung-burung terbang riang bebas di langit biru tanpa sempadan. Setelah tram berhenti di stesen Kubri Gamaah Afi menapak kakinya keluar dari tram dan menaiki tangga menuju ke Bait Hannan tempat dimana mereka berjanji untuk bertemu. Perjalanan dari tram kesana tidak mengambil masa yang begitu lama. Beberapa minit sebelum pukul 8 Afi sudah terpacak dihadapan bangunan dimana terletaknya Bait Hannan. Setelah beberapa minit menunggu akhirnya kelibat Ibah dan keluarganya muncul menuruni tangga yang kelihatan sudah usang menunggu masa untuk roboh.
"Assalamua'laikum pakcik, makcik." Afi memberi salam sambil menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan pak Zaid bapa kepada Ibah.
"Waa'laikumussalam, oh ini ke Afi. Takpe ke pakcik pinjam kamu sekejap nak bawa kami jalan-jalan. Takut kamu sibuk pula."balas pak Zaid.
"Tidak mengapa pakcik, kebetulan saya tidak sibuk pada hari ini. Jadi insyaAllah saya boleh bawa pakcik sekeluarga."kata Afi sambil tersenyum.
Sambil-sambil berbual Afi sempat maengalih matanya kearah Ibah. Berjubah hijau lembut disertai dengan tudung labuh bewarna hitam menampakkan kemanisan pada wajah Ibah. Sesaat mata mereka bertemu laju pula Afi mengalihkan pandangannya. Dari dekat Ummi Ibah memandang gelagat anak muda ini dan tersenyum. Dia ingin mengatakan sesuatu tetapi dia menyimpan dahulu dalam hati mengenangkan masa yang kurang sesuai. Afi yang sejak tadi rancak berbual bersama Pak Zaid akhirnya mencadangkan untuk bergerak memandangkan mereka sudah kelewatan waktu. mereka bersama-sama menuju ke arah pantai untuk mengambil teksi dan meneruskan perjalanan mereka. Destinasi pertama Montazah. Sebuah teksi bewarna hitam kuning belangnya yang meluncur laju ditahan Afi.
"Lau Samaht, naruhil montazah insyaAllah?"Afi bertanya
"Montazah InsyaAllah, fadhol."pemandu teksi itu menjemput mereka untuk naik.
.....
No comments:
Post a Comment