Wednesday, February 2, 2011

KRONOLOGI PERINTAH BERKURUNG

:.: Bismillah :.:

Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT.

Setelah sekian lama talian internet diputuskan oleh pihak Mesir akhirnya dapat juga digunakan pada 

hari ini. Alhamdulillah masih lagi dalam keadaan 'in the pink of health' walaupun macam2 dah berlaku dekat sini.

Ingat lagi haritu lepas habis je final exam ingat dah merdeka dah semua.

Tiba2 esoknya diisytihar perintah berkurung.

Jom ikut kronologi yang berlaku kat alex ni setakat pengetahuan ana...

HARI 1, KHAMIS LEPAS

   Hari ni merupakan hari terakhir peperiksaan akhir sem 3 bagi pelajar tahun 2 jurusan Perubatan Uni Alex. Kami mengambil peperiksaan seperti biasa dengan suasana tegang para pelajar menjawab soalan yang boleh dikatakan 'pergh susah' bagi yang kurang persediaannya seperti diri ana sendiri.Hehe.

   Usai menjawab semua soalan hari ini diteruskan dengan perjumpaan batch yang diadakan selepas solat asar. Ana ditugaskan diluar dewan untuk memberi passport bagi mereka yang ingin ke luar negara sempena cuti musim sejuk ini. 

  Tiada apa2 yang pelik pada hari ini cuma pada sebelah petangnya sehingga ke malamnya rusuhan dari Mansyiah kearah Mandarah. Pada mulanya ingin menunaikan solat di masjid tapi apabila keluar dari rumah kelihatan perarakan yang membawa bendera  Mesir dan Tunisia melaluin jalan Bur Said. 

  Setelah berfikir beberapa kali ana mengambil keputusan berjemaah dirumah sahaja bersama ahlulbait. Rusuhan bagi menjatuhkan Mubarak yang pertama bagi Muhafazah Iskandariah.

HARI 2, JUMAAT LEPAS

    Pengumuman dari Walid aka Ustaz Ishak sebagai pegawai MARA Timur Tengah supaya pelajar berjaga kerana dikatakan akan ada rusuhan terbesar yang akan dilakukan di Iskandariah. Tempat2 kritikal seperti stesen keretapi Mahattah Al-Misr dan lain2 diminta untuk tidak dilawati.

  Rusuhan yang dikatakan akan diadakan selepas solat jumaat diadakan di Game' Ibrahim atau masjid Ibrahim. El-Baradei atau saingan Mubarak dikatakan akan turun bersama untuk menyertai perarakan. 

   Pada hari ini ana diminta oleh senior untuk membantu seseorang untuk mencari sebuah rumah bagi menempatkan ibu bapanya yang menziarahi anaknya disini. Usai solat jumaat ana cuba untuk menghubungi pelajar tersebut tetapi tidak berjaya, rupa2nya talian telefon Etisalat dihentikan perkhidmatannya. 

   Memikirkan keadaan tersebut ana dan sorang sahabat yang menemani ana tidak dapat berbuat apa2 lantas ke pasar untuk membeli keperluan dapur. Selepas itu sahabat ana mengatakan dia ingin melihat perarakan tersebut jadi kami berpisah dan ana terus kerumah.

   Sehingga ke malamnya tidak ada apa2 yang berlaku disekitar kawasan Ibrahemeyya. Jadi ana mengandaikan tiada apa2 yang berlaku.

HARI 3, SABTU LEPAS

    Fittry menghubungi ana mengatakan dia ingin datang kerumah pada tengaharinya. Ketika ini perkhidmatan internet juga diputuskan. Tiada apa yang boleh digunakan untuk menghubungi orang luar. Fittry datang membawa berita.

   Dia yang baru sahaja menjadi mushrif  dipagi harinya, menghantar beberapa orang akhawat  untuk keluar negara. Dia menceritakan sepanjang perjalan balik dari stesen keretapi, beberapa bangunan di jalan Abu 'Er telah dibakar dan beberapa buah kereta kebal dan tentera berkawal dikawasan tersebut. 

   Rupa2nya rusuhan pada hari jumaat tersebut belaku ditempat lain. Rusuhan yang berlaku dekat dengan U kami. Balai polis, kereta polis dan segala yang berkaitan dengan polis semuanya dibakar. Hal ini menunjukkan betapa bencinya rakyat Mesir ini terhadap polis mereka.

   Perintah berkurung dikenakan pada hari ini dan akan diteruskan dalam masa seminggu.

HARI2 YANG SETERUSNYA

   Pada satu malam ana terdengar suara2 diluar rumah dan lantas ana mengintai dari celah2 pintu berandar dan kelihatan Rukun Tetangga dikawasan Ibrahemeyya bersiap sedia dengan kayu hoki, kayu besbol, kayu yang diikat hujungnya dengan pisau.

   Kami serumah menjadi takut dan tidak berani menjenguk keluar. Ana cuba menghubungi beberapa orang rakan untuk mendapat berita setelah line talian telefon kembali berfungsi seperti biasa. Kemudian ada seorang akhawat yang menghubungi ana mengatakan ada sekumpulan perompak disekitar kawasan ini.

   Rupanya Rukun Tetangga bersiap sedia untuk menghadapi perompak itu. Mereka berjaga hingga tamat waktu berkurung pada setiap pukul 8 pagi. Sahabat2 menasihati kami supaya tidak keluar dan berhati2 bagi menjaga keselamatan kami. 

   Keesokan harinya ana diminta sahabat untuk menjadi mushrif bagi menghantar akhawat ketempat berkumpul. Hisyam yang boleh mendapat gelaran mushrif paling popular di kawasan Nur Islam akan ke turki pada hari tersebut. Jadi dia tidak menang tangan untuk menghantar semua akhawat tersebut lantas meminta bantuan yang lainnya.

   Sehingga hari ini, keselamatan disini boleh dikatakan masih selamat. Tetapi bekalan makanan yang semakin bekurangan akan menyukarkan kami untuk hidup pada hari2 yang mendatang(ceh ayat sedih). Bukan apa cuma duit tidak dapat dikeluarkan dan harga makanan semakin mahal. 

   Jadi harap kerajaan Malaysia tidak ada perasaan 'hesitation' untuk bawa kami pulang ke Malaysia.(Alhamdulillah dapat balik Malaysia free. Yeay). Walaubagaimanapun, setakat ini  berita yang kami peroleh. Kami akan diambil oleh kapal laut dan akan ke Jeddah dan seterusnya ke Malaysia dalam masa terdekat ini. 

   Doakan kami selamat semuanya.

2 comments:

Ukhti Ibtisam said...

Assalamualaikum wbt...
Moga2 penulis blog n shbt2 di sna sntiasa slmt di bwh prlindunganNYA...

Nadia Havez said...

abanglong, akhirnya update blog.. kaklong sangat risau ok.. bila balik malaysia ni? dah ramai student malaysia sampai..