:.: Bismillah :.:
Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT.
Alhamdulillah akhirnya telah selamat sampai di Malaysia setelah
lebih kurang 6 hari berada di Jeddah.
Banyak pengajaran yang boleh didapati sepanjang berada disana.
Istilah sabar menjadi pilihan yang tepat apabila berdepan dengan ujian seperti ini.
Mana tidaknya, aktiviti seharian yang hanya diisi dengan makan dan tidur mampu
membangkitkan rasa kebosanan dalam diri.
Tidak banyak aktiviti yang boleh dilakukan disana. Hanya menunggu suara
dicorong pembesar suara, memanggil satu demi satu penerbangan yang membawa
pelajar pulang ke Malaysia. Takdir Allah SWT, disebabkan tertidur pada masa pengambilan kupon
untuk mereka yang sampai ke Jeddah pada 5 haribulan. Diri ini terpaksa menunggu sehingga 6 hari
disana. Sahabat2 yang bersama2, tidur di gudang bersama2 dan makan bersama2 telah meninggalkan
diri ini lebih awal dan pergi bertemu dengan ahli keluarga tercinta lebih awal dari diriku.
Hampir diri ini menitiskan air mata, apabila melihat seorang demi seorang pergi menaiki bas untuk
ke lapangan terbang Jeddah. Mana tidaknya, teman berbual yang menghilangkan rasa bosan disana
balik terlebih dahulu. Tinggal diriku berseorangan di hujung gudang yang semakin hari semakin
berkurang bilangan penghuninya. Diri bersabar menanti detik waktu, menunggu dipanggil nomborku.
5406, begitu lama menunggu. Nasib Rahman L, seorang senior bersamaku. Tidaklah pulang berseorangan
menaiki pesawat pabila tiba masanya nanti. Ada juga peneman disisi.
Bagiku ini ujian menunggu merupakan ujian yang terbesar bagiku disana. Menunggu detik waktu.
Menunggu disebut namaku, disebut nomborku.
Sejenak ku berfikir, pasti ada hikmahnya, tuhan mentakdirkan diri ini agar sedikit lewat pulangnya.
Husnuzonku pada Allah SWT.
Saban hari ku berdoa, seperti yang dikatakan oleh Ustaz Qamarul, seorang ikhwah disana.
Berkatanya pada kami, berdoalah supaya Allah SWT memberikan kita nikmat, sepertimana yang dirasai
sahabat kita yang pulang lebih awal dari kita. Nikmat untuk pulang ke Malaysia. Berdoa diberi ketabahan
dalam menunggu giliran. Katanya lagi, sesungguhnya kedatangan kita disini merupakan satu rahmat, Allah
telah takdirkan kita yang sebahagiannya tidak pernah berjumpa disebabkan kesibukan masing2, akhirnya
dipertemukan Allah SWT di bumi ini, di bumi Jeddah. Alhamdulillah diri ini bersyukur, dapat berjumpa
dengan akh2 yang lainnya. Rahmat dari Allah apabila dapatku berkenalan, dengan ramai lagi sahabat2 baru.
Keadaan di Jeddah ini diibaratkan seperti sebuah 'family reunion'.
Alhamdulillah keadaan 6 hari makan dan tidur terisi dengan tazkirah dan peringatan.
Jika difikirkan ujian ini adalah sedikit dan sangat kecil bagiku, seorang hamba yang hina.
Kesabaran dan keimanan sememangnya diuji apabila berada disini. Bukan sebagai jemaah haji.
Tetapi seorang manusia yang diberi pangkat pelarian.
Keadaan di salah satu gudang |
Bagaimana kita ini dikatakan beriman sekiranya kita tidak diuji.
Malahan ujian itu merupakan rahmat dari tuhan dan tidak Allah akan uji hambaNya
melainkan dia mampu menanggunya.
Alhamdulillah setelah selesai solat jumaat disana. Diimami oleh imam yang didatangkan khas dari Mekkah.
Akhirnya ujian ini diganti dengan kenikmatan yang tidak berbelah bahagi.
Satu demi satu nombor penerbangan dipanggil, bermula dengan KT(kapal terbang) 15 & 16
diteruskan dengan KT 18, jika dilihat nombor penerbangan ini masih tiada padanya namaku.
Tetapi Alhamdulillah, kusangaka penerbangan ku akan menjadi lebih lewat rupanya menjadi lebih
awal dari yang disangka. KT 17 dipanggil. Alhamdulillah sekarang sudah berada di Malaysia. InsyaAllah akan cuba
mengisi masa dengan aktiviti yang bermanfaat disini. Sementara ada masa sebelum pulang ke Mesir kembali.
Menaiki charlie ke Jeddah |
No comments:
Post a Comment