:.: Bismillah :.:
Hanya ingin berkongi
satu resipi yang ana main buat sahaja masa perintah berkurung dijalankan.
Jom kita masak...
SAMBAL TELUR SCRAMBLE KENTANG DAGING SIMPLICIOUS
Bahan2 yang diperlukan :
ISI
-Kentang
-Telur hancur (5-6 biji)
-Daging burger
SAMBAL
Bawang Merah & Putih dihiris halus. |
Cili Jenama ElSheef |
Pes tomato jenama Knorr |
-Garam
CARA MEMASAK
1. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian goreng kentang dan daging burger.
2. Telur yang telah dihancurkan tadi(seperti telur dadar) dalam bentuk cecair akan dihancurkan sekali lagi dalam bentuk solid setelah digoreng(kira buat scramble egg la)
3. Selesai menggoreng asingkan kesemua di atas.
Daging burger yang sedang digoreng |
Kentang & Telur yang sudah digoreng. |
4. Kemudian tumis bawang merah dan putih hingga naik bau.
5. Letakkan 3 sudu cili merah Al-Sheef diikuti dengan 2 sudu pes tomato.
6. Gaulkan bagi sebati dan tambah 1/2 cawan air kedalam kuali dan kacau sehingga sebati.
7. Selang beberapa minit masukkan telur 'scramble', kentang, dan daging burger yang dicincang dalam sambal.
8. Gaulkan mereka bersama dan tambah garam secukup rasa.
9. Dah siap boleh hidang dan makan.
Alhamdulillah dah siap. Boleh makan dah. |
1 comment:
balik mesia nnty masak :D
Post a Comment