Dari Montazah ke Makatabah yang terletak berdekatang dengan pantai Syatbi. Kemudian menaiki tram untuk ke Masjid Ibrahim bagi menunaikan solat. Selesai mengerjakan solat mereka meneruskan perjalanan ke makam-makam ulama yang ada di sekitar Iskandariah. Disini juga terletaknya makam Nabi Daniel yang terletak berdekatan makam Luqmanul Hakim. Pelbagai tempat dijelajahi Afi bersama keluarga Ibah di Iskandariah. Adat berjalan pasti menggunakan tenaga yang banyak, jadi mereka bersama-sama makan di sebuah restoran makanan laut yang terletak berdekatan Qaitbay atau Istana Sultan Salahuddin Al Ayubi yang bakal menjadi destinasi terakhir mereka pada hari ini.
Sampai sahaja di resoran mereka dipelawa oleh orang arab untuk duduk. Tingkat bawah restoran telahpun dipenuhi oleh orang ramai dan secara kebetulan masih ada meja kosong yang mampu memuatkan 4 orang sekaligus. Afi berjalan dihadapan diiringi oleh pak Zaid, Ummi dan seterusnya Ibah. Di satu sudut dalam restoran itu mereka telahpun memilih makanan laut yang disediakan restoran ini. Udang, ikan, ketam dan pelbagai lagi makanan laut yang disediakan untuk pengunjung yang menziarahi restoran ini. Susunan dan hiasan dlaam kedai ini yang menarik sememangnya mampu untuk menarik pengunjung seramai ini ke sini. Pak Zaid meminta izin untuk keluar sebentar ditemani oleh Ibah, maka tinggallah Ummi dan Afi menunggu pesanan yang dibuat siap dimasak. Suasana sunyi antara Ummi dan afi akhirnya dipecahkan dengan Ummi yang memulakan perbualan. Pelbagai perkara yang ditanya termasuk latar belakang Afi dan sebagainya. Baru Ummi tahu rupanya Afi merupakan anak kepada seorang pensyarah yang terkenal di Malaysia.
"Afi ni anak sulung ya?"tanya Ummi
"Ya Ummi, saya anak sulung dalam keluarga."balas Afi
"baguslah kalau begitu, anak sulung ni kena tunjukkan contoh yang baik kepada adik-adik, Ibah ni dia nakal sikit. Suka sakat adik-adik dia."
"sakat-sakat tu tanda dia sayang pada adik dia Ummi."Afi mencelah.
"Dengan siapa lagi kita mahu bergurau senda jika bukan dengan adik beradik kita, dapat rapatkan lagi ukhuwah sesama ahli keluarga."tambah Afi.
"Uish, beruntung betul siapa yang menjadi ibu kepada afi ni ya. Ummi pun berharap dapat anak seorang macam afi ni." kata Ummi memuji.
"Saya biasa-biasa sahaja Ummi, Ibah tu pun saya rasa dah cukup baik dan dapat menyejukkan perut Ummi yang kepanasan tu." Afi membalas.
Ummi tergelak mendengar penyataan dari Afi. Sungguh bijak anak ini berkata-kata. Setiap patah kata-katanya penuh dengan hikmah. Tidak ada yang sia-sia darinya.
"Eh Afi, kalau Ummi ambil afi jadi menantu boleh." Ummi cuba menguji anak muda ini sambil tersenyum.
"Ish Ummi ni, siapalah saya untuk menjadi anak menantu Ummi. Ada yang lebih baik daripada saya untuk anak Ummi." Afi berkata-kata. Mukanya yang putih bersih itu menjadi merah malu. Segan dengan pertanyaan Ummi. Walaupun kata-katanya begitu, tetapi dalam hati Afi seakan-akan mahu berkata MAHU kepada Ummi. Tetapi dia tidak mampu meluahkannya.
"Kejap Afi ada facebook?, nanti 'add' Ummi ya dekat FB. Ni emel Ummi." Ummi berkata sambil menyerahkan nota kecil kepada Afi.
Dalam kesibukan mereka berdua berbual, Pak Zaid dan Ibah kembali dengan membawa beberapa tin air jus untuk diminum. Mereka mengambil tempat dan selang beberapa minit sele[as itu mereka bersama-sama menjamu selera sambil berbual tentang sejarah-sejarah Istana Sultah Salahuddin yang bakal mereka lawati selepas ini.
"Makan banyak-banyak, hari ini Pak Zaid belanja." katanya kepada Afi.
.....
Beberapa hari telah berlalu semenjak Afi menjadi mushrif kepada Ibah dan keluarganya. Kehhidupannya tidak berubah, masih sama. Selepas subuh bersiap untuk ke kuliah, yang terletak tidak jauh dari rumahnya. Hanya perlu berjalan kaki selama 10 minit atau hanya 3 minit dengan menaiki motosikal. Kuliah pada hari itu hanya berlangsung selama 2 jam dan disambung pula dengan kelas praktikal anatomi. Segala urat, salur-salur darah dan otot dilihatnya semasa kelas praktikal. Usai praktikal Afi terus ke perpustakaan Universiti yang terletak di Azarita untuk mengulangkaji pelajaran. Begitulah kehidupannya seharian, yang menjadi rutin terutama kepada pelajar-pelajar jurusan perubatan. Dalam perpustakaan, Afi biasa mengambil tempat dihujung sekali disebabkan oleh suasana yang lebih tenang dan memudahkan dia untuk belajar. Sedang tekun dia membaca buku dia disapa oleh seseorang.
"Assalamua'laikum, Afi."Ibah memberi salam dan kelihatan Dila bersama dengannya menemaninya.
"Waa'laikumussalam, ya kenapa?.Nak mushrif lagi ke?." Afi membalas sambil tersenyum.
"Eh bukan, cuma nak sampaikan dari family ana, mereka kirim salam dengan ucapan Assalamua'laikum dan ucap terima kasih sekali lagi untuk tem poh hari."Ibah berkata.
"Oh, yeke waa'laikumussalam, sihat ya mereka?." Afi menjawab dan bertanya.
"Alhamdulillah mereka sihat. Oklah Afi ana ada urusan pula selepas ini. Maaf ganggu. Ana pergi dahulu ya. Assalamua'laikum." I
"Oh ok, waa'laikumussalam." Afi membalas.
Selepas beberapa langkah Ibah menapak meninggalkan Afi akhirnya dia teringat akan akaun FB yang diberikan oleh Ummi tempoh hari. Afi cuba mencari kepingan nota yang diberikan kepadanya. Seingatnya dia menyimpannya di dalam dompetnya. Apabila dibelek-belek akhirnya dia temui kepingan nota tersebut yang terletak dicelah kad-kad yang ada didalam dompetnya. Segera dia megeluarkannya dan tertulis emel yang diberikan oleh Ummi. Afi menyimpan semula nota tersebut kemas-kemas di dalam dompetnya. Lantas selepas itu dia memasukkan buku-bukunya kedalam beg. Dia terfikir untuk pulang kerumahnya lebih awal pada hari ini. Jam sekarang menunjukkan pukul 3 petang waktu Mesir. Lalu dia bergegas pulang.
Perpustakaan Yang Digunakan |
"sempat lagi" bisiknya.
Sesampai sahaja Afi dirumah dia terus meletakkan begnya ditepi katil dan bergerak kearah meja belajar. Dia membuka kunci laci mejanya yang pertama lalu mengeluarkan laptopnya dengan berhati-hati dan meletakkan diatas meja. Setelah bateri semuanya dipasanag dia menghidupkan komputernya. Browser Google Chrome dibuka lalu dia menaip www.facebook.com dan menunggu seketika untuk memasuki web tersebut. Setelah itu dia pun menaip emel yang diberikan Ummi dengan segera dan terpapar di skrin nama kepada ibunya Ibah. Setelah di'add' Ummi Afi menunggu seketika dan beberapa minit selepas itu Ummi meng'approve' Afi sebagai rakannya.
Ada yang tidak kena pada afi pada hari ini. Dia seakan-akan menunggu sesuatu tetapi tidak diketahui apakah ia. Perasaannya bercampur baur, gembira takut, gementar sehinggakan lahirnya titik peluh didahinya. Entah kenapa dia menjadi begitu, selepas Ibah menyampaikan salam keluarganya kepada Afi lantas dia menjadi tidak keruan. Disebabkan itu dia terasa mahu pulang kerumah yang tidak menjadi kebiasaannya untuk pulang awal. Jantungnya ibarat terhenti apabila mesej daripada Ummi menjengah ke skrin laptopnya. Tangannya menggigil tatkala dia menyentuh tetikus untuk membuka mesej tersebut. Dengan kudrat jantan yang ada dia menekan tetikus dan membaca mesej tersebut.
Ummi : Assalamua'laikum. Afi apa khabar. Sihat? Ummi nak ucap terima kasih banyak-banyak kat Afi sebab sudi luangkan masa menemani kami tempoh hari. Maaflah tiada cenderahati yang Ummi boleh bagi. Hanya sekadar ucapan terima kasih dari Ummi. :)
Afi lalu membalas mesej tersebut.
Afi : Waa'laikumusssalam, alhamdulillah saya sihat-sihat sahaja. Takpe Ummi,tak menyusah Afi pun, kebetulan masa tu afi tak wat apa2, pastu ada sorang sahabat ni minta tolong. afi pun tolonglah. Lagipun dia sibuk.
Ummi : Oh begitu ke. Camana dengan pelajaran Afi?. Semua ok?. exam dah nak dkat dah kan. Belajar elok2. Jangan kecewakan Ibu dan ayah Afi. Diorang mesti letak harapan yang tinggi pada Afi. Sama macam Ummi yang letakkan harapan pada Ibah.
Afi : Alhamdulillah sekarang ni okla. Tengah struggle sekarang ni. InsyaAllah Afi cuba yang terbaik.
Afi dan Ummi sama-sama berbual dengan menggunakan kemudahan FB yang ada pada zaman sekarang. Hampir satu jam mereka berborak sesama mereka. Bertanya tentang latar belakang dan sebagainya. Hubungan mereka sekarang ibarat ibu dan anak kandung. Saling mengenali dan berborak menceritakan pengalaman masing-masing.
Ummi : Afi Ummi nak tanya sesuatu boleh tak?
Afi : Nak tanya apa Ummi. Macam suspens je.
Ummi : Emm...Afi suka ke dekat Ibah?
Afi yang sejak tadi berborak dengan Ummi tersentak dan terkejut dengan soalan yang ditanya Ummi. Kenapa Ummi tanya sebegitu? Kenapa Ummi nak tahu? Afi berfikir dan terus berfikir. Dia tidak tahu bagaimana untuk menjawab persoalan tersebut. Otaknya ligat berfikir dan terus berpusing. Jika diusahakan kesemua neuron-neuron yang ada dalam kepalanya tidak mampu untuk dia menjawab soalan tersebut. Laptop dihadapannya dipandang ditatap tanpa ada pergerakan yang dilakukan, dia termenung memandang laptopnya. Kemudian tiba pula satu mesej kedalam inbox FB nya.
Ummi : Ummi bukan apa, sebab Ummi sebagai seorang ibu dapat merasakan sesuatu yang berada dalam hati kamu berdua. Ummi dapat rasakan yang Afi memang ikhlas suka pada Ibah. Jadi Ummi nak tahu adakah perasaan Ummi ini benar ataupun hanya sekadar perasaan.
Setelah membaca, Afi memberanikan diri untuk menjawab soalan Ummi lalu menggerakkan jarinya diatas laptop menari menulis beberapa patah perkataan.
Afi : Emm...suka. Tapi kenapa Ummi tanya macam ni tiba-tiba.
Ummi : Bukan apa, Ummi cuma takut, jika kamu berdua mengambil jalan yang salah. Ummi dah tanya pada Ibah. Dia mengatakan benda yang sama. Perasaan kamu berdua sama. Tapi Ummi tak mahu kamu alirkan perasaan itu pada jalan yang salah. Ummi cuma nak ada ikatan yang halal bagi kamu berdua.
Afi : Ikatan yang halal?
Ummi : Maksud Ummi, Ummi nak kamu berdua mengambil jalan dengan syariat. Bertunang lalu perkahwinan. Ummi taknak tengok anak Ummi berjalan berpeleseran, berpegangan tangan dengan anak orang tanpa ada hubungan yang sah disisi Islam. Ummi nak elakkan maksiat daripada berlaku.
Afi : Tapi Ummi, macam terlalu cepat je kalau nak buat semua itu.
Hampir satu jam lagi masa yang diambil oleh mereka berdua untuk berbincang perkara ini. Pelbagai perkara dimasukkan dan akhirnya Afi bersetuju untuk membawa perkara ini kepada kedua ibu bapanya. Afi sebenarnya gembira dengan berita ini. Dia seakan mahu menjerit kepada seluruh dunia tentang perkara ini. Tapi semua ini tidak akan berlaku tanpa ada yang merancangnya. Lalu Afi bangun dari kerusi dan melaksanakan sujud syukur kepada Allah SWT menandakan kesyukurannya kepada tuhan yang Maha Mengetahui.
4 comments:
adakah ini kisah benar??
indra nk pegi ka kenduri diorng? wuuu... farahi nk p kot.. nk ikut jugak... nk p jugak.....nk makan kenduri jugak..
kenduri xwat agi...hanya majlis kesyukuran sahaja...kalau nak mai silakan...insyaAllah akan pergi...farahi & anati soki bila lagi? :)
kehkehkeh.. ohpohcot.. soklan.. wakakakakak.. cepumas punya soklan.. wakakakka
hehehe
lambat lg kot.. farahi ckp kena tunggu dia keja dulu. T____T
tanggungjawab itu penting
Post a Comment