Friday, February 4, 2011

KAMI NAK BERLARI DAH NI

:.: Bismillah :.:

Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT.

Ucapan syukur kepada Allah SWT di pagi yang tenang ini.

Selawat dan salam kepada Nabi junjungan Rasulullah SAW.

InsyaAllah hari ini kami serumah akan mula bergerak ke Asrama MARA.

Kami akan dikumpulkan sebelum pukul 12 tengahari pada hari ini dan akan mula bergerak 

pada 12 tengah malamnya secara beransur.

Pada mulanya evakuasi akan mengambil masa dalam 3 hari. Akan tetapi kesemua dari kami akan bergerak 

ke Lapangan terbang pada 5 haribulan.

Secara keseluruhannya ana sendiri dah siap2 kemas bag semua.

Disebabkan hanya 7 KG sahaja yang boleh dibawa maka ana membawa apa yang perlu sahaja.

Mungkin ini update yang terakhir di Iskandariah untuk kali ini.

Sekali lagi mohon doa kalin agar perjalanan kami selamat dan dilimpah rahmat Allah SWT.

Moga ujian yang menimpa ini memberi seakan satu kekuatan dan pengalaman kepada sahabat2

yang berada di Bumi Mesir ini. Bersyukurlah berada disini, jangan sesekali mengeluh kerana ada 

hikmahnya disebalik semua ini. Dan jangan juga kita lupa untuk berdoa supaya Mubarak digantikan

dengan pemimpin yang lebih beriman dan memahami Islam dengan baik supaya tertegak kembali 

Islam dibumi sekular ini. 

2 comments:

humaira said...

semoga perjalanan antum semua selamat, dipermudahkan dan sentiasa dibawah lindunganNya....

Nirmala Ibrahim said...

semoge segalanya dipermudahkan oleh DIA....