Thursday, February 3, 2011

KAMI 'PELARIAN'

Ustaz Isahak Othman memberi taklimat evakuasi

:.: Bismillah :.:

Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT.

Letakkanlah diri kita yang hina dina ini seagai hamba Allah SWT yang sentiasa bersyukur

supaya diletakkan kita dalam kalangan yang 'hanya sedikit yang bersyukur' di atas nikmat yang diberikannya.

Alhamdulillah sehingga hari ini diberikan nafas untuk terus melihat perubahan dunia terutama isu2 semasa

yang sedang hangat diperkatakan pada masa ini.

Pagi tadi kami pelajar2 yang berada di Iskandariah dikumpulkan di Asrama MARA untuk 

menghadiri taklimat evakuasi dari Mesir.

InsyaAllah kami akan mula bergerak secara beransur2 bermula esok iaitu pada hari jumaat

hinggalah ke 3 hari yang berikutnya.

Kami akan bergerak menggunakan bas ke lapangan terbang Nozha di Iskandariah lalu

menaiki kapal terbang MAS atau AIR ASIA untuk ke Jeddah sebagai penempatan sementara

sementara menunggu kepulangan ke Malaysia negara tercinta.

InsyaAllah selepas itu kami akan bersama2 menaiki kapal laut yang disediakan untuk berlabuh 

samada di Pelabuhan Pulau Pinang atau Port Klang.

Perjalanan yang dijangka akan mengambil masa selama 7-10 hari dari Jeddah ke Malaysia.

Terima kasih kepada pihak kerajaan kerana pantas bertindak untuk mengeluarkan kami dari 

negara ini. Jika kita lihat inilah semangat yang kita ingin lihat kerana tidak kira siapa kita, asal kita

ataupun adanya perbezaan politik . Tetapi akhirnya kita sebagai Melayu Muslim dapat bersama2

bekerjasama, bersatu dalam menangani krisis2 seperti ini. Alhamdulillah.

Ana sendiri juga tidak sabar untuk pulang ke tanah air. Walaupun pulang sebagai 'pelarian' seperti yang 

diistilahkan Walid  tetapi ana tetap bersyukur kerana akan pulang ke Malaysia.

Ana juga berasa agak teruja kerana insyaAllah ini akan menjadi pengalaman pertama ana 

untuk menaiki kapal pulang ke Malaysia. Walaupun tempoh untuk berada diatas kapal agak lama

tetapi rasanya pengalaman ini akan menjadi pengalaman yang berbaloi dan penuh dengan pengajaran.

Sekurang2nya dapat juga belajar bagaimana untuk menunaikan solat diatas kapal dan sebagainya.

Jika dilihat keadaan di Muhafazah Al Iskandariah, keadaan agak tenang berbanding dengan Kaherah.

Pegawai Polis sudah mula kelihatan menjalankan tugas tetapi yang hanya dapat dilihat adalah 

pegawai2 tertinggi mereka.

Tetapi setenang2 Iskandariah, Walid memberitahu bahawa Iskandariah merupakan kawasan ke-2

terbahaya selepas Kaherah.

Jadi doakan keselamatan kami dalam perjalanan pulang. Kami disini mengharapkan doa kalian agar

selamat sampai di Malaysia.

No comments: