SETABAH HATI IRFAN PART 1
SETABAH HATI IRFAN PART 2
Sebulan telah berlalu, banyak pengalaman yang ditimba Irfan. Di kolej ini penekanan terhadap akhlak amat dititik beratkan. Amat jarang disini bagi mendengar pelajarnya menggunakan kata-kata yang kesat dan tiak berfaedah. Hubungan antara lelaki dan perempuan juga amat dijaga. Memang peraturan disini apabila pelajar lelaki dan perempuan yang bertemu untuk berbincang sesuatu, hijab akan diletakkan diantara mereka. jarang sekali perbincangan diadakan dengan mata- bertemu mata. Baginya semua ini untuk mengelakkan tumbuhnya akar-akar maksiat dalam hati. Supaya tidak tutunnya dari mata ke hati.
Irfan sudah mula menyesuaikan diri dengan kehidupan disini. Walaupun pihak sekolah tidak membenarkan pelajarnya pulang pada hujung minggu yang lepas, Irfan redha dan dia bersabar walaupun berasa sedikit kecewa kerana rindunya dia pada kampung halamannya. Segala liku-liku hidupnya selama ini, yang sedang berlaku dan akan datang semuanya telah ditetapkan Allah SWT. Takdir Allah dia telah dipilih oleh seniornya untuk menjadi salah seorang ahli Badan Dakwah Dan Kerohanian(BADAR KISAS). Tugasnya tertumpu kepada pentarbiahan bagi pelajar-pelajar tingkatan 4. Banyak perkara yang dipelajarinya disini, disamping dia dapat mendalami ilmu-ilmu agama dengan lebih dalam, dia juga memperoleh pengalaman dalam kepimpinan.
Sedikit sebanyak dengan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan sekolah dan sibuknya dia menuntut ilmu dapat dia melupakan seketika keadaan di kampung halamannya. Baru beberapa hari yang lepas dia bertanyakan khabar ibunya. Semuanya berada dalam keadaan yang baik dan ibunya pula kini mula menjual sedikit kuih muih bagi menambah pendapatan mereka selain daripada menoreh getah. Adik-adiknya pula berada dalam keadaan yang baik dan mereka juga sama sepertinya, berjuang dalam menuntut ilmu. Kerinduannya terlepas seketika setelah mendengar suara lembut ibunya dan keriangan adik-adiknya ketika bercakap dengan mereka melalui telefon awam yang disediakan pihak kolej. Puas dia bercakap selama lebih kurang 40 minit dia meletakkan gagang telefon dengan perasaan yang puas dan bersyukur kerana sempat dia berbual dengan ibunya.
..........
2 comments:
sape irfan
erm xde sesapa..just watak yg direka
Post a Comment