Tuesday, March 29, 2011

SETABAH HATI IRFAN-PART 2

SETABAH HATI IRFAN PART 1  


     Turunnya hujan membasahi bumi Kolej Islam Sultan Alam Shah. Kedengaran irama yang didendangkan rintik-rintik hujan yang jatuh diatas bumbung bangunan asrama lelaki yang terletak berhadapan dengan dewan makan. Sinonim apabila hujan ini dikaitkan dengan kesedihan hati yang melanda seorang insan yang kelihatan berbaringan dikatil 2 tingkat bewarna biru lusuh. Irfan yang seperti berada didunia sendiri terkenangkan keadaan ibu dan adik-adiknya di kampung sekarang ini. Sudah 2 minggu sejak dia meninggalkan rumahnya dan sedikit sebanyak cuba untuk menyesuaikan diri dengan keadaan di tempat baru ini.

     Irfan bangkit dari baringannya dan menuju ke loker kepunyaan dirinya yang terletak disebelah katil lalu dibuka laci yang berada dibawah loker itu. Tangannya mengalih beberapa fail yang tersusun dalam lacinya dan cuba mencari sesuatu didalam laci itu. Dia mengeluarkan sekeping gambarnya bersama keluarga yang dibawa semasa berpindah ke kolej ini. Ditengah gambar itu kelihatan seorang perempuan dalam lingkungan 40-an berdiri diantara Irfan dan adik-adiknya. Sekali lagi hatinya terasa sayu melihat gambar tersebut dan mentimpannya semula setelah puas menatap gambar itu. Dia risau dengan keadaan ibunya dikampung yang membanting tulang untuk mencari rezeki untuk keluarga, mengerah keringat dalam usaha untuk memberi pendidikan kepada anak-anaknya.

    Hisyam yang melihat gelagat Irfan datang mendekati.

"Teringatkan keluarga ke Pan" kata Hisyam kepada Irfan tatkala melihatnya menyimpan gambar keluarganya.

   Irfan hanya mampu membalas dengan senyuman. Tiada kata-kata yang mampu diungkapkan.

"Awal-awal masuk asrama memang macam ni, lama-lama okla tu. Abang dulu pun kalau boleh nak balik tiap-tiap minggu je. Tapi lama-kelamaan makin seronok tinggal diasrama ni." Hisyam menambah

    Dalam kepiluan hatinya, Irfan membuka mulutnya yang tadi terkunci dari megeluarkan kata-kata.

"Abang. Kita sama-sama tahu, Cinta yang kita letak pertama sekali adalah Allah SWT, kemudian nabi Muhammad SAW dan seterusnya ibu kita. Menunjukkan betapa tingginya darjat seorang ibu."

"Adakah tidak patut saya bersedih, apabila seorang ibu yang menggalas tanggungjawab sebagai bapa telah  memberi saya makan minum dan segalanya tetapi saya disini seperti tidak menolong apa-apa" kata Irfan.

    Sambil memegang bahu Irfan Hisyam berkata.

"Siapa kata kamu tdak menolong ibu kamu. Bukankah hadirnya kamu kesini untuk menyempurnakan tanggungjawab kamu kepada ibu kamu. Jika tidak atas alasan apakah kamu masuk kesekolah ini"

     Hisyam beredar setelah meniggalkan persoalan kepada Irfan. Kata-katanya benar. Cita-cta yang tinggi perlu diletakkan agar akhirnya nanti dapat dia membantu ibunya.

                                                                                            .......

No comments: