"Irfan anak sulung, lepas ni ibu hanya mengharapkan Irfan sahaja untuk menjaga adik-adik"
Antara kalam-kalam yang terakhir diucapkan Mak Som kepada Irfan semasa mereka berbual tempoh hari. Terngiang-ngiang kata-kata tersebut berterbangan dalam kotak fikiran Irfan. Dia amat bersyukur masih diberi kesempatan untuk bercaap dengan ibunya. Walaupun tidak dapat pulang untuk berjumpa, sekadar percakapan sudah mencukupi baginya. Ifrfan yang sedang duduk berseorangan di sebuah pondok rehat terletak di tepi padang sekolah yang menghijau. Dia memerhatikan pelajar kolej yang bersemangat dalam beriadhah pada setiap petang. Allah suka mu'min yang kuat. Fikirnya.
Dia tidak terasa untuk turun beriadhah, bermain bersama rakan-rakan pada petang ini. Dia hanya ingin duduk berseorangan dan memerhatikan gelagat pelajar yang sedang bermain bola dipadang. Rakannya Kamal ternampak yang Irfan sedang duduk berseorangan melayan perasaan di pondok ditepi padang lantas dipanggilnya untuk turun bermain bersama. Pelawaan rakannya itu ditolak dengan sekadar senyuman dan sedikit gelengan kepala darinya. Baginya duduk berseorangan sebegini adalah salah satu cara untuk menenangkan diri. Tetapi hakikatnya duduk berseorangan sebegini hanya membangkitkan rasa kesunyian yang mendalam, mewujudkan kekosongan dalam diri ealau dikelilingi sejuta manusia sekalipun.
Sesuatu melintasi fikiran Irfan setelah dia ternampak beberapa orang pelajar membawa fail berjalan dihadapannya. Dia lalu bangkit dari duduknya dan berjalan menuju ke kelas. Baru dia teringat dalam akal fikirannya yang dia mempunyai sesuatu untuk dilakukan. Perjalanan ke kelasnya tidak mengambil masa yang lama. Hanya beberapa meter sahaja terletaknya antara kelas dan padang sekolah. Dia berjalan dikaki ima bangunan kelas dan megambil tangga yang terletak dihujung bangunan dan menapaknya menuju ke tingkat 2 dimana kelasnya terletak. Sebentar tadi dia baru sahaja teringat akan fail program untuk BADAR KISAS yang ditinggalkannya dalam laci meja. Malam ini akan diadakan mesyuarat antara AJK program selepas sahaja solat isya'.
Irfan meneruskan langkahnya menuju ke arah meja belajar kepunyaannya yang terletak dihadapan sekali dibahagian tepi tingkap kelas. Sedang sibuk dia menggeledah lacinya dan mengeluarkan failnya dan meletakkannya diatas meja. Tetapi sewaktu mengeluarkan fail itu terdapat sepucuk surat yang jatuh kebawah lalu Irfan menghulurkan tangannya kebawah meja bagi mengambil surat tersebut. Dia tertanya-tanya surat apakah ini dan dari manakah surat ini datang. Setahunya tidak ada apa-apa selain bukunya dan fail yang diambilnya tadi dalam laci mejanya. Dia membelek-belek surat tersebut dan dihadapan surat tersebut tertulis. 'kepada Saudara Irfan'. Irfan yang sejak tadi tertanya-tanya terbakar hatinya untuk membuka surat tersebut. Dia lalu membaca isi kandungan surat itu.
Assalamua'laikum WBT
Tiada kalam yang dapat saya ungkapkan kepada saudara. Terima kasih saya dahulukan kerana saudara sudi membuka surat yang saya titipkan untuk saudara walaupun tidak diketahui siapakah penulisnua.
Bukankah lebih elok lagi jika saya perkenalkan diri saya dahulu. Walaupun kiranya sebelum ini kita pernah berjumpa, tapi tidak pernah pula kita bertukar kata. Ingatkah lagi saudara pada Nur Amalina. Nur Amalina Binti Amin. Jiran sekampung saudara.
Mungkin saudara terlupa kerana jarang sekali kita berjumpa. Kini kita ditempatkan disekolah yang sama. Mungkinkah ini kebetulan. Mungkinkah ini jodoh yang ditentukan tuhan.
Irfan yang sedang membaca surat tersebut memerah otaknya untuk mengetahui siapakah jirannya yang bernama Amalina. Fikirannya bertambah serabut lagi apabila perkataan 'jodoh' dititipkan dalam surat yang dipegangnya. Lalu dia meneruskan pembacaannya lagi.
Bukan untuk menjadi perigi mencari timba. Tapi jika itu yang saudara rasa, tidak ada aral bagi saya. Telah saya memerhatikan saudara, semasa sikampung lagi. Saudara terkenal dengan sikap dan akhlak saudara. Maka saya yakin saudara yang mampu membimbing saya ke jalan syurga.
Apa yang saya inginkan adalah kalimat nasihat dari saudara. Agar saya menjadi muslimah terbaik didunia. Walaupun hanya bagai khayalan dimata. Tetapi mungkin terjadi jua. Mungkin juga saya menjadi srikandi di sisi saudara. Bila tiba masanya.
Maafkan saya jika surat ini meributkan hati saudara. Maafkan saya jika surat ini seperti terkehadapan. Tetapi inilah isi hati yang ingin saya sampaikan pada saudara.
Yang Benar
AMALINA AMIN
Selesai sahaja membaca surat tersebut Irfan mengeluh panjang. Dadanya yang tenang menjadi kencang, diurut dadanya perlahan-lahan. Fikirannya menerawang, tidak tahu apa yang patut dilakukan. Fikirannya berpusing disebalik awan. Mencari jalan keluar tetapi yang ada hanya kepul-kepul putih yang menghalang pandangan. Apakah yang patut dilakukan. Jika dia menerima adakah betul tindakannya. Adakah tidak salah disisi agama. Apa yang diinginkan dia hanya kata-kata nasihat, maka adakah dirinya yang layak membimbingnya. Baginya mungkin tidak salah bagi seorang lelaki menasihati seorang wanita kearah kebaikan. Malah jika berjaya maka pahalalah yang bakal diperolehinya. Niatnya hendaklah ikhlas dalam membantu Amalina.
Dalam Irfan berfikir kedengaran suara yang keluar dari corong pembesar suara. Satu pengunguman dibuat Rupa-rupanya namanya disebut dan diminta ke bilik warden dengan segera. Dia dapat merasaan ada sesuatu yang tidak kena, hatinya berasa gundah, tidak seperti biasa. Pengunguman yang diakhiri dengan perkataan 'ada kecemasan' benar-benar mengundang rasa cemas dalam hatinya. Lalu dia segera menapak menuju kearah bilik warden yang terletak berdekatan asrama. Sesampainya dia disana warden memberikan ganggang telefon kepadanya. Ada seseorang yang menanti dihujung talian.
Irfan mencapai telefon tersebut dan kedengaran suara yang berkata-kata kepadanya. Irfan yang tekun mendengar tiba-tiba melepaskan ganggang telefon dia terduduk, tertunduk lalu menangis.
"Irfan, ni Mak Sah ni, ada berita Mak Sah nak bagitau, haraap Irfan boleh bawa bersabar lah ya."
Irfan mendengar
"Mak Irfan , kak Kalsom dah takde, dia baru sahaja meninggal dunia sebentar tadi. 'Accident' dengan lori ayam."
PANGGG!!!ganggang telefon terlepas dari genggamannya dan jatuh menghentak lantai di bumi.
..........
No comments:
Post a Comment