Saturday, August 18, 2012

-- LIFE UPDATE #2 --

Bismillah.

Semalam kedegang kedegung suara mengatakan bahawa hari ini Mesir akan raya. Mood selepas asar dah tukar jadi mood raya. Tetapi berita tersebut masih belum sahih lagi. Ditanya pada pakcik-pakcik arab kat sekitar kawasan rumah, mereka kata raya pada hari ahad. Tanya pula pada rakan-rakan Malaysia, mereka kata raya hari sabtu. Jadi selepas solat isya tertunggu-tunggu sama ada mereka akan takbir atau solat terawih.

Maka usainya solat, mereka tidak bertakbir dan menandakan kita perlu berpuasa sehari sahaja lagi. Kecewa? Mungkinlah ada sedikit tetapi hikmah disebaliknya masih ada berbaki satu hari ramadhan untuk kita terus berdoa dan menghabiskan tenaga dan usaha dalam beramal pada hari yang terakhir ini.

Jadi selepas solat isya semalam, ana ke bilik wudhu untuk memperbahrui wudhu dan seterusnya bersama jemaah lainnya untuk melakukan solat terawih terakhir pada tahun ini. Bacaannya agak pendek dari kebiasaan, mungkin imam janya membaca 1 mukasurat sahaja untuk satu rakaat pada kali ini. Hari sebelumnya telahpun dikhatamkan Al-Quran jadi terawaih terakhir semalam dibuka sahaja mana-mana surah yang berkenan dihati imam.

Maka pada rakaat ke 7, kedengaran ayat ini, ' Ya Ayyuhallazi na a3manu kutiba a3laikumussiyam kama kutiba a3lallazina min qablikum la3allakum la3allakum tattaquun'.... Masya Allah dan seriusly dan secara otomatiknya air mata mengalir dan hati menjadi syahdu. Bukan kerana raya tetapi mengenangkan kembali ayat tersebut dan mengenang kembali sejak dari awal ramadan, adakah ramadan ini dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh diri.

Pada ketika ayat itu dibaca, terfikir adakah dosa-dosa sebelum ini diampunkan atau diri ini menjadi salah seorang yang celaka sepertimana hadis Rasulullah SAW ketika menaiki mimbar masjid. Arab-arab kat sebelah mesti pelik kenapalah budak melayu ni. Ayat ni bukan ayat nak hari kiamat ke, ayat seksaan api neraka ke. Tiba-tiba je nangis. Pelik.

Harap-harapnya diampunkanlah dosa-dosa kita dan segala amalan yang kita dah usahakan sepanjang ramadan ini dibalas dengan redha Allah. Moga sisa-sia jahiliyah dapat dinyah bersihkan dan keluar dari madrasah ini ibarat seorang bayi comel yang baru lahir tanpa dosa yang melekat di hati. Bak kata tazkirah dari Ustaz Suhaib Ar-Rumy, keluarnya kita dari madrasah ramadan ini pastikan ada satu perkara yang kita buat dalam bulan ini di istiqomahkan pada bulan-bulan yang lain. Satu je dia kata sudah mencukupi.

Lastly, tiada apa-apa kata yang nak diucapkan selain salam lebaran dan salam perantauan terutama pada keluarga di Malaysia, sahabat handai yang mengenali, pembaca blog ini sekiranya ada dan umat Islam keseluruhannya. Eh, tadi pagi mimpi satu benda best, bangun-bangun tersenyum lebar walaupun muka mamai. Katanya mimpi mainan syaitan, tapi bulan ramadan syaitan dibelenggu, adakah ini petanda dari Allah? hehe

No comments: