Bismillah
Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT.
Selawat dan salam keatass Nabi junjungan Muhammad SAW.
Rupanya dah hampir 3 minggu juga dekat mesir ni.
Ingat lagi masa dekat airport, bersalaman dengan ahli keluarga.
Ingat lagi kat airport masa kena buang barang sebab terlebih muatan.
Ingat lagi kat airport ada orang yang ana tak tahu siapa melambai dan siap tahu nama ana lagi.
Masa tu ana sekali pandang sahaja. Ana sendiri terfikir masa tu siapalah yang melambai.
Tapi buat tak tau ja. Nak jalan cepat masa tu. Takpe abaikan.
Sekarang ni dah hampir 2 minggu kami belajar untuk sem 4.
Modul yang terbaru ni mengenai Cardiovascular system.
Alhamdulillah, rasanya semangat untuk belajar modul ni lain dari biasa.
Tak tahulah mengapa, nak berubah kot.
Kalau dahulu, lepas habis kuliah terus balik asrama dan tak buka buku.
Masa tu sifat malas mengusai diri. Wah2.
Jadi sem ni ana nak cuba buang sikap malas dan sekurang-kurangnya study sehari
dalam 2 jam tidak termasuk kuliah.
Sifat malas ni lah yang menyebabkan kelembapan seseorang mu'min untuk bergerak.
Sengan sikap malas nila seorang mu'min menjadi susah untuk terkehadapan.
Jadi doa2 la dijauhkan dari sifat malas.
Kalau post2 sebelum ni tak habis2 pasal cerita pendek je. Bosan dah jadinya.
Bukan apa, semakin banyak menulis semakin panjang jadinya.
Ingat nak stop sampai part 3 jadi part 4, pastu ingat nak stop part 4 jadi part 5.
Rasanya yang Setabah Hati Irfan tu nak stop sampai part 5 je.
Malasla nak tulis panjang2(Malas lagi (-..-) ).
Bukan ada orang baca pun kan. Macam bosan je cerita dia.
Tapi, lepas ni rasa nak buat satu kisah benar.
Kisah yang terjadi kat seorang sahabat ana ni. Tapi tak boleh la bagitau
nama dia kan. Mau pula dia nanti. Silap2 kena bayar pula, kalau nak buat
cerita pasal dia.
Tapi takpe sebab dia pun dah setuju. Lepas ni kena tunggu nak korek
kisah hidup dia. Nantikan.
No comments:
Post a Comment