:.: Bismillahiwalhamdulillah :.:
Segala puji bagi Allah SWT atas segala nikmat kurniaanNya.
1.1.11 telah terbukanya lembaran baru yang bakal kita catit sejarah padanya pada masa
akan datang. InsyaAllah itupun jika dipanjangkan umur.
Jika mengikut perkiraan dari segi tahun baru sahaja diri ini mencecah 20 tahun.
Tidak akan jumpa lagi angka "1" dihadapan. Tidak masa itu bergerak kebelakang malahan
akan dia terus bergerak ke hadapan dengan izin Allah SWT.
Pagi tadi semasa berada dalam kelas praktikal Histologi, hangat budak2 lelaki
berbicara tentang pengeboman yang berlaku pada awal pagi 20minit selepas sahaja masuk 1.1.11.
Agak terkejut apabila mendengar berita tersebut apabila yang diingatkan adalah Iskandariah
merupakan sebuah tempat yang aman damai. Kematian yang dicatat setakat ini seramai 21 orang
dan selebihnya tidak dapat dikenalpasti disebabkan tubuh badan yang berkecai.
Kejadian yang berlaku berdekatan dengan gereja St Peter dan sebuah lagi gereja disitu.
Bom yang diletakkan didalam kereta meletup ketika penganut agama kristian sedang sibuk meraikan
tahun baru dalam gereja.
Sehubungan dengan itu tindak balas diambil oleh penganut kristian dengan membaling batu kearah
sebuah masjid berhampiran.
*Sumber Misr Al Youm
__________________________________________________________________________________
Semasa dalam perjalanan ke masjid untuk menunaikan solat maghrib tadi terfikir,
sekarang ni kematian tidak kira tempat. Allah SWT boleh tarik nyawa kita pada bila2 masa.
Dari perjalan pergi dan balik dari masjid tak henti2 fikir mengenai mati.
Terfikir pada masa itu jika ditakdirkan Allah SWT tarik nyawa kita sekarang
bersediakah kita untuk mempersembahkan amalan kita yang sedia ada.
Adakah ingin kita persembahkan dosa2 yang penuh dipikul di bahu kita ini.?
Umur yang bertambah tidak semestinya menjamin yang kita akan hidup lebih lama.
Malahan menandakan semakin pendeknya umur kita.
Ya Allah aku takut jika aku mati dalam keadaan yang tidak beriman kepadaMU.
Panjangkanlah umurku supaya dapat aku bertaubat kepadaMu Ya Allah.
Supaya dapat kutambahkan amalanku Ya Allah.
Supaya tidak aku sembahkan kepadaMU dengan tangan yang kosong Ya Allah.
Tadi ada juga terfikir kalau2 pihak Kristian ambil tindakan balas samada dengan mengebom
atau menembak jemaah2 yang ada dalam masjid seperti yang pernah berlaku pada
satu masa dulu. Tidak silap semasa pemerintahan Anwar Sadat. Apa akan jadi?
Naudzubillahiminzalik.
Perang Kristian VS Islam dah lama berlaku disini.
Semacam lebih kurang apa yang berlaku di Malaysia.
Mungkin tidak sampai tahap untuk meletupkan bangunan dan sebagainya.
Naudzubillah.
_________________________________________________________________________________
Post kali ini seakan2 bercelaru.
Entahlah fikiran rasa serabut.
Mungkin sebab exam final yang bakal menjelma.
Jadi tulis dalam blog pun ayat dah tunggang terbalik.
Ingat nak sambung kisah 'Satu Pehubungan Yang Terlarang'
tapi tiada idea yang dapat diluahkan. Belum ada idea lagi. Ataupun lebih tepat tengah menunggu
jalan ceritanya. Lambat lagi rasanya.
Apapun doakanlah yang terbaik untuk ana dan para sahabat disini.
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment