:.: Bismillah :.:
Iskandariah, awal 2010
Sehingga kini ku tercari2 jawapan. Namun tidakku sangka malam ini merupakan malam yang merubah segala-galanya. Pantas pada malam itu ku menaiki temco menuju ke Mushtafa An-Nur yang terletak di Sporting. Kenderaan yang seakan-akan bas mini meluncur laju di atas jalan raya. Bintang2 begemerlipan di langit, dan jalanraya yang disinari lampu neon terus-menerus silih berganti memberi cahaya kepada jalan yang tiada penghujungnya ini. Aku memerhatikan keadaan luar dari temapt dudukku dalam kenderaan itu. Aku memalingkan pandangan wajahku keluar agar aku tidak terlepas tempat yang ku tuju. Dan....
"A'la Ganbasto", aku menjerit kepada pemandu tremco tersebut supaya memberhentikan kenderaannya.
Lantas ku turun dan meneruskan perjalanan ke arah yang dituju.
45 minit selepas itu...
Aku : Ustaz ana nak tanya sikit boleh tak ustaz?
Ustaz: Boleh tanya jela.
Aku : Ustaz boleh ke kita berhubung dengan perempuan tu melalui YM ke ape ke, tapi hanya sebagai kawan.
Ustaz : Nampaknya macam kamu suka aje dekat perempuan tu.
Aku tersipu2 mendengar kata2 dari ustaz, tetapi hendak berdalih tidak boleh lagi malahan inilah kebenarannya.
Ustaz : Jika nak diikutkan Islam tidak membenarkan kaum Adam dan Hawa untuk berhubung tanpa ada apa2
sebab yang dibenarkan oleh Islam.
Aku : Apa yang dibenarkan Islam tu Ustaz?
Ustaz : Sebagai contoh ketika berjual beli, atas urusan menuntut ilmu dan ada lagi yang lainnya.
Aku : Tapi ustaz xkan YM sebagai kawan pun x boleh? Bukan ada papepun
Ustaz : Baiklah. Camni. Ustaz nak tanya kamu bila kamu mesej die, YM die adakah kamu dapat bendung
perasaan sayang kamu pada dia? Ustaz pasti yang perasaaan itu akan terus bertambah dan
terus bertambah yang akhirnya akan menggelap dan mengotorkan hati kamu. Adalah lebih baik
jika kamu elakkan ikhtilat ini dari terus berlaku. Bukan hanya pada perempuan itu sahaja tetapi yang
lainnya juga.
Aku : Tapi ustaz nanti diorang kata ana sombong la pula. Jika nak tanya khabar pun x boleh juga ke ustaz.
Ustaz : Mereka tu isteri kamu ke sampai kamu nak terasa bila diorang kata kamu sombong. Jika kamu
mampu elakkan walau dengan hanya bertanya khabar.
Aku : Ana xtaw nak kata apa lagi Ustaz. InsyaAllah ana akan cuba mengikut nasihat ustaz. Syukran Ustaz.
Ustaz : Ustaz cuma tak mahu kamu jatuh dalam lembah fitnah wanita. Terutama pada zaman sekarang ini.
Mungkin boleh terjadi fitnah hanya atas sebab kamu bertanya khabar terhadap seorang perempuan ini
dan sebagainya. Kalu kamu tak tahan sangat nak cakap berbual dengan perempuan kahwin je. Ustaz
boleh tolong carikan. : )
Setelah mendapat nasihat yang sangat berguna aku berjalan pulang sambil memikirkan dan akan ku berazam untuk cuba mengamalkan nasihat2 yang telah diberikan ustaz sebentar tadi. InsyaAllah aku berjanji.
***Kisah diatas merupakan kisah benar yang ditokok tambah sedikit sebanyak. Mana2 yang boleh diambil pengajaran silalah ambil ea.
2 comments:
ehm recommended.
http://www.youtube.com/watch?v=-40p_-aamQM
mungkin ada jawapannya
kaklong rasa, kaklong tahu cerita apa ni.. :)
Post a Comment