Tuesday, November 30, 2010

SANGAT2 LAH MARAHNYA

:.: Bismillah :.:

Apa2 pun biar kita mula dengan ucapan sepertimana tertera kat atas ni.

Di pagi hari selasa yang mulia ni, ana terasa macam nak marah, sakit hati dan macam2 lagi.

Kenapa?

Silalah baca berita2 dekat kosmo online ke metro online ke.

Silalah baca berita yang ada dalam web tu.

Pertama sekali bengang sebab ada juga pemimpin negara arab yang bodoh sesangat

suruh US ngan Israel/Yahudi laknatullah

serang negara Iran sebab program nuklear dia.

Diorang takut terjadi peperangan atas sebab nuklear tu semua.

Diorang ni tak fikir ke. Siapa yang diorang suruh serang tu. Kalu tak silap diorang tu bergelar muslim juga 

kan?kan?kan?

Sesyiah2 Iran 2 pun sekurang2nya diorang berani nak tunjukkan kekutan Islam.

Ni tak macam negara2 yang lain. Kecut, tunduk dekat US/Israel tu.

Kalau dari pandangan ana sendirila. DIorang ni cuma nak jaga kepentingan diri masing2 je.

Langsung tak pernah terfikir tentang kepentingan umat Islam.

Bila US/Israel buat program nuklear ke ape ke. Boleh pula. Takde pula orang lain suruh serang ke ape. 

Apa kejadahnya la negara2 Arab kat sini. Arab Saudi ke, Jordan ke, Mesir ke, sama je semua.

Mesir yang sikit punya banyak ulama, salah satu pusat ilmu kat dunia ni pun ada pemimpin yang jahil.

Aishh. Sama2la kita berdoa semoga umat Islam zaman sekarang diberi hidayah dari Allah SWT.

Yang keduanya pula dekat negara kita, kurikulum baru telah dikeluarkan. 

Nak tahu apa?

Pendidikan seks untuk pelajar menengah bermula dari tingkatan satu.

Ni lagi satu masalah negara. Orang sepatutnya sibuk tekankan ilmu agama kat sekolah, ilmu akhlak

bukannya tekankan lagi ilmu2 tentang seks ni. Kalau tengok kat Youtube bagaimana TGNA

menerangkan tentang Islam dalam mencegah zina dan maksiat.

Diorang ambil langkah ni sebab nak diorang kata nak atasi gejala buang bayi & sebagainya.

Bukan inilah caranya, dalam Al-Quran sendiri dah cerita macamana. Kenapa taknak terapkan.

Allah SWT dah bagi jalan tapi taknak guna. Ambil sikit je. Pastu bila cakap sekular mula nak 

bising semua.

Ikut sangat cara barat tu. Sama jela macam kita ajar pendidikan seks dari awal pastu tengok apa jadi

dengan negara diorang. Seks bebas lagi berleluasa adalah.

Jika selepas ini, zina buang bayi dan sebagainya masih berleluasa nak buat macammana?

Nak ajar dekat budak tadika pulak?

Kembalilah kamu semua kepada Al-Quran dan AsSunnah. Itu yang terbaiknya bukan sebaiknya.

Penghayatan perlu ada, Islam adalah agama yang sejahtera yang mengajar umatnya untuk berakhlak mulia.

Kenapa taknak ambil tu semua.

Aih, cukuplah luahan setakat ni. Nak tulis banyak2 pun apa guna. Bukan diorang baca blog ni.

p/s:Ana menulis sebagai diri ana sendiri yang neutral bukan menyebelahi mana2 parti politik ke apa.
    Nanti kene tarik biasiswa pula.Hehe

No comments: