Tuesday, December 7, 2010

AZAM TAHUN BARU

:.: Bismillah :.:

Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT.

Teringat bila Fittry cakap semalam ada seorang sheikh yang ana tak ingat nama dia.

Dia berpesan belajarlah bahasa Arab. 'Limaza?'

Kerana jika kita lihat pada kalimah Alhamdulillah bukan sahaja beerti 'praise to be to Allah' 

atau dalam bahasa Melayunya Segala Puji Bagi Allah tetapi maksudnya lebih mendalam lagi.

Peri pentingnya belajar bahasa Arab ni supaya kita lebih memahami apa kalimah2 yang kita ucapkan

setiap hari.

Jadi hari ni seperti yang kita semua tahu merupakan Awal Muharam yang bersamaan dengan Ma'al Hijrah.

Mengikut kalendar Islam sudah setahun berlalunya kehidupan kita dari Awal Muharam pada tahun lepas.

Maka marilah kita sama2 muhasabah diri kita, amalan kita, apa yang telah kita lakukan untuk 

kehidupan kita pada satu tahun yang lepas.

Adakah kita sudah menjadi seorang hamba spertimana yang diingini oleh Tuannya?

Adakah amalan kita sudah mencukupi untuk membawa kita ke syurga atau

bertambah dosa untuk membawa kita ke neraka.

Hidupnya kita pada hari ini disebabkan kasih dan sayangnya Allah SWT pada kita

yang masih memberi ruang masa untuk kita memperbaiki diri kita dan seterusnya melakukan 

amalan2 yang dapat mendekatkan diri kita kepadanya.

Lazimnya pada tahun baru kita akan meletakkan niat dan azam baru bagi meneruskan perjuangan di

muka bumi ini.

Maka ana timbulkan satu persoalan apakah azam yang kamu semua letakkan untuk tahun baru ini.

Jika bertanya pada sahabat2 pelbagai azam yang disematkan dalam hati dan semuanya 

yang menuju kearah merapatkan diri kepada Allah SWT.

Jika ada yang berazam nak buat kenduri kahwin tahun ni pun silakanlah.Hehe.

Tapi pastikan buat kenduri masa cuti nanti baru dapat datang.

Sekarang student2 yang ada dekat Alex U ni tengah sibuk buat persiapan untuk exam.

Bagi kami 2nd year lagi lebih kurang tiga minggu sahaja lagi untuk membaca dan hafal buku modul

yang sememangnya sikit punya tebal. Lebih kurang 400m/s untuk dihafal jadi doa2kanlah kami berjaya

dalam exam kali ini. 3 minggu untuk bermujahadah jadi harap2 sempatlah kami semua habiskan modul2 ni.

Ana sendiri harap dapat result yag lebih baik untuk sem ni. Jadi perlu usaha lebih banyak.

Akhir kalam ana cuma nak berkongsi salah satu cara untuk mendapatkan kemanisan beribadah kepada Allah 

ya'ni tundukkanlah pandangan kita dari segala perkara maksiat.

Mungkin boleh letak azam baru untuk tundukkan pandangan. Amacam?Bole?

Wassalam