Thursday, December 16, 2010

SATU PERHUBUNGAN TERLARANG(SPECIAL EDITION)

:.: Bismillah :.:

Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT.

Err...Post kali ini sebenarnya ada kaitan dengan family sedikit sebanyak.

Cuma kalau boleh ana nak selitkanlah sedikit sebanyak ilmu dan peringatan jugalah kan.

Jadi, nak mula ceritanya begini. Sekarang ni dah heboh satu kampung.. eh takdela dah heboh satu

keluarga belah ayah kata ana nak kahwin.

Eh jap...Ana nak kahwin????

Diorang kata ana siap dah suruh ibu pergi merisik la ape la untuk berkahwin... Erkk...

Siap makcik2 nenek sume dah kol tanya tentang perkara ni.

Adehh... Okla... bagi pihak keluarga disana yang berada di Malaysia, harap bacalah benda ni ya.

Abg Long mane ade nak kahwin.

Buat masa sekaranglah. Muda lagi rasanya. Jerawat pun tak tumbuh2 lagi dah nak kahwin.Hehe.

Kalau nak kahwin pun MUNGKIN selepas habis belajar 6 tahun setengah yang sememangnya lama lagi kat

sini.

Itupun dengan izin Allah SWT, jika masih hidup.

Ana tak tahu makhluk Allah mana satu yang dok heboh mengenai benda ni. Haih...tolongla

kaklong dengan kakira pun tak kahwin lagi takkan abg long nak langkah bendol kot.

Jadi segala berita yang diterima adalah palsu ataupun mempunyai tokok tambah daripada orang 

yang tak bertanggungjawab. Entah2 sebab terbaca dekat banner blog ni yang tertulis 'bakal suami' jadi terus 

fikir wahh abg long nak kahwin. Haih kene tukar la pula banner tu nanti. Jangan risau, abg long tahu masih 

muda lagi. belum cukup umur lagi

& macam2 lagi. Jadi tu je eh. Dah tiada perkara yang nak dibincangkan lagi. Full Stop kot.

________________________________________________________________________________

Ok. dah habis satu hal. Sekarang ni nak kongsi sedikit cerita.

Bagaimana kalau dari pandangan diri ana sendiri tentang ibu dan bapa yang ada kat Malaysia ni.

Ini pun berdasarkan pengalaman yang dapat dari kawan2 dan sumber2 lain.

Jom dengar cerita.

________________________________________________________________________________
Ada 2 kisah

Kisah 1

     Keadaan bingit di kelas 5 A menyakitkan telinga Adi yang sedang sibuk menelaah pelajarannya. Kelihatan sekelompok pelajar di belakang kelas sedang sibuk membincangkan susun atur program kelas yang akan diadakan tidak beberapa lama lagi. Sebentar sahaja tadi 2 orang pelajar Cina keluar dari kelas menuju ke satu tempat. Ke tandas agaknya. Dan tidak ketinggalan pelajar2 lain yang juga sedang sibuk membaca buku dan tidak kurang juga yang berborak2 dengan alunan suara yang agak kuat menyebabkan Adi terganggu.
Lantas Adi memalingkan wajahnya ke sebelah kiri kelas dan melihat, sebuah tubuh, kecil molek sedang melintasi kelas 5A.

"Minah..."terlintas perkataan ini dihati Adi.

    Adi tidak melepaskan pandangannya sehinggalah kelibat Minah hilang dihujung pintu kelas. Minah seorang pelajar kelas 5 A+ yang mempunyai rupa paras yang menawan sehinggakan mana2 lelaki yang memandang akan jatuh cinta pandang kali ke berapa tah. Juga terkenal dengan gelaran genius dalam sekolah dan selalu berada dalam kalangan 'top student' ketika peperiksaan. Sudah 3 bulan berlalu sejak Adi terpandang Minah dan sejak itu bunga2 cinta berputik dalam hatinya. 

"Oi termenung jauh nampak" Ehsan menepuk belakang Adi sambil tersenyum kearahnya.

"Takde aku ternampak Minah tadi"balas Adi.

"Oooo patutla tak kalih pandangan, kena aku tepuk belakang ni baru sedar"kata Ehsan.

     Ehsan yang merupakan sahabat baik Adi mengetahui segala isi hati Adi dan dia jugalah tempat Adi mengadu. 

"Ko dah bagitahu dia ke yang ko nak kapel dengan dia?" Ehsan bertanya.

"Dah aku dah hantar surat kat dia semalam""Rasanya dia akan balas hari ini, aku ternanti2 jawapan dia"Adi membalas.

"Uih kalau ko dapat dia, tahniah la aku ucapkan. Semoga ko bahagia la ek" 

     Setelah itu, loceng rehat berbunyi dan para pelajar berpusu2 menuju ke kantin untuk mengisi perut yang ternyata sedang bergendang gendut tali kecapi. Tinggallah seorang manusia bernama Adi didalam kelas duduk dengan setia diatas kerusinya tanpa menghiraukan perutnya  yang sibuk meminta diisi supaya general function of the body dapat dijalankan. Beberapa minit selepas itu muncul seseorang seakan2 posmen datang membawa surat bewarna merah jambu dan agaknya disembur dengan minyak wangi 'Ambi Pour'. Surat itu lantas dibuka dan kandungannya dibaca.

Wahai makhluk bernama lelaki

Diciptakan engkau sebagai lelaki

Gagahnya engkau seorang lelaki

Sememangnya engkau seorang lelaki.

Disebabkan itu aku terima cinta engkau

Yang tidak berbelah bahagi.

Dating kita Di Jusco, Wangsa Walk dan bermacam lagi.

Harap hubungan ini diberkati(erkk diberkati ???)

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _  _ _ _ _ _ _ _ _ _ _  _ _ _ _ _ _

okeh habis sudah cerita pertama. Harap fahamlah jalan cerita ya. Kita sambung cerita ke-2.

Kisah 2

     Malam yang tenang dan sunyi di sebuah kolej yang terletak di selatan tanah air. Keadaan yang sunyi diisi dengan satu suara yang kelihatannya keluar dari sebuah corong di masjid utama kolej tersebut. Satu kuliah mingguan yang dijalankan pada hari khamis selepas sahaja selesai solat isya' diadakan. Penyampai kuliah tersebut merupakan seorang Ustaz yang berkelulusan Phd dari Azhar Mesir. Kuliah yang diberikan tampak semangat dengan sekali sekala diiringi dengan gelak tawa para hadirin yang mendengar lawaknya. Kuliah yang diadakan pada kali ini adalah lebih tertumpu kepada pemuda dan pemudi yang sedang belajar di kolej tersebut. Tidak dikecualikan Aziz yang sejak dari tadi tidak mengalih pandangan dari Ustaz tersebut. Dia tertarik dengan cara penyampaian ustaz itu dan tekun mendengarnya.






     Isi2 yang disampaikan amat bermanfaat dan berguna. Jika tidak dia menghadiri kuliah ini tidak dia tahu akan adanya meminang melalui syariat Islam. Selama yang kita dengar, seseorang itu telah menjadi tunang apabila telah kedua2 belah keluarga bertemu dan memberi dan saling bertukar hantaran dan juga cincin.
Teringat kata2 ustaz tersebut.

"nak meminang ni senang je, kamu cakap kat perempuan tu saya ingin memperisterikan awak, jika dia setuju maka dia tidak boleh menerima pinangan dari orang lain dan dia adalah tunang kamu yang sah."kata2 ustaz itu terngiang2 dalam kepalanya.

"Betul juga kata ustaz tu, daripada tak tentu pasal kapel mengapel, baik ada ikatan yang sah betul tak" Aziz bermonolog dalam hati.

   Seminggu berlalu, kelas bermula seperti biasa. Tiada yang ganjilnya pada hari itu, pelajar berpusu2 menuju ke kelas masing2 dan ada juga yang ke dewan kuliah yang terletak disebelah selatan kolej. Aziz memakai kasut dan meneruskan perjalannya kekelas praktikal yang diadakan pada sebelah pagi yang akan bermula sebentar sahaja lagi. Beberapa tempat dilintasi untuk menuju ke kelas praktikal, ketika dia mengangkat kakinya untuk melangkah melintasi kafe dia bertembung dengan seorang akhawat. Jika tidak Allah SWT ciptakan myelin sheath pada nerve2 yang ada pasti dia akan terlanggar sebelum sempat dia berhentikan langkahnya.

    Tetapi takdir Allah SWT, dia terhenti pada ketika itu juga dan tidak mampu  merungkai kata2. Kakinya kaku, motor cortex yang ada pada precentral gyrus telah memberikannya arahan untuk bergerak tetapi satu naluri yang kuat dari hati telah memberhentikan langkahnya. Dia tergamam, terdiam, terkedu dan akhirnya kembali kepada consiousness selang beberapa minit selepas itu. Imej akhawat berjubah, bertudung labuh, bermata empat muncul dalam benak fikirannya yang kini akan diproses untuk disimpan sebagai short term memory dan mungkin akan hilang jika tidak dia melihatnya kembali.

"siapakah dia" katanya dalam hati

    Disebabkan perasaan yang ada dalam hatinya, tidak dia makan tidak dia minum. Sebab dia berpuasa pada hari itu. Dah maghrib nanti dia berbukalah ya. Juga dia tidak mandi disebabkan air musim sejuk yang mencecah 7 darjah celsius yang menjadi kebiasaan masyarakat disini. Pada malam hari dia , setelah hampir 90 minit dia tidur, REM(rapid eye movement) berlaku diiringi dengan mimpi. Mimpi yang kelihatan dalamnya seorang bidadari berjubah putih dan bemata empat datang kepadanya. Lantas dia terus bangun dan membasuh muka. Adakah ini yang dikatakan cinta.

     Tidak dia ketahui bagaimana untuk menyampaikan hasrat hatinya. Ingin dia miliki akhawat tersebut tetapi tidak dia bersedia untuk berkahwin. Pelajaran perlu dihabiskan terlebih dahulu, masih ada baki 3 tahun lagi untuk ditamatkan perjalanan kuliahnya sebelum berjaya dia menggapai segenggam ijazah. Tetapi tidak dia mahu untuk melepaskan akhawat itu. Perasaan cintanya sangat dalam ibarat dalamnya lautan Pasifik atau Atlantik atau lautan Hindi. Jika dibiarkan lama2 pasti dikebas orang. Apakah yang patut dilakukannya. Tiba2 dia teringat akan kata2 Ustaz ketika kuliah pada minggu lepas. "Meminang mengikut syariat Islam""Mudah dan praktikal". Tetapi patutkah Aziz bebuat begitu??????

_________________________________________________________________________________

Okeh ... 1st nak ucap tq sebab sudi baca panjang2.

Kalau bosan tu ana minta maaf.

Kalau ada terjumpa ayat2 medic tu biasalah. Exam nak dekat.

Apa salah jika diaplikasikan.

Cuma ingin ana timbulkan persoalan.

Dari 2 buah cerita tersebut, adakah tindakan Adi atau tindakan Aziz yang betul???

Dah terfikir jawapan???

Jika ana, ana akan pilih Aziz. Sebab apa???

Sanggup ke ibu bapa tengok anak2 dok kapel2 sana sini, dahla kapel 2 HARAM pastu 

senang hati pula jika tengok anak dibawa kehulu kehilir pergi dating. Sanggup ke?

Jika pada kisah Aziz tu, dia ambil kepetusan  yang sememangnya Islam sendiri dah ajar.

Maksudnya memang ada hikmah dan kebaikan kenapa Islam ajar kita camtu. Bukan saja2 je.

Islam memudahkan kita, jangan menyusahkannya dengan adat atau budaya sesebuah masyarakat.

Ibarat kamu semua adalah ibu atau bapa, sila pilih

nak anak dengan hubungan yang haram atau hubungan yang sah dari segi Islam?

Wallahualam

*maaf kalau ada terkasar bahasa ke ape, takut juga kalau ada yang terasa.
**kalau ada salah ejaan 2 maafkan je ya, da tulis panjang2 malas nak betulkan.

2 comments:

Nadia Havez said...

kaklong memang sokong apa yang belong tulis tu.. plus belong pun tau situasi yang dihadapi sekarang macam mana kan?

semoga segala urusan dipermudahkan :)

Abu Mukhlis Shahputra said...

belong serahkan kt kklong la untk explain selebihnya...mane taw kalu ade yg salah faham agi...rasenya mmg dari banner blog 2 la..hehe