Tuesday, December 14, 2010

PERCAYA DAN BERJAYA

:.: Bismillah :.:

Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT.

Akhirnya terdaya juga nak menaip kat dalam blog ni setelah beberapa kali mencuba

dan akhirnya dikalahkan oleh sifat malas.(sila buang jauh2 ea). Kali ni tiada kata2 yang banyak

ingin dituliskan. Cuma nak update keaadaan di Alex ni. Sekarang ni kami berada dalam awal musim sejuk disini.

Kalau tengok thermometer sekat bahagian kanan skrin laptop ni dah mencecah 8 darjah celsius. Suhu 

yang boleh dikatakan rendah untuk awal musim. Tahun lepas rekod yang dicipta sama dengan pada hari ini

cuma itu pada pertengahan musim. Jadi keadaan dekat sini memang sangat2 sejuk ditambah pula dengan 

hujan ribut secara berturut2 2 hari yang lepas. Juga ribut tersebut diiringi dengan hujan air batu yang 

datang dan pergi. Tidak kira apa pun yang berlaku semuanya datang dari Allah SWT juga.

Ada hikmahnya kenapa berlaku ribut pada 2 hari lepas.

Exam hanya tinggal lebih kurang 17 hari sahaja lagi dan nampaknya proffesor2 telah mula menaikkan 

gearnya dari 4 ke 5 dan seterusnya menggunakan turbo dalam menghabiskan modul CNS Part 2 ni.

Semalam Histo sahaja dia telah menghabiskan 11m/s dalam masa 1 jam yang ternyata amatlah banyaknya.

Jadi kami yang dalam proses belajar ni tidak sepatutnya mengeluh tetapi meningkatkan lagi usaha kami

untuk bersama2 dengan kelajuan profesor2 yang ada disini malahan jika boleh tambahkan 'nos'(NO2)

pada enjin kat badan ni. Sekarang bukan masa untuk mengeluh tetapi masa untuk bergerak.


Doa2kanlah kami ea.






No comments: