Thursday, December 16, 2010

"FUTUR"

:.: Bismillah :.:

Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT

Selawat dan salam keatas Nabi junjungan Rasulullah SAW.

Di pagi2 buta ni ana cuma ingin berkongsi sedikit sebanyak.

Tidak jalan dakwah itu dihamparkan karpet merah bagi para daienya.

Tidak jalan dakwah itu disediakan kelazatan dunia yang indah2.

Yang ada hanya onak duri yang sentiasa terbentang.

Kebatilan yang luas mata memandang.

Dan tugas ini tersandang pada bahu2 mereka yang bergelar daie.

Allahu ghayatuna.

"Jalan dakwah tidak ditaburi dengan bunga-bunga, tetapi merupakan satu jalan yang susah dan
panjang. Kerana sesungguhnya antara yang hak dengan batil ada pertentangan yang nyata. Ia
memerlukan kesabaran dan ketekunan memikul bebanan yang berat. Ia memerlukan kemurahan
hati, pemberian dan pengorbanan tanpa mengharapkan hasil yang segera tanpa putus asa danputus harapan. Yang diperlukan ialah usaha"...Al-Ustaz Mustafa Mashur


No comments: