Dingin bayu angin pagi di persisiran pantai Iskandariah menusuk kedalam spinal cord dan mengaktifkan receptor yang ada di dalam kulit untuk menghantar isyarat kepada otak bagi mengaktifkan sistem dalam badan bagi menghasilkan vasoconstrictor of the blood vessel, erection of the hair at the skin dan pelbagai lagi bagi meningkatkan suhu dalam diri ini. Kelihatan matahari mula memunculkan sinarnya disebalik lukisan lautan yang indah, menghiasi bumi Iskandariah, memberi cahaya, memberi sinar seakan sinar harapan kepada makhluk yang melihatnya. Cahaya oren keemasan menghiasi tubuh seorang hamba, berdiri tegak menghadap ufuk timur sambil memerhatikan alam ciptaan Allah SWT yang tiada tolok bandingnya. Sungguh kuasa yang sangat hebat telah mencipta semua ini, tidak mampu seorang manusia untuk mencipta semua ini melainkan Allah Tuhan yang Maha Esa.
Puas ku menatap pemandangan laut lantas ku hayunkan langkahku perlahan meyelusuri perisisiran pantai. Alhamdulillah dengan tercitanya Meissner's Corpuscles dapat ku jalankan tactile discrimination bagi membezakan lembut pasir dan ombak air yang menhempas kakiku. Terasa dingin kaki ini tatkala air laut mencecah ke kakiku. Sungguh jika dikira nikmat di dunia ini tidak dapat dibandingkan dengan amalan seorang abid yang sentiasa beribadah kepada Allah SWT siang dan malam. Kadang aku terfikir betapa sayangnya Allah SWT pada hambaNya masih kita berbuat dosa tetapi tidak ditarik nimatnya, aku tidak mengharapkan istidraj yang berlaku. Aku bersyukur diatas semua ini, diatas nikmat yang diberi, atas segalanya Ya Allah.
Paling ku bersyukur Ya Allah, dikau kurniakan aku murabbi yang sentiasa membimbing diriku ini. Tatkala ku memerlukan bimbingan dia sentiasa berada disisiku, ketika ku tidak keruan dia memberi kata penenang kepadaku.
Masih ku ingat kalam emas yang keluar dari mulut seorang murabbi ketika kali pertama ku berjumpa dengannya. Kalam yang ku anggap mengubah diri ini 360 darjah. Bukankah perubahan kearah yang lebih baik itu dituntut dalam agama kita. Rugilah seseorang apabila amalannya adalah sama atau lebih teruk dari hari semalam. Kalam yang menjadikan diri ini lebih matang dalam membuat keputusan dan matang dalam pemikiran. Setahun sudah berlalu, banyak perkara yang telah berlaku sepanjang hidupku disini. Menjadi satu kelebihan apabila berada di negara orang, mengajar kita sesuatu yang tidak mungkin akan diperoleh di tempat yang lainnya. Telefon bimibitku berbunyi, kedengaran lagu The Choosen One oleh Maher Zain didendangkan lantas ku keluarkannya dari poket seluarku dan melihat siapakah yang telah menghubungiku. Satu nama yang sememangnya aku aku kenali lalu aku menjawab paggilannya.
' Assalamua'laikum In dia dah setuju' kedengaran kata2 ini keluar dari corong suara telefon bimbitku.
________________________________________________________________________________
3 comments:
dah setuju? hurmmm~~~
cerita die x abes agi...hehe...nantikan sekuelnya...
Aiyakk~~ cepat ssmbung ^_^
Post a Comment