Sebagai seorang yang bekerja dalam bidang kesihatan, lebih-lebih lagi anda adalah HO(Hamba Orang). Nak tak nak, takkan terlepas dari satu penyakit namanya stress.
Masa mula-mula kerja dulu, boleh cakap setiap hari nak pergi kerja hati rasa berdebar, rasa mual nak muntah, risau berlebihan, takut dengan bos dan macam-macam lgi rasa yang membawa kepada stress otak.
Nak taknak memang sesiapa pun takkan terlepas dari menjadi stress. Sebenarnya tak terhad dalam bidang kesihatan je, mana-mana bidang pun sama. Alhamdulillah sehingga kini dah berjaya lepas 3 department.
Jadi bilamana stress apa yang aku buat, mesti kena cari jalan keluar untuk hilangkan stress ni. Lain orang lain cara. Aku kongsi simple-simple cara aku atau apa yang menyebabkan aku hilang stress secara sengaja atau tak sengaja.
1. Aku menangis
Aku ingat lagi, ada satu hari tu asyik kena perli aja dengan bos, dengan kerja yang banyak bertimbun tak terkejar nak buat, bos marah-marah, aku masuk bilik HO lepas dah carry out plan, ada member nampak mata aku berkaca, borak punya borak banjir beb. Lepastu oklah, keep moving on macam biasa.
Kadang-kadang memang penat sangat, balik rumah tu, masa sujud last masa solat, time tu aku doa banyak-banyak sambil air mata aku mengalir macam air terjun. Doa Allah bagi kekuatan, kesabaran dan sebagainya dalam menghadapi kerjaya ni.
2. Anak Isteri.
Ni masa dah lepas si Hana keluar dari perut ibunya tu, kalau balik rumah tengok dia senyum, penat macam mana pun hilang stress beb. Qurratu A'yun.
3. Makan.
Pergh beb, sebab tu badan aku nak dekat rat-rat gak. Ada minggu tu, selera aku balik kerja, hari-hari makan char kuey teow je. Ada minggu setiap malam mesti beli burger ayam ramlee dable special. Ada minggu mesti nak nasi goreng pataya je. Kau jangan tanya kenapa aku gemukla.
4. Alam sekitar.
Yang aku maksudkan adalah aku kalau time dapat cuti end of posting ke, cuti lama sikit ke, aku suka pergi tempat-tempat tenang macam sungai, air terjun dan mandi-manda disana. Takpun aku suka pergi taman tema air main gelongsor dia. Aku boleh kata setakat 3 department dah lepas ni, memang 3 kali aku pergi air terjun/sungai. Paling aku suka duduk kat KL ni, aku pergi air terjun Sg Kanching kat Rawang sana. Beware banyak monyet.
Ni antara benda-benda yang aku buat. Antara lain kerja kat mana-mana pun kau kena rasa Allah swt ada. Kalau time malam nak oncall, aku lebihkan sikit baca quran, bagi tenang sikit hati dan berdoa harap-harap malam tu takde apa-apa. Banyak lagi benda lain yang kita boleh buat untuk keluar dari depress state ni. Everyone goes through the same, tapi cuba cari jalan keluar kita sendiri, orang sekeliling boleh beri support, but at last it is the fight with ur own will and self.
Aku dah lama tak menulis, so terlintas nak tulis pasal benda ni. Saja-saja share. K bye Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment