Sunday, October 31, 2010

SUDAH TIBA MASANYA



Satu video menarik yang ingin dikongsikan

sila lihat dulu......





Apakah lagi alasanmu wahai kaum hawa.

Perintah yang Allah berikan bukan hanya suka2

tetapi ada hikmahnya...

Semoga Allah sentiasa memberi hidayah kepada kita.

Ameen.

PERSOALAN NO 2




Eh cuba tengok ni....


CUBA HAYATI

LIHAT PERGERAKAN AWAN ITU





INDAH BUKAN?


AWAN BERKEPUL MENGHIASI LANGIT





DATANG KETENANGAN PADA YANG MEMANDANG



KEMANA PULA SELEPAS INI


Cuba bayangkan jika Allah SWT menarik salah satu 

dari nikmat yang kita ada iaitu nikmat melihat...

Rasanya apa akan terjadi ea?rASE GeLaP jE dUNia KAN?

Jadi gunakannya untuk melihat cipataan dan kebesaran Allah SWT

bukan digunakan untuk melakukan maksiat terhadap penciptanya.

Muhasabah diri setiap hari. :)

-PEMANDANGAN DI TEPI PANTAI ALEXANDRIA '10-




Saturday, October 30, 2010

Persoalan No 1




SATU PERSOALAN YANG ANA INGIN TIMBULKAN HARI INI...

BAGAIMANAKAH ANDA AKAN MELEMPIASKAN KASIH CINTA PAD

ALLAH SWT

PADA HARI INI???

ADAKAH SAMA DENGAN KASIH PADA MAKHLUKNYA

ATAU LEBIH 

ATAU KURANG?

FIKIRK2 KANLAH...

Thursday, October 28, 2010

Matangkah diriku?


Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT tuhan sekalian alam. Cuma ingin berkongsi artikel dari laman iluvislam. Persoalan yang ana nak lontarkan. Matangkah kita?


ANDA MATANG APABILA...
1.Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai.
2.Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa.
3.Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.
4.Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka.
5.Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat.
6.Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.
7.Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda.
8.Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya.
8.Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.
9.Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang.
10.Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati.
11.Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.
12.Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif.
13.Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna.
14.Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.
15.Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai.
16.Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.
17.Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita.
18.Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.

Wednesday, October 27, 2010

REPTILIA COMEL UNTUK DIJUAL...

Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT yang masih memberi kehidupan kepada kita di saat2 akhir zaman bagi mempersiapkan amalan untuk dipersembahkan kepada Allah SWT di akhirat sana nanti. InsyaAllah sama2 kita tingkatkan amalan kebaikan dan juga bersama2 mencegah kemungkaran dan kemaksiatan yang semakin berleluasa kini. Dengan iblis laknatullah yang telah menghantar rejimen2 terkuatnya untuk menghadapi umat ahir zaman sebelum tibanya hari kiamat yang dijanjikan dimana tiada lagi golongan yang beriman ketika itu dan semoga kita tergolong dalam golongan yang mempunyai walau sedikit iman dalam diri kita ini supaya masih kita tergolong dalam golongan yang benar.

Sebenarnya semalam ada seorang senior ni yang menghubungi ana kerana dia mempunyai hajat yang sememangnya agak besar. Bukannya dia suruh ana carikan dia jodoh ke apa cuma kamu semua baca sahajalah isi2 dalam perbualan kami dalam YM...huhu :-

TOLONGLAH BELI SAYA. JIKA TAK SAPE NAK BAGI MAKAN?

arem: Indra

arem: Salam
indra putra: salam
indra putra: ya
arem: Ak igt nk mintak tlg
arem: Kalo ko xkeberatan la
arem: Ke ko tgh buzy skrg
indra putra: nk mintak tlg pe
indra putra: kalu bole tlg aq tlg
arem: Cmni ak nk pindah umh taun dpan
arem: So ak igt nk jual buaya ak ni taun ni
indra putra: ok
indra putra: jadi
indra putra: ?
indra putra: nk wat pe ngan boye 2
arem: So ko bole x cm tnye kn spe2 bdk korang yg berminat
arem: Jgn masokkn dlm alexmed
indra putra: haha
indra putra: xde r
indra putra: smapi alexmed
arem: Just mskkn dlm blog ko
arem: Bole ke
arem: Buaya tuk dijual
indra putra: kalu dlm blog bole la kot
indra putra: insyaAllah
arem: Nice
indra putra: senior2 xde yg nk beli ke
indra putra: pastu kalu nk masuk blog gitaw la detail die
arem: Panjang dlm 1m
arem: Batch ak dh tinggal 2 taun so dorang cm mls nk beli
arem: Tu yg nk tnye batch bwh
arem: Panjang 1.1m
arem: Jenis nile river
indra putra: harge nk letak?
indra putra: ke nk kasi no ko
indra putra: suh bncang ngan ko je
arem: Jantina betina
arem: Bg no pun xpe
arem: Sbb biase org nk tgk dlu brg nye kn
arem: So bole dtg umh tgk
indra putra: emm
indra putra: alamat ?
arem: Camp caesar
arem: No 8, memphis street, camp caesar
arem: Kalo da smpi kt tram c caesar da bole cll ak da
arem: Aty ak ambik
indra putra: ok2
indra putra: insyaAllah aq msuk dlm blog'
indra putra: aq cbe tolong la
arem: Orite
arem: Bnde ni pun xurgent nk jual
arem: Sbb ad setahun lgi ak kt umh ni

Berikut merupakan perbualan antara ana dengan sorang senior ni. Dia sebenarnya dah lama bela buaya ni kat rumah dia. Dia pun dapat dari kawan dia dekat Mansurah. Masa itu buaya tu kecik lagi. Dah besar rupanya dia sekarang. Jadi kepada sesiapa yang rasa nak bela binatang peliharan terutama bagi mereka yang minat bela buaya ni silalah telefon Ramzi di no 0115425606.

Friday, October 22, 2010

SyabProductions-"From Here We Counter"



Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT atas segala nikmat kurniaannya. Selawat dan salam diucapkan kepada kekasih Allah SWT, Muhammad SAW. Semoga kita mendapat rahmat Allah dan syafaat RasulNya diakhirat kelak.

Jika kita tengok kat bahagian atas post ni ade satu lambang yang dimana mungkin ada diantara kita terutama yang berada  di Iskandariah ini tahu dan mungkin ada yang masih tertanya2 apakah lambang diatas. Tujuan post ini tidak lebih dan tidak kurang tetapi mungkin berlebihan dan lebih kurang untuk mempromosikan sebuah produksi yang diberi nama SYABPRODUCTIONS.

Secara ayat karangan bahasa Malaysianya:

PENGENALAN


Dunia yang kian maju dengan teknologi terkini menyebabkan manusia mampu menikmati satu visual yang sempurna dari aspek kehidupan. Manusia hari ini menjadikan teknologi untuk melakukan apa sahaja bagi memudahkan urusan kehidupan seharian. Dengan teknologi maka banyaklah terhasilnya produk2 yang canggih dan mampu merekodkan kehidupan manusia. Melalui kamera,video dan sebagainya, segala detik2 kehidupan dapat dirakam. Perkambangan yang begitu pesat, menyebabkan ramai yang mempunyai gadjet2 seperti yang disebut. Namun dengan kemajuan ini jugalah anasir2 yang tidak elok telah menyerap dikalangan umat kita sekarang. Saluran2 negatif telah terbuka luas dan lebih mendapat sambutan. Oleh itu, dengan kesedaran yang timbul, maka perlulah diwujudkan satu wadah islami yang dapat menarik kembali jiwa2 yang telah terdampar jauh dari laluan yang sentiasa wujud bagi mereka yang menyedarinya.

'SYABPRODUCTIONS' yang dipetik namanya dari kalimah 'syabab'(bukannya syahmi o abdurrahaman D/L dan bukan juga syatbi) di dalam bahasa arab yang membawa maksud 'Pemuda'. Tidak dinafikan peranan pemuda adalah amat penting untuk menggerakkan satu pemikiran yang dapat mengubah umat manusia kearah yang lebih positif dan baik. Produksi yang baru ditubuhkan ini, akan sentiasa optimis menghasilkan karya2 berbentuk video, wallpaper, gambar dan sebagainya yang berteraskan kepada perubahan media barat kepada media Islam yang lebih menyeluruh dan lengkap. Islan tidak menghalang manusia untuk berhibur. Tetapi Islam telah meletakkan beberapa batas yang perlu diikuti dan dipatuhi.

Oleh itu, berteraskan dengan objektif ini, 'SYABPRODUCTION' tampil untuk menyalurkan wadah yang berguna untuk kita semua dalam bentuk media dan teknologi.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ok. Itu merupakan ayat yang sememangnya skema dan mungkin boleh diluluskan dalam ujian BM.

Itu sedikit sebanyak penerangan tentang penubuhan produksi ini. Mungkin sebelum ini ada diantara kita yang telah melihat hasil karya yang telah dibuat oleh krew2 produksi ini dimana ada beberapa buah video telah dihasilkan dan dipertontonkan dalam rangkaian 'youtube'. Mesej2 yang sebeginilah yang cuba dibawa oleh kami, krew2 SYAB P. dan dimana. Dengan izin Allah SWT, lebih banyak lagi mesej2 berbentuk begini yang cuba disampaikan kepada semua.

Selain dari menghasilkan karya2 Islami, kami juga berbesar hati untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan dari kami untuk membuat video2 seperti video perasmian sesebuah majlis, video untuk mempromosikan sesuatu 'event' dan sebagainya. Setakat ini beberapa video telah dilakukan untuk beberapa persatuan terutamanya yang berada di Iskandariah Mesir ini. Bak kata pepatah 'besar tapak tangan nyiru kami tadahkan' kami sanggup menerima mana2 tempahan dari mana2 persatuan atau individu yang menginginkan bantuan dan kepakaran  dari pihak kami. Urusan2 untuk tempahan bolehlah dilakukan terus kepada Pengarah SYABPRODUCTIONS iaitu saudara Aiman Zainal Baharin atau timbalannya saudara Ammar A'fi Amran. Sehingga kini tiada bayaran yang akan dikenakan kepada mana2 individu yang memerlukan khidmat kami. Cuma pada peringkat permulaan ini kami mengehadkan pengambilan projek2 yang ada supaya dapat juga kami melakukan kerja dengan teratur dan efisiennya(+kami kan pelajar medik,kene tengok masa jugalah).

InsyaAllah berikut merupakan sedikit sebanyak penerangan tentang SYABPRODUCTION. Cuma yang ana ingin sampaikan adalah jangan lupa untuk up-to-date bersama2 dengan SYABPRODUCTION. Semoga kita dapat bersama2 mengambil manfaat dan iktibar dari apa yang kami cuba untuk sampaikan. Rasulullah SAW pernah bersabda: 'sampaikan dariku walau satu ayat' yang sepatutnya kita sebagai salah seorang manusia yang mampu melangsaikan hutang Rasulullah SAW terhadap umat2 yang tidak sempat bertemu dengannya. Dan hendaklah sampaikan dakwah itu dengan penuh hikmah dan bijaksana yang menjadikan kami mengambil salah satu dari jalannya dengan mengambil langkaha2 ini bagi menyampaikan ilmu kepada manusia supaya kembali mereka kejalan yang lurus. InsyaAllah SYAB P. akan mempunyai blognya yang tersendiri pada masa akan datang. Jadi mungkin boleh terus update disana sahaja. Wallahualam.


Di sini ana tunjukkan video yang telah dihasilkan :





Silalah tutup mempelam yang menyanyi kat sebelah kiri tu jika nak dengar.

Sunday, October 10, 2010

Mencari akar dan punca bukan rantingnya...




























Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT yang masih memberi kita peluang untuk hidup di muka bumi ini.
Pada kali ini cuma ingin membuat sedikit 'post' dimana untuk kita sama2 fikirkan masalah2 yang berlaku dalam duinia ini terutama negara kita. Pelbagai kes telah berlaku seperti yang kita ketahui;couple>zina>buang bayi/anak luar nikah dan sebagainya. Memang diakui pelbagai cara diambil bagi mengelakkan perkara ini daripada berlaku. Boleh kata benda ni macam communicable disease pula zaman sekaran ni. Dah menjadi macam satu penyakit yang boleh dikatakan sebagai endemic pula jika dilihat dari sudut  bahasa perubatannya dan sebagainya. Tetapi adakah langkah2 yang diambil contohnya 'membina sekolah untuk anak luar nikah' dapat menyelesaikan masalah ini. Ana mengambil kata yang terdapat di atas dari seorang ustaz yang mana segala masalah ini berlaku puncanya dari hati. Langkah terbaik yang perlu diambil adalah pentarbiahan hati sejak dari kecil lagi. Bukannya sudah berlaku baru mahu ambil tindakan. Diakui memang tindakan yang diambil adalah berkesan tetapi bagi pendapat ana sendiri ini hanya untuk jangka masa yang sekejap sahaja. Adakah sudah 100 sekolah yang dibina baru nak fikir tentang cara lain pula?. Kenapa tidak kembali kepada akar masalah ini berlaku. Itu yang sepatutnya dicari dan dibaiki. Wallahualam.

Monday, October 4, 2010

Sekadar Mimpi




Walau hanya sekadar dalam mimpi

Aku bersyukur dengan kenangan kita selama ini

Jutaan terima kasih ku ucapkan

Ucapan Alhamdulillah ku ungkapkan

Masih kita ditemukan pada hari ini 

Walau hanya dalam mimpi.

-PLKN SIMILAJAU BINTULU  SARAWAK  08/09-

Sunday, October 3, 2010

Niat dan Matlamat... Kemana Arahnya?




Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT dengan limpah dan kurnianya masih lagi kita diberi peluang untuk hidup hingga sekarang. Perlu kita ingat bahawa perjalanan hidup didunia yang singkat ini bukan untuk kita bazirkan dengan amalan yang sia2 dan tidak mendatangkan manfaat. Juga dikhuatiri bakal menjauhkan lagi kita dengan Sang Pencipta, Allah SWT.

Sekarang ini kebanyakan dari kita di Mesir ini sudah pun memulakan semester baru dan pastinya semangat dan azam yang dibawa dari Malaysia(bagi mereka yang pulang ke Malaysia) menjadi pemangkin untuk lebih berjaya pada semester kali ini. Tetapi perlu kita ingat sekali lagi, agar kita tidak lupa untuk memperbaiki niat atau lebih dikenali sebagai men'tajdid' niat kita kembali atas alasan apakah yang menyebabkan kita berada ditempat kita berdiri sekarang ini.

Dari hadis Nabi SAW 'sesungguhnya setiap amalan itu dimulakan dengan niat..' hingga akhir menegaskan bahawa dengan apa yang kita niatkan itulah yang bakal kita peroleh sebenarnya, yang akan kita dapat pada akhirnya. Jika kita inginkan ilmu maka ilmulah yang akan kita dapat. Juga jika kerana untuk 'enjoy' maka itulah yang akan kita dapat. Jadi tetapkan niat yang betul dalam hati masing2 dan juga semuanya kerana untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT. Selalu kita baca dalam solat kita 5x setiap hari 'Qul inna solati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil a'lamin'. Jadikan ini sebagai pegangan dan pembuka kepada hari kita supaya hidup kita sentiasa dipayungi dengan rahmat Allah SWT.

Disini ana ingin bangkitkan satu persoalan. Apakah sebenarnya matlamat kita sebagai hamba Allah SWT di muka bumi ini amnya dan sebagai seorang pelajar yang bakal bergelar tidak kira doktor atau jurutera dan sebagainya. Untuk mendapat keredhaan Allah itu adalah pasti untuk menjadi matlamat kita tetapi apakah yang bakal kita berikan dan sumbangkan apabila berada didunia ini?. Semasa kelas sirah bersama Ustaz Suhail pada beberapa hari yang lepas ada menceritakan tentang matlamat seorang pakar hadis yang terkenal iaitu Imam Bukhari yang pada waktu kecilnya berlaku perselisihan antara ulama'2 pada ketika itu tentang permasalahan hadis yang lemah, sohih dan sebagainya. Pada ketika itu beliau yang hanya berumur 14 tahun telah menetapkan matlamat untuk mengumpulkan hadis2 yang sohih sahaja dan hasilnya dapat kita lihat sehingga  ke hari ini.

Untuk lebih jelas mungkin ana boleh mengambil contoh diri kita sendiri. Misalnya sebagai seorang 'future doctor' apakah matlamat yang telah kita letakkan untuk diri kita. Mungkin kita boleh meletakkan matlamat untuk membuka hospital atau klinik percuma khusus untuk mereka yang susah dan sebagainya. Ini merupakan salah satu contoh matlamat yang baik. Tetapi jika difikirkan adakah kita hanya mahu menjadi manusia yang hanya pergi kesekolah rendah kemudian menengah kemudian universiti lalu menjadi doktor berkahwin, mempunyai anak dan akhirnya mati. Jika ini yang kita inginkan untuk kehidupan kita, maka sama sahaja kita dengan orang lain didunia ini. Tidak ada sedikitpun perbezaan.

Juga jangan kita lupa setelah mempunya matlamat jangalah kita lupa akan usaha. Jika Imam Bukhari sebentar tadi, bangun dari tidur malamnya sebanyak 20 kali hanya untuk menulis hadis yang beliau teringat dari tidurnya. Maka letakkanlah daya usaha untuk mencapai matlamat kita agar kita berjaya kelak dunia dan akhirat. Maka akhir kata selamat berjaya kepada semua. Bagi para 'future doc' second year, Selamat berjaya untuk modul yang ke-7 ini. Memang penuh dengan parasit dan kutu2 yang sememangnya comel2 belaka. Wallahualam.