Sunday, October 3, 2010

Niat dan Matlamat... Kemana Arahnya?




Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT dengan limpah dan kurnianya masih lagi kita diberi peluang untuk hidup hingga sekarang. Perlu kita ingat bahawa perjalanan hidup didunia yang singkat ini bukan untuk kita bazirkan dengan amalan yang sia2 dan tidak mendatangkan manfaat. Juga dikhuatiri bakal menjauhkan lagi kita dengan Sang Pencipta, Allah SWT.

Sekarang ini kebanyakan dari kita di Mesir ini sudah pun memulakan semester baru dan pastinya semangat dan azam yang dibawa dari Malaysia(bagi mereka yang pulang ke Malaysia) menjadi pemangkin untuk lebih berjaya pada semester kali ini. Tetapi perlu kita ingat sekali lagi, agar kita tidak lupa untuk memperbaiki niat atau lebih dikenali sebagai men'tajdid' niat kita kembali atas alasan apakah yang menyebabkan kita berada ditempat kita berdiri sekarang ini.

Dari hadis Nabi SAW 'sesungguhnya setiap amalan itu dimulakan dengan niat..' hingga akhir menegaskan bahawa dengan apa yang kita niatkan itulah yang bakal kita peroleh sebenarnya, yang akan kita dapat pada akhirnya. Jika kita inginkan ilmu maka ilmulah yang akan kita dapat. Juga jika kerana untuk 'enjoy' maka itulah yang akan kita dapat. Jadi tetapkan niat yang betul dalam hati masing2 dan juga semuanya kerana untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT. Selalu kita baca dalam solat kita 5x setiap hari 'Qul inna solati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil a'lamin'. Jadikan ini sebagai pegangan dan pembuka kepada hari kita supaya hidup kita sentiasa dipayungi dengan rahmat Allah SWT.

Disini ana ingin bangkitkan satu persoalan. Apakah sebenarnya matlamat kita sebagai hamba Allah SWT di muka bumi ini amnya dan sebagai seorang pelajar yang bakal bergelar tidak kira doktor atau jurutera dan sebagainya. Untuk mendapat keredhaan Allah itu adalah pasti untuk menjadi matlamat kita tetapi apakah yang bakal kita berikan dan sumbangkan apabila berada didunia ini?. Semasa kelas sirah bersama Ustaz Suhail pada beberapa hari yang lepas ada menceritakan tentang matlamat seorang pakar hadis yang terkenal iaitu Imam Bukhari yang pada waktu kecilnya berlaku perselisihan antara ulama'2 pada ketika itu tentang permasalahan hadis yang lemah, sohih dan sebagainya. Pada ketika itu beliau yang hanya berumur 14 tahun telah menetapkan matlamat untuk mengumpulkan hadis2 yang sohih sahaja dan hasilnya dapat kita lihat sehingga  ke hari ini.

Untuk lebih jelas mungkin ana boleh mengambil contoh diri kita sendiri. Misalnya sebagai seorang 'future doctor' apakah matlamat yang telah kita letakkan untuk diri kita. Mungkin kita boleh meletakkan matlamat untuk membuka hospital atau klinik percuma khusus untuk mereka yang susah dan sebagainya. Ini merupakan salah satu contoh matlamat yang baik. Tetapi jika difikirkan adakah kita hanya mahu menjadi manusia yang hanya pergi kesekolah rendah kemudian menengah kemudian universiti lalu menjadi doktor berkahwin, mempunyai anak dan akhirnya mati. Jika ini yang kita inginkan untuk kehidupan kita, maka sama sahaja kita dengan orang lain didunia ini. Tidak ada sedikitpun perbezaan.

Juga jangan kita lupa setelah mempunya matlamat jangalah kita lupa akan usaha. Jika Imam Bukhari sebentar tadi, bangun dari tidur malamnya sebanyak 20 kali hanya untuk menulis hadis yang beliau teringat dari tidurnya. Maka letakkanlah daya usaha untuk mencapai matlamat kita agar kita berjaya kelak dunia dan akhirat. Maka akhir kata selamat berjaya kepada semua. Bagi para 'future doc' second year, Selamat berjaya untuk modul yang ke-7 ini. Memang penuh dengan parasit dan kutu2 yang sememangnya comel2 belaka. Wallahualam.

No comments: