Sunday, October 10, 2010
Mencari akar dan punca bukan rantingnya...
Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT yang masih memberi kita peluang untuk hidup di muka bumi ini.
Pada kali ini cuma ingin membuat sedikit 'post' dimana untuk kita sama2 fikirkan masalah2 yang berlaku dalam duinia ini terutama negara kita. Pelbagai kes telah berlaku seperti yang kita ketahui;couple>zina>buang bayi/anak luar nikah dan sebagainya. Memang diakui pelbagai cara diambil bagi mengelakkan perkara ini daripada berlaku. Boleh kata benda ni macam communicable disease pula zaman sekaran ni. Dah menjadi macam satu penyakit yang boleh dikatakan sebagai endemic pula jika dilihat dari sudut bahasa perubatannya dan sebagainya. Tetapi adakah langkah2 yang diambil contohnya 'membina sekolah untuk anak luar nikah' dapat menyelesaikan masalah ini. Ana mengambil kata yang terdapat di atas dari seorang ustaz yang mana segala masalah ini berlaku puncanya dari hati. Langkah terbaik yang perlu diambil adalah pentarbiahan hati sejak dari kecil lagi. Bukannya sudah berlaku baru mahu ambil tindakan. Diakui memang tindakan yang diambil adalah berkesan tetapi bagi pendapat ana sendiri ini hanya untuk jangka masa yang sekejap sahaja. Adakah sudah 100 sekolah yang dibina baru nak fikir tentang cara lain pula?. Kenapa tidak kembali kepada akar masalah ini berlaku. Itu yang sepatutnya dicari dan dibaiki. Wallahualam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Assalamualaikum wbt
Ana setuju dgn pendapat enta.Permasalahan semuanya berpunca daripada hati yang sentiasa lalai.Kalau kita ingat kepada Allah, pasti kita terhindar daripada melakukan perkara-perkara sia serta yang terkutuk.Mana kita hendak mendapat pandangan dan cahaya daripada Allah jika kita sendiri tak mampu nak bersihkan hati kita.
Di sini ana mahu menasihati sahabat2 dan terutama sekali diri ana yg lebih lalai.Cara untuk membersihkan hati ialah dengan berzikir "La ilaha illa Allah".Kenapa ana kata zikir?Apabila kita sering memanggil nama Allah,Allah akan sentiasa datang kepada kita,begitu juga kalau kita suka kepada seseorang kita akan sentiasa akan memujanya,memanggil namanya,serta hanya ingat kepadanya.Sekali gus, Allah akan juga akan sentiasa ingat pada kita.
Setakat di sini.Ana takut bkata byk ia dtg dari nafsu ana..
akar --> kanak-kanak
kanak-kanak --> ibu bapa
ibu bapa --> pernikahan
baik akar, baik pokoknya :)
Post a Comment