Thursday, August 30, 2012

-- SUJUD MERDEKA --




Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke 55

"Sekiranya Patriotik yang dilaungkan oleh mereka itu bermaksud rasa kasih sayang terhadap tanah air, merasa mesra dengannya, cinta dan merasa kasih terhadapnya, 

maka ini adalah sesuatu yang telah tersedia dalam fitrah manusia dari satu sudut. 

Dari satu sudut yang lain pula ianya adalah merupakan suatu perintah dalam Islam.."

"Sekiranya Patriotik yang mereka maksudkan itu bererti kewajipan bekerja dengan seluruh tenaga dalam usaha memerdekakan negara dari tangan-tangan perampas, 

kemudian memenuhkan tuntutan kemerdekaan dan menanam prinsip keagungan juga kemerdekaan dalam jiwa anak-anak negara,

maka dalam hal ini, kita juga bersama-sama dengan mereka dan Islam telah pun menitik beratkan perkara ini dengan dengan kuat.."

"Sekiranya mereka maksudkan dengan Patriotik itu mengeratkan pertalian antara penduduk serantau
dan membimbing mereka agar menggunakan kekuatan yang ada pada mereka untuk kebaikan mereka,

kita juga bersetuju dengan mereka dalam hal ini dan Islam memandangnya sebagai suatu kewajipan
yang pasti. "

"Kita menganggap bahawa batas Patriotik kita ialah aqidah, sedang mereka menganggap bahawa batas Patriotik itu adalah berdasarkan bumi dan sempadan geografi.."

“Jika Nasionalis yang dimaksudkan oleh mereka yang berbangga dengan semangat nasionalisme ialah generasi hari ini yang perlu menurut jejak generasi silam dalam membina hidup gemilang, cemerlang, dihormati, berkeyakinan tinggi lalu menjadikan mereka (generasi dahulu) sebagai contoh yang baik,

dan jika Nasionalisme yang dimaksudkan ialah kegemilangan seorang bapa menjadi kebanggaan seorang anak lalu menjadi pembakar semangat dan perangsang kepadanya (anak). 

Jika ini yang dimaksudkan, maka ia adalah suatu tujuan yang baik yang disokong dan digalakkan. 

Bukankah usaha kita membangkitkan semangat generasi masa kini bertujuan supaya mereka mencontohi kehebatan generasi masa silam ?”

“Jika Nasionalis yang dimaksudkan ialah keluarga dan bangsanya adalah orang yang paling utama untuk menerima layanan baik dan orang yang paling utama dilimpahkan dengan segala sumbangan dan jihad, maksud ini adalah benar. 

Siapakah yang tidak merasa bahawa orang yang paling utama untuk menerima sumbangannya ialah bangsanya sendiri yang telah membesarkannya ? ”

“Jika Nasionalis yang dimaksudkan ialah kita semua dituntut supaya berusaha dan berjihad, maka menjadi kewajipan setiap kumpulan untuk berusaha mencapai matlamat ini sehingga dengan izin Allah masing-masing mencapai kejayaan. 

Inilah pengagihan tugas yang terbaik. Siapa lagi kalau bukan kita yang membekalkan kepada umat Timur dengan pelbagai pasukan dan ketumbukan jihad dalam setiap lapangan sehingga kita bertemu semuanya dalam kemerdekaan dan kebebasan.”

“Semua nilai Nasionalisme ini dan yang seumpamanya adalah nilai yang baik, disanjungi dan tidak dilarang oleh Islam..

Nilai ini menjadi ukuran kita dan kita bukan sahaja menerima dengan senang hati semua nilai ini malah kita menyokongnya..”

NAMUN

"Jika apa yang dimaksudkan dengan Nasionalisme ialah menghidupkan kembali budaya jahiliyyah yang telah pupus..

Mewujudkan semula sejarah yang telah lenyap dengan mengenepikan tamadun baik yang telah bertapak kukuh..

Membuang semua yang ada kaitan dengan Islam semata-mata kerana semangat Nasionalisme dan semangat kebangsaan sepertimana yang dilakukan oleh sesetengah negara yang agak fanatik,

sehingga ke tahap menghancurkan semua imej Islam dan Arab, termasuklah mengubah nama, huruf dan istilah yang digunakan dan menghidupkan semula budaya Jahiliyyah yang telah sekian lama pupus, 

jika inilah Nasionalisme yang dimaksudkan, maka Nasionalisme seperti ini tidak betul dan membawa kesan yang amat buruk.”

“Jika apa yang dimaksudkan dengan Nasionalisme ialah berbangga dengan bangsa sendiri hingga ke tahap merendahkan bangsa lain, memusuhi dan memanipulasi bangsa lain demi memartabatkan bangsa sendiri sepertimana yang pernah dilakukan oleh Jerman dan Itali atau mana-mana bangsa yang mendakwa mereka lebih istimewa berbanding bangsa-bangsa lain, maka maksud seperti ini adalah suatu yang keji malah bercanggahan sama sekali dengan nilai peri kemanusiaan.”


Risalah Dakwatuna | 
Imam Asy Syahid Hasan Al-Banna

Monday, August 27, 2012

-- TUTUP --



"Sekarang cuba antum tutup mata dan cuba lihat keindahan alam yang terbentang luas dihadapan antum sekarang ini"

   Ammar yang tertanya-tanya memandang kearah mas'ulnya, begitu juga Hakeem dan Azizi yang berada disebelahnya. Mas'ul mereka membalas pandangan dan menukilkan senyuman manis lalu menyambung kata-kata.

"Ok, jom teruskan, tutup mata antum pandang kedepan dan ana akan menceritakan segala apa yang terbentang dihadapan mata kita sekarang ini."

  Mereka menutup mata lalu cuba membayangkan keindahan alam seperti yang diminta mas'ul. Selama lebih kurang 10 hingga 15 minit mereka berada dalam kegelapan dan mendengar semua yang diceritakan oleh naqib mereka.

  Tidak ada apa yang dapat dilihat melainkan bayangan kegelapan dan hanya dapat membayangkan apa yang diceritakan dalam kotak minda yang terhad pada penglihatannya. Setelah itu mata mereka dibuka. Lalu ditanya.

"Seronokkah antum meihat pemandangan sebentar tadi?" Mas'ul bertanya.

   Tentulah dengan mata yang tertutup dan hanya warna kehitaman yang dapat dilihat tidak ada keseronokan dalam melihat lukisan alam ini. Warna-warna indah itu hanya dapat dibayangkan oleh otak yang mempunyai memori-memori yang terbatas melainkan dengan bantuan penglihatan.

  Mereka dapat membayangkan burung-burung berterbangan tetapi tidak dapat mengetahui burung apakah yang berterbangan, apakah warnanya, bagaimana mereka terbang dan berapa ekor yang berada diangkasa. Apa yang diceritakan seperti alunan helaian-helaian pelepah pokok tamar tidak dapat dilihat akan keindahan alunannya dan ketenangan melihatnya. Semua itu terbatas.

  Dalam keadaan mata yang dibutakan,  hilang kenikmatan dalam merasai keagungan alam ciptaan tuhan yang Maha Agung. Lautan biru, kehijauan daunan dan warna warni bungaan hanya menjadi projeksi dalam bayangan.

"Macam mana seorang buta boleh hidup begini, juga dalam tempoh waktu yang lama" soalan yang terpacul keluar dari Hakeem. Mas'ul hanya tersenyum, dia pasti anak-anak buahnya tahu apa yang ingin disampaikan olehnya lalu ia bertanya. "Ammar, apa yang kamu dapat dari apa yang kita lakukan sebentar tadi?"

  Ammar memandang kearah Hakeem dan Azizi kemudian berpaling kepada mas'ul dan menarik nafas panjang. "Ana rasa kita patut menjadi hamba yang bersyukur" balasnya pendek. "Ada lagi?" mas'ul bertanya. Ammar hanya mengelengkan kepala.

"Kata-kata Ammar itu benar, kita lihat balik apa yang telah kita lalui pada liqo' yang lepas. Kita telah membincangkan ayat ke 23 surah Al-Mulk, dimana Allah berkata; maksudnya" Katakanlah( wahai Muhammad) "Allah yang telah menciptakan kamu(dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati(untuk kamu bersyukur,tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur."

"Segala ciptaan yang telah Allah lakukan adalah merupakan sebuah tanda, tanda hidayah kepada manusia yang hatinya bersih, jelas dan tahu kemana arah tujunya. Allah menciptakan burung untuk ditadabbur akan ciptaannya itu, untuk kita berfikir siapakah yang telah mengangkat burung itu untuk terbang di ruang udara melainkan Allah SWT yang Maha Esa. Itu tujuan penglihatan kita diciptakan, tadabbur alam ini kerana ia adalah source  kepada hidayah Allah SWT."

   Mas'ul bangun dan menghadap kearah anak-anak buahnya. 3 pasang mata memandang kearahnya. Semua diam, menanti kalam-kalam taujih dari mas'ul mereka.

"Malang sungguh hari ini manusia tidak menggunakan nikmat yang diberikan ini untuk mencari petunjuk Allah, tetapi menggunakannya kejalan yang salah. Contoh praktikal yang boleh kita ambil adalah melihat wanita yang tidak menutup aurat. Perkara yang sangat mudah untuk dilakukan samada di alam maya mahupun dialam sebenar. Jadi bagaimana kita ini, hendak menghindarkan dari melakukan perkara seperti ini?"

"Bersyukurlah kita, kerana mata ini tidak dibutakan lagi, masih lagi mampu melihat lautan yang berada dihadapan kita sekarang ini, lihat disana, masih lagi mampu untuk kita lihat langit biru dan awan-awan diangkasa. Jadikan ia asbab hidayah kepada mereka dan renungi alam ini. Tidak ada yang menciptakan semua ini melainkan Allah SWT."

"Akhirnya, jangan jadikan mata kita ini mata yang penuh dengan difitnah, jadikan mata ini penerang kepada hati yang gelap. Biarpun kita ini ditakdirkan buta, biarlah buta mata tetapi jangan buta hati."

"Dah sekarang jom balik, ana belanja makan shawerma firakh" Mas'ul menamatkan pertemuan mereka pada hari itu. Biarlah perjumpaan itu hanya dalam masa yang singkat tetapi suntikan tarbiyah itu melekat kedalam hati untuk diamalkan dikemudian hari. Lalu mereka bergerak pulang dengan harapan mereka memperoleh sesuatu pada hari itu.








Saturday, August 18, 2012

-- LIFE UPDATE #2 --

Bismillah.

Semalam kedegang kedegung suara mengatakan bahawa hari ini Mesir akan raya. Mood selepas asar dah tukar jadi mood raya. Tetapi berita tersebut masih belum sahih lagi. Ditanya pada pakcik-pakcik arab kat sekitar kawasan rumah, mereka kata raya pada hari ahad. Tanya pula pada rakan-rakan Malaysia, mereka kata raya hari sabtu. Jadi selepas solat isya tertunggu-tunggu sama ada mereka akan takbir atau solat terawih.

Maka usainya solat, mereka tidak bertakbir dan menandakan kita perlu berpuasa sehari sahaja lagi. Kecewa? Mungkinlah ada sedikit tetapi hikmah disebaliknya masih ada berbaki satu hari ramadhan untuk kita terus berdoa dan menghabiskan tenaga dan usaha dalam beramal pada hari yang terakhir ini.

Jadi selepas solat isya semalam, ana ke bilik wudhu untuk memperbahrui wudhu dan seterusnya bersama jemaah lainnya untuk melakukan solat terawih terakhir pada tahun ini. Bacaannya agak pendek dari kebiasaan, mungkin imam janya membaca 1 mukasurat sahaja untuk satu rakaat pada kali ini. Hari sebelumnya telahpun dikhatamkan Al-Quran jadi terawaih terakhir semalam dibuka sahaja mana-mana surah yang berkenan dihati imam.

Maka pada rakaat ke 7, kedengaran ayat ini, ' Ya Ayyuhallazi na a3manu kutiba a3laikumussiyam kama kutiba a3lallazina min qablikum la3allakum la3allakum tattaquun'.... Masya Allah dan seriusly dan secara otomatiknya air mata mengalir dan hati menjadi syahdu. Bukan kerana raya tetapi mengenangkan kembali ayat tersebut dan mengenang kembali sejak dari awal ramadan, adakah ramadan ini dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh diri.

Pada ketika ayat itu dibaca, terfikir adakah dosa-dosa sebelum ini diampunkan atau diri ini menjadi salah seorang yang celaka sepertimana hadis Rasulullah SAW ketika menaiki mimbar masjid. Arab-arab kat sebelah mesti pelik kenapalah budak melayu ni. Ayat ni bukan ayat nak hari kiamat ke, ayat seksaan api neraka ke. Tiba-tiba je nangis. Pelik.

Harap-harapnya diampunkanlah dosa-dosa kita dan segala amalan yang kita dah usahakan sepanjang ramadan ini dibalas dengan redha Allah. Moga sisa-sia jahiliyah dapat dinyah bersihkan dan keluar dari madrasah ini ibarat seorang bayi comel yang baru lahir tanpa dosa yang melekat di hati. Bak kata tazkirah dari Ustaz Suhaib Ar-Rumy, keluarnya kita dari madrasah ramadan ini pastikan ada satu perkara yang kita buat dalam bulan ini di istiqomahkan pada bulan-bulan yang lain. Satu je dia kata sudah mencukupi.

Lastly, tiada apa-apa kata yang nak diucapkan selain salam lebaran dan salam perantauan terutama pada keluarga di Malaysia, sahabat handai yang mengenali, pembaca blog ini sekiranya ada dan umat Islam keseluruhannya. Eh, tadi pagi mimpi satu benda best, bangun-bangun tersenyum lebar walaupun muka mamai. Katanya mimpi mainan syaitan, tapi bulan ramadan syaitan dibelenggu, adakah ini petanda dari Allah? hehe

Friday, August 10, 2012

-- LIFE UPDATE #1 --

Bismillah.

Sekarang berada dalam fasa pecutan 10 malam terakhir ramadan. Bumi Iskandariah agak sunyi dan sepi dengan ketiadaan pelajar-pelajar Malaysia yang pulang ke negara tercinta dan ke umrah dan lainnya. Pecutlah dengan segera kerana rugi jika keluar dari bulan ini tanpa dosa diampunkan. Sangat-sangat rugi. Maka pergilah baca quran(boleh lak update blog?), tarawih dan qiam bersungguh-sungguh dan rebutlah ganjaran terutama lailatul qadr.

Tahun ni tak balik. Maka wajiblah berasa homesick seketika. Maka disebabkan itu tiba-tiba rajin pula update blog hari ini. InsyaAllah malam ini akan bergerak ke kaherah untuk menyertai kem utaqo yang bertujuan melepaskan diri dari api neraka(itqo minannar) dengan memfokuskan ibadah 10 malam terakhir bersama ikhwah-ikhwah yang tertinggal disini.

Tetapi sebelum itu, malam ini juga insyaAllah akan terjuallah motor kesayangan yang dibeli setahun yang lalu kepada seorang arab yang baik hati, sanggup untuk mengambil motor yang serba serbi kekurangan itu. Maka dengan ini ucapan selamat tinggal kepada Mukhlis Rider(nama moto) dan juga ucapan terima kasih kepada seorang sahabat bernama saddam J. kerana sanggup meneman pergi beli motor tersebut pada satu masa dahulu.

Lastly, tertunggu-tunggu bila result nak keluar. Harapan dan doa agar semua sahabat-sahabat tahun 3 dapat bersama-sama naik tahun 4 tanpa ada yang tersangkut dan perlu mengulang tahun. Doakan juga agar tidak tereapeat paper diri ini. Jadi jumpa kita dihari raya akan datang. Ma3assalamah.