Sunday, July 29, 2012

-- BERANI BERMIMPI --




" Innamal a3malu bin niah, wainnama likulli ri im manawa..."

"Beranilah anta untuk bermimpi, have your own dream, kerana ana juga selalu bermimpi dan ana yakin Allah akan kabulkan mimpi ana itu kerana dalam hadis ini juga Allah telah berjanji Allah akan kabulkan apa yang dimimpikan oleh hambaNya."

"Bukankah setiap amalan itu bermula dengan niat, maka jika niat kamu untuk berbuat sebagai contoh berkahwin pada masa sekian-sekian, maka Allah akan berikan berdasarkan apa yang diniatkan seseorang itu. Tetapi dengan syarat anta optimis dan sentiasa positif dengan Allah SWT dan beramal dengan suruhannya. Atas sebab itu dekatkanlah diri dengan Allah."

"Pernah anta dengar mengenai Umar yang bertanya kepada sahabat-sahabatnya supaya bermimpi atau 'make a wish'? Jadi ada beberapa jawapan yang sahabat menunjukkan perlunya kita untuk bermimpi dan  berniatkan sesuatu yang besar"

   Allahuakbar, 1 hari lebih bersama seorang akh yang berziarah dari Malaysia memberikan 1001 makna yang mendalam. Taujihat dari hati ke hati yang diberikan sangat menusuk kedalam kalbu. Alhamdulillah, bersyukur kerana Allah beri peluang untuk bertemu dengan akh ini.

   Maka selepas ini saya akan terus bermimpi. Mengimpikan sesuatu yang besar untuk agama ini.

BERANILAH BERMIMPI.


Friday, July 27, 2012

-- BERJALAN MEMAHAMI --

The very first video yang berbentuk nasihat.

Harap-harap dapat buat lebih baik lagi lepas ini.



Tuesday, July 24, 2012

-- MISI MEREKA --

Saya tidak percaya jika dikatakan mereka tidak mempunyai apa-apa misi.

Bukankah perang salib itu berlaku sejak dahulu lagi?

Bukankah pernah mereka bawa gold GOSPEL and glory?

Maka misinya pada hari ini?

Saya bukan paranoid, tapi saya sensitif akan masalah dan akidah umat.

Saya tidak mahu esok atau lusa, adik-adik atau anak-anak saya sendiri

mempercayai 'Allah' but with a different meaning.

Naudzubillahiminzalik.


Sunday, July 22, 2012

-- SELAMATKAN MARYAM --

   Apabila  kita mengatakan tentang kristianisasi apakah yang kita bayangkan?

Adakah kita mebayangkan orang yang memeluk agama kristian?

Atau membayangkan umat Islam yang menukar agamanya ke agama kristian?

Atau adakah kita membayangkan serangan JAIS terhadap methodist church yang lalu?

Atau adakah kita teringat akan HIMPUN yang dianjurkan beberapa NGO di Malaysia pada masa lalu?

   Jadi mari kita berfikir sejenak apakah kristianisasi ini dan projek-prejek mereka khususnya di negara kita Malaysia.

   Pada zaman ini serangan-serangan pemikiran banyak menusuk kedalam pemikiran masyarakat kita. Arus-arus pemikiran barat yang mengalir tidak henti telah melenyapkan arus pemikiran Islam secara terancang dan tersusun.

  Serangan-serangan ini dengan mudah melemahkan jati diri dan melenyapkan nilai Islam dalam diri seseorang bergelar Muslim terutamanya bangsa melayu yang majoritinya Islam di Malaysia.

  Bila berbicara tentang projek kristianisasi, cukuplah untuk kita katakannya sebagai sebuah projek untuk mengeluarkan status seorang muslim itu sebagai seorang muslim. Jika dahulunya para mubaligh kristian atau pendakyah mereka berusaha untuk mempromosi agama mereka, untuk mengajak umat Islam memeluk agama mereka.

   Tetapi tidak sekarang, bagi mereka cukuplah projek ini dengan mengeluarkan seorang muslim dari Islam atau dengan kata lainnya memurtadkan mereka.

Di Malaysia agama Islam diberikan kedudukan yang istimewa dalam perlembagaan. Dijadikan dia agama persekutuan. Manakala agama lain dibenarkan untuk diamalkan tetapi di'haram'kan untuk disebarkan.
 Tetapi hakikat hari ini, perkara ini tidak berlaku.

Kita dapati pada hari ini edaran-edaran naskah yang menceritakan tentang Jesus atau Nabi  Isa, penyebaran pamplet-pamplet yang menerangkan tentang kristian dan sebagainya. Dan kecoh pula pada tahun lepas apabila serbuan pihak JAIS terhadap gereja mendapati terdapat umat Islam didalamnya.

  Para pendakwah kristian sedang giat berusaha memurtadkan orang Islam di Malaysia. Tetapi saya yakin ramai yang tidak sedar akan perkara ini. Masih ramai yang buta hati dan buta mata atau hanya memandang dengan sebelah mata. Geram apabila perkara-perkara seperti ini, yang berkaitan dengan akidah umat kadang-kadang dikatakan pula sebagai permainan politik.

   Dimana neraca yang diletakkan sebenarnya. Dimana pula para pendakwah dari kalangan umat Islam sendiri. Adakah masing-masing hidup selesa, tidur dibawah selimut dan tidak mahu bangun dari igauan yang menimpa umat Islam pada ketika ini.

   Pendakyah kristian amat bijak, mereka menggunakan pelbagai taktik dan juga cara, bagi mengelirukan umat Islam yang sudah sedia keliru dalam kehidupan mereka. Ketika isu kalimah Allah timbul, pelbagai pihak memberi komen dan sebagainya. Ada yang menyokong dan ada yang menolak. Dan saya adalah dari golongan yang menolak penggunaan kalimah tersebut dalam kita bible. Kerana apa? Saya rasa kita boleh sama-sama berfikir sendiri akan sebabnya.

  Pelbagai taktik lagi yang digunakan sebenarnya. Sampai bila baru kita mahu ambil cakna. Bersepakatlah wahai umat Islam demi agama tercinta. Bersepakatlah wahai orang melayu dalam menjaga agama kita. Cukuplah mereka merosakkan anak bangsa kita. Adakah kita mahu anak-anak kita pula yang didakwah mereka. Berjalan dari cahaya ke dalam kegelapan yang tiada penghujungnya. Sedarlah kalian, saya tidak mahu Malaysia menjadi seperti Indonesia. Sama-sama kita ambil cakna. Selamatkan MARYAM.


Friday, July 13, 2012

-- RAMADHAN DAH DEKAT --

Sempena ramadhan yang dah nak dekat, ana kongsikan satu video khas dari FETYA.

"Allahumma balighna Ramadhan" Ameen.