Wednesday, September 15, 2010

Kedatangan...

Alhamdulillah syukur kita pada Allah SW yang sentiasa melimpahkan kurnia kepada kita. Tidak kira nikmat kesihatan, keamanan, nikmat kefahaman terhadap Islam dan yang penting nikmat Islam & Iman. 
Tidak banyak yang ingin diperkatakan pada malam ini, cuma kami2 yang tertinggal dekat Alex ni bakal pergi pada malam ini. InsyaAllah bertolak menaiki bas pada jam 2 pagi untuk ke Kaherah. "Alasyan Eh?"(sebab apa?), kerana kami bakal menjemput adik2(ceh bajet dah besar je) 1st year yang bakal tiba pada keesokan harinya. 
Asrama MARA
Perasaan sekarang ni rasa macam tidak sabar dan 'eager' nak jumpa diorang. Rasa tidak sabar di dalam diri untuk berjumpa mereka dengan tujuan untuk membina ikatan ukhuwah seasaam mereka dan berkenal-kenalan sesama mereka.
Yang gembiranya, ada juga junior dari Alor Gajah datang dalam 'batch' kali ini. Namanya Suhayl Musauddin, umur dia sama sahaja dengan ana. Malah lahir dahulu daripada ana, cuma dia ni 'delay' setahun atas sebab2 tertentu. 
Tapi walauapapun memang tidak sabar nakk berjumpa dengan diorag. Wallahualam.

Monday, September 13, 2010

Indahnya Mesir...



Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT tang masih memberi ana dan antum semua peluang untuk hidup pada hari yang bagi ana hari yang paling indah, paling seronok dan membuatkan ana tersenyum sepanjang hari(takdela sepanjang hari...hehe). Sebaik sahaja usai menunaikan solat zohor ana keluar melangkah dari masjid dan melihat titik2 hujan membasahi bumi anbia' ini. Subhanallah memang ana rasa macam ada dekat Malaysia pada masa tu. Mungkin untuk mengubat rindu pada Malaysia maka Allah SWT menurunkan hujan yang ana yakin merupakan hujan rahmat yang dimana jarang2 berlaku pada musim panas. Ana sempat juga mengambil beberapa keping gambar bagaimana keadaan hujan pada musim panas di bumi Iskandariah ini.

boleh lihat jalan raya yang basah


langit yang gelap
Selain itu ana juga dah janji dengan family nak upload gambar masa raya haritu. Cuma ada beberapa keping sahaja. Sebab kebanyakannya diambil oleh kamera Abg Din Bujang. Tak sempat pula ana nak ambil gambar2 tersebut.
Masa dekat rumah
Bersama senior2 Alex
Raya 1 di Asrama MARA
Malam sebelum raya,tak tido buat kuih jala.

Tangan chef...hehe

Berlatar belakangkan apa entah.

Thursday, September 9, 2010

SELAMAT HARI RAYA DARI BUMI ANBIA'



Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT denga limpah dan kurniaNya masih kita dihidupkan sehingga Syawal yang pastinya mengundang kegembiraan kepada semua tidak kira yang berada di Malaysia mahupun di Mesir. Hari dimana kita meraikan kejayaan kita setelah sebulan berpuasa di bulan ramadhan yang mulia. Pastinya kita akan merindui saat ramadhan kita pada tahun ini. Jika di Mesir, tarawekhnya boleh dikatakan special dan berbeza berbanding di Malaysia. Dengan Qiamullai pada 10 malam terakhir yang sememangnya sangat2 meriah disini. Ditambah pula dengan Maidah Rahman disini memberi memori ramadhan 1001 kenangan.

Sekarang ini kami2 yang berada di Mesir ini sedang bergotong-royong menyediakan juadah untuk hari raya pada keesokan harinya. Kami bersama2 berkumpul disatu rumah dengan tujuan menyediakan pelbagai jenis juadah untuk dibawa kerumah Ustaz Ishak keesokan harinya bagi menyambut 1 Syawal ini. Pelbagai juadah yang kami rancang dan sedang laksanakan antaranya roti jala, Kuah kari, kuah kacang, sate ayam, pengat pisang dan pelbagai lagi. Ana telah ditugaskan untuk masak kari kentang untuk kuah roti jala. Manakala budak2 yang lain pula sibuk menguruskan tugas masing2 untuk jamuan esok hari.

Esok insyaAllah seluruh keluarga akan berkumpul di rumah makcik ana yang terkenal denga panggilan 'tante'. Rumahnya terletak di Rawang. Jika keadaan mengizinkan ana kan cuba skype dengan mereka pada pukul 3 atau 4 pagi waktu Mesir. Rindu juga nak tengok muka adik2 sedara, nenek, pakcik makcik dan sebagainya.

Jadi di kesempatan ini ana yang bernama Indra Putra Bin Asrar ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN, 10 JARI TANGAN ANA SUSUN MINTA AMPUN DARI kedua ibu bapa, Asrar Bin Masri dan Rokiah binti Kadir. Juga kepada ahli keluarga lain yang ana memang nak sebut tapi terlalu banyaklah jumlahnya Antaranya nenek, usu, pak usu, om sofyan, tante, makngah pakngah, kaklong, kak ira, eno, iwan, syikin, khairul, nisa, om as, maklin, wawa, irfan dan adik2nya, achik beserta keluarga, ciklah, cikna, kimi, haikal, mak jat, & ramai lagi sehingga tak tertulis disini.


Sekadar gambar hiasan.

Juga kepada para sahabat handai, rakan2, kawan2 tidak kira di Malaysia ataupun di Mesir. Maafkanlah ya dosa hamba yang lemah ini sekiranya telah menyinggung perasaan kalian. Kalu boleh balik Mesir nanti bawaklah kuih raya sebalang ke untuk orang2 kat sini. Nak juga merasa kuih Malaysia. hehe.

Akhir kalam, selamat menyambut hari raya pada tahun ini dengan penuh kegembiraan dan penuh dengan kemaafan. Semoga kesilapan2 yang lepas tidak diulangi lagi dan sentiasa kita memperbaiki diri yang lemah ini. InsyaAllah.

Wednesday, September 8, 2010

Ucapan Dr. Yusuf Al Qardhawi...Satu perkongsian



Bismillahirrahmanirrahim..

"Wahai kaum Muslimin dan Muslimat di seluruh dunia, memboikot produk-produk buatan Israel dan Amerika adalah kewajipan bagi seluruh umat Islam di seluruh dunia. Setiap ringgit yang kita bayarkan untuk sebotol Coca-Cola misalnya, akan menjadi sebutir peluru di dalam senjata orang-orang Amerika atau Israel yang akan diacu ke arah kita. Kita telah menyumbangkan wang kita setiap hari kepada McDonalds, KFC, Burger King dsb, tanpa memikirkan ke mana wang itu akan dibelanjakan.

Menurut pendapat saya, setiap Muslim harus bertanggungjawab dalam hal yang mempengaruhi keluarga dan gaya hidup mereka. Lihatlah kepada orang-orang Amerika yang telah membatalkan (veto) resolusi PBB untuk mengutuk aksi tentera Israel di Palestin. Jika mereka itu adalah pemelihara perdamaian seperti yang mereka dakwa, apakah mungkin mereka melakukannya (membatalkan resolusi PBB)?

Wahai manusia, tidakkah anda berfikir? Tidakkah anda memiliki perasaan lagi? Tidakkah anda merasakan kepahitan negara-negara Arab dan Islam dalam hal ini? Darah yang paling murah adalah darah kita! Kita telah menjadi bahan percubaan bagi senjata-senjata dan peluru-peluru serta teknologi mereka. Persenjataan perang ini dibiayai oleh kita, dalam gaya hidup konsumerisme yang mereka paksakan ke atas kita.

Saya bertanya kepada anda semua, dengan nama Allah. Saya bertanya pada anda semua, atas nama ribuan orang yang mati di tangan pengganas-pengganas itu pada tahun 1948, 1967, 1973 di Qana, di Dir Yassin, di Bahr al-Bakar semenanjung Gaza dan di al-Quds. Saya bertanya kepada anda semua, atas nama orang yang mati syahid untuk kehormatan kita. Saya bertanya ke atas anda, atas nama seorang anak kecil bernama Muhammad al-Durrah, yang syahid dalam pelukan ayahnya ditembusi peluru-peluru, dari wang yang telah kita sumbangkan kepada mereka.

Apakah akan jadi kepada kita? Kita memiliki mata yang tidak dapat kita gunakan untuk melihat. Kita memiliki telinga, tetapi kita tidak gunakan untuk mendengar. Kita memiliki hati, tetapi tidak lagi dapat merasai. Mereka telah menjadikan kita sebagai pengguna-pengguna yang buta, yang rela membayar wang untuk membiayai senjata mereka, untuk mendukung aksi keganasan mereka di dunia Arab dan Islam.

Boikot mereka sekarang! Sekarang atau peluang ini tidak muncul lagi selamanya!

Dunia Arab dan Islam harus bersatu agar menjadi kuat. Kembali dan siapkan persenjataan kita. Kembalikanlah dan bangunkanlah ekonomi kita agar kita dapat menghancurkan mereka. Allahu Akbar!!"


- Syeikh Yusuf al-Qaradhawi, 8 Oktober 2001 (Qatar)

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ucapan yang telah dirakamkan sejak sekian lama. Tetapi cuba kita fikir, adakah diri kita termasuk diri ana sendiri melakukan perkara ini? Jika di Mesir ini contohnya boleh dikatakan pelbagai jenama air gas yang terdapat dalam pasaran berada di bawah syarikat yang sama. Fanta, & 7up, pepsi, Crush dan banyak lagi semuanya bernaung dibawah satu syarikat yang sama. Tidak terlepas juga dengan air mineralnya.

Jadi apakah tindakan kita selepas ini? Terus membeli walaupun sudah tahu?. Fikir2kanlah

Friday, September 3, 2010

Warkah Untukmu Ya Rasulullah






Ya Rasulullah
Ku tuliskan warkah ini untukmu
Menunjukkan kasih 
Cintaku padamu

Ya Rasulullah
Lama sudah kau tinggalkan kami
Umat Islam di dunia ini
Giat mengharungi onak & duri

Ya Rasulullah
Seandainya kau masih berada bersama kami
Pasti mengalir air matamu
Melihat keadaan di Ardhulllah ini

Ya Rasulullah
Seandainya masih kau disini
Betapa kau akan kecewa 
Melihat semua ini

Ya Rasulullah 
Telah berubah zaman ini
Islam tidak diamalkan sepenuh hati
tidak diambil kesyumulan Islam itu sendiri

Ya Rasulullah
Betapa anak kecil dibuang dijalanan
Penzinaan bertebaran
Melanggar hukum Allah satu kebiasaan

Ya Rasulullah
Zaman jahiliyyah telah kembali
Maksiat umat terdahulu diteladani
Oleh umat zaman ini

Ya Rasulullah
Sedikit sahaja yang beramal dengan sunnahmu
Sedikit sahaja yang mengikutimu
Ramai hanya disandarkan pada nama

Ya Rasulullah
Ibarat buih dilautan
Kelihatan banyak
Tetapi tiada kesatuan

Ya Rasulullah
Sekadar ini sahaja kalamku
Hanya kata2 dari hatiku
Gelisah dengan karenah umatmu.


Wednesday, September 1, 2010

Berseorangan




Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Masih hidup lagi ya kita pada masa ni. Alhamdulillah nikmat kehidupan janganlah kita sia2kan. Isikannya dengan ibadah kepada Allah SWT tidak kira apa yang kita lakukan. Niatkan hanya kerana untuk mendapat keradhaan Allah SWT.

Tidak ada banyak perkara sangat untuk diperkatakan untuk 'post' kali ini. Cuma sekarang ni, ana sedang duduk berseorangan dekat Alex ni. Semalam punya semalam seorang sahabat ni sudahpun pergi meninggalkan bumi Mesir ini. Bukan balik Malaysia, tetapi menunaikan umrah ditanah suci Mekah. Alhamdulillah rezeki dia untuk pergi ke sana pada tahun ini. Ana juga bercadang untuk pergi tetapi belum tiba masanya lagi. InsyaAllah samada tahun hadapan ataupun semasa di tahun 3 nanti. Doa2kanlah semoga dipermudahkan dan dapat pergi kesana. Dah alang2 Akram kesana ana pun apa lagi, tempah juga sesuatu daripada Akram. Nak tahu apa dia? DOA. Adalah satu dua doa yang ana kirimkan kat dia. Minta dia tolong doakan.
Lambaian Kaabah.


Fittry sekarang ni ada dekat Kaherah. Dah hampir seminggu juga dia berada disana. Mungkin sekarang dia ada dekat rumah Pahang dekat Hayyu Asyir. Tengah menumpang rumah Ustaz Anuar KIBA agaknya. Masa hari ana ke Kaherah yang lepas, ana singgah ke rumah Pahang. Sempatlah juga berbual dengan dia. Sekarang ni dia sebuk pergi menuntut ilmu2 agama dekat sana. Macam2 kelas jugalah yang dia pergi. Kelas Sheikh Nuruddin Al Banjari, kelas Dr. itu dan ini. Rajin juga Fittry ni. Yang bagusnya dia kata dia nak berubah. Alhamdulillah. Kita bila lagi?

Ana pula sekarang ni. Macam yang ana tulis dekat atas tadi. Bersorangan kat rumah. Sahur sorang2, buka sorang2. Sebelum ni Akram ada jadi makan dengan dia. Sekarang ni semua ada dekat luar dari Alex. Jadi untuk mengisi masa yang lapang ni. Ana dengan segeranya buka balik Module 7 untuk 'stadi' balik untuk repeat nanti. Doa2kanlah ana ya. Supaya lepas modul 7 ni. Modul2 lain ok je. Tapi sampai ke modul 7 boleh gagal pula. Huhu. Takpe2. Ujian dari Allah SWT. Ana terima.

Semalam masa nak berbuka ana dah mati akal nak masak apa. Sebab selalunya makan dalam 'group' samada berdua atau bertiga. Tapi kali ni makan sorang2 je. Jadi ana tidak tahu menahu nak masak apa. Jadi bila selongkar perencah2 yang ada. Ana ada terjumpa perencah untuk buat sambal tumis. Jadi ana dengan semangatnya pergi pasar beli udang untuk dibuat sambal tumis udang. Bila tengah masak2 tiba terfikir untuk memasukkan ikan sardin dalam sambal udang ini. Jadi ana dengan segera mencampurkan kedua2 udang dan ikan sardin. Mula2 nampak ok tanpa sardin. Bila dah masukkan sardun adi pelik masakan ni. Tapi rasanya boleh tahanla. Huhu. Jadi yang tinggal hanya untuk menjamu selera. Sekian.


Masa mula2 masak.




Semua ini untuk 1 orang.