Wednesday, September 1, 2010

Berseorangan




Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Masih hidup lagi ya kita pada masa ni. Alhamdulillah nikmat kehidupan janganlah kita sia2kan. Isikannya dengan ibadah kepada Allah SWT tidak kira apa yang kita lakukan. Niatkan hanya kerana untuk mendapat keradhaan Allah SWT.

Tidak ada banyak perkara sangat untuk diperkatakan untuk 'post' kali ini. Cuma sekarang ni, ana sedang duduk berseorangan dekat Alex ni. Semalam punya semalam seorang sahabat ni sudahpun pergi meninggalkan bumi Mesir ini. Bukan balik Malaysia, tetapi menunaikan umrah ditanah suci Mekah. Alhamdulillah rezeki dia untuk pergi ke sana pada tahun ini. Ana juga bercadang untuk pergi tetapi belum tiba masanya lagi. InsyaAllah samada tahun hadapan ataupun semasa di tahun 3 nanti. Doa2kanlah semoga dipermudahkan dan dapat pergi kesana. Dah alang2 Akram kesana ana pun apa lagi, tempah juga sesuatu daripada Akram. Nak tahu apa dia? DOA. Adalah satu dua doa yang ana kirimkan kat dia. Minta dia tolong doakan.
Lambaian Kaabah.


Fittry sekarang ni ada dekat Kaherah. Dah hampir seminggu juga dia berada disana. Mungkin sekarang dia ada dekat rumah Pahang dekat Hayyu Asyir. Tengah menumpang rumah Ustaz Anuar KIBA agaknya. Masa hari ana ke Kaherah yang lepas, ana singgah ke rumah Pahang. Sempatlah juga berbual dengan dia. Sekarang ni dia sebuk pergi menuntut ilmu2 agama dekat sana. Macam2 kelas jugalah yang dia pergi. Kelas Sheikh Nuruddin Al Banjari, kelas Dr. itu dan ini. Rajin juga Fittry ni. Yang bagusnya dia kata dia nak berubah. Alhamdulillah. Kita bila lagi?

Ana pula sekarang ni. Macam yang ana tulis dekat atas tadi. Bersorangan kat rumah. Sahur sorang2, buka sorang2. Sebelum ni Akram ada jadi makan dengan dia. Sekarang ni semua ada dekat luar dari Alex. Jadi untuk mengisi masa yang lapang ni. Ana dengan segeranya buka balik Module 7 untuk 'stadi' balik untuk repeat nanti. Doa2kanlah ana ya. Supaya lepas modul 7 ni. Modul2 lain ok je. Tapi sampai ke modul 7 boleh gagal pula. Huhu. Takpe2. Ujian dari Allah SWT. Ana terima.

Semalam masa nak berbuka ana dah mati akal nak masak apa. Sebab selalunya makan dalam 'group' samada berdua atau bertiga. Tapi kali ni makan sorang2 je. Jadi ana tidak tahu menahu nak masak apa. Jadi bila selongkar perencah2 yang ada. Ana ada terjumpa perencah untuk buat sambal tumis. Jadi ana dengan semangatnya pergi pasar beli udang untuk dibuat sambal tumis udang. Bila tengah masak2 tiba terfikir untuk memasukkan ikan sardin dalam sambal udang ini. Jadi ana dengan segera mencampurkan kedua2 udang dan ikan sardin. Mula2 nampak ok tanpa sardin. Bila dah masukkan sardun adi pelik masakan ni. Tapi rasanya boleh tahanla. Huhu. Jadi yang tinggal hanya untuk menjamu selera. Sekian.


Masa mula2 masak.




Semua ini untuk 1 orang.

No comments: