Ya Rasulullah
Ku tuliskan warkah ini untukmu
Menunjukkan kasih
Cintaku padamu
Ya Rasulullah
Lama sudah kau tinggalkan kami
Umat Islam di dunia ini
Giat mengharungi onak & duri
Ya Rasulullah
Seandainya kau masih berada bersama kami
Pasti mengalir air matamu
Melihat keadaan di Ardhulllah ini
Ya Rasulullah
Seandainya masih kau disini
Betapa kau akan kecewa
Melihat semua ini
Ya Rasulullah
Telah berubah zaman ini
Islam tidak diamalkan sepenuh hati
tidak diambil kesyumulan Islam itu sendiri
Ya Rasulullah
Betapa anak kecil dibuang dijalanan
Penzinaan bertebaran
Melanggar hukum Allah satu kebiasaan
Ya Rasulullah
Zaman jahiliyyah telah kembali
Maksiat umat terdahulu diteladani
Oleh umat zaman ini
Ya Rasulullah
Sedikit sahaja yang beramal dengan sunnahmu
Sedikit sahaja yang mengikutimu
Ramai hanya disandarkan pada nama
Ya Rasulullah
Ibarat buih dilautan
Kelihatan banyak
Tetapi tiada kesatuan
Ya Rasulullah
Sekadar ini sahaja kalamku
Hanya kata2 dari hatiku
Gelisah dengan karenah umatmu.
No comments:
Post a Comment