Tuesday, March 20, 2012

-- BURDEN WE GAVE HER --

Mom,

For the burden you took
For the care you gave
During me inside of you
During my childhood

Until now
No words can replace
The deeds and your sweat
I pray to Allah for your sakeenah

May Allah made me
A Soleh son for you
So that I can alway pray
In here and hereafter

Jazakillahukhairan katheeeeeeeeeeeeeeeeeran mom.


Credit to Abg Muhammad Hasbullah for this

Monday, March 19, 2012

-- 19 MAC --

For some peoples
There are turning point
Given by The Lord Ever Majestic
And This is mine.

Happy Anniversary Gajahians 1st Batch.


Starting of tarbiyah is different in person.
And here where I started.
The School of Tarbiyah.
Hoping the chain will not break.





















And Happy birthday to my junior
Eventhough he is older few months from me.
Suhayl Musauddin.


















Wednesday, March 14, 2012

-- DISINI BUKAN PERHENTIANNYA(SPM_2011) --

Bismillah.

   Tadi baru sahaja membuat panggilan ke Malaysia bertanyakan khabar orang-orang disana. Alhamdulillah semuanya baik-baik belaka. Sambil berborak terlintas untuk bertanya adik tentang persediaannya untuk mengambil keputusan SPM 21 Mac nanti. Pasti berdebar hatinya apabila hanya tinggal seminggu sahaja sebelum keputusan dikeluarkan.

  Alhamdulillah apabila ditanya, dia cuba untuk melakukan solat hajat pada saat akhir begini dan berdoa kepada Allah untuk memperoleh keputusan yang cemerlang. Abang disini juga mendoakan agar kita sama-sama cemerlang didunia dan juga akhirat.

   Apabila FB dibuka, terlihat notifikasi di laman grup ANSARA AG dan salah satu post yang ada pastinya menceritakan tentang keputusan SPM yang bakal dikeluarkan nanti. Kami abang dan kakak 1st bacth pastinya teruja untuk mengetahui dan mengharapkan kecemerlangan berterusan untuk keputusan SPM pada kali ini. Sama-sama kita berdoa kepada Allah agar mengurniakan kejayaan kepada pelajar SPM di Malaysia dan MRSM AG khususnya.

   Teruskan kita dalam berdoa kerana disaat-saat inilah tawakal kita kepada Allah datang pada tahap yang tertinggi. Bagi yang sudah berusaha letakkan tawakal kita kepada Allah SWT kerana Dia telah berfirman:

"...fa iza a3zamta fatawakkaltu a3la llah..."
"...Jika kamu telah berazam(berusaha), maka bertawakallah kepada Allah..." (Ali Imran:159)

   Selain dari itu, jangan kita rasa putus asa, kita selalu diberitahu walaupun ada sebiji benih ditangan dan kita tahu bahawa esok akan kiamat, maka tanamlah biji benih itu. Menunjukkan supaya kita tidak putus asa walaupun berada di saat-saat yang terakhir.

   Jangan kita risau kerana, bukan anda sahaja yang berdoa, malah guru-guru, sahabat-sahabat, ibu bapa, dan orang-orang lain turut mendoakan demi kejayaan kita bersama.

   Bila fikirkan balik teringat pula kenangan lampau masa zaman selepas SPM tu, ditakdirkan pula pada ketika itu untuk join PLKN selama 2 bulan setengah. Kemudian dalam seminggu atau 2 minggu selepas itu keputusan SPM dikeluarkan.

   Jika nak diikutkan saya bukanlah pelajar yang pandai dalam maktab tu, jika ikut ranking result peperiksaan ada jugalah ratus-ratus dikalangan batch pada masa itu. Jadi tidaklah mengharap sangat untuk mendapat keputusan SPM yang tinggi. Saya ingat lagi target saya hanya nak dapat 5 A sahaja untuk SPM pada waktu tu. Langsung tak berharap result yang tinggi-tinggi dan gempak-gempak. Bak kata orang, 'biase2 sude' .

   Tetapi, seperti yang saya kata jangan sesekali berputus asa. Akhirnya rezeki Allah datang tidak disangka. Alhamdulillah akhirnya saya berjaya melanjutkan pelajaran sehingga kesini. Mesir bumi Anbiya'.

   Allah SWT telah menetapkan setiap seorang dari kita perjalanan hidup yang tersendiri. Mungkin bagi Allah SWT, menempatkan saya disini adalah yang terbaik buat diri saya dan mungkin juga bagi sesetengah orang, di ceruk kawasan pedalaman juga adalah terbaik bagi mereka.

   Ada yang mengarapkan keputusan cemerlang tapi sebaliknya berlaku dan ada juga mengharap keputusan yang biasa2 tetapi sebaliknya pula yang berlaku. Lalu Allah SWT telah menetapkan jalan2 bagi kita dan terpulang pada diri sendiri untuk redha dan meneruskan perancangan yang telah ditetapkan Allah.

   Mungkin ada yang mahu mengambil jurusan perubatan, tapi kejuruteraan yang menjadi pegantinya. Dan mungkin ada yang mahu mengambil bidang keseniaan, tetapi bidang guaman adalah yang terbaik buat dirinya.
Banyak kemUngkinan yang boleh diceritakan disini, tetapi segala ilmu ada ditangan Allah. Mungkin pada masa ini kita tidak berminat malah membenci sesuatu bidang itu tapi mungkin pada satu masa nanti bidang itu yang menjadi minat kita. Allah SWT berfirman:

"... wa a3sa ant tuhibbuu syai an wa huwa syarrulakum, wallahu ya3lamu wa antum la ta3lamuun."
"...tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak ketahui." (Al Baqarah : 216)

   Jadi apa yang nak diceritakan sebenarnya, walau bagaimana sekalipun keputusan SPM kita nanti. Jangan sesekali rasa sedih atau bangga. Tetapi bersikap positif dan katakan pada diri. " Allah tahu apa yang terbaik buat diri saya". Sedikit sebanyak coretan saya pada adik-adik yang bakal mengambil result nanti. Kami abang2 dan kakak2 sentiasa mendoakan adik2 walau dimana kami berada. Semoga Allah memberi kejayaan bukan sahaja didunia, tapi diakhirat sana. SPM bukan perhentian terakhir kita, cuma ia permulaan kepada sebuah dunia yang baru. Selamat menempuhinya. ^_^

Wallahualam.

Sunday, March 11, 2012

Thursday, March 8, 2012

-- SEMALAM --

  • assalamualaikum w.b.t
    saya bukan siapa2 utk post d group ini..dan apa y saya harapkan drpd post ni hanyalah doa drpd sahabat2 sekalian,y saya yakin, pekat mana pun sejarah jahiliyyah dlm hidup kita semua, pasti masih ada iman tersisa..saya yakin..

    xtergambar perasaan saya dalam perjalanan pulang dr sekolah melihat sahabat2 y saya sayang, jujur saya katakan, saya sayang kalian, dan sedikit pun tidak terlintas d hati saya utk mbuka keaiban kalian..menitis air mata saya mebayangkan wajah2 kalian dlm doa saya, sepanjang solat saya..saya mendongak, mengharapkan agar doa ini sampai kepadaNya..saya benar2 berharap!

    maafkan saya, maafkan saya, maafkan saya, buat sahabat y berada d posisi 'itu' bersama teman masing2..sayalah org y perlu d persalahkan, sbb x mjaga kalian, x mendoakan kalian, x membayangkan wajah2 kalian dlm doa2 sya sebelum ini..sehinga kalian merasa perlu kepada 'teman2' yg lain..

    saya tahu, kalian mengharapkan kekuatan utk tidak berada di atas jalan yg telah kalian pilih satu waktu dahulu..saya tahu, kalian bertarung dgn diri kalian, dan saya tahu kalian rasa lemah apatahlagi bila dipandang serong oleh sahabat2 y lain, apabila d sindir2 dgn kata2 yg tajam, saya tahu kalian sakit, kalian sedih..

    Ya Allah, sumber SEGALA kekuatan, pemilik kekuatan..limpahkanlah kekuatan kepada sahabat2ku yang aku sayangi keranaMu..hanya Engkau y melimpahkn bahagia, hanya Engkau y mendengar segala rahsia, hanya Engkau y meminjamkan hidayah dan nikmat Iman ini kepada aku mahupun mereka..kuatkan mereka Ya Allah..

    buat sahabat2 y lain, biarlah post ini meningatkan saya dan anda y lain utk sentiasa mendoakan mereka..kita selalu tegur mereka, sindir2 mereka, dan tanpa kita sedar kita selalu berkata2 tntg mereka dlm pbualan harian kita, tanpa kita sedar..TAPI KITA LUPA UNTUK MYANGKAN WAJAH2 MEREKA DALAM DOA KITA..KITA LUPA PADA MEREKA!! KITA BIARKAN MEREKA BERTARUNG SENDIRIAN! KITA BIARKAN MEREKA KESEORANGAN!..doakanlah mereka..setiap kali terserempak dn mereka, terpandang wajah mereka, terperasan kelibat mereka, panjatkan doa kpdNya agar KITA DAN MEREKA di beri kekuatan utk mengejar cinta dan redha Yang Memiliki Cinta dan Memberi Cinta!

    maafkan saya..

* Kalam seorang sahabat, di FB semalam. Allah~~~


  • terkesan sebenarnya dgn kata-kata sahabat kita semalam,

    bayangkan kita di padang mahsyar,
    dimana manusia hanya memikirkan dirinya,
    hanya memikirkan amalannya,
    berharap agar tidak jatuh ke jurang neraka.

    Dengan api yang panas membara,(ce hidupkan lilin, pastu letakkan jari kat api, bole tahan ke?)
    menjulang memanggil manusia,
    yang tidak taat pada Tuhan yang Esa,
    Manusia mengeluh kemana tujuannya.

    Bila tiba masa diadili,
    Dengan pahala yg x mencukupi,
    Lalu berteriak disekelilingnya,
    Mencari manusia yang tidak pernah menyentuh hatinya.

    Kau dahulu tidak pernah menegurku,
    Aku berbuat yang haram kau diamkan sahaja,
    Kau kata, selemah2 iman adalah dengan membenci,
    padahal kau mempunyai kuasa dan kalam dalam diri.

    Lalu pergilah pahala
    Pergilah amalan yang sedia ada
    Bila tidak mengcukupi lalu diberi pula dosanya
    Lalu berat timbangan kiri kita.

    Bayangkan sahabat semua,
    Disana manusia hanya pentingkan diri
    Tidak ada sahabat baik atau saudara
    Kau untuk kau, dan aku untuk aku.

    Dalam perjalanan melangkah ke syurga
    Pimpinlah tangan kita bersama
    Supaya tidak ada yg terjerumus kelubang neraka
    Di dunia inilah permulaannya.

    ~~Abu Mukhlis, 8/3/2012

    ~~Mafkan saya kerana tidak melakukan perkara yang sama, kerana saya juga insan biasa, penuh dengan kelemahan.

Sunday, March 4, 2012

-- MELANGKAH KE SYURGA --



Tidak akan kulangkah kakiku
Berseorangan tanpa kamu
Meniti titian dunia
Dalam menuju ke syurga

...

  Dalam titian menuju kesyurga apa sangatlah yang telah aku lakukan. Syurga merupakan tempat persinggahan yang terakhir bagi orang-orang yang beriman. Kadang-kadang apabila ditanya, siapa yang mahu masuk ke syurga pasti ramai yang mengiakannya.

   Begitu juga apabila ditanya siapa yang mahu masuk neraka, pasti ramai yang akan menolaknya. 'Siapa nak masuk neraka doh' 'Memang nak kena seksa la kalau siapa cakap dia nak masuk'. Ini antara kata-kata yang kita boleh bayangkan jika ditanya.

   Maksudnya ramai sebenarnya yang ingin ke syurga dan ramai juga tahu seksaan-seksaan di neraka jadi mereka menolaknya.

   Tapi apa sebenarnya yang aku lakukan untuk ke syurga? Dengan persekitaran yang kuat mencabar keimanan. Mesir merupakan negara Islam yang majoriti penduduknya Islam, tetapi pengamalannya? Kadang-kadang keluar sahaja dari pintu rumah terpampang maksiat didepan mata. Dengan perempuan arab yang memakai baju ketatnya walaupun bertudung. Memakai skirt pendek dan berlegging walaupun bertudung.
Dan macam-macam lagi ujian yang Allah sediakan untuk orang-orang yang beriman.

   Jadi apa sebenarnya yang boleh menjamin aku untuk kesyurgaNya? Cukupkah amalanku, sempurnakah solatku. Bila difikirkan dengan solat 5 waktu di masjid, berpuasa sunat, berzikir pagi dan petang, membaca Al Quran yang kadang-kadang terlupa untuk membuka mushafnya walau satu muka surat sehari. Adakah perkara ini benar-benar menjamin aku kesyurgaNya.

   Benar manusia itu selalu lalai, terlalu sibuk melakukan urusan lain sehinggakan terlupa untuk mengabdikan diri kepada Allah.

  Kita lihat kata-kata yang diucapkan Abu Bakar As Siddiq. Kata-katanya yang lebih kurang sebegini             ' walaupun sebelah kakiku telah memijak syurga tapi aku tidak pasti samada mampu untuk aku membawa yang sebelahnya dengan amalanku yang sedia ada ini '

   Abu Bakar yang berjaya mengislamkan 6 dari 10 sahabat yang dijamin masuk syurga, seorang yang dikatakan timbangan amalannya lebih berat dari timbangan amalan penduduk dunia. Tetapi beliau masih belum yakin yang beliau  akan kesyurgaNya. Mengapa aku tidak mempunyai perasaan seperti itu.

   Atas dasar itu, aku cuba untuk mengubah diri, dan senantiasa mengislah diri untuk menjadi lebih baik. Walaupun hakikatnya aku ni jauh lagi untuk dikatakan baik. Ya Allah tolonglah aku, tabahkan hatiku dalam menjalani ujianmu. Berilah kesedaran, kefahaman,  hidayah kepada rakan-rakan yang juga ter lalai dengan nikmat keduniaan yang sementara.

   Kadang-kadang rasa geram melihat sahabat-sahabat yang sibuk ber'couple' sedangkan mereka tahu ianya haram. Kadang-kadang rasa geram memikirkan kenapa perempuan-perempuan ni pakai pakaian macam tidak cukup kain sedangkan berlambak di pasaran. Akhirnya perasaan geram hanya tinggal geram.

   Takut sangat untuk menegur mereka atas dasar persahabatan. Jika benar mereka sahabat sepatutnya aku ambil langkah untuk menegur mereka dengan cara yang berhikmah. Duduk berdiam diri tidak akan mengubah mereka, sepatutnya aku sendiri berusaha dan menyerahkan segalanya kepada Allah. Kita tidak mampu beri hidayah tetapi kita mampu untuk berusaha menjadi asbab kepada hidayah. Akhirnya hati juga perlu ikhlas.

   Kita ingin melangkah kesyurga, tetapi membiarkan sahabat-sahabat lain terbiar sahaja. Akhirnya diakhirat nanti mereka nanti yang akan menarik kita ke jurang neraka. Naudzubillahi min zalik.

Bersamalah kita menuju kesyurga.