Sunday, March 4, 2012

-- MELANGKAH KE SYURGA --



Tidak akan kulangkah kakiku
Berseorangan tanpa kamu
Meniti titian dunia
Dalam menuju ke syurga

...

  Dalam titian menuju kesyurga apa sangatlah yang telah aku lakukan. Syurga merupakan tempat persinggahan yang terakhir bagi orang-orang yang beriman. Kadang-kadang apabila ditanya, siapa yang mahu masuk ke syurga pasti ramai yang mengiakannya.

   Begitu juga apabila ditanya siapa yang mahu masuk neraka, pasti ramai yang akan menolaknya. 'Siapa nak masuk neraka doh' 'Memang nak kena seksa la kalau siapa cakap dia nak masuk'. Ini antara kata-kata yang kita boleh bayangkan jika ditanya.

   Maksudnya ramai sebenarnya yang ingin ke syurga dan ramai juga tahu seksaan-seksaan di neraka jadi mereka menolaknya.

   Tapi apa sebenarnya yang aku lakukan untuk ke syurga? Dengan persekitaran yang kuat mencabar keimanan. Mesir merupakan negara Islam yang majoriti penduduknya Islam, tetapi pengamalannya? Kadang-kadang keluar sahaja dari pintu rumah terpampang maksiat didepan mata. Dengan perempuan arab yang memakai baju ketatnya walaupun bertudung. Memakai skirt pendek dan berlegging walaupun bertudung.
Dan macam-macam lagi ujian yang Allah sediakan untuk orang-orang yang beriman.

   Jadi apa sebenarnya yang boleh menjamin aku untuk kesyurgaNya? Cukupkah amalanku, sempurnakah solatku. Bila difikirkan dengan solat 5 waktu di masjid, berpuasa sunat, berzikir pagi dan petang, membaca Al Quran yang kadang-kadang terlupa untuk membuka mushafnya walau satu muka surat sehari. Adakah perkara ini benar-benar menjamin aku kesyurgaNya.

   Benar manusia itu selalu lalai, terlalu sibuk melakukan urusan lain sehinggakan terlupa untuk mengabdikan diri kepada Allah.

  Kita lihat kata-kata yang diucapkan Abu Bakar As Siddiq. Kata-katanya yang lebih kurang sebegini             ' walaupun sebelah kakiku telah memijak syurga tapi aku tidak pasti samada mampu untuk aku membawa yang sebelahnya dengan amalanku yang sedia ada ini '

   Abu Bakar yang berjaya mengislamkan 6 dari 10 sahabat yang dijamin masuk syurga, seorang yang dikatakan timbangan amalannya lebih berat dari timbangan amalan penduduk dunia. Tetapi beliau masih belum yakin yang beliau  akan kesyurgaNya. Mengapa aku tidak mempunyai perasaan seperti itu.

   Atas dasar itu, aku cuba untuk mengubah diri, dan senantiasa mengislah diri untuk menjadi lebih baik. Walaupun hakikatnya aku ni jauh lagi untuk dikatakan baik. Ya Allah tolonglah aku, tabahkan hatiku dalam menjalani ujianmu. Berilah kesedaran, kefahaman,  hidayah kepada rakan-rakan yang juga ter lalai dengan nikmat keduniaan yang sementara.

   Kadang-kadang rasa geram melihat sahabat-sahabat yang sibuk ber'couple' sedangkan mereka tahu ianya haram. Kadang-kadang rasa geram memikirkan kenapa perempuan-perempuan ni pakai pakaian macam tidak cukup kain sedangkan berlambak di pasaran. Akhirnya perasaan geram hanya tinggal geram.

   Takut sangat untuk menegur mereka atas dasar persahabatan. Jika benar mereka sahabat sepatutnya aku ambil langkah untuk menegur mereka dengan cara yang berhikmah. Duduk berdiam diri tidak akan mengubah mereka, sepatutnya aku sendiri berusaha dan menyerahkan segalanya kepada Allah. Kita tidak mampu beri hidayah tetapi kita mampu untuk berusaha menjadi asbab kepada hidayah. Akhirnya hati juga perlu ikhlas.

   Kita ingin melangkah kesyurga, tetapi membiarkan sahabat-sahabat lain terbiar sahaja. Akhirnya diakhirat nanti mereka nanti yang akan menarik kita ke jurang neraka. Naudzubillahi min zalik.

Bersamalah kita menuju kesyurga.

 

 

 

No comments: