Wednesday, March 14, 2012

-- DISINI BUKAN PERHENTIANNYA(SPM_2011) --

Bismillah.

   Tadi baru sahaja membuat panggilan ke Malaysia bertanyakan khabar orang-orang disana. Alhamdulillah semuanya baik-baik belaka. Sambil berborak terlintas untuk bertanya adik tentang persediaannya untuk mengambil keputusan SPM 21 Mac nanti. Pasti berdebar hatinya apabila hanya tinggal seminggu sahaja sebelum keputusan dikeluarkan.

  Alhamdulillah apabila ditanya, dia cuba untuk melakukan solat hajat pada saat akhir begini dan berdoa kepada Allah untuk memperoleh keputusan yang cemerlang. Abang disini juga mendoakan agar kita sama-sama cemerlang didunia dan juga akhirat.

   Apabila FB dibuka, terlihat notifikasi di laman grup ANSARA AG dan salah satu post yang ada pastinya menceritakan tentang keputusan SPM yang bakal dikeluarkan nanti. Kami abang dan kakak 1st bacth pastinya teruja untuk mengetahui dan mengharapkan kecemerlangan berterusan untuk keputusan SPM pada kali ini. Sama-sama kita berdoa kepada Allah agar mengurniakan kejayaan kepada pelajar SPM di Malaysia dan MRSM AG khususnya.

   Teruskan kita dalam berdoa kerana disaat-saat inilah tawakal kita kepada Allah datang pada tahap yang tertinggi. Bagi yang sudah berusaha letakkan tawakal kita kepada Allah SWT kerana Dia telah berfirman:

"...fa iza a3zamta fatawakkaltu a3la llah..."
"...Jika kamu telah berazam(berusaha), maka bertawakallah kepada Allah..." (Ali Imran:159)

   Selain dari itu, jangan kita rasa putus asa, kita selalu diberitahu walaupun ada sebiji benih ditangan dan kita tahu bahawa esok akan kiamat, maka tanamlah biji benih itu. Menunjukkan supaya kita tidak putus asa walaupun berada di saat-saat yang terakhir.

   Jangan kita risau kerana, bukan anda sahaja yang berdoa, malah guru-guru, sahabat-sahabat, ibu bapa, dan orang-orang lain turut mendoakan demi kejayaan kita bersama.

   Bila fikirkan balik teringat pula kenangan lampau masa zaman selepas SPM tu, ditakdirkan pula pada ketika itu untuk join PLKN selama 2 bulan setengah. Kemudian dalam seminggu atau 2 minggu selepas itu keputusan SPM dikeluarkan.

   Jika nak diikutkan saya bukanlah pelajar yang pandai dalam maktab tu, jika ikut ranking result peperiksaan ada jugalah ratus-ratus dikalangan batch pada masa itu. Jadi tidaklah mengharap sangat untuk mendapat keputusan SPM yang tinggi. Saya ingat lagi target saya hanya nak dapat 5 A sahaja untuk SPM pada waktu tu. Langsung tak berharap result yang tinggi-tinggi dan gempak-gempak. Bak kata orang, 'biase2 sude' .

   Tetapi, seperti yang saya kata jangan sesekali berputus asa. Akhirnya rezeki Allah datang tidak disangka. Alhamdulillah akhirnya saya berjaya melanjutkan pelajaran sehingga kesini. Mesir bumi Anbiya'.

   Allah SWT telah menetapkan setiap seorang dari kita perjalanan hidup yang tersendiri. Mungkin bagi Allah SWT, menempatkan saya disini adalah yang terbaik buat diri saya dan mungkin juga bagi sesetengah orang, di ceruk kawasan pedalaman juga adalah terbaik bagi mereka.

   Ada yang mengarapkan keputusan cemerlang tapi sebaliknya berlaku dan ada juga mengharap keputusan yang biasa2 tetapi sebaliknya pula yang berlaku. Lalu Allah SWT telah menetapkan jalan2 bagi kita dan terpulang pada diri sendiri untuk redha dan meneruskan perancangan yang telah ditetapkan Allah.

   Mungkin ada yang mahu mengambil jurusan perubatan, tapi kejuruteraan yang menjadi pegantinya. Dan mungkin ada yang mahu mengambil bidang keseniaan, tetapi bidang guaman adalah yang terbaik buat dirinya.
Banyak kemUngkinan yang boleh diceritakan disini, tetapi segala ilmu ada ditangan Allah. Mungkin pada masa ini kita tidak berminat malah membenci sesuatu bidang itu tapi mungkin pada satu masa nanti bidang itu yang menjadi minat kita. Allah SWT berfirman:

"... wa a3sa ant tuhibbuu syai an wa huwa syarrulakum, wallahu ya3lamu wa antum la ta3lamuun."
"...tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak ketahui." (Al Baqarah : 216)

   Jadi apa yang nak diceritakan sebenarnya, walau bagaimana sekalipun keputusan SPM kita nanti. Jangan sesekali rasa sedih atau bangga. Tetapi bersikap positif dan katakan pada diri. " Allah tahu apa yang terbaik buat diri saya". Sedikit sebanyak coretan saya pada adik-adik yang bakal mengambil result nanti. Kami abang2 dan kakak2 sentiasa mendoakan adik2 walau dimana kami berada. Semoga Allah memberi kejayaan bukan sahaja didunia, tapi diakhirat sana. SPM bukan perhentian terakhir kita, cuma ia permulaan kepada sebuah dunia yang baru. Selamat menempuhinya. ^_^

Wallahualam.

No comments: