Tuesday, May 24, 2011

SAIED BIN AMIR

Kekalahan kaum musyrikin Mekah pada perang Badar telah menaikkan kemarahan mereka. Suatu hari, mereka berjaya menangkap seorang sahabat iaitu Khubaib ibn Adi. Mereka melakukan pembunuhan sahabat Rasulullah SAW ini di hadapan khalayak ramai.
Said bin Amir al Jumahi merupakan antara ribuan yang datang menyaksikan pembunuhan sahabat ini. Kaki dan tangan Khubaib dirantai. Namun sebelum pembunuhan dilaksanakan, Khubaib membuat permintaan. “Bolehkah aku solat dua rakaat sebelum aku di bunuh?” maka dia dibenarkan. Said memerhatikan Khubaib menunaikan solat dengan begitu tenang sedangkan seketika nanti beliau akan dibunuh. Selepas selesai solat, Khubaib berkata “ Sekiranya tidak kerana aku bimbang mereka mengatakan aku takut mati, nescaya akanku panjangkan solatku”
Said memerhatikan penyeksaan yang amat kejam terhadap Khubaib, badan beliau dicincang-cincang oleh kaum musyrikn. Pada waktu itu mereka bertanya kepada Khubaib “ Hei Khubaib, mahukah engkau sekiranya si Muhammad menggantikan engkau dan kemudian engkau kami bebaskan?” Jawab Khubaib dengan tegas “Aku tidak ingin bersenang lenang dengan anak isteriku sedangkan nabi Muhammad terseksa”.
Peristiwa ini memberi kesan yang amat mendalam kepada Said bin Amir al-Jumahi. Seterusnya telah membuka pintu hati beliau untuk memeluk Islam. Setelah mengiklankan pengislaman beliau, beliau menjadi orang yang rapat dengan Rasul SAW dan terbabit dalam peperangan-peperangan seperti di Khaibar dan lain-lain.
Selepas kewafatan Rasulullah SAW, beliau menjadi pembela setia kepada dua Khalifah ar-Rasyidin iaitu Abu Bakar As-Siddiq dan Umar Al Khattab. Beliau sering menasihati para khalifah tentang pemerintahan mereka seperti yang pernah beliau ungkapkan kepada Umar “Wahai Umar! Takutlah kamu kepada Allah dalam memerintah manusia. Jangan takut kepada manusia dalam menjalankan urusan Allah. Jadikanlah percakapan kamu sama seperti perbuatan kamu.”
Pada seuatu ketika di zaman Umar Al Khattab, ketika beliau ingin melantik Gabenor di Hims, beliau telah memanggil Said bin Amir dengan katanya: “Wahai Said, kami telah melantik engkau sebagai Gabenor Hims” Lalu dibalas oleh Said dengan katanya: “Wahai Umar. aku memohon kepada Allah agar engkau tidak mendorong diriku condong kepada dunia.” Lalu dengan marahnya Khalifah Umar membalas: “Celakalah engkau! Engkau meletakkan amanah pimpinan dibahuku, lalu engkau membiarkan aku sendirian.” lalu dijawab oleh Said: “ Demi Allah! Aku tidak akan membiarkan engkau bersendirian.”
Selepas beberapa ketika, Umar mengutuskan delegasi ke Hims untuk menyenaraikan golongan fakir di sana sebagai penerima zakat. Sekembalinya delegasi tersebut ke Madinah, Umar memeriksa nama golongan fakir dan mendapati terdapat nama Said bin Amir. Lalu bertanya Umar kepada delegasi tersbut “ Adakah Said yang dimaksudkan ini merupakan Gabenor Hims” Lalu mereka menjawab “Ya”. Lalu menitislah air mata Umar serta beliau menyuruh delegasi tersebut menghadiahkan 1000 dinar untuk kegunaan rumahtangga Said.
Apabila wang tersebut sampai kepada Said, maka berubahlah air muka beliau, perkara ini diperhatikan oleh isteri beliau lalu dia bertanya “ Adakah Khalifah Umar telah wafat?” Jawab Said “Bahkan lebih buruk.” “Adakah kaum muslimin kalah dalam peperangan?” “Bahkan lebih” “jadi, Apakah yang terjadi?” Isteri beliau bertanya. “Dunia telah datang untuk merosakkan Akhiratku” Jawab Said bin Amir. Maka isteri beliau pun menjawab “Maka jauhilah ia” Lalu Said pun membahagikan wang tersebut kepada fakir miskin.

Valley Of The Wolves Palestine 2011

Bismillah

   Ana nak kongsikan satu cerita yang ditayangkan dalam youtube. Daripada buang masa tengok cerita2 Malaysia yang merepek dan meruntuhkan akhlah tu. Lagi baik layan cerita ni. Mengisahkan tentang rakyat palestin yang berjuang melawan Israel. Kalau kat Amerika dah kena band dah cerita ni. Sementara masih boleh tengok kat you tube ni baik kita tengok dan ambil ibrah dan semangat dari cerita ini.


Monday, May 23, 2011

AKHIRNYA

Bismillah

   'Indra aku nak minta tolong boleh, minta buat satu lagi video untuk Splendiferous Night. Kami nak buat video gimik.' Amir datang meminta tolong.

    Dalam 2 3 minggu ni memang minggu yang amat mencabar dari segi mental fizikal dan spritual. Selepas beberapa hari peperiksaan modul Cardiovascular dijalankan ana diminta untuk edit satu video sempena majlis tersebut.

   Sebelum itu lagi ana telah disibukkan untuk membuat satu video promosi dan pada masa yang sama pada minggu itu juga adlah minggu peperiksaan. Masa yang ana ada pada masa itu cuma seminggu untuk membaca buku.

   Bukan mudah untuk edit video. Ana mengambil masa 48 jam untuk edit video tersebut. Pelbagai cabaran dihadapi tapi tetap juga tidak berputus asa dan akhirnya siaplah ia. Sepertimana yang kamu semua boleh lihat pada post2 yang lepas.

   Maka selepas itu ana menyibukkan diri dengan buku dan alhamdulillah dapat juga menjawab soalan dengan baik. 

    Selepas itu diinta pula oleh Amirul Hisyam untuk edit satu lagi video seperti yang ana katakan diatas. Video untuk gimik pula. Maka terpaksalah ana 'delay'kan untuk membaca buku. Memang agak sibuk pada ketika ini. Ibarat ana menjadi AJK untuk majlis itu pula.

   Memang sangat kalut masa buat video tu sehinggakan setengah jam sebelum majlis bermula pun masih belum sipa lagi. Masih lagi sibuk menaip 'subtitle' dan tercari2 soundtrack apa yang paling sesuai untuk dimasukkan. Last2 bila dah tertekan, main hentam kromok sahaja soundtrack. Janji ada bunyi.

   Alhamdulillah sepanjang majlis tersebut hampir kesemuanya berjalan lancar. 

    Jadi bila dah habis majlis tersebut ana cuba menyusun semula masa dan cuba untuk mengejar segala pelajaran yang tertinggal.

    Sekarang ini kami sudah hampir 2 minggu belajar modul Respiratory System dan sekalim lagi ana akan berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam modul ini. Doakan ana ya rakan2. Doa2 kalian amat beharga sebenarnya.

   Akhir sekali, nak ucap Alhamdulillah sebab akhirnya dapat juga buat entry yang panjang sedikit. Alhamdulillah diberi masa dan peluang untuk menaip. Syukur kepadaNya. Rasanya itu sahaja kot. Lain kali pula nak tulis panjang2 macam ni.

***kadang2 terfikir, kita asyik sibuk hal dunia ja, hal akhirat bila  lagi nak sibuk?

Sunday, May 22, 2011

Shoutul Miqdam-Bulan Bintang Jangan Dilupakan

Bismillah

Hanya nak kongsi 2 video.

Persembahan nasyid dari kumpulan Shoutul Miqdam semasa malam Splendiferous Night.

Muka ana tak nampak sebab tengah seronok main tamborin kat belakang.



Tuesday, May 10, 2011

MALAM YANG PENUH DENGAN KEBAIKAN

Bismillah

    Hari ni cuma nak kongsi satu video. InsyaAllah batch kami 2nd year akan mengadakan kira macam majlis penyampaian anugerah + dinner la. Jadi jom layan  video ni. 


Monday, May 9, 2011

THE ONGOING JOURNEY

Bismillah.

   Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT. Hari ni ada satu video yang ana nak kongsikan dan ana juga berharap agar sesiapa yang membaca juga boleh kongsikan. Kita tengok dahulu.




     Bila tengok video ni rasa sangat bersemangat nak pergi sana. Sebelah Mesir je Palestin tu. Lagi2 sempadan Rafah dah dibuka. Jika diizinkan, sekarang ini lebih mudah untuk kesana.

    Tapi perlu juga difikrkan awlawiyat kita sekarang ini. Macam ana sendiri, sebagai seorang pelajar medik, maka tak dapat tidak kena menghabiskan jihad dalam menuntut ilmu ini dahulu.

   Tidak perlu semua untuk pergi berperang kan?. Tinggalkan sebahagian untuk menyempurnakan part2 yang lain. Contoh seperti yang ana cakap tadi. Menuntut ilmu.(Tapi pelajar Malaysia macam dah ramai je, kalu ana pergi sorang tak effect kan : ) kan kan )

   Entahla, nak tulis panjang-panjang pun rasa malas, semua dah diceritakan dalam video yang lebih kurang 40 minit tu. Jadi sama-sama kita hayati dan tingkatkan semangat kita. Terutama sebagai seorang pelajar, jangan putus asa. Ada orang yang menanti anda disana.

***kadang2 terfikir, jika ditanya diakhirat kelak, apa yang telah kamu buat untuk rakyat Palestin. Mereka kat atas ni surely dah ada jawapan kan? Kita???

Friday, May 6, 2011

NASI LEMAK NENEK

     Petang-petang camni teringat pula kenangan masa balik ke Malaysia hari tu. Ingatkan nak balik Malaysia masa raya nanti. Bajet nak buat suspens balik tanpa diketahui, dah malam raya telefon rumah kata dah sampai kat KLIA.

    Tapi tu hanya jadi impian sahaja tahun ni. Terima kasih kepda En. Revolusi. Tapi Alhamdulillah yang posotifnya dapat balik percumakan. Naik charlie yang terbaik dan terhebat pula tu. Macam-macam masa balik Malaysia hari tu.

   Jadi bila dah balik Malaysia wajiblah pergi jumpa sanak saudara yang ada kat sanakan. Memang cuti sebulan tu agak terisi walaupun ada sedikit sebanyak kelompongan disana sini. Nak dijadikan cerita satu hari punyalah semangat nak perg rumah nenek.

    Rumah nenek ana dekat Shah Alam Selangor, seksyen apa tak ingat la pula. Jadi seperti biasa kalau dah jumpa tu mestilah tanya khabar, bercakap tentang hal-hal pelajaran dan keadaan kat Mesir.

   Ada la dalam setengah hari juga duduk kat rumah nenek sambil borak-borak. Jadi dah penat borak-borak tanya khabar semua kami pun makanlah bersama-sama. Tapi kali ini bukan nenek yang masak, tapi Usu(makcik belah ayah yang bongsu) yang masak. Dan dia kata ini kali pertama dia masak masakan yang seperti yang dimasaknya.

    Yang specialnya nenek ana ni dulu dia pernah meniaga nasi lemak masa dekat KL dulu. Memang terkenal betulla nasik lemak dia ni. Setiap kali cuti sekolah kalau pergi gerai nenek mesti dapat rasa makan nasi lemak free+lauk apapun yang sememangnya sedap-sedap belaka.

     Jadi memang ana dah target kalau balik Malaysia nak makan nasi lemak nenek tapi malangnya haritu takde rezki. Nenek cakap kenapa tak beritahu awal-awal nak makan nasi lemak. Bolehlah nenek masakkan.Jadi ana cakap macam ni.

"InsyaAllah nek, lain kali jika dipanjangkan umur nenek masak la nasi lemak untuk Abg Long"

kemudian nenek balas macam ni pula.

"Nenek dah tak mahu dipanjangkan umur, nenek nak cepat-cepat je bertemu dengan tuhan"

     Pergh, masa ni dahla cakap sorang-sorang je dengan nenek. Siapa tak terkejut kalau ada orang cakap macam tu kan. Jadi selepas nenek cakap macam tu ana terus terdiam. Tiada kata-kata yang mampu diungkapkan.

    Bagi ana, statement nenek ni ibarat nenek dah pun ready untuk berjumpa dengan Allah SWT. Disebalik kedutan wajah tuanya, terpancar harapan yang sangat tinggi untuk bertemu dengan Rabbnya. Ana terkedu.
Kadang-kadang terfikir juga, kalau nenek dah pergi siapa lagi nak buat nasi lemak nenek. Nenek jela yang boleh buat.

    Tapi yang paling penting, jika tiada nenek. Maka siapa lagi yang mehu memberi nasihat kepada Abg Long. Abg Long masih mahukan nenek untuk memberi nasihat. Membimbing Abg Long seperti mana nenek membimbing cucu-cucu nenek yang lain. Jadi ana berharap sangat sempatlah untuk ana bertemu sebelum nenek atau diri ana sendiri yang dipanggil untuk menyahut seruan Ilahi.


***kadang2 terfikir, kita ni dah bersedia ke nak berjumpa dengan tuhan???

Thursday, May 5, 2011

IZZAH BUKAN NAMA ORANG




    'Aduh bosannya kelas hari ini, histology pulak tu' 
  
   'Apa yang prof tulis kat depan ni, tak faham langsung'

     Ayat-ayat diatas mungkin menjadi satu perkara yang biasa bagi seorang pelajar terutamanya pelajar Medic. Tetapi tidak semua pelajar medic sebegini. Diri ana sendiri mungkin boleh dikatakan tergolong dalam golongan mereka ini.

    Perkataan-perkataan tersebut mungkin datang apabila tidak ada minat untuk belajar sesetengah subjek yang sememangnya wajib diambil bagi seorang pelajar medic. Apabila tiba sahaja waktu untuk belajar contohnya histology atau biochem mula timbul perasaan dalam hati. 'Aduh tak bestnya, dahla tak faham prof ajar ape'.

   Perkara-perkara seperti inilah yang mengakibatkan sukarnya untuk memperoleh keputusan yang cemerlang. Rata-rata pelajar yang cemerlang dalam bidang ini adalah mereka yang betul-betul mempunyai minat dalam bidang ini.

    Pernah ana tanya pada seorang pelajar ikhwah yang cemerlang semasa sem 1 dengan keputusan Biochemnya yang cemerlang tentang rahsia kecemerlangannya. Dia berkata' doh aku minat subjek ni, jadi aku memang berusaha untuk dapat excellent'. Lebih kurang begitulah kata-katanya.

   Bila sudah tiada minat maka agak sukar untuk memperoleh keputusan yang cemerlang betul tak??? Bagi dirinya lagi dia berkata ' aku akan cuba untuk minat semua subjek yang aku belajar, bila dah minat senangla nak belajar'. 

   Persoalannya kenapa dia begitu berminat untuk mendalami ilmu-ilmu ini walaupun dia tahu ambil medic ini bukannya senang. Semua ini adalah kerana dia mempunyai cita-cita untuk menjadi doktor dan ingin membuktikan kepada sesetengah orang yang dia boleh jadi doktor.

     Maka dia meletakkan dirinya sebagai seorang doktor dan berkata jika aku tidak belajar dengan bersungguh-sungguh bagaimana untuk treat patient. Maka dia mempunyai IZZAH seorang doktor.

     Apabila dia terasa izzahnya sebagai seorang doktor maka kerja yang akan dilakukannya akan menjadi yang terbaik dan bersungguh-sungguh. 

    Jika ana tanya pada diri ana sendiri adakah ana mempunyai izzah ini, maka setakat yang ana boleh katakan masih kurang lagi. Banyak lagi kelemahan dalam diri ana ynag perlu dibaiki untuk menjadi doktor muslim yang berjaya.  

     Ana tidak pernah terfikir utnukmenjadi seorang doktor semasa zaman sekolah dulu. Ana lebih minat kearah engineering dan memang bersemangat untuk menjadi seorang jurutera. Sehinggakan semasa 'mock interview' di MRSM dahulu pun ana kata ana nak jadi nuclear engineer.

    Tetapi perancangan Allah Maha Baik dan dengan takdirnya ana sampai kesini, bukan sebagai seorang pelajar kejuruteraan tetapi sebagai seorang pelajar perubatan.

    Jadi nak atau tidak ana perlu membina Izzah sebagai seorang doktor, berasa bangga akan ketentuan Allah ini dan yakin keberadaan ana disini bukanlah sesuatu yang sia-sia. Malah ada hikmahnya. 

    Jadi exam pun lagi 1 hari setengah sahaja. Maka nak prepare betul-betul, harap-harap tak tergagap masa exam physiology nanti. BTW kami sekarang dalam fatrah imtihan cardiovascular system. Maka doakanlah kami ya. InsyaAllah target batch kali ini, semua cemerlang. InsyaAllah.


***kadang-kadang terfikir mana pergi Izzah kita sebagai seorang Muslim ya?

Monday, May 2, 2011

KERNA KAU MAHA MENGETAHUI

Bismillah

Alhamdulillah.

Semoga dengan penat lelah ini dibalas olehMu Ya Allah.

Dibalas dengan rahmatMu.

Ya Allah.

Aku memerlukan satu jawapan.

Yang dapat menenangkan hatiku.

Ya Allah.

Aku memerlukan petunjuk dariMu.

untuk memudahkan aku.

Ya Allah.

Aku sayang akan jalan ini.

Maka tetapkanlah hatiku padanya.

Ya Allah bantulah aku 

dalam mencari jalan yang sebenar.

Aku benar-benar tidak tahu

Fikiranku bercelaru.

Kau tahu yang terbaik buat diriku

dan buat jalanku.

Aku sudi terima

Apa sahaja jawapan dariMu

Aku juga redha 

dengan segala ketentuanMu.

Kerna sesungguhnya.

Kau Maha Mengetahui.