Friday, May 6, 2011

NASI LEMAK NENEK

     Petang-petang camni teringat pula kenangan masa balik ke Malaysia hari tu. Ingatkan nak balik Malaysia masa raya nanti. Bajet nak buat suspens balik tanpa diketahui, dah malam raya telefon rumah kata dah sampai kat KLIA.

    Tapi tu hanya jadi impian sahaja tahun ni. Terima kasih kepda En. Revolusi. Tapi Alhamdulillah yang posotifnya dapat balik percumakan. Naik charlie yang terbaik dan terhebat pula tu. Macam-macam masa balik Malaysia hari tu.

   Jadi bila dah balik Malaysia wajiblah pergi jumpa sanak saudara yang ada kat sanakan. Memang cuti sebulan tu agak terisi walaupun ada sedikit sebanyak kelompongan disana sini. Nak dijadikan cerita satu hari punyalah semangat nak perg rumah nenek.

    Rumah nenek ana dekat Shah Alam Selangor, seksyen apa tak ingat la pula. Jadi seperti biasa kalau dah jumpa tu mestilah tanya khabar, bercakap tentang hal-hal pelajaran dan keadaan kat Mesir.

   Ada la dalam setengah hari juga duduk kat rumah nenek sambil borak-borak. Jadi dah penat borak-borak tanya khabar semua kami pun makanlah bersama-sama. Tapi kali ini bukan nenek yang masak, tapi Usu(makcik belah ayah yang bongsu) yang masak. Dan dia kata ini kali pertama dia masak masakan yang seperti yang dimasaknya.

    Yang specialnya nenek ana ni dulu dia pernah meniaga nasi lemak masa dekat KL dulu. Memang terkenal betulla nasik lemak dia ni. Setiap kali cuti sekolah kalau pergi gerai nenek mesti dapat rasa makan nasi lemak free+lauk apapun yang sememangnya sedap-sedap belaka.

     Jadi memang ana dah target kalau balik Malaysia nak makan nasi lemak nenek tapi malangnya haritu takde rezki. Nenek cakap kenapa tak beritahu awal-awal nak makan nasi lemak. Bolehlah nenek masakkan.Jadi ana cakap macam ni.

"InsyaAllah nek, lain kali jika dipanjangkan umur nenek masak la nasi lemak untuk Abg Long"

kemudian nenek balas macam ni pula.

"Nenek dah tak mahu dipanjangkan umur, nenek nak cepat-cepat je bertemu dengan tuhan"

     Pergh, masa ni dahla cakap sorang-sorang je dengan nenek. Siapa tak terkejut kalau ada orang cakap macam tu kan. Jadi selepas nenek cakap macam tu ana terus terdiam. Tiada kata-kata yang mampu diungkapkan.

    Bagi ana, statement nenek ni ibarat nenek dah pun ready untuk berjumpa dengan Allah SWT. Disebalik kedutan wajah tuanya, terpancar harapan yang sangat tinggi untuk bertemu dengan Rabbnya. Ana terkedu.
Kadang-kadang terfikir juga, kalau nenek dah pergi siapa lagi nak buat nasi lemak nenek. Nenek jela yang boleh buat.

    Tapi yang paling penting, jika tiada nenek. Maka siapa lagi yang mehu memberi nasihat kepada Abg Long. Abg Long masih mahukan nenek untuk memberi nasihat. Membimbing Abg Long seperti mana nenek membimbing cucu-cucu nenek yang lain. Jadi ana berharap sangat sempatlah untuk ana bertemu sebelum nenek atau diri ana sendiri yang dipanggil untuk menyahut seruan Ilahi.


***kadang2 terfikir, kita ni dah bersedia ke nak berjumpa dengan tuhan???

No comments: