Sepanjang 3 tahun disini.
Aku bermuhasabah kembali.
Apa yang telah aku lakukan disini.
Adakah aku betul-betul manfaatkan usia dan masa.
Jika ku fikirkan.
Seorang yang cintakan ilmu.
Maka dia akan berusaha ke tempat dimana ilmu itu berada.
Jika seseorang cintakan sebuah persatuan.
Maka tenaga dan kerjanya akan difokuskan keatasnya.
Jika seorang ahli sukan.
Maka matlamatnya adalah kemenangan.
Semua menunjukkan usaha.
Kearah apa yang ingin dicapainya.
Maka aku.
Apabila aku katakan aku bersama jalan dakwah dan tarbiyah ini.
Apa bukti kesungguhanku bersamanya.
Cukupkah sekadar apa yang ada dalam usrah.
Cukupkah sekadar apa yang aku dapat dari daurah dan khatibah.
Cukupkah jika aku katakan.
" Cukuplah dengan Rehlah dan Mukhayyam "
Adakah dalam setiap apa yang ku ikuti
Ku iringi dengan kesungguhan dalamnya.
Apabila mas'ul bertanya.
Sudah habiskah bahan dibaca.
Aku hanya tersenyum dan mengatakan hanya separuh sahaja.
Apabila diminta berkorban sedikit masa.
Aku katakan ada urusan perlu diselesaikan.
Aku memberi seribu satu alasan.
Langsung tidak menunjukkan kesungguhan.
Adakah ini bukti.
Jalan yang di ikuti.
Jika dilihat.
Orang yang tidak bersama jalan ini.
Malah bersungguh dalam apa yang mereka turuti.
Kenapa jalan yang dikatakan lurus ini.
Sukar aku lunasi.
Maafkan aku wahai ummati.
Entah apa yang boleh aku berikan.
Apabila pulang ke Malaysia nanti.
Adakah aku ini angka kosong.
Ibarat buih dilautan yang dalamnya lompong.
Atau si buluh yang berisi.
Memberi manfaat kepada dunia seisi.
Setiap orang ada peranannya didunia.
Dan aku tahu aku ada.
Jadi bersemangatlah kembali.
Hiraukan cabaran disisi.
Jadikan sabar penahan diri.
Muhasabahlah kembali.
Agar aku ingat tugasan bukan hanya disini.
No comments:
Post a Comment