Saturday, June 23, 2012

--ZAMAN KECILKU--

Add caption


   Apa yang anda nampak dalam gambar diatas ini. Sengaja ditanya soalan begini. Hehe. Apa yang ana nampak adalah gambar seakan-akan sebuah hutan simpan yang dikelilingi oleh bengunan-bangunan disekitarnya. Rasanya anda pun nampak benda yang sama atau ada yang mempunyai deria ke 6 yang boleh nampak mendalam lagi.

   Gambar diatas sebenarnya menyimpan 1001 satu kenangan dan pengalaman dalam diri ana. Jika anda mahu tahu, disini merupakan tempat ana dibesarkan, dididik, disekolahkan, dilahirkan (sepatutnya tulis awal2) dan sebagainya. Pelik. Takkan lahir dalam hutan pula. Hehe.

  Tidaklah ana dilahirkan dalam hutan ni sebenarnya, tempat ini dahulunya merupakan kawasan perumahan yang digelar rumah panjang Kg Pasir. Bukan hanya di Sarawak sahaja ada rumah panjang, ditengah bandaraya KL juga ada. Dan ya, ini adalah KL.

   Sedang study2 tiba2 tangan ini gatal untuk buka google map, mungkin disebabkan perasaan rindu pada negara tercinta, tempat tumpah darahku menyebabkan nak tengok perkembangan di Malaysia terutamanya di sekitar kawasan rumah. Terlepas juga sedikit sebanyak perasaan tersebut dari hati.

 


   Bila lihat gambar diatas terimbau kenangan semasa kecil dahulu. Tempat bermain bola, tempat main sorok2 dengan teman, main kejar2 dengan kawan. Tempat terbinanya pengalaman dalam mengharungi kehidupan. 



   Teringat zaman masa sekolah rendah dahulu, pagi-pagi dikejut untuk bangun subuh, mandi air panas yang dimasak ibu pada awal pagi yang sejuk. Kemudian berbasikal kesekolah pada awal-awal pagi. Ini antara pengalaman yang rasanya tak dapat dilupakan dan akan terus tersemat dalam ingatan.

Disebelah atas adalah sekolah rendah dan sebelah bawah kiri adalah sekolah menengah dan keduanya berkongsi padang yang sama.


   Ditengah gambar tersebut terdapat kawasan lapang yang dahulunya sebuah padang permainan. Satu perkara yang masih ana ingat, sewaktu ditugaskan menjadi keeper semasa bermain bola, ana tertendang bola itu agak kuat sehingga bola itu hinggap dihadapan rumah seorang auntie cina dan menangis2 nak minta bola itu dipulangkan semua kerana bola tersebut telah merosakkan beberapa barang dihadapan rumahnya. T_T.

   15 tahun merupakan satu tempoh yang sangat lama. 15 tahun ana tinggal dan dibesarkan disini.  Di sinilah menjadi tempat tinggal, tempat bermain , tempat asal usul yang takkan pernah dilupakan. Bila teringat semua kenangan disini, rasa rindu pada zaman kecil itu membuak2 bagai gunung berapi yang menggelegak. Allahuakbar, seronok bila mengimbas kembali semua ini. Air mata pun hampir menitis kerana terlalu rindu dengan suasana zaman kecil ini. Tidak tahu bagaimana untuk menterjemahkan perasaan pada ketika ini. Yang boleh dikatakan adalah, rindu rindu rindu. Rindu Malaysia. Malangnya tahun ini tak balik pula, ingin mengutip pengalaman yang lebih di bumi orang pula. Doakan.


No comments: