Monday, August 30, 2010

Finding Hope...



"Why is it so cold outside, where am I. Is this the outside world?. I'm so hungry, can someone give me something to fill my stomach?. Someone?. Please."

Uweekk weeek weeek. Sound of a newborn baby could be heard miles away from the place he was born. The sky was full with cloud that gather together likely to create some frightening thunder followed by the baby's crying. It was in the middle of evening where a lot of people were going back home after their day of hardworking to gain some money for their family and for themselves. Deep in the alley of Haji Taib. A skinny looking women with a short curly hair and brown t-shirt had given birth a cute little baby in a hidden place within the alley.

"Oh no, what I gonna do with this child. What have I done. Oh god please forgive all my sins. I know that i"m wrong. If I were to keep this child, he'll surely bring me a lot of trouble. My dad would kill me if he knows anything about this. Oh no" the women talked to herself. Thinking on what she should do with this baby. Every time somebody pass by the alley she would hide herself from being seen by people. She was scared if peoples know 'bout her giving birth to a child with unknown father.

The world felt to be small. Satan Laknatullah are likely doing their work to persuade the mother to do unnecessary things to the child. "oh maybe i should kill the child, maybe I can put him into the plastic bag and throw him away. Or maybe I should just end his life by drowning him to death and then buried him once and for all." the women monologued by herself. " or maybe I can just let him to be here. Maybe someone who is kind will take him and take care of him. I think this is the best choice to make." said the women again.

After thinking for a while the women had decided to leave the child aside. A kiss of goodbye was given to the child. It was hard even for that women to leave the child alone. The child that has been raise about 9 months and 9 days in her body. All the hard time that they had together. But lastly, the child had to be abandoned alone, in the darkness of the street, hidden by the trashes alongside of the road. The fate of the child is unknown. Only Allah SWT knows what would happen to this poor child. Covered by a white blanket stained by his mother's blood to kept him from the cold wind that flew through every inch of his body.

"Mom, O mom, I'm hungry. Where are you?. Why did you left me? What have I done wrong. Mom?. I'm cold. I need you to warm body, to give me the heat of life. Spare some of it for me. Mom? Why did you left me behind just like this after I was born. I known nothing. Just crying for you to get noticed of me.Mom? Please don't leave me like this........
Do you have to left me mom?
----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT kerana masih diberi peluang untuk hidup. Masih diberi peluang untuk kita membaiki kelemahan diri yang ternyata dan sememangnya banyak dalam diri ini. Sekarang banyak kita mendengar kisah di dada2 akhbar tentang kes membuang bayi. Kes melahirkan anak luar nikah. Yang dimana pengakhirannya adalah disebalik tong2 sampah, yang dimana pengakhirannya adalah kematian sebelum sempat mereka mengenal kehidupan didunia ini. Mungkin ini lebih baik bagi mereka. Dalam keadaan begini, pastinya pengakhiran mereka adalah di syurga nanti. InsyaAllah.

Sedar tidak sedar hampir setiap hari perkara seperti ini disiarkan. Kita yang sudah sedih dengan kisah2 yang lepas bertambah lebih sedih dan pilu apabila perkara ini semakin menjadi2. Di ibaratkan seperti sampah, anak2 kecil yang tidak bersalah, yang tidak mengetahui apa2 menjadi mangsa keadaan apabila mereka dibunuh, dibuang dan macam2 lagi. Sudah menjadi 'trend' pada zaman ini, pemuda pemudi yang berkemungkinan terlanjur lalu yang perempuannya membulat perutnya akhirnya 'benda bulat' itu dibuang bagai sampah yang tidak berguna lagi nilainya.

Daripada perkara ini kita dapat menilai betapa teruk dan seriusnya masalah sosial yang sedang melanda negara kita sekarang ini. Pada pendapat ana sendiri. Kemungkinan besar yang menyebabkan perkara ini berlaku disebabkan oleh hubungan yang terjalin antara lelaki dan perempuan. Dengan kata lainnya 'ikhtilat'. Apabila perkara ini tidak terjaga maka lahirlah perkara2 seperti ber'couple', berdua-duaan dan bermacam2 lagi istilah yang boleh digunakan. Kita sendiri tahu apabila bersendirian 2 anak Adam laki dan perempuan. Maka yang ketiganya adalah syaitan. 

Kita sendiri sudah mafhum dengan tugas2 yang dipikul oleh syaitan Laknatullah ini. Bagaimana 'eager'nya mereka untuk menyesatkan anak Adam supaya mereka yang 'terpilih' ini dapat bersama2 mereka menjadi bahan bakar api neraka. Apabila kita berjumpa dengan sesetengah remaja, ada diantara mereka yang tidak tahu bahawa perkara ini adalah haram dan salah bagi mereka untuk melakukannya. Bagi mereka ini adalah perkara biasa, yang telah menjadi budaya dalam masyarakat kita pada zaman ini. Boleh dikatakan hal ini bukan menjadi budaya malah menjadi adat kepada mereka dalam hal 'ikhtilat' ini.

Pergaulan yang terlalu bebas antara lelaki dan perempuan menyebabkan banyak2 kes2 seperti ini berlaku. Mungkin pada mulanya mereka berkenal-kenalan kemudian terus kepada fasa ber'couple' kemudian sedikit demi sedikit mereka beralih kepada fasa yang tidak terjangkau oleh pemikiran kita. Akhirnya kes2 seperti membuang bayi ini menjadi satu perkara yang biasa.

Ana menulis tentang perkara ini sebenarnya, ingin mengingatkan diri ana sendiri dan juga bagi sesiapa yang membaca, untuk memikir dan bermuhasabah diri. Apakah sebenarnya tanggungjawab kita atas perkara seperti ini. Adakah kita hanya patut melihat sahaja dan buat2 tidak tahu dengan apa yang berlaku?. Ataupun kita boleh , mengambil langkah sekurang2nya dengan saling mengingat antara satu sama lain. Jika di tempat kita atau di kawasan kejiranan kita sendiri. Jika kita melihat kemungkaran berlaku dengan berleluasa. Adakah kita patut duduk diam. Bak kata pepatah Inggeris 'sit back and relax'. Adakah seperti itu? Sekurang2nya kita fikir apa yang kita boleh sumbangkan bagi membendung perkara ini.

Gunakan medium2 yang ada untuk saling mengingati dan menyampaikan dakwah diantara satu sama lain. Semoga dengan ini kita dapat membendung perkara ini dari terus berlaku. Ana tertarik dengan satu kempen yang dijalankan di sebuah negeri di Malaysia. Kempen yang diberi nama Kempen Menutup Aurat. Perkara2 seperti ini sepatutnya selalu diadakan. Sebab jika difikirkan sendiri secara logik. Apakah hikmah sebenarnya suruhan Allah SWT menyuruh kita menutup aurat? Sudah tentu bagi membendung masalah2 seperti ini contohnya. Setiap suruhan Allah SWT itu ada hikmahnya dan Allah tidak akan suruh jika hal ini memudaratkan. Cuma bagi sesetengah dari kita yang tidak dapat menerima perkara seperti ini. Ana pun tidak tahu mengapa. Akhir kalam sama2lah kita berdoa agar Malaysia menjadi sebuah negara yang aman. Aman dari maksiat dan kemungkaran. Jika diikutkkan hati banyak lagi perkara yang ana ingin bebelkan. Tapi mungkin sampai setakat ini sahaja untuk kali ini. Wallahualam.

Wednesday, August 25, 2010

Penatnya Berjalan



Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT yang masih memberi kita peluang untuk merasai nikmatnya di bulan ramadhan yang mulia ini. Jika di Malaysia nikmat ketika berbuka puasa memang tiada tolok bandingnya dengan juadah2 yang menyelerakan dan dapat menggamit perasaan sesiapa sahaja. Jika di Mesir ini pula iftar jama'e memang terkenal dalam kalangan pelajar2 Malaysia di sini. Sedar tidak sedar kita telahpun memasuki fasa ke-2 dalam bulan ramdhan ini. Sedar tidak sedar juga telah kita hampir sampai ke pertengahan ramadhan pada kali ini.

Disini ana sebenarnya ingin berkongsi satu pengalaman ana disini pada hari ini ya'ni pada hari ke-14 ramadhan  dimana ana sekarang berada di Kaherah. Lebih tepat lagi di Hayyu Asyir. Ana telah menyertai sebuah program dimana program ini dijalankan bagi memperingati peristiwa Badar Al-Kubra bertarikh pada 17 ramadhan nanti. Berkisarkan kisah Badar Al-Kubra ini. Peristiwa yang boleh dikatakan ajaib kerana pada tarikh ini umat Islam yang seramai 313 orang telah berjaya mengalahkan 1000 orang tentera musyrikin Mekah yang dilengakapi dengan pelbagai alatan persenjataan dan alat2 peperangan yang jauh lebih baik jika hendak dibandingkan dengan kaum muslimin pada ketika itu.

Apa yang ana nak ceritakan disini adalah bagaimana semangat pasukan tentera Islam yang pada mulanya pergi dengan tujuan untuk mengambil harta dan apabila sampai disana mereka diberitahu Rasulullah SAW yang mereka akhirnya terpaksa berperang. Perjalanan dari Yathrib ke Badar bukanlah satu perjalanan yang dekat. Malahan perjalanan yang memakan masa yang lama. Lebih2 lagi pada ketika merupakan bulan puasa yang mana mereka perlu menahan lapar dan dahaga seterusnya perlu berperang bagi menegakkan syariat Allah SWT.

Itu merupakan serba sedikit kisah mengenai Badar Al-Kubra, Kisahnya sebenarnya panjang tetapi yang ana ingin ceritakan disini adalah pengalaman ana sepanjang program ini dijalankan. Pada pukul 5 pagi kami dikumpulkan dan aktiviti bermula dengan sedikit pengkisahan tentang peristiwa ini oleh Ustaz yang telah ana lupa namanya. Susah juga nak mengingat nama ni. Kemudian kami dibahagikan kepada 3 kumpulan A,B & C yang mana kami diminta untuk berjalan kaki dari kawasan Hayyu Asyir ini sehingga ke Masjid Nur yang jaraknya lebih kurang 12-15 KM . Tetapi disebabkan ana datang lambat untuk program ini menyebabkan ana dan sahabat2 yang lain terpaksa berjalan dari Hayyu Asyir sehingga ke Masjid Fatah di ramses yang jauhnya hanya Allah sahaja yang tahu.

Kami diberikan 'wajibat2' masing2 semasa berjalan bersama dengan pasangan kami. Antaranya adalah sesi taaruf sambil berjalan, menceritakan serba sedikit tentang kerja2 dakwah yang pernah dilakukan tidak  kira kepada keluarga mahupun orang luar. Ana ditakdirkan utnuk bersama2 dengan 2 orang Ustaz yang baik hati yang diberi nama Ustaz Fahimi Bazlan & Ustaz Meor M. Azim jika ana tidak silap. Pada awal perjalanan kami menceritkan serba banyak tentang diri kami bagi tujuan merapatkan ukhuwah sesama kami. Banyak perkara yang kami ceritakan sepanjang perjalanan yang dimana tidak dapat untuk ana masukkan disini.

Pelbagai rintangan yang kami hadapi semasa berjalan pada hari ini. Dengan dalam keadaan berpuasa, kedai2 'asir' ditepi2 jalan sememangnya menggugat iman. Bayangkan terpaksa berjalan dalam jarak 20 KM. Penatnya memang tidak boleh dinyatakan. Pelbagai perasaan yang ana rasa pada ketika itu, penat, letih, rasa nak minum asir. Boleh kata semua ada. Tapi bila dah sampai ke masjid. Alhamdulillah rasa sangat2 best sebab dapat jumpa air. Bukan untuk diminum, tapi untuk membasahkan dan menyegarkan badan yang kering serta tidak bermaya ini.

Tapi sepanjang perjalanan ini, apa yang ana dapat adalah betapa hebatnya Rasulullah SAW dan para sahabat dahulu, yang berjalan begitu jauh di bulan puasa dan terpaksa pula berperang menentang musuh Islam pada ketika itu. Ana yang hanya berjalan 20 KM sudah berasa lemah longlai apatah lagi para sahabat yang menempuh perjalanan di padang pasir yang panas. Jika ada yang rasa nak mencuba silakan. Supaya kita dapat ambil pengajaran daripada peristiwa itu sendiri. Memang satu pengalaman yang memberi banyak pengajaran sebenarnya kepada diri ana sendiri. Mungkin setakat ini sahaja untuk kali ini.

Disini ana ingin kongsi satu video yang dibuat oleh senior di Alex. Sangat menarik.
Ana sertakan link nya sahaja.NUR ATAS NUR

Saturday, August 21, 2010

Ana sedang mencari JODOH...Sapa sudi?


Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT, dengan izinnya ana masih diberi peluang untuk menghirup udara segar di pagi yang hening di bumi Mesir ini. Sekarang ni kita tahu bahawa ramai senior2 kita yang bakal mendirikan rumah tangga. Alhamdulillah mereka telahpun menemui jodoh mereka dan bakal mendirikan rumah tangga tak lama lagi. Tahniah diucapkan. Semoga perkahwinan ini bakal membawa rahmat dan dapat meneruskan generasi Islam yang bakal menjadi mujahid atau mujahidah satu hari nanti insyaAllah.

Kalau dilihat, ditengok, diperhatikan tajuk di atas tu, fahamlah bahawa ana sememangnya sedang mencari jodoh. Mungkin ada yang kata bukan terlalu awal ke? atau weh baru 1st year kot?muda lagila... Tetapi kahwin waktu muda2 ni pun apa salahnya kan. Tengok Abg Din, kahwin awal rilek jer.(yeker rilek)..huhu. Lagipun memang digalakkan pemuda pemudi yang dah layak & cukup syarat untuk dikahwinkan. Betul tak?

Tetapi yang sebenarnya jodoh yang ana sedang tercari2 ni bukanlah untuk ana. Betullah macam statement kat atas tu. Bagi ana awal lagi. Boleh kata sekarang ini 'rilek2' la dulu. Belajar pun entah kemana dah nak kahwin. Sebenarnya ana ada dapat permintaan dari seseorang untuk carikan jodoh ni. Orang kata daftar sahaja dekat 'BAIT MUSLIM' senang cerita tapi untuk kes ni ana rasa tak boleh rasanya....huhu. Sebabnya adalah orang yang minta ana carikan itu adalah..........................................




Haaa inilah dia... kenal tak? Yang belah kiri tu.


Disini ana sertakan sedikit biodata beliau :

  • Selalunya kami panggil dia Sheikh Muhammad atau nama penuh dia Muhammad Hamid
  • Berumur 26 tahun
  • Merupakan pelajar Universiti Al-Azhar dalam bidang apa tidak pula diketahui. Juga adalah seorang pengajar bacaan Al-Quran di Maahad yang tidak dapat ana ingat namanya.
  • Seorang yang sangat baik hati. Ana sendiri bila jumpa dia dapat rasa ketenangan dihati.
  • Menetap di bermacam2 tempat. Kadang2 dekat mandarah, kadang2 dekat ibrahimiah, kadang2 kat Cairo. Kira selalu 'travel' jugalah sheikh ni.
  • Merupakan seorang yang  tegas bila sampai bab membaca Al-quran. Ana sebenarnya mengaji quran dengan dia. Syadidnya boleh tanya pada sahabat2 yang lain. 
  • Dengar cerita sahabat2 dia suka makan pisang.
  • Masakannya juga boleh tahan sedapnya. Boleh kata dia ni pandailah juga bab2 memasak ni.
  • Seorang yang menghafaz Al-Quran. 

Wanita idamannya yang dia inginkan :

  • subjek mestilah seorang wanita
  • subjek hendaklah berasal dari Malaysia. Kira dia nak kawin dengan perempuan Melayu la. Ana ada juga cakap kat dia kenapa tak ambil sahaja dari kelas Maahad. Tapi macam 'no response' .Mungkin dia segan kot.

Pendapat ana sendiri tentang dia :

  • Jika ana ini berada dalam 'side' wanita. Pastinya ana inginkan lelaki yang soleh. Yang dapat membimbing kita ke jalan yang lurus. Dengan jawapan yang pasti ana dah masuk minang dah sheikh ni.
  • Ana bukan apa, kesian kat dia. Asyik suruh ana carikan dia jodoh, carikan jodoh. Dah takde jalan lain. Hanya wasilah ini sahaja yang ana mampu untuk tolong dia.
  • Mungkin ada yang akan kata, sheikh ni Mesir, aku pula Malaysia. Mush mumkin. Jawapannya terletak pada diri anda sendiri. Ana boleh jamin, dia lelaki yang terbaik untuk wanita2 diluar sana. Serius ana tidak menipu.
  • dalam bahasa inggerisnya "He is a very thrustworthy man'. You will not regret in marrying him". Percayalah.
Sedikit kalam :
  • Hanya ini yang ana mampu buat untuk sheikh, lain2 terserah pada Allah SWT. Mana tahu ada wanita yang terbaca blog ni terbuka hati untuk masuk minang sheikh ni.
  • Kalau boleh nak je daftarkan nama dia dalam BAIT MUSLIM. Tapi kalau orang arab boleh ke?
  • Dia ni boleh kata bekerja sambil belajar. Bekerja sebagai guru dan juga seorang pelajar.
  • Ana doakan dia semoga dia bertemu dengan jodoh yang dikendakinya dan yang terbaik untuknya.
Macam mana nak masuk minang?
  • Ana sendiri sebenarnya tak pasti bagaimana. Bagi mereka yang ada kat Mesir ni. Jika terbuka hati dan dapat kebenaran ibu dan bapa bolehlah 'join' Maahad Quran ni. Selepas itu pandai2lah ya.
  • Bagi yang ada kat Malaysia pula. Ana tak pasti macam mana. Minta maaf banyak2. Mungkin boleh datang mesir kot.
  • Mengikut segala hukum syara' yang telah ditetapkan Islam.(sepatutnya yang ni kat atas sekali)
Wallahualam.

Thursday, August 19, 2010

Kibdah atau Hati?


Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT yang masih memberi nafas kepada diri ana dan juga anda semua. DIA yang masih memberikan kita kehidupan walaupun banyaknya dosa yang kita telah lakukan terhadapNya. Tidak malukah kita, yang  bertaraf hanya sekadar hamba, tetapi masih tidak mengambil apa2 inisiatif untuk meningkatkan iman dan amal termasuklah diri ana yang lemah ini. Alhamdulillah jantung kita masih lagi berdegup dan berfungsi bagi mengalirkan cecair yang memberi kehidupan. Otak yang masih berfungsi untuk memikirkan yang mana yang baik dan mana yang buruk. Disini ana ingin mengajak sahabat2 sekalian untuk bermuhasabah diri dan juga sentiasa menggunakan akal yang diberi kearah kebaikan bukan sebaliknya.

Hmm...berkenaan dengan organ2 tersebut. Jika dalam bahasa inggerisnya dipanggil 'vital organ' dan sememangnya kita tahu organ2 tersebut merupakan antara organ yang terpenting untuk mengekalkan kita sihat. Bagi emnjaga kesihatan jantung kita mengurangkan makanan yang ber'cholesterol' tinggi, sentiasa bersenam dal lain2 lagi. Bagi menjaga otak yang mengawal keseluruhan badan kita, kita mengambil pelbagai makanan yang mempunyai pelbagai vitamin didalamnya. Tetapi bagaimana pula dengan hati? Yang ana maksudkan dengan hati bukanlah hati yang kita biasa makan tu. Jika kat mesir ni dipanggil 'kibdah'. Tentu sekali bukan yang itu.

Nabi SAW pernah bersabda mafhumnya 'di dalam diri anak adam itu terdapat sejenis daging, jika baik daging  itu maka baiklah keseluruhannya, jika buruk daging itu maka buruklah keseluruhannya, yang itulah dinamakan hati.'...Kita sentiasa menjaga kita punya anggota badan. Kalau di mesir ni, ramailah budak2 laki pergi gym dengan tujuan untuk menyihatkan badan dan sebagainya. Tetapi adakah diri kita pernah 'concern' dengan keadaan hati atau dengan lebih tepat iman kita. Orang kata kalau nak badan sihat kita perlu makan benda2 yang berkhasiat. Tapi bagaimana pula dengan hati kita? Makanan yang berbentuk apa pula yang perlu diberi untuk mencerahkan hati kita ini. Hmm... Sudah tentu kebanyakan dari kita tahu apa dia kan?

Zikir, tazkirah, meluangkan masa membaca Al-quran. Semua itu merupakan makanan bagi hati kita. Dah alang2 di bulan ramadhan ni. Inilah masa yang sangat sesuai bagi kita untuk meningkatkan lagi keimanan kita kepada Allah SWT. Jagalah hati kita ini, sentiasalah bersihkannya dan jangan biatkannya berkulat yang hanya akan membawa keburukan kepada diri kita ini. Jangan biarkan nafsu yang telah dididik oleh syaitan laknatullah sebelum ramadhan ini menguasai diri kita. Tutupilah nafsu tersebut dengan berbuat amal kebaikan dan membiarkan iman kita membaluti dan menutupi nafsu pada bulan yang mulia ini.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Habis cerita tentang hati ni meh ana nak habaq mai kat semua haha.

Tarikhnya semalam

Dirumah ana sendiri

Iftar bersama sahabat2

Ayam Masak Kari, beserta telur dadar dll.



'Egytian'

Ni adalah kali ke-2 kot ana masak kat rumah ni. Ada jugalah rasa karinya cuma kurang garam sikit. Nak rasa takut tertelan pula. Batal gak puasanya nanti...Huhu

Wednesday, August 18, 2010

Saudara Baru



Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT tuhan sekalian alam. Selesai sudah diskusi kitab pada hari ini. Kitab Hukum Hakam saudara Baru Islam yang ditulis sendiri oleh Ustaz Zamzaini dan disampaikan oleh Ustaz Fairuz Tamjis pada hari ini sedikit sebanyak memberi 'input' kepada diri ana sendiri.

Hukum Hakam Saudara Baru Islam


Ana teringin sekali untuk berkongsi ilmu yang ana dapat pada hari ini. Sepanjang diskusi kitab ini berlangsung ana ada terimbas kembali kenangan sewaktu berada di PLKN Similajau dahulu. Sepanjang 3 bulan berada disana pelbagai peristiwa yang berlaku. Cuma yang ana ingin ceritakan disini adalah pengalaman ana sendiri melihat rakan2 yang 'non-muslim' cuba untuk memeluk agama Islam semasa berada di kem tersebut. Tidak kira dari kaum Iban, India dan yang lain. Ramai sebenarnya terutamanya yang berasal dari Sarawak cuba untuk mengenali agama Islam. Betapa indahnya, sewaktu mendengar pengakuan seorang sahabat. Dia berkata, dia tertarik dengan Islam hanya kerana mendengar laungan azan di sekitar kawasan rumahnya. Allah SWT telah membuka hatinya untuk mengenali Islam dan bukan setakat itu sahaja. Beliau juga ingin sekali memeluk Islam.

Kadang2 kita terfikir, orang lain berlumba2 untuk memeluk Islam. Tetapi ada diantara kita yang telah mewarisi keislaman sejak dari dilahirkan cuba untuk keluar dari agama ini. Sedih bukan?

Kali ini ana ingin cuba berkongsi apa yang ana dapat ataupun sedikit hasil dari diskusi kitab pada hari ini.
Apa yang ana tertarik sebenarnya dengan kitab ini adalah bagaimana ataupun cara kita ataupun peranan kita untuk membantu sahabat2 kita yang baru memeluk Islam. Boleh diakatakan seperti apa yang tertulis dalam kitab ini sebagai wasiat dan nasihat kepada saudara baru Islam. Ataupun yang ingin memasuki Islam.


  1. Bersyukur kepada Allah SWT yang telah memberi hidayah kepada dirinya, yang telah membuka hatinya untuk menerima Islam.
  2. Tidak berlagak sombong setelah memasuki Islam.
  3. Hendaklah menuntut ilmu dengan menghadiri kelas2 yang memberi kefahaman tentang Islam.
  4. Cuba untuk mengajak orang lain seperti ahli keluarga, sahabat handai.*bak kata Ustaz kamu ni dah ada kunci syurga jangan pula kamu tidak berkongsi kunci syurga dengan orang lain.
  5. Cuba mencari satu persatuan atau masjid yang boleh membimbing diri kearah untuk memahami Islam
  6. Mempelajari Bahasa Arab
  7. Mempelajari Al-Quran
  8. Buat apa yang diperintah, tinggalkan apa yang dilarang.
  9. Ikhlaskan hati dalam memeluk Islam
  10. Banyakkan berdoa kepada Allah SWT.

Teringat juga pengalaman ana disana(PLKN), apabila sahabat ana yang lain cuba untuk membimbing 'mereka2' ini. Cuma pada masa itu dengan pengalaman dan ilmu yang tidak seberapa. Kami hanya mencuba apa yang kami mampu. Banyak lagi sebenarnya yang ana dapat pada hari ini. Cuma jika ingin diceritakan akan menjadi meleret2 pula nanti. Jika mahu tahu lebih lanjut boleh dapatkan kitab ini. Mudah bagi penduduk Mesir insyaAllah tapi susah sikit bagi penduduk negara lain. Hehe... Mungkin itu sahaja untuk kali ini. Wallahualam.

Monday, August 16, 2010

IFTAR MA'AL AROBI


Semalam bertarikh 15 ogos /5 Ramadhan.

Bertempat di Asrama MARA Iskandariah

Berbuka bersama dengan 'guard' asrama a.k.a Ammu Khomis & 'family'.


His family


Ikan Bakar, Ikan Goreng, Sambal Cili dll.

Merupakan satu pengalaman yang manis berbuka bersama mereka.

KEMANISAN MEMPELAM


Alhamdulillah setinggi2 kesyukuran kepada Allah SWT. Akhirnya dengan izinNya ana telah mempunyai sebuah blog yang mana sebelum ini sangat2 malas untuk buat tetapi akhirnya dibukakan hati untuk membuatnya. Semuanya bermula apabila ana membaca sebuah blog yang menjadi hak milik seorang adik kecil yang berumur dalam lingkungan 10 tahun yang telah menjadikan blognya sebuah medium dakwah dan ana mengatakan kepada diri sendiri jika seorang kanak2 sekecil itu boleh menggunakan blog sebagai medium perkongsian dan dakwah. Kenapa tidak diri ana sendiri. Malu dengan diri sendiri menyebabkan ana mula berjinak dalam dunia blogging ini.

Nabi SAW bersabda, 'sampaikan dariku walau satu ayat' akan ana jadikan panduan untuk sama2 berkongsi ilmu2 yang bermanfaat dan juga pengalaman2 ana selagimana ana diberikan nafas untuk hidup dan bergerak sepertimana sekarang. Semoga dengan perkongsian ini dapat menjadi tidak pengajaran juga pengalaman kepada semua insyaAllah. Teringat kata2 ustaz ana, apabila kamu mengucap 2 kalimah syahadah, secara automatik tugas dakwah itu berada diatas bahu kamu. Jadi selain menjadi seorang manusia yang menjalani hidup seperti orang lain, jangan kita sesekali lupa bahawa ada satu tanggungjawab yang besar tergalas dibahu kita selain dari tanggungjawab2 yang lain. Ya'ni, tanggungjawab sebagai seeorang da'ie.



Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada mereka yang menjayakan blog ini . Mungkin ada yang tertanya2 kenapa MEMPELAM???.Hal ini ana ucapkan kepada terima kasih yang tidak terhingga kepada seorang sahabat(TAPAI) yang kini berada di Malaysia. Jika tidak dengan bantuannya tidak tertimbul nama MEMPELAM ini. Juga terima kasih kepada mereka yang sudi meluangkan masa dan membaca blog ini.

Walauapapun, ini hanyalah permulaan bagi diri ini ana untuk menceburi dalm bidang berblogging ini. Jadi tunjuk ajar sangat2 diperlukan daripada semua.
Jazakumullah.