Wednesday, August 18, 2010

Saudara Baru



Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT tuhan sekalian alam. Selesai sudah diskusi kitab pada hari ini. Kitab Hukum Hakam saudara Baru Islam yang ditulis sendiri oleh Ustaz Zamzaini dan disampaikan oleh Ustaz Fairuz Tamjis pada hari ini sedikit sebanyak memberi 'input' kepada diri ana sendiri.

Hukum Hakam Saudara Baru Islam


Ana teringin sekali untuk berkongsi ilmu yang ana dapat pada hari ini. Sepanjang diskusi kitab ini berlangsung ana ada terimbas kembali kenangan sewaktu berada di PLKN Similajau dahulu. Sepanjang 3 bulan berada disana pelbagai peristiwa yang berlaku. Cuma yang ana ingin ceritakan disini adalah pengalaman ana sendiri melihat rakan2 yang 'non-muslim' cuba untuk memeluk agama Islam semasa berada di kem tersebut. Tidak kira dari kaum Iban, India dan yang lain. Ramai sebenarnya terutamanya yang berasal dari Sarawak cuba untuk mengenali agama Islam. Betapa indahnya, sewaktu mendengar pengakuan seorang sahabat. Dia berkata, dia tertarik dengan Islam hanya kerana mendengar laungan azan di sekitar kawasan rumahnya. Allah SWT telah membuka hatinya untuk mengenali Islam dan bukan setakat itu sahaja. Beliau juga ingin sekali memeluk Islam.

Kadang2 kita terfikir, orang lain berlumba2 untuk memeluk Islam. Tetapi ada diantara kita yang telah mewarisi keislaman sejak dari dilahirkan cuba untuk keluar dari agama ini. Sedih bukan?

Kali ini ana ingin cuba berkongsi apa yang ana dapat ataupun sedikit hasil dari diskusi kitab pada hari ini.
Apa yang ana tertarik sebenarnya dengan kitab ini adalah bagaimana ataupun cara kita ataupun peranan kita untuk membantu sahabat2 kita yang baru memeluk Islam. Boleh diakatakan seperti apa yang tertulis dalam kitab ini sebagai wasiat dan nasihat kepada saudara baru Islam. Ataupun yang ingin memasuki Islam.


  1. Bersyukur kepada Allah SWT yang telah memberi hidayah kepada dirinya, yang telah membuka hatinya untuk menerima Islam.
  2. Tidak berlagak sombong setelah memasuki Islam.
  3. Hendaklah menuntut ilmu dengan menghadiri kelas2 yang memberi kefahaman tentang Islam.
  4. Cuba untuk mengajak orang lain seperti ahli keluarga, sahabat handai.*bak kata Ustaz kamu ni dah ada kunci syurga jangan pula kamu tidak berkongsi kunci syurga dengan orang lain.
  5. Cuba mencari satu persatuan atau masjid yang boleh membimbing diri kearah untuk memahami Islam
  6. Mempelajari Bahasa Arab
  7. Mempelajari Al-Quran
  8. Buat apa yang diperintah, tinggalkan apa yang dilarang.
  9. Ikhlaskan hati dalam memeluk Islam
  10. Banyakkan berdoa kepada Allah SWT.

Teringat juga pengalaman ana disana(PLKN), apabila sahabat ana yang lain cuba untuk membimbing 'mereka2' ini. Cuma pada masa itu dengan pengalaman dan ilmu yang tidak seberapa. Kami hanya mencuba apa yang kami mampu. Banyak lagi sebenarnya yang ana dapat pada hari ini. Cuma jika ingin diceritakan akan menjadi meleret2 pula nanti. Jika mahu tahu lebih lanjut boleh dapatkan kitab ini. Mudah bagi penduduk Mesir insyaAllah tapi susah sikit bagi penduduk negara lain. Hehe... Mungkin itu sahaja untuk kali ini. Wallahualam.

No comments: