Thursday, August 19, 2010

Kibdah atau Hati?


Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT yang masih memberi nafas kepada diri ana dan juga anda semua. DIA yang masih memberikan kita kehidupan walaupun banyaknya dosa yang kita telah lakukan terhadapNya. Tidak malukah kita, yang  bertaraf hanya sekadar hamba, tetapi masih tidak mengambil apa2 inisiatif untuk meningkatkan iman dan amal termasuklah diri ana yang lemah ini. Alhamdulillah jantung kita masih lagi berdegup dan berfungsi bagi mengalirkan cecair yang memberi kehidupan. Otak yang masih berfungsi untuk memikirkan yang mana yang baik dan mana yang buruk. Disini ana ingin mengajak sahabat2 sekalian untuk bermuhasabah diri dan juga sentiasa menggunakan akal yang diberi kearah kebaikan bukan sebaliknya.

Hmm...berkenaan dengan organ2 tersebut. Jika dalam bahasa inggerisnya dipanggil 'vital organ' dan sememangnya kita tahu organ2 tersebut merupakan antara organ yang terpenting untuk mengekalkan kita sihat. Bagi emnjaga kesihatan jantung kita mengurangkan makanan yang ber'cholesterol' tinggi, sentiasa bersenam dal lain2 lagi. Bagi menjaga otak yang mengawal keseluruhan badan kita, kita mengambil pelbagai makanan yang mempunyai pelbagai vitamin didalamnya. Tetapi bagaimana pula dengan hati? Yang ana maksudkan dengan hati bukanlah hati yang kita biasa makan tu. Jika kat mesir ni dipanggil 'kibdah'. Tentu sekali bukan yang itu.

Nabi SAW pernah bersabda mafhumnya 'di dalam diri anak adam itu terdapat sejenis daging, jika baik daging  itu maka baiklah keseluruhannya, jika buruk daging itu maka buruklah keseluruhannya, yang itulah dinamakan hati.'...Kita sentiasa menjaga kita punya anggota badan. Kalau di mesir ni, ramailah budak2 laki pergi gym dengan tujuan untuk menyihatkan badan dan sebagainya. Tetapi adakah diri kita pernah 'concern' dengan keadaan hati atau dengan lebih tepat iman kita. Orang kata kalau nak badan sihat kita perlu makan benda2 yang berkhasiat. Tapi bagaimana pula dengan hati kita? Makanan yang berbentuk apa pula yang perlu diberi untuk mencerahkan hati kita ini. Hmm... Sudah tentu kebanyakan dari kita tahu apa dia kan?

Zikir, tazkirah, meluangkan masa membaca Al-quran. Semua itu merupakan makanan bagi hati kita. Dah alang2 di bulan ramadhan ni. Inilah masa yang sangat sesuai bagi kita untuk meningkatkan lagi keimanan kita kepada Allah SWT. Jagalah hati kita ini, sentiasalah bersihkannya dan jangan biatkannya berkulat yang hanya akan membawa keburukan kepada diri kita ini. Jangan biarkan nafsu yang telah dididik oleh syaitan laknatullah sebelum ramadhan ini menguasai diri kita. Tutupilah nafsu tersebut dengan berbuat amal kebaikan dan membiarkan iman kita membaluti dan menutupi nafsu pada bulan yang mulia ini.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Habis cerita tentang hati ni meh ana nak habaq mai kat semua haha.

Tarikhnya semalam

Dirumah ana sendiri

Iftar bersama sahabat2

Ayam Masak Kari, beserta telur dadar dll.



'Egytian'

Ni adalah kali ke-2 kot ana masak kat rumah ni. Ada jugalah rasa karinya cuma kurang garam sikit. Nak rasa takut tertelan pula. Batal gak puasanya nanti...Huhu

No comments: