Wednesday, August 25, 2010

Penatnya Berjalan



Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT yang masih memberi kita peluang untuk merasai nikmatnya di bulan ramadhan yang mulia ini. Jika di Malaysia nikmat ketika berbuka puasa memang tiada tolok bandingnya dengan juadah2 yang menyelerakan dan dapat menggamit perasaan sesiapa sahaja. Jika di Mesir ini pula iftar jama'e memang terkenal dalam kalangan pelajar2 Malaysia di sini. Sedar tidak sedar kita telahpun memasuki fasa ke-2 dalam bulan ramdhan ini. Sedar tidak sedar juga telah kita hampir sampai ke pertengahan ramadhan pada kali ini.

Disini ana sebenarnya ingin berkongsi satu pengalaman ana disini pada hari ini ya'ni pada hari ke-14 ramadhan  dimana ana sekarang berada di Kaherah. Lebih tepat lagi di Hayyu Asyir. Ana telah menyertai sebuah program dimana program ini dijalankan bagi memperingati peristiwa Badar Al-Kubra bertarikh pada 17 ramadhan nanti. Berkisarkan kisah Badar Al-Kubra ini. Peristiwa yang boleh dikatakan ajaib kerana pada tarikh ini umat Islam yang seramai 313 orang telah berjaya mengalahkan 1000 orang tentera musyrikin Mekah yang dilengakapi dengan pelbagai alatan persenjataan dan alat2 peperangan yang jauh lebih baik jika hendak dibandingkan dengan kaum muslimin pada ketika itu.

Apa yang ana nak ceritakan disini adalah bagaimana semangat pasukan tentera Islam yang pada mulanya pergi dengan tujuan untuk mengambil harta dan apabila sampai disana mereka diberitahu Rasulullah SAW yang mereka akhirnya terpaksa berperang. Perjalanan dari Yathrib ke Badar bukanlah satu perjalanan yang dekat. Malahan perjalanan yang memakan masa yang lama. Lebih2 lagi pada ketika merupakan bulan puasa yang mana mereka perlu menahan lapar dan dahaga seterusnya perlu berperang bagi menegakkan syariat Allah SWT.

Itu merupakan serba sedikit kisah mengenai Badar Al-Kubra, Kisahnya sebenarnya panjang tetapi yang ana ingin ceritakan disini adalah pengalaman ana sepanjang program ini dijalankan. Pada pukul 5 pagi kami dikumpulkan dan aktiviti bermula dengan sedikit pengkisahan tentang peristiwa ini oleh Ustaz yang telah ana lupa namanya. Susah juga nak mengingat nama ni. Kemudian kami dibahagikan kepada 3 kumpulan A,B & C yang mana kami diminta untuk berjalan kaki dari kawasan Hayyu Asyir ini sehingga ke Masjid Nur yang jaraknya lebih kurang 12-15 KM . Tetapi disebabkan ana datang lambat untuk program ini menyebabkan ana dan sahabat2 yang lain terpaksa berjalan dari Hayyu Asyir sehingga ke Masjid Fatah di ramses yang jauhnya hanya Allah sahaja yang tahu.

Kami diberikan 'wajibat2' masing2 semasa berjalan bersama dengan pasangan kami. Antaranya adalah sesi taaruf sambil berjalan, menceritakan serba sedikit tentang kerja2 dakwah yang pernah dilakukan tidak  kira kepada keluarga mahupun orang luar. Ana ditakdirkan utnuk bersama2 dengan 2 orang Ustaz yang baik hati yang diberi nama Ustaz Fahimi Bazlan & Ustaz Meor M. Azim jika ana tidak silap. Pada awal perjalanan kami menceritkan serba banyak tentang diri kami bagi tujuan merapatkan ukhuwah sesama kami. Banyak perkara yang kami ceritakan sepanjang perjalanan yang dimana tidak dapat untuk ana masukkan disini.

Pelbagai rintangan yang kami hadapi semasa berjalan pada hari ini. Dengan dalam keadaan berpuasa, kedai2 'asir' ditepi2 jalan sememangnya menggugat iman. Bayangkan terpaksa berjalan dalam jarak 20 KM. Penatnya memang tidak boleh dinyatakan. Pelbagai perasaan yang ana rasa pada ketika itu, penat, letih, rasa nak minum asir. Boleh kata semua ada. Tapi bila dah sampai ke masjid. Alhamdulillah rasa sangat2 best sebab dapat jumpa air. Bukan untuk diminum, tapi untuk membasahkan dan menyegarkan badan yang kering serta tidak bermaya ini.

Tapi sepanjang perjalanan ini, apa yang ana dapat adalah betapa hebatnya Rasulullah SAW dan para sahabat dahulu, yang berjalan begitu jauh di bulan puasa dan terpaksa pula berperang menentang musuh Islam pada ketika itu. Ana yang hanya berjalan 20 KM sudah berasa lemah longlai apatah lagi para sahabat yang menempuh perjalanan di padang pasir yang panas. Jika ada yang rasa nak mencuba silakan. Supaya kita dapat ambil pengajaran daripada peristiwa itu sendiri. Memang satu pengalaman yang memberi banyak pengajaran sebenarnya kepada diri ana sendiri. Mungkin setakat ini sahaja untuk kali ini.

Disini ana ingin kongsi satu video yang dibuat oleh senior di Alex. Sangat menarik.
Ana sertakan link nya sahaja.NUR ATAS NUR

No comments: