Monday, August 16, 2010

KEMANISAN MEMPELAM


Alhamdulillah setinggi2 kesyukuran kepada Allah SWT. Akhirnya dengan izinNya ana telah mempunyai sebuah blog yang mana sebelum ini sangat2 malas untuk buat tetapi akhirnya dibukakan hati untuk membuatnya. Semuanya bermula apabila ana membaca sebuah blog yang menjadi hak milik seorang adik kecil yang berumur dalam lingkungan 10 tahun yang telah menjadikan blognya sebuah medium dakwah dan ana mengatakan kepada diri sendiri jika seorang kanak2 sekecil itu boleh menggunakan blog sebagai medium perkongsian dan dakwah. Kenapa tidak diri ana sendiri. Malu dengan diri sendiri menyebabkan ana mula berjinak dalam dunia blogging ini.

Nabi SAW bersabda, 'sampaikan dariku walau satu ayat' akan ana jadikan panduan untuk sama2 berkongsi ilmu2 yang bermanfaat dan juga pengalaman2 ana selagimana ana diberikan nafas untuk hidup dan bergerak sepertimana sekarang. Semoga dengan perkongsian ini dapat menjadi tidak pengajaran juga pengalaman kepada semua insyaAllah. Teringat kata2 ustaz ana, apabila kamu mengucap 2 kalimah syahadah, secara automatik tugas dakwah itu berada diatas bahu kamu. Jadi selain menjadi seorang manusia yang menjalani hidup seperti orang lain, jangan kita sesekali lupa bahawa ada satu tanggungjawab yang besar tergalas dibahu kita selain dari tanggungjawab2 yang lain. Ya'ni, tanggungjawab sebagai seeorang da'ie.



Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada mereka yang menjayakan blog ini . Mungkin ada yang tertanya2 kenapa MEMPELAM???.Hal ini ana ucapkan kepada terima kasih yang tidak terhingga kepada seorang sahabat(TAPAI) yang kini berada di Malaysia. Jika tidak dengan bantuannya tidak tertimbul nama MEMPELAM ini. Juga terima kasih kepada mereka yang sudi meluangkan masa dan membaca blog ini.

Walauapapun, ini hanyalah permulaan bagi diri ini ana untuk menceburi dalm bidang berblogging ini. Jadi tunjuk ajar sangat2 diperlukan daripada semua.
Jazakumullah.

No comments: