Monday, June 13, 2011

EJEN CIA STALK BLOG NI?

Bismillah

   Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam keatas Rasul junjungan Muhammad SAW.
Akhirnya ada juga peluang untuk menulis dalam blog ini. Disebabkan kekangan masa dan bermacam-macam lagi perkara. Maka blog ini terbiar begitu sahaja tanpa ada penulisan.

   Baru sahaja sebentar tadi, ana melihat status blog ini. Rata-rata pengunjung datang dari Mesir dan separuh darinya dari Malaysia. Tidak ketinggalan jyga dari beberapa buah negara. Cuma yang ana ta'ajub bila tengok 'audiens' itu. Ada yang datang dari US, yang berada di ranking ke-3 dalam carta kedudukan selepas Mesir dan Malaysia.

   Ligat otak ini berpusing memikirkan ada ke kawan ana yang belajar kat US tengok blog ni sampai jadi ranking ke 3 terbanyak. Pelik juga, rasanya tiada. Jadi mungkin yang datang ziarah blog ana ni ejen2 CIA dekat US tu kot. Takpun FBI yang datang jenguk sebab tiada kerja nak buat. Tahu nak stalk orang sahaja.

   Takpelah, walau sesiapapun yang datang ziarah blog ni. Moga dapat diambil manfaat yang ada dan ditinggalkan perkara2 yang tidak ada manfaat dalamnya. Sekalipun jika yang membaca blog ni adalah ejen2 CIA(perasan betul) ana doakan terbuka hati2 diorang nak masuk Islam ke ape ke atas sebab terbaca blog ni.

   Sebenarnya takde apa sangat  yang nak di update, cuma minggu ni dah masuk minggu peperiksaan. Mohon doa kalian agar ana dan sahabat2 lainnya mendapat kecemerlangan pada exam kali ini.

No comments: